Ya Allah.. hati ini hanya Allah yang tahu... sungguhlah, hambaNYA sentiasa diuji akan apa yang dikatakan, akan apa yang didoakan, yang dijanjikan kepada Allah. Dan bila saat itu tiba, sukarnya untuk mengotakan apa yang dikatakan, yang dijanjikan, yang didoakan... Allah, aku ini tidak kuat..langsung tidak punya kekuatan. Ku cuba dan mungkin aku akan kalah. Au juga tidak mahu menyerah kalah, tetapi sukarnya...
Ku yakin janjiNYA.. ku masih berdoa saat aku menaip ini juga. Mohon dikuatkan hati dan mohon diampuni, mohon dilindungi dan diselamatkan, mohon dirahmati dan disayangi. Banyak? memang banyak sangat yang ku pinta kerana aku hambaNYA yang tak punya apa-apa melainkan segalanya semua pinjaman daripada Allah. Aku ingin diberi kesempatan meminjam ini. Dan mohon agar diri ini tidak leka dalam pinjamanNYA kepadaku...
Allah,jika aku merasa susah, aku yakin pasti ada insan juga merasa susah atas setiap apa yang dihadapi masing-masing, juga atas apa yang diperjuangkan atas prinsip diri masing-masing. Dan, bila hambaMU itu ingin menuju cintaMU, semakin KAU uji dirinya. Kerana mereka mampu... Ya, kerana mereka mampu maka mereka teruji. Mereka itu siapa? Kamu, kamu dan kamu yang membaca.. Kamu, kamu dan kamu yang merasa teruji.
Jika kamu menganggap ini ujian maka berbahagialah dalam mendampingi cintaNYA... Bertahanlah hingga saat Allah makbulkan doaMU.. hingga saat Allah berikan setelah kamu berusaha...
Jika kamu bertahan, aku juga ingin bertahan. Sedang aku tidak kuat langsung. Bagaimana dapat aku menahan segalanya???
Ku katakan ini bukan kerana ku sempurna, tetapi ku ingin cuba.. kalian sangat hebat berbanding diriku yang sangat lemah. Ambillah masa kalian untuk menarik kembali semangat atau mencari semangat baru untuk meneruskan kehidupan. Yang pasti, carilah Allah.. Allahu robbi, air mataku serasa ingin menitis kerana ku langsung tidak kuat. Aku tidak dapat bertahan lama. Kerana ku kenal kelemahanku... Walaupun aku tidak kenal hatiku sepenuhnya kerana sungguhnya hati ini milik DIA. Bagaimana pun aku, aku tidak mampu sendiri...
Tolong doakan aku.... yang pasti, doa untuk diri kalian.....doa dengan yakin kepadaNYA, ALLAH YANG AGUNG...
No comments:
Post a Comment