mypaint

mypaint
warna warni cerita hidup
Daripada Allah kita datang dan kepada Allah jua kita akan dikembalikan

Saturday, 29 September 2012

mencari kekuatan

Ya Allah.. hati ini hanya Allah yang tahu... sungguhlah, hambaNYA sentiasa diuji akan apa yang dikatakan, akan apa yang didoakan, yang dijanjikan kepada Allah. Dan bila saat itu tiba, sukarnya untuk mengotakan apa yang dikatakan, yang dijanjikan, yang didoakan... Allah, aku ini tidak kuat..langsung tidak punya kekuatan. Ku cuba dan mungkin aku akan kalah. Au juga tidak mahu  menyerah kalah, tetapi sukarnya...
 
Ku yakin janjiNYA.. ku masih berdoa saat aku menaip ini juga. Mohon dikuatkan hati dan mohon diampuni, mohon dilindungi dan diselamatkan, mohon dirahmati dan disayangi. Banyak? memang banyak sangat yang ku pinta kerana aku hambaNYA yang tak punya apa-apa melainkan segalanya semua pinjaman daripada Allah. Aku ingin diberi kesempatan meminjam ini. Dan mohon agar diri ini tidak leka dalam pinjamanNYA kepadaku...
 
Allah,jika aku merasa susah, aku yakin pasti ada insan juga merasa susah atas setiap apa yang dihadapi masing-masing, juga atas apa yang diperjuangkan atas prinsip diri masing-masing. Dan, bila hambaMU itu ingin menuju cintaMU, semakin KAU uji dirinya. Kerana mereka mampu... Ya, kerana mereka mampu maka mereka teruji. Mereka itu siapa? Kamu, kamu dan kamu yang membaca.. Kamu, kamu dan kamu yang merasa teruji.
 
Jika kamu menganggap ini ujian maka berbahagialah dalam mendampingi cintaNYA... Bertahanlah hingga saat Allah makbulkan doaMU.. hingga saat Allah berikan setelah kamu berusaha...
 
Jika kamu bertahan, aku juga ingin bertahan. Sedang aku tidak kuat langsung. Bagaimana dapat aku menahan segalanya???
 
Ku katakan ini bukan kerana ku sempurna, tetapi ku ingin cuba.. kalian sangat hebat berbanding diriku yang sangat lemah. Ambillah masa kalian untuk menarik kembali semangat atau mencari semangat baru untuk meneruskan kehidupan. Yang pasti, carilah Allah.. Allahu robbi, air mataku serasa ingin menitis kerana ku langsung tidak kuat. Aku tidak dapat bertahan lama. Kerana ku kenal kelemahanku... Walaupun aku tidak kenal hatiku sepenuhnya kerana sungguhnya hati ini milik DIA. Bagaimana pun aku, aku tidak mampu sendiri...
 
Tolong doakan aku.... yang pasti, doa untuk diri kalian.....doa dengan yakin kepadaNYA, ALLAH YANG AGUNG...

Wednesday, 26 September 2012

Aku yang beberapa hari lepas

Hari ini coretan hati yang tak perlu dibaca oleh kalian cuma saya mahu menulis.
 
Ujiankah? ataukah ianya balasan atas segala dosa. Semakin banyak berdoa semakin serasa berbagai2 yang menghampiri tetapi Allah itu Maha Penyayang.. sesekali ku teringat bahawa semua ini akan beransur pergi dan berganti sinar indah. Aku yakin itu cuma untuk sinar itu menggantikan mendung hari ini, kami perlu kuat. Sekuat mana pun kami cuba, kami terjatuh berkali-kali tetapi Allah tetap membangkitkan semula segala semangat. Benarlah, jika berjuang kerana semangat, semangat itu akan turun naik, iman juga turun naik kerana kita sebaik penciptaan. Manusia yang punya nafsu, akal, iman. Dan kita punya Allah. Tetapi berjuang untukNYA, insya-allah hingga ke akhirnya.Sejauh mana kami berjuang untukNYA???? sesungguhnya masih sangat tipis......
 
Senyuman hari ini dalam keterpaksaan dan dalam kesukaran tetapi Allah suruh terus bersenyum...Ada harapan insan yang perlu ditunaikan, ada hati yang mengharapkan kebaikan. Moga Allah pelihara...
 
Anjakan paradigma diri?
 
