Kita tak pernah tahu apa yang akan berlaku.. Pernah satu ketika aku menulis sesuatu yang ku rasa sangat perlu dan dengan izinNYA aku tak kan lakukan begitu. Tetapi dengan izinNYA juga, ia berlaku. Segalanya ku serahkan kepada Allah.. Aku cuba untuk terus bersangka baik. Dan memang, sangkaan itu seringkali teruji...
Yakin.. percaya dengan ALLAH disamping terus menjalani kehidupan dengan lebih baik. Telah dikatakan hati ini bersatu. Makanya, apa yang ku lakukan baik, dengan izin ALLAH, di sana juga akan baik. Kan Allah dah bagitau. Tiap perbuatan baik, dibalas baik dan perbuatan buruk dibalas setimpal dengannya. Allah Maha Adil. Cuma hati ini. Hati ini yang berebut dengan pelbagai rasa. Allah, hati ini, biarlah denganMU walau apa pun.. Aku pernah melebihi batasan, dan hari ini Kau panggil kembali hati ini.. Ya Allah, jangan biarkan hati ini kelalaian yang berpanjangan.. Jika boleh, tidak ingin langsung aku lalai. Tapi kerana aku manusia yang KAU ciptakan dengan seribu satu kelemahan untuk kembali kepadaMU..aku redha.. Tetapi, KAU panggillah aku kembali tatkala aku jauh denganMU.. kerana aku tidak rela diri dan jiwa ini berjauhan denganMU..
Ya Allah, kerana mereka yg disekelilingku orang-orang yang baik, kasihi dan ampunilah kami. Lindungi dan berilah petunjuk kepada kami Ya Allah..aamiin ya robbal alamiin.
No comments:
Post a Comment