Sesuatu
hubungan itu bertahan bukan hanya kerana sayang tetapi kerana banyak hal dan
sesuatu hubungan itu tidak boleh runtuh hanya kerana rasa benci kerana, begitu
banyak hal yang membina perhubungan bagaimana boleh runtuh hanya kerana satu
sebab tetapi tidak mustahil jika mengabaikan agama dalam kehidupan,
maka....................
This
is story;-
Di
luar dan di dalam rumah, semua kelihatan sibuk dengan tugas masing-masing.
Kenduri kesyukuran itu diadakan untuk meraikan sanak-saudara yang pulang ke
kampung dan sebagai tanda syukur atas perhubungan keluarga yang masih terus utuh
walaupun dilanda bermacam-macam ujian, tetapi ukhwah keluarga itu masih tidak
putus.
Kaum
Hawa dengan tugasnya tersendiri di dapur. Akilah dan 4 orang sepupu hampir
sebaya memotong buah-buahan dan kuih muih. Kak Nadia, Kak Maira dan Kak Ikin
menyiapkan pinggan mangkuk, gelas dan sudu. Di luar, pak cik-pak cik sibuk
menggulai menu yang pelbagai. Sesekali suara mak cik-mak cik kedengaran memberi
arahan kepada si anak-anak dara. Akur dengan macam-macam aturan. Akur dan patuh
dalam terpaksa rela. Mengenal kehidupan untuk menjadi lebih dewasa. Memikul
tanggungjawab dan tugas.
Di
depan televisyen tayangan karton untuk hampir 10 orang si kecil. Antara cara
selamat untuk mengelakkan mereka mengacau di dapur atau berlari-lari di dalam
rumah. Bergaul dan berbual dengan bahasa dan minat mereka.
Tiba-tiba,
Saiful meluru masuk ke dapur. Jalannya sedikit hincut dan dia terus duduk di
satu sudut yang tidak sibuk. Huda terus mendapatkan suaminya.
“Kenapa
abang?” Soal Huda melihat suaminya mengurut pergelangan kakinya.
“Terseliuh.”
Kerut di dahi Saiful menunjukkan sangat sakit.
“Nak
gi klinik?” Soal Huda.
“Tak
payahlah. Bagi minyak je.” Dan Huda patuh. Dari ruang tamu, si kecil Syamil, 2
tahun bangun. Langkah kecilnya dipercepatkan. Mendapatkan si ayah.
“Ayah,
nah.” Transformer yang tersenget tangannya itu dihulurkan.
“Ok,
adik pergi main kat sana ye.”
"Ayah
buat tansfomer.”
“Adik
mintak tolong along kat sana.”
Syamil
merengek meminta dilayan.
“Adik,
nanti ayah buatkan. Adik pergi tengok cerita kartun kat sana.”
Syamil
masih merengek.
“Along,
ambik adik ni. Along buat apa?” Suara ayah sedikit tinggi. Mengejutkan yang di
dapur. Huda yang baru tiba terhenti langkahnya. Dilihat syamil sudah menangis
kuat. Along, 9 tahun kelihatan tergesa-gesa datang mendukung adiknya. Syamil
memberontak minta dilepaskan.
Huda
menghampiri suaminya. “Sekejap ye abang.” Minyak itu diberikan kepada suaminya.
“Along,
meh ikut ibu, buatkan susu adik.” Dan Huda melangkah ke ruang tamu depan. Huda
memberi arahan seperti biasa, mengajar Along membuatkan susu
adiknya.
“Ok,
terima kasih sayang. Along dah boleh sambung pergi duk dengan Imran semua.”
“Tak
nak lah. Along nak teman adik tidur lah.”
“Along
mengantuk ke?” Soal Huda mengusap kepala Along yang sudah mula berbaring di
bantal upin ipin bersebelahan adiknya yang asyik menghisap botol itu.
“Nanti
adik nangis lagi. Tak da orang jaga.”
Huda
tersenyum. “Ayah sakit kaki tadi, sebab tu Along kena tolong ayah, tolong jaga
adik.”
“Kaki
ayah sakit?”
“Iye
sayang, tapi nanti sapu ubat baik lah.”