Mulakan dari diri anda..
Ia sukar.. memang.. setelah berada di zon selesa untuk bertahun dan kemudian kita baru disuntik kesedaran. Dan kita mahu berubah, tetapi ia terlalu lalu sukar, tetapi kita mesti...
Alasan itu dan alasan ini, segala itu aku yang cipta kerana malas. Sedangkan segala alasan itu boleh diatasi hanya dengan sedikit usaha dan kesabaran.Kemudian, akan terlihat hasil itu di depan mata. Kerana Allah kata yang Dia tak ubah keadaan hidup seseorang itu melainkan kita berusaha untuk mengubahnya.. Niatkan lillahi ta'ala. Ingatkan bahawa Dia yang menggerakkan segala dan kita hamba....hamba Allah yang SATU

Thursday, 13 September 2012

syukur meraih bahagia

Alhamdulillah.. tiada yang lain dapat diucap melainkan Alhamdulillah tatkala di saat segala rasa susah tiba-tiba, Allah mudahkan segala urusan..
 
Tiada lain dapat dipuji melainkan Allah dalam kalimah Alhamdulillah. Allah yang Maha Penyayang.. memberikan jalan dalam kesukaran..
 
Tiada kalimah lain yang sesuai selain Alhamdulillah sebagai tanda syukur kepadaNYA YANG AGUNG..
teringat satu kata sahabat.. bukanlah dengan bahagia itu baru kita bersyukur, tetapi bersyukur menjadikan diri kita bahagia.. See that... Do you really understand that?
 
Ayat tu tukar je depan belakang, belakang depan, tapi maknanya berbeza jika ini di depan, jika itu di depan..
 
Jadilah manusia bersyukur.. Baru kita merasa bahagia..
Terlalu sikit manusia yang bersyukur sedang begitu banyak nikmat Allah bagi.. Kita tak bersyukur yang buatkan kita masih rasa tak bahagia.. kita tunggu bahagia baru nak bersyukur, jawabnya sampai nyawa Allah ambik semula pun memang tak rasa bahagia..
 
jadilah manusia yang bermanfaat kepada orang lain...
Bersyukurlah..
 
Saya juga sedang cuba belajar.. dan ia memang sukar kerana manusia sangat suka rasa tak cukup, padahal Allah bagi tu baik dah.. Bukanlah bermakna untuk tidak meningkatkan diri dengan lebih baik, tetapi, jangan lah duk rasa susah, sebab tak semua susah tu, betul-betul susah.. Allah pasti bagi jalan. Cuma, kita kena mintak pada Allah..
 
Janganlah ego sangat nak tadah tangan, nak rendahkan kepala tunduk sujud pada Allah.. Kita cuma peminjam segala.. Sedangkan ramai yang buat loan dengan bank. ini pulak kita hamba yang dah tentu memang peminjam tegar.. dan tak kan dapat kita bayar semula pun melainkan kita hanya wajib beramal dengan suruhanNYA..amalan tu pulak bukan untuk Tuhan, tapi untuk kita sendiri gak kat alam sana..
 
If kita tak ke alam sana, kita tak kan mungkin kat bumi, kat dunia ni jugak sebab semua yang ada kat dunia ni, semua yang dicipta ni akan pergi dan akan hancur, akan mati. Yang kekal selamanya cuma Allah...
 

Tuesday, 11 September 2012

senang-senangkan hati dan jangan berdengki

Hampir-hampir saya kemalasan nak update... kembali teringat ada misi dan visi kononnya. maka kena gak update...
 
Tiap hari akan ada sahaja perkara yang berlaku dalam hidup kita samaada kita nak atau tak, tapi ia akan berlaku. Yang terjangka dan tak langsung terjangka. Dan hari ini,di awal pagi, telah berlaku sesuatu yang saya tak jangka dan telah cuba saya elakkan dari hari ke hari. Orang kata, pengalaman akan jadikan kita lebih bersedia hadapi masa akan datang. Dan tadi, tanpa sedar, ia berlaku lagi walau telah cuba dielak-elak. Hingga, sampai ketikanya, perlu dijauhkan. Dalam hati masih berdoa' agar tiada hati dan jiwa yang terasa. Entahlah.. jalan menuju hidup yang lebih tenang kadang-kadang terasa masih sukar..
 
Okey,
istighfar..budak kecik tak de dosa pun. kita yg beso yg banyak dosa ni, rajin2 mntak ampun pada Tuhan yang Pengampun
 
Susah ke nak hidup tenang?
Bahagia?
Orang lain bahagia, kenapa aku tak?
 
Sebenarnya kita tak tahu pun apa kesusahan yang dia alami. Kadang, dia cuma tunjuk dia ketawa tapi, kita tak tahu hati dia sehingga kita kenal rapat siapa dia. Kalau dia boleh tipu-tipu ketawa, maksudnya kita juga boleh. Bukan menipu untuk menipu orang lain, dan bukan juga untuk tipu diri sendiri. Tapi kita mahu terus kuat berdiri atas bumi Allah yang banyak sekali onak duri. Tapi Alah tak bagi susah semata-mata. Allah tetap sediakan kesenangan dalam kesusahan. Cuma, kita belum nampak kesenangan dan hikmah tu. Apatah lagi bila kesenangan dan hikmah tu memang dalam bentuk yang kita tak nampak..
 
