mypaint

mypaint
warna warni cerita hidup
Daripada Allah kita datang dan kepada Allah jua kita akan dikembalikan

Monday, 17 November 2014

update sikit

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah...
puji-pujian hanya untuk Yang Maha Esa. Segalanya daripada DIA yang mencipta. Segala..nikmat..nikmat Allah beri yang banyak ni..tak terkira banyaknya...alhamdulillah...manifestasi syukur pada Allah dengan mematuhi perintah dan larangannya..

Sebelum lebih banyak dikongsi, insya-allah,. bila dah dapat gambar nnti, ceq nak kongsi 1,2 gambar masa hari kahwin hari tu...sekarang ni cuma nak update. nak tulis apa yang rasa nak tulis.

Macam biasa, Masuk bulan 11, 12, pantai timur hujan sepanjang hari. Badan pun jadi la lemau..baju pun tak berapa nak kering, jadi jimatkan baju, dan yang lebih jimattttt.jimat air..hakhak..sejuk weh...
mandi ala P.Ramlee boleh? hakhak..

Baju yang emi mintak tolong jahitkan belum jahit lagi..huhu..esok pulun...i.allah..
puding jagung entah jadi ke tak. Tu tengah tunggu dia sejuk...amik resepi kat mane entah tadi. Google je. Tanya Puan emak pun boleh, tapi sbb nak tengok sukatan, then nak gunakan susu cair. Nak habiskan baki susu cair...

K, k, sambung nanti plak naa..

Thursday, 9 October 2014

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah..
Ada hikmah yang saya ingin ambil sebagai hikmah atas ujian yang Allah beri..
teringat kata adik dan saya mahu tuliskan di sini sebagai peringatan untuk saya.. kata adik pada mak dalam usaha memujuk emak menerima ujian "jangan tanya kenapa aku? tapi tanya kenapa bukan aku?" aku menghadam  dan adik masih terus berusaha menjelaskan ayat yang kelihatannya sagat sukar, walhal, visinya hanya satu dan cukup jelas. Cuma ayat itu memang sesuai digunakan untuk kita yang sering bertanya kepada tuhan, kenapa aku ya allah? kenapa aku?????? 

Masa senggang yang cukup lama. Sepi. Sibuk. Dan terhenti..
Dalam hati masih mahu meneruskan. Azam masih kukuh, utuh dan berkobar-kobar. Namun, setiap kali itu, pelbagai macam di tepi-tepi mengganggu -gugat keazaman tidaklah seteguh mana-mana bangunan pencakar langit pun kat muka bumi ni..Tidak mahu mematikan azam dan semangat itu, Bercakap, memujuk sendiri hati dan yakin pasti, Allah bagi, tetapi aku yang perlu memberi diri ruang itu..

 


Monday, 25 August 2014

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah..
rasa tak layak menulis tapi nak menulis..huhu.. tak pe lah. Tulis je la..
kehidupan hakiki adalah di akhirat kelak.

Mengingati kebenaran dan datangnya hari itu yang pasti, terkadang kita leka dengan sibuknya kita dengan kehidupan dunia. Maka, jadikan kesibukan itu kesibukan yang bermakna untuk di alam akhirat kelak. 
Sibuk bermakna?

Aku sendiri sedang meniti keadaan itu. Bukan hanya membawa diri sendiri tetapi juga insan-insan di kanan kiri yang disayang. Makanya, ada langkah perlu dilakukan. Usaha itu kita lakukan, tetapi hakikat segala Allah yang menggerakkan. Insya-allah. teruskan dengan doa pada usaha itu. Doa, tawakal dan teringat kata sahabat, gagal merancang sebenarnya merancang kegagalan. 

Aku bukan jenis manusia yang merancang. Kadang aku lebih selesa, rasa nak buat time tu nanti aku buat. Sebab, ada banyak hal sebelum ni yang aku rancang dan tak menjadi. Nampak tak aku give up di situ..huhu...

insya-allah..teruskan n teruskan.. 

hehe..nak menaikkan kembali semangat.. semoga...semoga... ..semoga...
harapan dan doa kepada ALLAH, tawakal dan usaha untuk NYA YANG ESA..