“Ayah
tak pergi hospital?” Soal Along memandang ibunya. Huda mencium pipi anaknya.
“Nanti
ibu cakap pada ayah ye. Along tidurlah. Adik pun dah pejam mata.”
“Ok.
Saaaayang ibu.” Pipi Huda dicium. Huda tersenyum. Saiful tiba-tiba muncul.,
melangkah mendekati Along. Dicium dahi Along, diikuti adik yang seakan sudah
lena.
“Ayah
tak pergi hospital?” Soal Along memandang ayahnya.
“Tak
lah, nanti baik lah. Ayah nak tidur sebelah along boleh?” Saiful mengusap kepala
anaknya.
“Boleh.
Kaki ayah sakit lagi ke?”
“Tak
sakit dah.” Huda memandang suaminya. “Jom kita tidur, nanti ayah kena sambung
buat kerja lagi.”
“Ok,
ibu nak tidur tak?” Huda tersenyum. “Ibu kena tolong mak ngah, mak su kat dapur.
Along tidur ye.”
“Ok.”
Huda
mula bangkit. “Sayang.” Huda berpaling memandang suaminya.
“Kejutkan
abang asar nanti.”
“Ye
insya-allah.” Huda kemudian melangkah ke dapur.
*************
“Teruk
ke kaki Saiful?” Soal Kak Ngah sambil menyiapkan hidangan.
“Terseliuh
sikit. Agaknya dah letih tadi.”
“Hem,
ye lah. Baru sampai tadi terus berkejar sana-sini.” Huda diam menyambung
kerjanya.
“Biasalah
Huda, jangan terasa sangat.” Huda menahan rasa.
“Huda
kata tadi, semalam pun dia baru balik dari Penang kan?” Soal Kak Ngah kembali.
Huda angguk.
“Sabarlah.
Tak ada apa-apa lah.” Huda angguk lagi perlahan.
Majlis
kenduri kesyukuran itu berjalan lancar. Meriah. Betapa masing-masing merindui
pertemuan itu. Bertukar cerita dan menyambung silaturrahim yang berjauhan dek
kesibukan kehidupan. Malam ini, sedikit masa diluangkan untuk bersama berdoa dan
bersyukur atas segala kurniaan Illahi. Pinjaman yang masih diberikan ini semoga
diberkatiNYA.. Pukul 10.45 malam, tetamu mula beransur pulang. Masing-masing
sibuk mengemas, meletakkan pingan mangkuk yang kotor di dapur belakang untuk
dibersihkan.
“Sambung
esok je. Dah lewat ni. Pergilah tidur.” Suara ayah kedengaran.
“Hem,
ye lah.” Kak Chik menurut. Ruang tamu depan sudah dibersihkan. Begitu juga
dapur.
Cuma
dapur belakang kelihatannya perlu diproses keesokan hari.
*************
Huda menyalin pakaian
Syamil kepada baju tidur, Along sudah menyalin pakaiannya sendiri. Begitu juga
Angah.“Ok, jom tido.”
“Ayah mana,
ibu?”
“Ayah ada kat
luar."
"Along nak tidur dengan
Imran kat depan tv boleh tak bu?"
"Ok, tapi esok pagi ibu
kejutkan, kena bangun solat ye. Angah nak tidur mana?"
Sambil mengusap rambut
Angah.
"Dengan
Along."
"Ok, Along jaga Angah
tau."
"Selamat malam
ibu."
Along menyalami tangan
ibunya. Diikuti Angah. Huda mencium kedua pipi kedua hero hatinya
itu.
****************
Huda menyelimutkan si
kecil yang sudah lena. Suhu malam di kampung begitu sejuk walaupun tanpa kipas
atau pendingin hawa. Huda berbaring. Meregangkan segala otot. Letih. Pintu
kelihatan dibuka. Saiful melangkah masuk. Isterinya dipandang. Huda mengalihkan
pandangan. Saiful kemudian duduk di sebelah
isterinya.
“Sayang dah nak tidur
ke?”
“Kenapa?”
"Tunggu abang sekejap
boleh? Abang nak salin baju.”
“Hem.”
Saiful memandang
isterinya.