Dalam setiap dugaan, ujian atau pembalasan Allah pada kita atas setiap dosa yang kita dah lakukan, Allah berikan keampunan, Allah berikan pahala sabar. Kita nampak tak keampunan dan pahala tu? Tak de orang nampak, tetapi hati yang sentiasa cuba untuk tenang dan cuba ingat Allah itu juga satu petanda bahawa Allah bersama kita dan apa lagi yang lebih baik selain itu???
 
Kita tak tahu..kita tak tahu apa yang mereka alami, jadi jangan pernah ada benci dan dengki dalam hati kita pada manusia lain. Tak de orang yang kita nampak dia senang dan hakikatnya dia senang dan dia memang senang. Sebaliknya, setiap manusia Allah beri kesusahan , kekurangan yang kita tak nampak. Kita rasa dia senang dari kita, kita tak tahu kisah lamanya, kita tak tahu apa yang dia takut dalam hidup dia, yang pada kita perkara tu kecik jer. Tapi pada dia perkara tu besar.. Cukup cukuplah dengki, hasad, cemburu, tabur fitnah kat orang lain. Hidup lah berbahagia tanpa kacau orang lain.. Percayalah, setiap orang alami kesusahan. Kesenangan yang dia ada hari ini, ada cerita susah yang kita tak tahu, ada kekurangan dia yang tak nampak di mata kita bukan kerana dia sembunyikan tetapi Allah jaga dia kerana mungin dia menjaga hubungannya dengan Allah..So, check diri kita. Bagaimana kita dengan Allah??????

Monday, 10 September 2012

welcome tuk diri sendiri

WELCOME
 
yu huuuu.. welcome annhafiena.. ini untuk anda..ini cerita anda.. so that, sesuka hati hang nla nak tulih ape pun selagi tak melanggar etika..dan diberitahu bahawa segala tulisan dalam laman ini tidak sah untuk dijadikan rujukan rasmi.. hehehehe..perasan ko ni..ada orang nak rujuk ke... hehehe..
 
KENAPA TERTIBER BERBLOG NIH?
 
Bukanlah tiba-tiba..sebenarnya dah lama berblog tapi
 
1)blog tu macam2 yang tak berapa nak best..
 
2)nak tulih macam-macam..
 
3)nak jadi lebih baik... (ops.. sebelum ni tak berapa nak baik ke?? hehehehe)
 
4)nak share something...
 
cukuplah kot 4 sebab biasa-biasa tu...
gambar hiasan
 
DARI MANA JUMPA IDEA NAK BERBLOG NI?
 
herm, ni cerita lama dulu. Masa stduy kat UUM.. hehehe.. bukak blog sahabat sekolah menengah, tapi tak pandai nak komen coz kena ada akaun.. tak buat lagi masa tu sbb tak faham.. pastu ada member UUM pun ada blog.. nak komen kat blog dia, then dia punya arahan lebih mudah untk difahami.. Then entah macam mana terklik itu ini begitu begini (aish, dah macam lagu MIRWANA ft ALTIMET plak.. korang tak tau, p youtube carik..lagi best beli cd ori bukan fotokopi..hehehe), makanya terlibatlah dengan dunia blog..Kira ada jugak lah member blogger kat fn tu..hehehehehe
 
APA MATLAMAT CIK ANNFHAFIENA BERBLOG?
 
Wah, ni dah macam soklan exam kat Dewan Muadzam Shah UUM nih..hehehe..Matlamatnya...em, lebih kepada nak perbaiki diri sendiri..Macam pelik kan. Tapi sebetulnya bila saya berblog maka ia memberi saya sesuatu yang lebih baik untuk diri saya. Niat memang untuk orang lain merasai kebaikannya juga tetapi kalau orang lain tak dapat, saya harap, saya dapat. Saya tak pandai nak tulis yang berilmiah sebab ayat saya akan jadi entah apa-apa. Jadi saya mahu menulis apa yang saya rasa. Sebab itu ia jadi INI CERITA SAYA..Herm..ok tak jawapan tu cik wartawan? hehehehe..Pada saya, senang je..
 
-Kalau kita nak ambil kebaikan atas sesuatu, ia akan jadi baik insya-allah..Sebab kat blog ni, macam2 boleh jadi gak.. korang tau la kan, korang pun bukan baru dengan IT..huhuhu
 
ok, cukup sampai sini salam perkenalan dari Cik Annhafiena... jumpa lagi insya-allah...
 
note: comey tak baby tu..google saje baby comel..macam cik annhafiena la masa kecik... hehehe..