Wednesday, 20 August 2014

hanya pada Allah

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
Huhuhu..sekian lama sepi menyepi tersepi ataukah disepikan...
huhuhu..
berhari yang lama kembali terfikir apa yang aku mahu? apa yang aku nak buat? aku tak nak macam ni..aku tak nak lost macam ni,,
Allah tak kan ubah nasib kita kalau kita tak berusaha,
Yes, usaha yang kita buat tetapi yang mengizinkan hanya ALLAH
apa jadi kalau kita tak usaha tetapi mengharap Allah izinkan segalanya..
huh!!
Jika berjaya, ingat, Allah yang izinkan segalanya, Allah yang menjayakannya dan bukan usaha kita semata. Usaha kita itu juga sebenarnya, hakikatnya, datangnya dari Allah
So that, tak de makna nak riak bangga segala..
USAHA!!!!

Terinspirasi masa tengok 'Assalamualaikum' kat tv alhijrah tadi pasal D'KINABALU BERSELAWAT.
orang tu cakap yang menjayakan semua ni Allah.. memang aku dah tahu tapi mungkin sebab aku dah lama macam jauh dari peringatan2 macam ni.. dan bila aku dengar orang tu cakap, hati terdetik, mendetik dan didetikkan olehNYA mungkin..

Dan masa memandu ke sekolah, tiap hari, terkata dalam hati, alhamdulillah, hingga hari ini masih selamat setelah peristiwa perit itu.. dan sebenarnya Allah yang menyelamatkan aku, menyelamatkan para pemandu di atas jalan raya. Jika mengharapkan hanya kepandaian dan usaha memandu semata, sungguh, kita tak de kudrat pun nak menyelamatkan diri. Tapi Allah yang gerakkan hati kita begitu, Allah yang gerakkan tangan kita ke sini, Kaki kita menekan minyak dan brek, memandang cermin hadapan kanan dan kiri.. segalanya... ALLAH..

Saturday, 2 August 2014

sejenak

Alhamdulillah..alhamdulillah alhamdulillah

Ramadhan sudah pergi meninggalkan kita. Belum tentu berjumpa lagi dengan ramadhan tahun depan. Syawal sedang dilalui. Semoga kita dapat lalui syawal ini dengan penuh insaf dan syukur. Saudara di gaza sangat hebat diuji namun kehebatan para mujahid tidak tertanding. Bantuan Allah kepada mereka. Teruskan berdoa dan lakukan apa jua usaha untuk berjihad bersama mereka walaupun kita tiada di sana.

Alhamdulillah..
Syawal kali ini banyak cerita. Di hujung ramadhan juga ada cerita. Allah yang mengetahui. Pada setiap dosa yang tidak terkawal, memohon ampun dan bagaimana menjadi hamba Allah yang lebih baik?
Meneruskan usaha dan meyakini dalam doa yang tiada henti. Allah mengetahui, mendengar, mengadili, memberi yang terbaik untuk tiap hambaNYA dan juga Allah maha pengampun.

Pada setiap nikmat, itukah nikmat hadiah ataukah istidraj?

Bukan sukar untuk mengenali.
Hadiah itu menjadikan kita hamba Allah yang lebih mendekatkan diri pada Allah
sedangkan
istidraj itu, menjauhkan kita daripada Allah..

Allahu robbi...

Sunday, 20 July 2014

menulis

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah..
semoga Alah melindungi kita daripada segala kejahatan dan kemaksiatan..
semoga segalanya ini diganti dengan keampunan, rahmat dan petunjuk daripada Allah..
Ramadhan hanya tinggal beberapa hari. Alhamdulillah, semoga kita terus dapat melakukan ibadah dengan lebih baik. Merebut ganjaran yang Allah berikan.
Ibaratnya macam masa kecik-kecik. Tiap kali sukaneka sekolah, mesti ada satu aktiviti untuk kanak-kanak bawah 5 atau 6 tahun. Kumpul kat satu tempat dan cikgu bertugas akan tabur gula-gula. Masing-masing berebut gula-gula yang ditabur.
Suddenly, teringat momen itu. Kiranya macam Allah dah berikan banyak 'gula-gula' tu pada kita, kita je yang kena rebut. Siapa usaha lebih, dia dapat lebih. Insya-allah..

Alhamdulillah, sebenarnya saya bukan orang yang bagus untuk menulis tapi suka dan ingin terus menulis. Dan bila diberi tugasan, saya sangat gembira dan cuba buat dengan baik, namun, saya kurang membaca. Bahan bacaan berkaitan tidak banyak. Malahan, saya tidak mengaji hadis dan alquran dengan mendalam. Itu bukan alasan untuk tidak menulis, tetapi saya perlu kekuatan isi dalam menyampaikan sesuatu yang benar. Tambahan pula, ia berkaitan agama. 

