mypaint

mypaint
warna warni cerita hidup
Daripada Allah kita datang dan kepada Allah jua kita akan dikembalikan

Saturday, 21 March 2015

nak kapel?

Alhamdulillah alhamdulillah Alhamdulillah..selamat pergi dan balik dari Pahang..perjalanan 3 jam lebih dari bahau ke kuantan..kuantan ke bahau itu selamat.. Alhamdulillah..
Peringatan jap… ucap Alhamdulillah bukan hanya sebab-sebab tertentu tapi as a human, khalifah, hamba allah, kita wajib bersyukur..
Okeh….
Kali ini post ini untuk adik-adik..khasnyer untuk adik adik la kan…ada gak akak-akak yang belum bernikah, tapi selalunya as a sister, diaorang dah matang dan semoga matang la ye..jadi, ini untuk adik-adik yang masih belajar, sedang meniti kejayaan..sedang melalui fasa-fasa, buku teks, uniform, kelas, kokurikulum segala…
Sedalam-dalamnya dalam hati aku dan aku percaya, majority jugak akak-akak yang seangkatan dengan aku bersetuju dengan ini.. “belajar lah sesungguhnya dan telusuri naluri ingin bercinta itu dengan bijak dan hikmah..”
Tengok kawan-kawan lain ada kapel, rasa nak kapel jugak eh?
Tengok orang lain jalan kepit-kepit, pegang-pegang laki pempuan yang kita tak tau sah ke tidak. Rasa nak dapatkan la satu…
Telusuri rasa itu dengan iman…
Ask yourself…
Dahulukan agama..
The situation: bila dah bercinta selalunya aka nada ayat-ayat romantic, menggedik, meraban dan dah tentu ada hati mak ayah korang yang akan terkuciwa, terguris rasa.. mmay be korang jadi agresif..
“tak kira, nak dating jugak!”
“Mak, nak duit top up.”
Padahal mak korang lebih perlukan duit tu untuk keperluan rumah..
Menipu..
Dan bagi parents yang macam tak kesah..
“Jangan balik lewat sangat.”
Think again, dosa korang tu berkongsi dengan ayah yang penat lelah jaga korang…
Dan the most important thing yang paling aku nak bagitau ialah..

Korang akan miss giler dengan mak ayah korang..korang akan rindu dengan segala macam memori kehidupan bersama mak ayah.. korang akan kangen dengan masa lalu tu dan korang akan rasa, betapa sekejapnya duduk dengan mak ayah…sangat sekejap..jadinya, masa yang ada ni…sementara tengah study, tengah duduk dengan mak ayah, guna masa tu sungguh-sungguh..create momen indah…yang kurang indah, kita indahkan..hidup ni memang macam tu la..terkadang ada masam-masam sikit tapi nanti akan manis semula.. pulak bila duk dengan mak ayah, ada je rasa nak bengang, tak puas hati, duk berleter je, kena marah… tapi tengok la apa yang diaorang bebelkan tu untuk kebaikan kita..lainla kalau mak ayah mintak kita buat benda yang terang lagi bersuluh salahnya…

Series… masa tu sekejap je..tahu-tahu, korang dah kahwen..dah ada family. Untuk anak perempuan, mak ayah dah jadi nombor dua tetapi bukanlah langsung terabai..dapat suami yang sangat mengerti situasi pastinya satu anugerah, satu nikmat…dan kita tak pernah tahu keadaan itu hinggalah keadaan itu diujikan kepada kita…

Trylah tengok balik gambar korang kecik, tanya balik mak ayah korang perangai korang masa kecik dulu dengan sekarang sama ke lain.

 mesti ada lagi yang mewarisi perangai zaman hingus tak reti nak lap tu kan...mesti terasa rindu..rasa cepat sangat masa berlalu.. dulu masa kecik, (dah nama pun masa kecik kan), tapak kaki awak, besar jari mak je.. sekarang, kaki awak lagi besar dari mak..hah, ayat dari mak aku.. 

Tangguh dulu rasa di jiwa..sampai masa yang betul, Dia beri.. insya-allah..

Friday, 6 March 2015

bukan pisang goreng keju...



Alhamdulillah alhamdulillah Alhamdulillah…

Sejujurnya, aku teringin nak makan pisang goreng keju..nak tunggu pergi ke pilah tu ha entah bila..kalau Cuma sekadar nak makan pisang goreng keju tu, aku kena ke sana, tak mau la..paling banyak pun, mesti ada urusan penting untuk lalu kawasan pilah tu ha..
Okeylah. Tak kisah la tu..ada rezeki ke sana, ada kedai bukak, den toray yo..

