mypaint

mypaint
warna warni cerita hidup
Daripada Allah kita datang dan kepada Allah jua kita akan dikembalikan

Saturday, 30 March 2013

Ya Allah, kuatkanlah hati ini

Semalam... dan aku tidak tahu hari ini dan akan datang.. satu masa dulu, tika diuji, aku hampir berjaya, tetapi kemudiannya, aku terleka dengan cinta... dan aku pernah hanyut..hanyut yang sangat jauh..tetapi Allah masih sayang pada kami..Allah masih beri peluang kepada kami untuk kembali..makanya, aku menguatkan hati walaupun berapa banyak air mata yang gugur... aku berusaha kuatkan hatiku..moga dengan itu, hatinya juga akan kuat kerana hati kami satu.. dan masih satu kerana Allah...aku menguatkan hati ku kerana aku sayang dia... dan aku ingin sayang dia kerana Allah..moga kali ini lebih baik dan moga lebih baik..moga Allah membantu kami..
 
Aku mohon agar ujian ini dapat kami lalui dengan MU YA ALLAH.. cukuplah beberapa kali kami telah hanyut..dan berilah kami peluang berdampingan denganMU dengan lebih baik, dalam tenang dan syukur...
 
Tak kan mungkin dapat aku lupa segala kebaikannya..aku yakin dia baik sebab Allah menciptakan  manusia itu dengan fitrah kebaikan..cuma salah nya aku yang berilmu bila aku tak manfaatkan segala yang ada sebaliknya membiarkan aku dan dia terus hanyut dalam godaan syaitan...
 
Syukurlah, peluang ini masih ada..dan aku mohon agar terus ada..
 
Kasih mak abah tak pernah padam..sentiasa bersama anak-anaknya... segala tocer yang aku terima adalah tocer kasih sayang dari Allah untuk selamatkan adik-adik.. tapi aku yakin adik-adikku lebih baik daripadaku...
 
Kepercayaan dan semua..aku serahkan kepada Allah.. aku mohon Allah lindungi kami...aamiin..aamiin..aamiin ya robbal alamiin...
 
semua yang telah lepas, cukuplah sampai di situ dan mulakan kehidupan baru yang lebih baik...

No comments:

Post a Comment