mypaint

mypaint
warna warni cerita hidup
Daripada Allah kita datang dan kepada Allah jua kita akan dikembalikan

Friday, 5 July 2013

Keberkatan Rezeki

Dah lamanya tak update... serba salah juga lama menyepi... sebab niat asal blog ni moga-moga memberi manfaat. Jika tidak untuk ramai orang, cukuplah juga untuk saya dan keluarga saya dan jika dapat memberi manfaat pada orang ramai adalah lagi baik...moga-moga terpelihara..
 
Alhamdulillah...walaupun macam-macam terjadi, saya tak mungkin dapat luahkan di sini, walaupun saya ingin, walaupun saya mahu dan saya nak sebab bila saya berhadapan dengan skrin ini, saya tak dapat nak meluahkan segala rasa itu.
 
Alhamdulillah..semoga hari ni lebih baik untuk saya, awak, dan awak-awak semua. Apa perancangan hari ni? Insya-allah petang ni ada urusan di Kuantan. Moga selamat dan berjalan lancar segalanya dan diberkati Allah..
 
Berkat?
 
Kita akan selalu tersadung dengan perkataan ini..
 
Adakah hari-hari kita lalui dengan pekerjaan yang kita lakukan, dengan gaji yang diperoleh setiap bulan, samada gaji hari, atau gaji bulanan, samada kerja sendiri atau makan gaji, samada kecil atau besar pangkat.. keberkatan sepatutnya menjadi matlamat..
 
Macam mana nak peroleh berkat???? Saya bertanya pada diri saya sendiri...
 
-Asalkan kerja itu halal, dan lebih baik lagi jika kerja itu baik..
Kita mahukan rezeki yang halal dan baik serta berkat.. dan jika kita terbalikkan ayat tu...
Halal, baik dan berkat itu merupakan rezeki yang besar buat kita...
 
-Melakukan kerja bersungguh-sungguh...peraturan kerja? disiplin masa? penggunaan barang pejabat untuk keperluan peribadi? aku pernah dengar pasal ni yang sememangnya diambil kira untuk keberkatan rezeki. Jadinya, banyakkan istighfar dan elakkan..
 
-Gaji yang kecik tapi kalau kita kerja macam gaji besar, lebih berkat..
 
-Gaji kecik, tapi rasa cukup je untuk keperluan-keperluan yang banyak. -Bersederhana..
 
Selalunya, makin besar gaji, makin banyak keperluan kan? Bila gaji kecik kita boleh urus untuk terhadkan pada satu-satu keperluan. Tak membazir..
 
-Bersedekahlah. Dalam RM ribu riban gaji kita, bukan semua hak kita. Ada hak orang lain yang Allah sampaikan pada kita untuk kita sedekahkan pada orang lain. Sedekah untuk memberi hak kepada orang lain.
 
Sekian untuk masa ni...
 
Waalahua'lam..