Assalamualaikum..
Teruja dan
segala macam rasa.. dah lama sekali saya tidak menulis di sini. Rasa rindu dan
macam-macam lagi. Rindu nak tatap blog ni. Jadinya, kali ini, sesi menatap je
boleh tak? Atau saya rasa rindu juga mahu mengeposkan sesuatu.
Tips sekejap:
Kepada
pelajar yang bakal mengambil peperiksaan SPM tidak lama lagi, sila gunakan
bahasa melayu dengan betul. Tatabahasa dan susunan ayat yang mantap serta
sesuai. Jangan terpengaruh dengan bahasa blog, bahasa facebook, dan segala
macam laman maya yang tidak rasmi itu.
SPM???
Saya sudah
lama meninggalkan tahun itu tetapi kenangan di tahun 2005 itu bagaimana dapat
saya lupa?
Kami
beramai2 tidur di dalam dewan makan yang dijadikan asrama sementara kerana
asrama dalam proses pengubahsuaian. Jika mahu study malam, petang, kami akan ke
kelas. Dan dewan makan itu sememangnya dapat menampung kami dengan selesa
sekali. Kerana kami sangat seronok dapat tidur beramai-ramai beralaskan tilam
yang diletakkan di atas lantai papan itu. Tanpa katil. Dewan makan itu sudah
dibahagikan mengikut dorm yang hanya ada tiga dorm untuk pelajar perempuan dan
ruangnya sederhana. Cukuplah untuk kami; pelajar perempuan tingkatan 5, 2005. 4,5
orang satu bilik. Yup, kami memang tidak ramai tahun itu.
Alhamdulillah,
segalanya dilalui dengan baik. Dan keputusan aku……
Aku jangka
untuk dapat lebih tetapi tidak seperti jangkaan. Dan untuk adik-adik yang bakal
menghadapi ‘peperangan’ ini..selamat berjihad di medan perang..
Ops, my
anak sedara pun ambik SPM tahun ni le..
Untuk
Haidi, semoga Berjaya dalam bidang yang diceburi, becoz, my anak sedara
semacamnya tak minat sangat ngadap buku2.. berbeza ye dengan mak sedaranya
ini.. heh heh heh..moga jadi anak yang soleh dan moga dipelihara oleh
Allah..aamiin..
Ingat,
solat hajat jugak tau.. mohon banyak2 pada Allah.. moga najjah adik-adik semua…
No comments:
Post a Comment