mypaint

mypaint
warna warni cerita hidup
Daripada Allah kita datang dan kepada Allah jua kita akan dikembalikan

Saturday, 15 October 2016

rindu fayyadh

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah
sebenarnya ku rindu sgt dgn anak sulongku.walaupun ada kat depan mata.sekejap je masa berlalu.dia dah setahun dengan macam2 keletah.andai mata ni diset dengan sistem perakam...
Sbb ingatkan diri ini tidak kuat.tapi,yg pasti,aku dapat melihat setiap perkembangan dia.dan yg dapat aku simpulkan,fayyadh sangat cepat belajar.Dan dia belajar dengan melihat.keluarkan dia kat situ.memang aku tahu kiranya budak kecik ni mudah serap apa yg dia nampak,tapi,macam departs.atuk dia buat bunyi2 semua dia ikut.aku lap lantai,pasti dia ambik mana2 kain,dia lap.aku tumbuk bawang,nanti dia ambik apa2 yg boleh diketuk,dia ketuk kat lantai,ambik sikat,dia sikat.memek muka fayyadh plak sntiasa buat nk kerana.ada je  riak wajah yg ditunjuk tiap kali dia berhadapan sesuatu.ummi rindu fayyadh.ummi tengah x boleh dukung fayyadh.golek2 dgn fayyadh.nnti ye.tunggu 40 hari..

Wednesday, 12 October 2016

pengalaman melahirkan

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah..8oktober 2016,lahir seorg puteri.jam 3.40 pagi..dan pada 8 0oktober 2015,jam 3.00 petang,lahir seorang putera.alhamdulillah.mukmin mukminah ni nak berkongsi tarikh dn jam rupanya.sampai aku terdetik.saat construction 5 mnit sekali tiba,aku yakin,anak ini akan lahir jam 3 pagi lebih.sama dgn abgnya.dn bila mendengar kata doktor,i.allah before 4.alhamdulillah.
Dah selesai juga buat urusan pendaftaran di jln bahau.means,anak den org nogori...hehe.
Orang kata,bersalin anak kedua mudah.tambahan,jarak anak pertama kedua ni dekat sgt.beza setahun.
Org kata,tiap anak lain pengalamannya.
Dan untuk saya,allah rezekikan pengalaman yg hampir sama tapi ada bezanya.sakitnya sama.tempoh sakit nak bersalin pun lebih kurang sama.cuma anak pertama,sakit di waktu siang,anak kedua sakit di waktu malam.
Yg bezanya,masa anak pertama,sy kurang rasa sakit,dijahit,sy x sedar bila sy dibius,bila digunting,bila dicucuk ubat kecurian rahim,bila uri keluar,x nampak pun uri,x nampak pun benang nak jahit.
Tapi.....
Kali kedua..
Saya nampak apa yg sy x nmpak masa lahirkan ank pertama,saya rasa apa sy z rasa masa lahirkan si abang adik ni.lepas bersalinkan anak kedua,proses jahit,semuanya makan masa agak lama.pukul 3.40 bersalin,pkul 6 baru keluar labour room.kalau anak pertama tahun lepas,pukul 3 bersalin,3.30 dah kluar.
Apa pun,sgt bersyukur.alhamdulillah tak terhingga.alhamdulillah sgt sgt.alhamdulillah..
Saat baby atas dada,memang lupa rasa segala sakit.alhamdulillah.allah maha besar.ajaib.hilang rasa sakit construction yg menyengat2 sgt.sampai doktor kata construction dia ni kuat..huhu..cuma,bila duduk2 bercerita,memang x boleh cakaplah sakit mcm mana.cuma,nk bgtau,bila baby dh atas dada,alhamdulillah.hilang rasa sakit diganti dgn nikmat.
Alhamdulillah juga,setakat ini,emosi lbh trkawal,dapt beri baby susu.alhamdulillah,allah bantu hadirkan family yg sgt baik,menyatakan fayyadh,the abang.
Dan antara momen menarik ialah,malam aku di wad,malam 8 oktober,fayyadh day pandai berjalan.Genap setahun,tahu2 nak dapat adik,pandai plak berdikari.terkedek2.ketawa je tengok video yg sepupu hantar.
Alhamdulillah,fayyadh mcm memahami.tapi faham tahap budak kecik la.
Dan memangnya tiap org yg bersalin ada pengalaman sendiri.dan ini yg allah beri pada sy..sy doakan urusan saudara muslim yg lain juga dipermudahkan allah...
Alhamdulillah...alhamdulillah..syukur.
Noted:taip kat fon,x dapat edit cantik2..