mypaint

mypaint
warna warni cerita hidup
Daripada Allah kita datang dan kepada Allah jua kita akan dikembalikan

Tuesday, 19 February 2013

Cerpen: Kasih Kekasih Hati



Sesuatu hubungan itu bertahan bukan hanya kerana sayang tetapi kerana banyak hal dan sesuatu hubungan itu tidak boleh runtuh hanya kerana rasa benci kerana, begitu banyak hal yang membina perhubungan bagaimana boleh runtuh hanya kerana satu sebab tetapi tidak mustahil jika mengabaikan agama dalam kehidupan, maka....................

 
This is story;-

Di luar dan di dalam rumah, semua kelihatan sibuk dengan tugas masing-masing. Kenduri kesyukuran itu diadakan untuk meraikan sanak-saudara yang pulang ke kampung dan sebagai tanda syukur atas perhubungan keluarga yang masih terus utuh walaupun dilanda bermacam-macam ujian, tetapi ukhwah keluarga itu masih tidak putus.

Kaum Hawa dengan tugasnya tersendiri di dapur. Akilah dan 4 orang sepupu hampir sebaya memotong buah-buahan dan kuih muih. Kak Nadia, Kak Maira dan Kak Ikin menyiapkan pinggan mangkuk, gelas dan sudu. Di luar, pak cik-pak cik sibuk menggulai menu yang pelbagai. Sesekali suara mak cik-mak cik kedengaran memberi arahan kepada si anak-anak dara. Akur dengan macam-macam aturan. Akur dan patuh dalam terpaksa rela. Mengenal kehidupan untuk menjadi lebih dewasa. Memikul tanggungjawab dan tugas.

Di depan televisyen tayangan karton untuk hampir 10 orang si kecil. Antara cara selamat untuk mengelakkan mereka mengacau di dapur atau berlari-lari di dalam rumah. Bergaul dan berbual dengan bahasa dan minat mereka.

Tiba-tiba, Saiful meluru masuk ke dapur. Jalannya sedikit hincut dan dia terus duduk di satu sudut yang tidak sibuk. Huda terus mendapatkan suaminya.

“Kenapa abang?” Soal Huda melihat suaminya mengurut pergelangan kakinya.

 “Terseliuh.” Kerut di dahi Saiful menunjukkan sangat sakit.

 “Nak gi klinik?” Soal Huda.

 “Tak payahlah. Bagi minyak je.” Dan Huda patuh. Dari ruang tamu, si kecil Syamil, 2 tahun bangun. Langkah kecilnya dipercepatkan. Mendapatkan si ayah.

 “Ayah, nah.” Transformer yang tersenget tangannya itu dihulurkan.

 “Ok, adik pergi main kat sana ye.”

 "Ayah buat tansfomer.”

 “Adik mintak tolong along kat sana.”

 Syamil merengek meminta dilayan.

 “Adik, nanti ayah buatkan. Adik pergi tengok cerita kartun kat sana.”

 Syamil masih merengek.

 “Along, ambik adik ni. Along buat apa?” Suara ayah sedikit tinggi. Mengejutkan yang di dapur. Huda yang baru tiba terhenti langkahnya. Dilihat syamil sudah menangis kuat. Along, 9 tahun kelihatan tergesa-gesa datang mendukung adiknya. Syamil memberontak minta dilepaskan.

 Huda menghampiri suaminya. “Sekejap ye abang.” Minyak itu diberikan kepada suaminya.

 “Along, meh ikut ibu, buatkan susu adik.” Dan Huda melangkah ke ruang tamu depan. Huda memberi arahan seperti biasa, mengajar Along membuatkan susu adiknya.

 “Ok, terima kasih sayang. Along dah boleh sambung pergi duk dengan Imran semua.”


“Tak nak lah. Along nak teman adik tidur lah.”


“Along mengantuk ke?” Soal Huda mengusap kepala Along yang sudah mula berbaring di bantal upin ipin bersebelahan adiknya yang asyik menghisap botol itu.


“Nanti adik nangis lagi. Tak da orang jaga.”