“Tapi kalau sayang dah
nak tidur tak pelah.”
Huda mendiamkan
diri.
Selesai
membersihkan badan, Saiful kembali melangkah masuk ke bilik dan kelihatan
t-shirt dan kain pelekat sudah tersedia di hanger. Saiful mengambil baju
tersebut. Bibirnya mengukir senyum. Tapi itu bukan bermakna isterinya sudah
habis mogok. Saiful duduk di sebelah Huda yang masih berbaring di sebelah
Syamil. Diam. Huda jadi serba salah.
“Kaki
abang?”
Saiful
memandang isterinya.
Huda
membetulkan duduk.
“Nak
sayang urut?”
“Nak
urut kenapa?” Soal Saiful. Lampu meja terpasang.
“Kan
tadi abang terseliuh.” Saiful tersenyum.
“Kalau
nak urut sebab terseliuh tak payahlah. Dah baik sikit.”
“Hem.”
Huda menarik muka.
“Tengok
tu. Tak baik tau buat muka macam tu depan suami.”
Huda
masih tidak bergerak. Tidak tahu hendak memberi reaksi macam mana.
“Tumpang
riba sayang lah.” Serentak Saiful membaringkan badannya.
“Siapa
bagi kebenaran ni?” Huda memandang wajah suaminya.
“Ele
le.. comelnyer buat garang tu.”
Huda
tergelak.
“Abang,
dah lewat ni nak bergurau lagi.” Saiful tersengih memandang wajah isterinya.
“Rindu.”
Serentak
terasa panas wajah Huda. Huda jadi tak keruan. 10 tahun berkahwin tetapi
romantik Saiful masih tetap sama.
“Sayang,
abang mintak maaf ye.” Huda diam.
“Maaf
marahkan anak kita tanpa sebab tadi.” Huda masih diam.
“Insya-allah,
lain kali abang hati-hati.”
“Hem,
sayang pun silap. Tak mintak Along tolong layan adik dia..." “Syamil nak
bermanja dengan abang.” Sambung Huda.
Saiful
memandang Huda.
“Macam
abang nak manja dengan sayangla kan?” Huda menepuk lengan suaminya.
“Jom
la tidur. Sayang mesti letih. Dengan abang yang manja, anak pun manja. Sian
isteri abang ni.”
Saiful
duduk.
“Dengan
sayang je tak pe.”
“Iyer,
dengan sayang je.” Pipi isterinya dicium.
“Abang,
esok pujuk Along, Angah dengan Adik tau.”
Saiful
angguk. “Iyer, beres. Asalkan.....
Saiful
sengih. "ibunya dah tak merajuk, yang lain mesti ditanggung beres punyalah.”
Saiful mencuit hidung isterinya. Huda menghulur tangan untuk menyalami suaminya.
“Minta
maaf ye encik suami.”
Saiful
tersenyum. “Iyer. Dah, jom tidur.”
“Em,
tak pe ke abang tidur sebelah Adik?"
Saiful
senyum lagi.
“Kenapa,
sayang nak tidur sebelah abang ke?”
“Eleh,
kot abang tu malam kang mengigau tiba-tiba ada kat sebelah.”
Saiful
menyucuk pinggang Huda membuatkan Huda terjerit.
“Abang.”
Saiful
tergelak.
“Syutttt.”
Saiful mengusap kepala Syamil yang seakan terjaga.
“Sayang
tidurlah, abang tak kacau dah.” Saiful tersenyum.
"Selamat
malam, abang. Assalamualaikum.."
"Waalaikumussalam
sayang. I love you."
Huda
senyum. "Love you too.."
"Three,
four five"
"Tak
habis lagi?"
Saiful
tergelak.
"Ok,
sambung esok."
Huda
senyum, berbaring mengiring ke arah Syamil yang di tengah-tengah. Memeluk
Syamil. Matanya dipejam. Terus terlena. Saiful memandang wajah yang bertakhta di
hati itu. Amanah dan kurniaan Illahi yang tak terhingga. Syukur dan doa
terlintas....
Tamat....
-Kata
'Maaf' tidak semestinya anda bersalah, tetapi, bagaimana diri kita untuk tidak
ego-