mypaint

mypaint
warna warni cerita hidup
Daripada Allah kita datang dan kepada Allah jua kita akan dikembalikan

Sunday, 25 November 2012

Apa usaha kita?

Alhamdulillah, masih diberi pinjaman kesempatan untuk di sini. Bersyukurlah bila Allah masih memberi nikmat islam dan iman untuk kita terus menghadapi hari-hari mendatang yang penuh dengan segala macam godaan. Tiap kali godaan datang, betapa Allah je tahu betapa lemahnya kita. Tetapi kemudian, Allah berikan kita kesedaran untuk kembali meminta keampunan, maka jangan bertangguh walaupun mungkin kita akan terbuat kembali, tetapi berusaha lah menahan diri dan berdoa..semoga Allah melindungi kita semua daripada segala kejahatan..aamiin..
 
Tadi bukak facebook.. ada  yang berkesempatan menjejakkan kaki ke Palestin dengan izin Allah.. katanya, dia menjadi lebih bersemangat untuk terus membantu apabila anak-anak Palestin itu memuji Malaysia.. malah yang lebih mengharukan apabila dia kata... jangan risau, kami akan menjaga dan berjuang membebaskan tanah ini... ALLAHU ROBBI..  kita di sini bersenang sajakah????
 
Ayuh, kita mungkin tidak dapat sama mengangkat senjata, membaling batu dan segala, tetapi kita masih boleh berjihad di sini.. Doa', tahajjud, terus melaksana nilai2 islam.. Insya-allah pastinya membantu para pejuang islam di sana..
 
Betapa kerdilnya kita, betapa seakan lemahnya kita bila kita tak buat apa-apa untuk saudara kita. Jangan hanya memandang tetapi ayuh, kita sama-sama laksanakan sesuatu.. Bayangkan bumi Palestin itu dapat kita jejak dengan bebasnya seperti Mekah dan Madinah. Seakannya Palestin itu tiada apa-apa, tapi bermulalah mencari apa yang ada di sana? kenapa Palestin itu begitu dekat dengan kita sebagai muslim.. dan jika bukan muslim, tegakah kita melihat keganasan itu? Masih manusiakah kita bila anak kecil tak berdosa, dibunuh tanpa rasa manusia?
 
Semoga semangat ini tidak berhenti di sini...bersama kita doakan...

Friday, 23 November 2012

berubah???

Alhamdulillah... selesai beberapa urusan.. hujung bulan 11 yang agak sibuk... dua temuduga dah selesai..
Tunggu keputusan DPLI j_QAF in shaa Allah keluar 10 december 2012 dan result Penlong Pegawai Agama Islam pada 15 december 2012.. Betapa berdebar, Allah je yang tahu. Semoga Allah memberikan yang terbaik untukku di mana pun kebaikan itu ..AAMIIN...
 
In shaa Allah juga, 27 november bertolak ke perlis untuk urusan meraikan konvokesyen adik di uitm Arau.. semoga selamat perjalanan kami..AAMIIN..
 
Yang sedikit u ingin kongsikan di sini ialah.. jangan berhenti memohon kebaikan walaupun banyak kali dosa dilakukan.. teruslah mohon untuk berada dalam kebaikan walaupun rasa macam, boleh ke?  Aku ni tak kuat? Kawan-kawan aku bukan stok alim-alim.. mak ayah aku cam ni cam ni? Aku ni tak de basic sangat pun..bla bla bla.... tapi teruslah berdoa, Allah pasti bagi. Pasti.. Kan Allah suruh mohon je apa-apa pada DIA.. kita tak kan mungkin meragui sedikit pun kekuasaan Allah bila kita kenal Allah.
 
Kita cuma mungkin tertanya-tanya kerana terlalu banyak khilaf kita pada Allah, sehingga kekadang rasa malu nak meminta... tetapi, mintalah. Apabila kita meminta itu tandanya kita ni hamba Allah, kita tahu dan yakin ada kuasa lebih hebat dan agung daripada segala-galanya...iaitu hanya Allah...
 
Mulakan berubah sendirian... kalau dulu, kita banyak dengat lagu jiwang karat 1 sen, sekarang ubah pada lagu yang lebih mendidik jiwa.. kalau dulu, kita solat dah hujung waktu cuba solat di awal waktu. Cuba jaga solat, berdoa selalu moga Allah temukan kita dengan orang2 yang baik untuk bantu kita lebih baik insya-allah. dan kita sendiri jadi lebih baik.. kita ni memang banyak sangat sangat sangat dosanya.. tak terkira.. jadinya mohon ampun selalu, mintak pada Allah untuk jadi lebih baik dan bersamaNYA..
 
 
 

Saturday, 17 November 2012

awal hijryyah 1434

Awal muharram 1434 untuk diriku bermula dengan em... bukanlah satu perkara yang baik.. alhamdulillah,sempat berdoa akhir dan awal tahu. Ye, ia bukan daripada sunnah nabi. Tapi berdoa itu sangat digalakkan. Membaca yassin dan segala. Tetapi untuk yang bukan sunnah nabi, jangan disandarkan kepada Nabi..
 
Sambutan tahun hijrah di Palestin bergema dengan butiran bom. Cukup gambar-gambar yang dipos di facebook sangat membuatkan hati menjadi sayu... Kanak-kanak tak berdosa yang jadi mangsa.. Betapa terkedepannya pemikiran mereka, para penumpang tanah palestin tu bila kata, kanak-kanak itu nanti akan menyerang mereka kembali apabila mereka dewasa.. walhal betapa kolot dan penakutnya apabila mereka memikirkan begitu..
 
Di balik setiap yang dibom, yang terkena penduduk muslim.. ada juga yang menggerunkan tentera zionis..tetapi tidak diceritakan.. Pastinya, segala keajaiban dan kemenangan itu atas pertolongan daripada Allah..
 
Semoga dengan doa seluruh umat islam... Allah pasti membantu kita.. semoga, kita semua tidak lupa kewajipan kita.. semoga usaha kita diteruskan..aamiin....