Huda tersenyum. “Ayah sakit kaki tadi, sebab tu Along kena tolong ayah, tolong jaga adik.”


“Kaki ayah sakit?”


“Iye sayang, tapi nanti sapu ubat baik lah.”


“Ayah tak pergi hospital?” Soal Along memandang ibunya. Huda mencium pipi anaknya.


“Nanti ibu cakap pada ayah ye. Along tidurlah. Adik pun dah pejam mata.”


“Ok. Saaaayang ibu.” Pipi Huda dicium. Huda tersenyum. Saiful tiba-tiba muncul., melangkah mendekati Along. Dicium dahi Along, diikuti adik yang seakan sudah lena.


“Ayah tak pergi hospital?” Soal Along memandang ayahnya.


“Tak lah, nanti baik lah. Ayah nak tidur sebelah along boleh?” Saiful mengusap kepala anaknya.


“Boleh. Kaki ayah sakit lagi ke?”


“Tak sakit dah.” Huda memandang suaminya. “Jom kita tidur, nanti ayah kena sambung buat kerja lagi.”


“Ok, ibu nak tidur tak?” Huda tersenyum. “Ibu kena tolong mak ngah, mak su kat dapur. Along tidur ye.”


“Ok.”


Huda mula bangkit. “Sayang.” Huda berpaling memandang suaminya.


“Kejutkan abang asar nanti.”


“Ye insya-allah.” Huda kemudian melangkah ke dapur.


*************



“Teruk ke kaki Saiful?” Soal Kak Ngah sambil menyiapkan hidangan.

“Terseliuh sikit. Agaknya dah letih tadi.”

“Hem, ye lah. Baru sampai tadi terus berkejar sana-sini.” Huda diam menyambung kerjanya.

“Biasalah Huda, jangan terasa sangat.” Huda menahan rasa.

“Huda kata tadi, semalam pun dia baru balik dari Penang kan?” Soal Kak Ngah kembali. Huda angguk.

“Sabarlah. Tak ada apa-apa lah.” Huda angguk lagi perlahan.



Majlis kenduri kesyukuran itu berjalan lancar. Meriah. Betapa masing-masing merindui pertemuan itu. Bertukar cerita dan menyambung silaturrahim yang berjauhan dek kesibukan kehidupan. Malam ini, sedikit masa diluangkan untuk bersama berdoa dan bersyukur atas segala kurniaan Illahi. Pinjaman yang masih diberikan ini semoga diberkatiNYA.. Pukul 10.45 malam, tetamu mula beransur pulang. Masing-masing sibuk mengemas, meletakkan pingan mangkuk yang kotor di dapur belakang untuk dibersihkan.

“Sambung esok je. Dah lewat ni. Pergilah tidur.” Suara ayah kedengaran.

“Hem, ye lah.” Kak Chik menurut. Ruang tamu depan sudah dibersihkan. Begitu juga dapur.

Cuma dapur belakang kelihatannya perlu diproses keesokan hari.



*************



Huda menyalin pakaian Syamil kepada baju tidur, Along sudah menyalin pakaiannya sendiri. Begitu juga Angah.“Ok, jom tido.”

“Ayah mana, ibu?”

“Ayah ada kat luar."

"Along nak tidur dengan Imran kat depan tv boleh tak bu?"

"Ok, tapi esok pagi ibu kejutkan, kena bangun solat ye. Angah nak tidur mana?"

Sambil mengusap rambut Angah.

"Dengan Along."

"Ok, Along jaga Angah tau."

"Selamat malam ibu."

Along menyalami tangan ibunya. Diikuti Angah. Huda mencium kedua pipi kedua hero hatinya itu.

****************

Huda menyelimutkan si kecil yang sudah lena. Suhu malam di kampung begitu sejuk walaupun tanpa kipas atau pendingin hawa. Huda berbaring. Meregangkan segala otot. Letih. Pintu kelihatan dibuka. Saiful melangkah masuk. Isterinya dipandang. Huda mengalihkan pandangan. Saiful kemudian duduk di sebelah isterinya.

“Sayang dah nak tidur ke?”

“Kenapa?”

"Tunggu abang sekejap boleh? Abang nak salin baju.”