Yang  ceq nak habaq kat sini…..jeng jeng…

Dah 3 hari bekpes pisang goreng..hahaha.. punya la kemaruk nak makan pisang goreng yang segar dari ladang mak.. haha..tak la ladang pun… setandan pisang yang masih  muda tu mak kata, “kalau daunt u dah tinggal 3,4 helai dah boleh tebang..” maksudnya pisang tu dah tua la tu… 

Aku :ada 4, 5 helai tu mak..
Mak: boleh dah tu..daripada kena ambik dengan orang lain..

Hehehe.. memang baru ni, 2 tandan pisang mak hilang.. dicopet insan yang kurang tamadunnya… maka, aku pun meminta ensik cuami tebangkan.. sebelum ni pun aku boleh tebang, mak pun boleh, tapi kudrat modal insan yang lain harus digunakan untuk kecemerlangan ummah.. hehehe..

Maka, mak ambil sesikat pisang.. tambahan, masih ada 2, 3 atau lebih tandan pisang sedang tunggu masa… mak pun memang suruh bawak balik semua ke rumah sini..
Lepas balik dari Pahang, sehari selepas tu aku tengok pisang dah mula nak kuning. Mak cakap “musim panas ni pisang tu cepat masak tu.”
Shohih!!!!
Maka, esok paginya baru la aku mula menggoreng yang mana pisang dah kelihatan boleh untuk digoreng.. heh heh (ayat bahasa melayu ini jangan ditiru )
Malam tu aku mesej mak,

Mak, n dah goreng pisang pagi tadi..
Message sent..
Tak lama kemudian..
One message received
My luvly mum
…..dah masak ke pisang tu? Ke aok kempunan… hahaha

Ceh, ini budak yin yang taip mesej ni…
Adik aku yang seorang itu, yang baru tamat belajar… budak uitm shah alam, bidang geomatik.. hakhak..
Dan aku pun reply….
Dan esoknya pun pisang goreng lagi..

Haish, dah 2 hari pisang goreng ni.. boleh ke ensik cuami ni sarap pisang goreng lagi..
“Abe nok make pisang goreng lagi ko?”
Hahah… slang itu telah ditukar oke.. I’m not kelantanese but I can speak any loghat sikit-sikit..kehkeh
Dan ensik cuami bilang..
“Buat je la..”
Hehehe.. lega di hati.. kot la dah bosan..

Maka pagi ketiganya pun pisang goreng.. konon esok nak buat lempeng bom.. nak buat ayam masak kari ini hari tetapi dah tak keluar, tak de santan, maka, sarapan esok, hem.. tunggu je la..

Dan sebenarnya..pisang mak ni dari aku sekolah rendah lagi… mak buat kerepek pisang tiap kali nak balik kampung, tiap kali raya, sampai pernah la jugak naik bosan,. Tapi mak memang tak letih berdiri berjam-jam.. silap..bukan tak letih tapi mak gagahkan diri…dan bila aku sekolah menengah, bila mak bekalkan kerepek pisang, masa tu la aku kongsi dengan kawan-kawan sebab memang tak habis makan sorang lagipun, memang mak suh kongsi.. lepas tu, aku pun macam dah macam jemu… sampai la ke universiti…. Tiap kali bali, ada rezeki, pisang berbuah, mak buat, bekalkan.. berbungkus besar..dan aku maih ingat seorang sahabat di uum tika itu..

A: aku datang bilik ko ni aku cari kerepek..

Dan dengan senang hati, aku tunjukkan bekas. Dia pun ambik sebekas, mengadap.. nanti-nanti dia datang lagi…

Dan aku memang tak kesah.. pahala mak berterusan..

agak-agak hidang macam ni kat rumah..style sangat...
Dan sekarang, bila dah kahwin, kerepek pisang mak sangat aku rindu…huhuhu…rasanya tak macam kat kedai..walaupun sedikit keras tetapi sangat sedap.. memang tak sama dengan kedai.. kalau dulu, nak makan yang kedai… yang mak goreng dah jemu.. tapi sekarang, tunggu balik kampung nak makan pisang…
Sungguhnya, air tangan ibu itu sangat MAGIKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK..