mypaint

mypaint
warna warni cerita hidup
Daripada Allah kita datang dan kepada Allah jua kita akan dikembalikan

Thursday, 28 November 2013

wanita, cita-cita dan kerjaya




Lepas exciden, macam ada trauma nak bawak kereta. Walaupun dah rasa macam yakin boleh bawak, tapi my abah still belum bagi izin dan my mak jugak memang tak yakin sangat. So, nak sedapkan hati, nak tenangkan diri, aku kata pada diri aku..oklah, rai kan saja perasaan mereka, so that, aku berusaha naik bas ke sekolah dan abah akan ambik tiap petang..you know, the perasaan aku ni..tak tega tengok mak abah susah2 drive dari rumah ke sekolah ambik aku tiap petang..45 km. Kenapa aku tak menyewa je? Kenapa tak duduk rumah guru je? Panjang ceritanya dan kali ni nak cerita pasal lain…

Bila dah selalu naik bas, konduktor dan driver bas pun dah kenal muka aku ni.Yang aku sedar iala, driver bertukar-tukar tapi aku still jadi penumpang setia..huhhhuhu..(tak mau naik bas dahhhhhh)

Konduktor ada 2 orang tapi bertukar. Sorang tu akak. Sorang tu lelaki. Akak ni aku tak pasti dah kahwin ke belum..macam dah..yang lelaki ni da kahwin. Aku tahu sebab yang lelaki ni spesis banyak mulut…

Ini cerita pasal konduktor lelaki ni..
Dia tanya aku macam-macam la, dan aku memang ada yang aku sorok sikit sebab tak kan nak cerita semua kan? Yang penting, aku tunjuk cincin.. barulah dia percaya yang aku dah tunang.

Yang aku nak cerita ialah.. hahaha..lambat sangat nak sampai pada isinya..

Dia pernah kata..perempuan belajar tinggi-tinggi buat apa? Tak payah kerja, duduk rumah je.. bla bla bla…….

Aku memang tak jawab pun.. sebab tak nak layan..kalau tak, satu bas dengar aku bersyarah…ehem ehem..Mungkin jugak masa tu aku tak de idea dan aku bukan jenis nak bangkang terus apa orang cakap..aku jenis yang diam dan balas dalam hati…poyo je.. 

Ada sekali tu, aku naik bas, dan ada akak penumpanng tu duduk depan sekali..belum bas gerak lagi, akak tu dah pot pet pot pet dengan driver bas.dan the topic is… isteri bekerja.. pong pang pong pang la dalam bas tu yang driver bas ni kata “perempuan tak payah kerja, duduk la kat rumah, biar laki je kerja…” sabil steady tekan minyak...
Yang akak tu kata. “Tak boleh bang, mana cukup,…”.. tangan dah layang layang siap...
Pong pang pong pang… aku gelak je dalam hati.. 
Kalau nak tau betapa gamatnya dalam bas tu dek suara dua orag tu je.. masing-masing nak menang..bila akak tuu dah turun, driver tu minta maaf jugak la pada akak tu kot akak tu terasa dan akak tu pun sama.. 

Aku??
Aku pernah terbaca, perempuan, belajar tinggi-tinggi pun ke dapur juga, tapi besar dapur yang membezakann perempuan belajar tinggi dan sebaliknya.. aku setuju separuh je yang ni.. ada yang betul besar dapurnya sebab belajar tinggi, ada juga yang biasa, depends on orang tu la kan..kot dia nak dapur kecik. Tak penat berjalan..hahaha..dapur umah my abah memang boleh buat letih kaki..huhuhu..senam, senam..

Tak salah pun perempuan nak belajar, bekerja, samada perempuan tu masih anak atau sudah jadi isteri, as long as, kalau dah jadi isteri tu bincanglah elok2 dengan suami, tahu tanggungjawab, komitmen segala…suami kena la bimbing dengan agama, bukan dengan rasa suka hati semata..

The last is :buat apa-apa, niat kena betul, cara kena betul. Bukan betul pada kita je, tapi pada agama. Agama tu apa? Addin.. Addin yang diterima atas muka bumi ni cuma islam…


Tuesday, 19 November 2013

untuk hafina

assalamualaikum, fina...
ummi sayang fina...rindu pada fina.. 
fina, doakan ummi tau..
moga2 kita dapat jumpe ye sayang...

fina ingat tak masa fina tarik tangan ummi, nak tengok arnab kat rumah atuk? 
mesti fina dah lupa kan?
hem, ummi ingatkan untuk fina ye...

masa mula2 ummi datang sana..ummi pandang fina datang pegang fon ummi yang ummi saja tinggalkan dalam kereta papa. fina jalan, ummi pandang fina, fin apandang ummi.mungkin fin apelik tengok ummi yang bergigi besi masa tu dan mungkin juga fina hairan. fina terus hulur fon pada ummi. fina duduk sebelah ummi. Kawan2 ummi yang lagi da orang mengesot sikit ke tepi.. kita ada borak2 sikit.Perlahan je kita borak. Fina macam faham je dengan rentak ummi.

Masa nak makan tengahari.Fina jawab pada kak ngah (dengan fina jadi mak ngah la..) fina nak duduk sebelah ummi.Fina tahu, masa fina terbatuk tu, ummi macam tak yakin..boleh ke?macam tak layak je..rambut fina pulak masa tu tak berikat. tak bersepit. Kipas tengah on, jadinya ummi pun serba salah nak buat apa.. bila kak ngah terus hulur air, lagi la ummi rasa masa tak layak...

masa dalam kereta nak ke rumah atuk..fina duduk depan, dengan ummi dengan papa.. ummi ingat ummi peluk fina, ummi kata, yang ummi sayang fina sangat. sebab fina ingatkan ummi dengan papa..tak lama tu, ada tempat berhenti, fina baring kat belakang. sepanjang jalan ke rumah atuk, fiina tidur...

sampai kat rumah atuk...kita semua jumpa sepupusedara mara yang dah lama tak jumpa.dan untuk ummi, itu kali pertama jumpa semua, tapi masa tu atuk tak de.atuk keluar..Mak su mak ngah semua sayang ,rindu dengan fina.Papa kata yang fina dah lama tak jumpa diaorang..mak ngah tanya pada ummi, dah pernah jumpa ke?ummi jawab yang ni baru pertama kali jumpa fina tapi yang seronoknya mak ngah kata lepas tu.."dah mesra kan?macam dah selalu jumpa."ummi syukur sangat...

Masa ummi duduk sorang2,fina tarik tangan ummi ajak pergi tengok arnab..ummi ikut.Kita sama2pergi tengok arnab.besar2 arnab atuk..Hem, masa duduk tengok sedara lain main game, papa pun ada sekali.Fina pijak belakang papa tapi ummi tegur fina suruh turun, bila tengok papa macam dah ok..fina terus je turun dari belakang papa.Ummi ingat pandangan fina masa tu. Fina, ummi sayang fina.Ummi nak fina jadi anak solehah ye sayang....

Ummi nak fina tahu yang satu masa dulu, masa fina 5,6 tahun,ada insan yang sayang sangat dengan fina...walau apapun fina buat, fina kena ingat yang Allah sentiasa ada untuk fina tau..fina kena tabah dan kena kuat..

Fina tau tak, masa dalam kereta, fina kata ummi puteri, papa putera..bila papa tanya,kakak? fina diam..lepas tu papa kata kakak permaisuri..macam pelik je..macam terbalik pulak...hehehe..

lagi satu, masa sebelum kita bertolak ke rumah atuk, fina ada nampak serangga. lepas tu fina kata, ni mak serangga, ni ayah serangga,...ummi terus teringat yang masa ummi bercakap dengan fina mula2 dulu pun ummi dengar fina kata mak semut, ayah semut...masa tu ummi bercakap dengan papa, tapi dengar suara fina kat belakang..

(fina sayang pada family..sayang sangat..she love family a lot.. i pray for her to be good daughter..good muslimah...moga brjaya sayangku..)

fina kata pada papa yang kita nak hantar ummi, tapi papa kata rumah ummi jauh..sebelum sempat hantar fina balik, kita sempat tangkap gambar sama-sama.. tu, kat atas tu gambar fina... sekali dengan gambar ummi dengan papa, tapi ummi crop gambar ummi dengan papa. nanti 1masa yang dah pasti, ummi tunjuk gambar penuh ye sayang...

ummi nak fina tahu yang ummi,papap..sayang fina..fina jadi anak yang solehah ye sayang..moga fina jadi lebih baik..moga fina berjaya..moga fina dalam lindungan allah selalu..dalam rahmat,petunjuk dan kasih sayang allah..aamiin...

(slpas apa yang alla beri pada ku..Allah ajar aku..ajar kami jadi hamba Allah yang perlu lebih baik..yang berdoa, berharap, bertawakal dan berusaha mencari,mencapai cinta Allah yang hakiki....)

Friday, 15 November 2013

sahabat yang disayang

assalamualaikum...dan salam sejahtera
sebenarnya awal malam ini tadi, saya mahu berkarya, menyambung karya kreatif saya.hehe.. tapi kemudiannya, saya macam blank..tak tahu nak buat apa? nak sambung macam mana? nak edit tang mana? lastly, saya cuma buka-buka karya tu. Baca je..dan kemudian, Allah temukan saya dengan sahabat baik saya di laman FB.
Aish, kenapa formal sanagt bahasa ni.. aduhai la ..ni la kalau dah terkena mood jiwang... Jiwang dengan sahabat baik..sahabat baik saya ni perempuan..Darinah namanya..insya-allah moga jadi wanita solehah...

Hikayat berkenalan dengan mek tok ina ni.. sebab dalam satu dewan, masa orientasi kat UUM.. Masa tu tengah penerangan ape entah. Then, aku belek jadual yang dah diberi.. Jadual aku tak sama dengan kawan satu kolej (sekarang dah tukar jadi DPP).. jadinya, aku tanya la orang belakang kalau jadual kita sama..dan manusia itu..Darinah ni la.. dengan kawan2 kolej dia.. Dari situ la mula-mula kenal dan dari satu kelas ke satu kelas, dari satu sem ke satu sem, kitaorang rapat..

Aku ingat lagi masa kelas TID (komputer), dia dapat call. Masa tu kelas tak start lagi.. then, bila dapat call, she call herself as a ayang... you know ayang..AYANG..means..sayang...oh my god....Aku tak sangka ina ni macam tu..tak sangka..(that time, aku sangatlah...hakhak..entahlah.. aku nak describe diri aku ni macam mana..cuma aku tak suka kapel2 ni..aku ni jenis yang say no to kapel...hahaha) so, aku pun ada perasaan negatif pada dia...

dan kemudian, selang masa yang agak lama, baru aku tau yang sebenarnya.......

ayang itu ialah ALANG..L..ALANG...dan dia bercakap dengan ayah dia...allahu robbi.. macam mana huruf Y jadi L..kalau kat keyboard ni Y dengan L pun ada la selang 2,3 huruf..huhuhu

Dan aku sebenarnya dah pun minta maaf pada dia pasal ni..

Ajaibnya bersahabat dengan niat yang ikhlas, persahabatan yang diniatkan untuk Allah..walaupun kita cuma cakap dan belum ada usaha, isnaya-allah allah akan tunjukkan pada kita. nanti aku cerita pasal ni ok...

Thursday, 14 November 2013

bila hati jatuh cinta

Assalamualaikum dan salam sejahtera..salam pagi jumaat.. amalkan sunnah2 hari jumaat. dari sunnah yang kecil insya-allah pasti kita boleh laksanakan sunnah yang besar disamping mengekalkan menjaga amalan fardhu.. okeh, untuk entri kali ini, saya nak menulis pasa hati yang terjatuh cinta. For girls yang ramai nak bercinta after nikah.. Ok sebelum tu, ada orang kata:

 tak pe je bercinta sebelum nikah coz, perasaan tu fitrah.

Tapi ada juga kata

  cinta pada yang sudah halal sahaja. 

Okey, ini untuk yang nak bercinta selepas nikah...

Korang mesti ada terasa suka kat mana2 orang jugak kan. yang korang rasa nak je jadi yang sang suami atau isteri. Rasa baiknya kalau dia jadi suami aku, Rasa macam kan bagus dia jadi isteri aku. Rasa macam, kalau dia jadi suami aku mesti dia dapat bimbing aku. Rasa macam, kalau dia isteri aku, aku nak bimbing dia ke syurga. Rasa macam, kalau dia isteri aku, mesti aku nak jaga dia baik-baik. Rasa macam... rasa macam..... 

so that, bila korang terasa macam tu.. mohonlah terus doa pada Allah, Minta allah jaga hati, minta allah lindungi hati, jangan terleka dengan bisikan syaitan..minta pada Allah..jangan dileka dengan cinta yang boleh melalaikan..mintak, mintak, mintak...mintak sungguh sungguh. Minta, kalau dia lah jodohku, permudahkan dengan jalan yang halal di sisi agama..

Minta macam yang korang nak. Tak nak mesej2 waktu malam, gayut2, dating sebelum halal, minta Allah lindung. Minta dia orang yang baik, family yang baik, akhlak yang baik..minta semua daripada Allah.. minta la dengan rendah diri, penuh rasa kehambaan, minta cinta itu dilorongkan untuk cinta Allah yang lebih utama..

Dan, kiranya, tiba-tiba, orang tu ada buat sesuatu yang korang tak suka, yang agama tak bagi, minta lah pada Allah tunjukkan kebenarana. Dekatkan diri dengan Allah bukan masa susah je, tapi masa senang juga. Dan dari saat ini..

Kena kuatkan hati.. korang kata korang nak elak cinta sebelum nikah, jadinya, jangan buat yang boleh hati korang terjatuh cinta. Kita tak tahu pun sebenarnya bila kita jatuh cinta. Sebab cinta tu kadang-kadang tak dipaksa. Jadinya, jagalah hubungan antara lelaki dan perempuan.  Bila dah jodoh, Allah bagi sekelip mata je. Tak tersangka. Tapi, jangan tak berusaha pula. Usaha. Kita boleh usaha. Siapkan diri dengan ilmu. Ilmu agama, ilmu rumahtangga. I.allah semuanya Allah permudahkan..Usha dengan cara baik. Rasa dah berkenan dengan orang tu, kenal lebih kurang je. Kenal dengan family, kot ada orang tengah yang dipercayai..

Dan tips yang terbaik untuk elak daripada yang bukan2 ialah..

jangan mesej2 sangat pun, 
jangan keluar berdua2 kat mana2 pun. 
Jangan mesej lewat malam...Selalunya, kalau dah mesej sekali mesti nak mesej lagi dan lagi dan lagi dan lagi lagi lagi... akhirnya.....

Tanya iman kita. Mungkin kita ada pengalaman lepas yang mengajar kita untuk jadi lebih berhati-hati dengan cinta agar kita tak jatuh dengan cinta manusia hingga lupa cinta illahi.
Mungkin juga kita tak de pengalaman pun nak jatuh-jatuh cinta ni. Belum masa. So that, minta pandangan emak, ayah, guru, keluarga.. keluarga ni luas. Kalau mungkin emak dan ayah sibuk, kita ada kakak, abang, kalau tak de, mungkin ada sepupu yang baik, mak ayah saudara, atuk ke nenek. Dan juga sahabat yang baik..Kalau tak de juga, minta pandangan kaunselor. Jumpa kaunselor bukan tanda korang bermasalah sangat pun. Tapi kita nak guide yang baik. Kalau launselor tu macam ikut barat je lebih, cari kaunselor lain. 

Sekarang dah banyak buku2, blog penulis2 yang berkaitan dengan cinta islami. Boleh jadikan guide. insya-allah..

Hem, berdoalah pada Allah dengan yakin. Allah pasti berikan kita hikmah, pasti tunjukkan pada kita. Insya-allah..

 


Wednesday, 13 November 2013

Aku bertaubat



Pernah langkah ini sumbang

Meniti jejak dunia

Leka menyasar haluan

Kabur..hilang dari pandangan

Tersentak

Mencari titik

Atau mungkinkah ia tanda koma?

Tuhan memanggil berbagai cara

Kau degil begitu, DIA masih punya jutaan jalan mengetukmu

Mengetuk hati keras, jiwa degil

Bukan DIA perlukan kamu

Tapi DIA sayang kamu

Dan kamu.. ya..kamu..

Kamu yang sangat perlukan DIA

Terduduk, terjelepok.

Cari arah..di mana?