“Hem.”

Saiful memandang isterinya.

“Tapi kalau sayang dah nak tidur tak pelah.”

Huda mendiamkan diri.

Selesai membersihkan badan, Saiful kembali melangkah masuk ke bilik dan kelihatan t-shirt dan kain pelekat sudah tersedia di hanger. Saiful mengambil baju tersebut. Bibirnya mengukir senyum. Tapi itu bukan bermakna isterinya sudah habis mogok. Saiful duduk di sebelah Huda yang masih berbaring di sebelah Syamil. Diam. Huda jadi serba salah.

“Kaki abang?”

Saiful memandang isterinya.

Huda membetulkan duduk.

“Nak sayang urut?”

“Nak urut kenapa?” Soal Saiful. Lampu meja terpasang.

“Kan tadi abang terseliuh.” Saiful tersenyum.

“Kalau nak urut sebab terseliuh tak payahlah. Dah baik sikit.”

“Hem.” Huda menarik muka.

“Tengok tu. Tak baik tau buat muka macam tu depan suami.”

Huda masih tidak bergerak. Tidak tahu hendak memberi reaksi macam mana.

“Tumpang riba sayang lah.” Serentak Saiful membaringkan badannya.

“Siapa bagi kebenaran ni?” Huda memandang wajah suaminya.

Ele le.. comelnyer buat garang tu.”

Huda tergelak.

“Abang, dah lewat ni nak bergurau lagi.” Saiful tersengih memandang wajah isterinya.

“Rindu.”

Serentak terasa panas wajah Huda. Huda jadi tak keruan. 10 tahun berkahwin tetapi romantik Saiful masih tetap sama.

“Sayang, abang mintak maaf ye.” Huda diam.

“Maaf marahkan anak kita tanpa sebab tadi.” Huda masih diam.

“Insya-allah, lain kali abang hati-hati.”

“Hem, sayang pun silap. Tak mintak Along tolong layan adik dia..." “Syamil nak bermanja dengan abang.” Sambung Huda.

Saiful memandang Huda.

“Macam abang nak manja dengan sayangla kan?” Huda menepuk lengan suaminya.

“Jom la tidur. Sayang mesti letih. Dengan abang yang manja, anak pun manja. Sian isteri abang ni.”

Saiful duduk.

“Dengan sayang je tak pe.”

“Iyer, dengan sayang je.” Pipi isterinya dicium.

“Abang, esok pujuk Along, Angah dengan Adik tau.”

Saiful angguk. “Iyer, beres. Asalkan.....

Saiful sengih. "ibunya dah tak merajuk, yang lain mesti ditanggung beres punyalah.” Saiful mencuit hidung isterinya. Huda menghulur tangan untuk menyalami suaminya.

“Minta maaf ye encik suami.”

Saiful tersenyum. “Iyer. Dah, jom tidur.”

“Em, tak pe ke abang tidur sebelah Adik?"

Saiful senyum lagi.

“Kenapa, sayang nak tidur sebelah abang ke?”

“Eleh, kot abang tu malam kang mengigau tiba-tiba ada kat sebelah.”

Saiful menyucuk pinggang Huda membuatkan Huda terjerit.

“Abang.”

Saiful tergelak.

“Syutttt.” Saiful mengusap kepala Syamil yang seakan terjaga.

“Sayang tidurlah, abang tak kacau dah.” Saiful tersenyum.

"Selamat malam, abang. Assalamualaikum.."

"Waalaikumussalam sayang. I love you."

Huda senyum. "Love you too.."

"Three, four five"

"Tak habis lagi?"

Saiful tergelak.

"Ok, sambung esok."

Huda senyum, berbaring mengiring ke arah Syamil yang di tengah-tengah. Memeluk Syamil. Matanya dipejam. Terus terlena. Saiful memandang wajah yang bertakhta di hati itu. Amanah dan kurniaan Illahi yang tak terhingga. Syukur dan doa terlintas....

Tamat....

-Kata 'Maaf' tidak semestinya anda bersalah, tetapi, bagaimana diri kita untuk tidak ego-

No comments:

Post a Comment