Bismillahirrohmannirrohim..
4 Hari yg lepas, ku ke taska (tempat kerja lama), tido di sana. Dan 4 hari itu macam2 yang berlaku... dan aku belum nak ceritakan pasal 4 hari itu tetapi pasal satu hari ini, iaitu hari aku pulang dari taska ke rumah.
Abah yang ambik aku dari taska, dan hari ini iaitu 17 februari adalah hari lahir abah... bukan juga pasal hari lahir abah yang nak dicoretkan tetapi...
Tiba-tiba tengah diam-diam aku duk sambil abah terus memandu kereta ke rumahku syurgaku..ada iklan di radio pasal filem terbaru di pawagam iaitu filem.. "Pada Suatu Cinta Dahulu." Alkisah cerita ni aku tak tau cuma aku sempat tangkap orang radio tu kata pasal cinta monyet...
Teng..dalam kepala otak aku... dalam hati aku..terdetik.. "If, semua pembuat filem dapat buat cerita yang membangunkan generasi kan bagus..." Mungkin tak dapat semua tapi biarlah majoriti... sebab terlalu banyak cerita cinta monyet atau cinta2 biasa yang menyebabkan ramai generasi muda mengalih daripada filem ilmuan filem didikan kepada filem cintan...
Kalau banyak filem berunsur didikan, maka generasi ini tiada pilihan melainkan tengok gak filem tu.. sebaliknya, kerana terlalu banyak filem cintan yang tumbuh bak cendawan, maka, pilihan terbuka luas menyebabkan filem didikan diketepikan.. malahan, usaha nak membangunkan filem berunsur keilmuan mati, terbantut dek tiada audiens kononnya. Walhal sebenarnya disebabkan pembuat filem terlalu banyak membuat filem cintan..
Tidak salah nak buat filem cinta cuma banyakkan unsur2 didikan. Dah alang2 buat filem, baiklah buat filem yang bagi kesan positif coz orang cepat sangat terpengaruuh dengan filem.. lebih baik lah buat filem sambil membangunkan generasi.. lagipun, generasi yang ada ni bukan untuk orang lain, untuk diri sendiri gak.. Kot kalau kita wat filem yang entahapaapa, akibatnya, generasi akan sakit. Genarasi yang nak bangunkan negara bila kita dah tua...
Aku bagitau sekali lagi, aku tak tengok filem yang terbaru ni dan aku tak tau kisahnya, cuma bila kata tang cinta monyet ni segera aku teringat budak2 sekolah yang pastinya berebut nak masuk panggung.. if cerita tu membawa kebaikan kepada mereka, it's okey.. dan sangat bagus... aku pun sokong...
-what if, dalam beberapa bulan cuma ada filem berunsur didikan yang tulus dan terus... kehkehkeh
No comments:
Post a Comment