Alhamdulillah... selesai beberapa urusan.. hujung bulan 11 yang agak sibuk... dua temuduga dah selesai..
Tunggu keputusan DPLI j_QAF in shaa Allah keluar 10 december 2012 dan result Penlong Pegawai Agama Islam pada 15 december 2012.. Betapa berdebar, Allah je yang tahu. Semoga Allah memberikan yang terbaik untukku di mana pun kebaikan itu ..AAMIIN...
In shaa Allah juga, 27 november bertolak ke perlis untuk urusan meraikan konvokesyen adik di uitm Arau.. semoga selamat perjalanan kami..AAMIIN..
Yang sedikit u ingin kongsikan di sini ialah.. jangan berhenti memohon kebaikan walaupun banyak kali dosa dilakukan.. teruslah mohon untuk berada dalam kebaikan walaupun rasa macam, boleh ke? Aku ni tak kuat? Kawan-kawan aku bukan stok alim-alim.. mak ayah aku cam ni cam ni? Aku ni tak de basic sangat pun..bla bla bla.... tapi teruslah berdoa, Allah pasti bagi. Pasti.. Kan Allah suruh mohon je apa-apa pada DIA.. kita tak kan mungkin meragui sedikit pun kekuasaan Allah bila kita kenal Allah.
Kita cuma mungkin tertanya-tanya kerana terlalu banyak khilaf kita pada Allah, sehingga kekadang rasa malu nak meminta... tetapi, mintalah. Apabila kita meminta itu tandanya kita ni hamba Allah, kita tahu dan yakin ada kuasa lebih hebat dan agung daripada segala-galanya...iaitu hanya Allah...
Mulakan berubah sendirian... kalau dulu, kita banyak dengat lagu jiwang karat 1 sen, sekarang ubah pada lagu yang lebih mendidik jiwa.. kalau dulu, kita solat dah hujung waktu cuba solat di awal waktu. Cuba jaga solat, berdoa selalu moga Allah temukan kita dengan orang2 yang baik untuk bantu kita lebih baik insya-allah. dan kita sendiri jadi lebih baik.. kita ni memang banyak sangat sangat sangat dosanya.. tak terkira.. jadinya mohon ampun selalu, mintak pada Allah untuk jadi lebih baik dan bersamaNYA..
No comments:
Post a Comment