mypaint

mypaint
warna warni cerita hidup
Daripada Allah kita datang dan kepada Allah jua kita akan dikembalikan

Thursday, 11 April 2013

Apa jadi pada diri kita?

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Alhamdulillah, masih diberi kesempatan pinjaman oleh Allah akan nikmat nyawa hari ini dan nikmat yang terbesar sebagai umat islam ialah nikmat sebagai umat islam itu sendiri.. Ya Allah,cukup bernikmat menjadi umat islam.. Alhamdulillah.. semoga hari-hari yang kita lalui lebih baik..insyaallah..
Dan, what happened with us?
>Terkadang kita tak dapat nak selak satu helai pun Al-Qur’an..
>Tak dapat nak solat ikut waktu pun..
>Tak dapat nak hulurkan walau cuma seposen pun pada peminta sedekah kat pasar malam or mana-mana..
>Tak dapat nak sedekahkan walau cuma segaris senyuman..
It’s always happen to me. My self
Why? Sometimes, because  pentingkan diri sendiri..
Hem, tu je la sebabnya, tak de sebab lain...
Kalau korang, saya tak taulah, tapi untuk diri saya.. itu je la jawapannya...
Masalah? Semua orang ada masalah.. Tengok video Mat Lutfi tentang masalah.. aku sama sebijik macam yang dia cakap.. Kita boleh kata, kita akan bertenang dengan segala masalah, kita dah sediakan plan begitu begitu dan begini bila masalah datang or bila plan A tak turn out macam yang kita nak.. Then, bila masalah datang, kita akan rasa down.. tu lumrah la kan.. kita manusia.. Ha, masa tu lah cam ne kita nak beat masalah kita dengan plan b, plan c, plan D sampai Plan Z or lebih yang dah kita sediakan..
apa pun, jangan lupa Tuhan... Kembali Pada Allah.. Mohon doa banyak-banyak pada Allah selawat banyak-banyak... Kata Prof Dr Muhaya.. Segalanya datang dari DIA, jadinya kembalikan pada DIA.. yakin dengan Kuasa Allah yang Maha Agung yang boleh sekali twist je ape2 dalam dunia ni.. banyakkan berdoa mohon hati kita sentiasa dalam petunjuk Allah, lindungan dan rahmat Allah....aamiin....

Wednesday, 3 April 2013

Jalan Pulang

 
Semalam dan beberapa hari lepas, daripada hari isnin hingga hari semalam. Just follow the flow. Memang ia satu ujian, juga satu bentuk balasan ke? Aku prefer pada ujian dan tanda kasih Allah nak bagitau aku silap dan ada kesalahan aku buat, jadinya Allah beri dengan cara macam tu yang aku rasa
"i can't.." rasa nak lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii... jauh-jauh..  memang terasa juga balasan ALLAH, tapi, Allah tak tinggal kan aku..so that is kasih sayang Allah, supaya kembali pada Allah..
 
bukak buku yang boleh bagi aku semangat... ada terjemahan2 ayat quran... Allah tak bagi ujian tu kalau kita tak mampu. Aku cuba hadamkan betul betul makna ayat ni... kemudian aku dah ok sikit, aku bukak fb, aku tengok ada gambar dari langitillahi punya web... tang hilal asyraf kata, hadap je ujian tu. "selagi kita hidup, kita memang akan diuji" ... aku cuba nak hadamkan jugak segala ayat-ayatnya.. Aku baca Di Hamparan Shamrock, ku sujud tulisan ustaz hasrizal.. aku cuba fahamkan tiap kesukaran dan ujian yang dia alami.. ada ayat dia, "siapa aku nak memilih ujian yang Allah nak beri?" Sedangkan kita cuma hamba dan Allah tahu yang terbaik untuk kita....
 
Rupanya, kita memang tak kan nak fahami ayat qur'an tu dengan mudah (melainkan mereka yang betul-betul mengerti, tetapi untuk aku khasnya, yang tidak dalam kelompok mereka yang mengerti,) aku perlu ditekan untuk memahami akan ayat Allah. Sebelum ni, aku cuba baca dan cuba faham. Memang ada yang aku faham tapi aku tak hadam.
 
Mencari Al-qur'an..
 
Yup, masa ni aku kembali menyemak tafsir al-quran dengan lebih giat. Aku mencari ayat-ayat Allah yang seakannya Allah bercakap denganku. Dan sungguh, memang ada. Cuba hadamkan makna-makna ayat Allah. Terasa Allah begitu penyayang dan kita tersangatlah kerdil... Pada kalimah Allah Maha Penerima Taubat, Kecuali orang-orang yang bertaubat... Kita manusia selalu buat salah, sebab tu pintu taubat tak pernah tutup.
 
 
 

Monday, 1 April 2013

Allahu robbi

Kita tak pernah tahu apa yang akan berlaku.. Pernah satu ketika aku menulis sesuatu yang ku rasa sangat perlu dan dengan izinNYA aku tak kan lakukan begitu. Tetapi dengan izinNYA juga, ia berlaku. Segalanya ku serahkan kepada Allah.. Aku cuba untuk terus bersangka baik. Dan memang, sangkaan itu seringkali teruji...
 
Yakin.. percaya dengan ALLAH disamping terus menjalani kehidupan dengan lebih baik. Telah dikatakan hati ini bersatu. Makanya, apa yang ku lakukan baik, dengan izin ALLAH, di sana juga akan baik. Kan Allah dah bagitau. Tiap perbuatan baik, dibalas baik dan perbuatan buruk dibalas setimpal dengannya. Allah Maha Adil. Cuma hati ini. Hati ini yang berebut dengan pelbagai rasa. Allah, hati ini, biarlah denganMU walau apa pun.. Aku pernah melebihi batasan, dan hari ini Kau panggil kembali hati ini.. Ya Allah, jangan biarkan hati ini kelalaian yang berpanjangan.. Jika boleh, tidak ingin langsung aku lalai. Tapi kerana aku manusia yang KAU ciptakan dengan seribu satu kelemahan untuk kembali kepadaMU..aku redha.. Tetapi, KAU panggillah aku kembali tatkala aku jauh denganMU.. kerana aku tidak rela diri dan jiwa ini berjauhan denganMU..
 
Ya Allah, kerana mereka yg disekelilingku orang-orang yang baik, kasihi dan ampunilah kami. Lindungi dan berilah petunjuk kepada kami Ya Allah..aamiin ya robbal alamiin.