-Allah itu dekat…panggil la Allah dalam hatimu
Lidahmu, 
Laku ibadahmu


Tuesday, 5 November 2013

point ringkas

Selamat pagi...assalamualaikum...

Tahun baru lagi...saban tahun...selagi umur panjang, kita akan bertemu tahun baru... Azam tahun lepas, saya kena teruskan sebab tak semua tercapai. Malahan ada yang tengah jalan... Dan tahun lepas, terlalu banyak perkara yang berlaku. Sungguh, tak tertaip kat sini. Korang pun mesti sama jugak kot, atau mungkin lebih baik lagi.

Sikit point untuk tazkirah malam tadi:

>Harta bukan matlamat utama tetapi jalan untuk mencapai keredhaan Allah...

>Untuk berhijrah ke arah kebaikan, kalian pasti diuji.. 

>Bila Allah terus menerus memberi jalan mudah untuk lakukan kejahatan bermaksud Allah mungkin dah murka orang tu. Allah biar je dia buat kejahatan tu..

>Dalam rumahtangga, kena saling mengingatkan..Suami ingatkan isteri, isteri ingatkan suami, ayah ingatkan anak-anak, ibu ingatkan anak-anak. Anak-anak pun boleh ingatkan ibu dan ayah ikut keadaan.. Dan salah satu cara: tiap hari jumaat, lepas suami balik dari masjid (solat jumaat), isteri tanya suami, apa tajuk khutbah tadi, apa isinya? Atau suami boleh je terus cerita pada isteri dan keluarga..

Wah, mantap family...insya-allah..aamiin...

note: i want that..seronok kan, tiap hujung minggu, ada masa duduk bertazkirah dengan family kita. Rasa sangat kasih sayang kerana Allah, Insya-allah, allah berkati keluarga yang berkasih sayang kerana Allah, kepada Allah..

saya sayang suka itu....

Sunday, 3 November 2013

SPM dan aku

Assalamualaikum..
Teruja dan segala macam rasa.. dah lama sekali saya tidak menulis di sini. Rasa rindu dan macam-macam lagi. Rindu nak tatap blog ni. Jadinya, kali ini, sesi menatap je boleh tak? Atau saya rasa rindu juga mahu mengeposkan sesuatu. 

Tips sekejap:

Kepada pelajar yang bakal mengambil peperiksaan SPM tidak lama lagi, sila gunakan bahasa melayu dengan betul. Tatabahasa dan susunan ayat yang mantap serta sesuai. Jangan terpengaruh dengan bahasa blog, bahasa facebook, dan segala macam laman maya yang tidak rasmi itu. 

SPM???

Saya sudah lama meninggalkan tahun itu tetapi kenangan di tahun 2005 itu bagaimana dapat saya lupa? 

Kami beramai2 tidur di dalam dewan makan yang dijadikan asrama sementara kerana asrama dalam proses pengubahsuaian. Jika mahu study malam, petang, kami akan ke kelas. Dan dewan makan itu sememangnya dapat menampung kami dengan selesa sekali. Kerana kami sangat seronok dapat tidur beramai-ramai beralaskan tilam yang diletakkan di atas lantai papan itu. Tanpa katil. Dewan makan itu sudah dibahagikan mengikut dorm yang hanya ada tiga dorm untuk pelajar perempuan dan ruangnya sederhana. Cukuplah untuk kami; pelajar perempuan tingkatan 5, 2005. 4,5 orang satu bilik. Yup, kami memang tidak ramai tahun itu. 

Alhamdulillah, segalanya dilalui dengan baik. Dan keputusan aku……

Aku jangka untuk dapat lebih tetapi tidak seperti jangkaan. Dan untuk adik-adik yang bakal menghadapi ‘peperangan’ ini..selamat berjihad di medan perang.. 

Ops, my anak sedara pun ambik SPM tahun ni le..

Untuk Haidi, semoga Berjaya dalam bidang yang diceburi, becoz, my anak sedara semacamnya tak minat sangat ngadap buku2.. berbeza ye dengan mak sedaranya ini.. heh heh heh..moga jadi anak yang soleh dan moga dipelihara oleh Allah..aamiin..

Ingat, solat hajat jugak tau.. mohon banyak2 pada Allah.. moga najjah adik-adik semua…