Menulis. Kata seorang penulis, tipsnya untuk terus menulis ialah, mulakan sebelum ada mood, berhenti sebelum letih menulis. Dengan macam tu, dia sentiasa rasa mahu menulis. Dan saya cuba gunakan. Ternyata ia berhasil. Tapi langkah saya terhenti bila mati isi. Maka, di sini saya perlu mencari isi. Tidak cukup hanya pengalaman. Pengalaman guru yang berharga tiada nilainya jika pengalaman itu dapat membawa diri pada jalan yang lebih baik.

Dan saya ingin menulis datang dari hati. Dari hati itu kan menyentuh hati. 
Waallahua'lam..

Wednesday, 16 July 2014

kehidupan...

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah..
Sepi beberapa minggu mungkin..
Laptop tetiba tak boleh nak on. Dengan simpanan kewangan yang semput, entah bila dapat pergi kedai utuk baiki. Terlayangnya entri hari ini sudah tentunya dengan izin Allah, melalui ehsan pinjaman daripada adikku. Huhuhu...

Alhamdulillah..
Dah di pertengahan ramadhan dan hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi insya-allah ssyawal akan tiba dan menuju hari itu tiada siapa pun dapat menjamin bahawa esok kita akan hidup. Tetapi, untuk meneruskan hidup, kita perlu ingat bahawa, bekerja seolah hidup  lama dan beribadah, seolah esok tiada lagi untuk kita..

Mengikut pada angan, cita-cita dan perancangan sehari-harian kita, seakannya kita terlupa bahawa nyawa ini milik Allah.. Tetapi, dalam melaksanakan kerja untuk tidak sambil lewa kita perlu laksanakan kerja itu sebaik mungkin, sehabis daya yang terbaik, mengusahakan dengan semaksima kemampuan kita. Tetapi mungkin juga ada yang mengendahkan hari ini kerana merasakan esok akan ada lagi. Dan di sini kita perlu ingat bahawa celakalah orang yang hari ini lebih teruk daripada hari semalam. 

Dalam kehidupan saya, saya selalu sahaja seakannya menjadi manusia yang tidak berjaya. Tetapi saya tidak suka jika emak atau abah, atau ahli keluarga saya kata saya tidak berjaya. Mungkin sebab saya tidak mahu merasakan saya teruk di mata mereka walhal hati kecil dan jiwa saya merasakan sayalah yang teruk itu. Yang tidak punya kejayaan. Yang tidak punya apa untuk dibanggakan. Hanya menyukarkan emak dan abah...

Namun, menginjak hari sebenarnya mungkin inilah erti kehidupan. Kehidupan yang kita belajar erti kedewasaan, erti kematangan, erti hidup. Hidup..

Bukan hanya ruang kelas, kawan-kawan kongsi cerita tugasan daripada pensyarah dan segala. Itu semua juga proses kehidupan. Dan dalam sehari-hari, saya yakin bahawa kita sentiasa belajar dan terkesan oleh sesuatu daripada sekeliling kita sekalipan perkara itu kecil di mata orang lain tetapi ia cukup bererti untuk kita meneruskan kehidupan..

Tuesday, 8 July 2014

Kaki mak bengkak

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah..

baru semalam post pasal  syoknya sihat. dan pagi tadi bondaku diuji dengan bengkak lutut. 
Alhamdulillah, dah mula surut. Aku dah agak gelabah sebab takut jadi macam mak sedara. Lambat pergi klinik, bengkak makin besar, dan akibatnya, kena guna kerusi roda. Alhamdulillah dah makin baik. Pulak hari ni abah kena ke JB. ada urusan. Mak kena bengkak lutut tu lepas solat subuh, maksudnya mas atu abah dah gerak keluar. Mak berkeras tak nak pergi klinik. Aku pun tak boleh paksa sebab mak takut jugak kena tahan. Makanya, guna alternatif lain. Mak kata tanya makcik kalau makcik tahu apa-apa yang boleh disapu.

Alhamdulillah, mak cik tengah kat luar rumah, terus aku tanya dan mak cik yang memang sangat prihatin terus hulurkan bantuan. Minyak panas dihulur. Tapi mak cik tetap ikut aku ke rumah sebab nak tengok mak, kot-kot boleh tolong, dan aku memang mengharapkan pertolongan itu.

Masuk rumah terus sapu kat lutut mak yang dah bengkak sangat tu. Macam-macam minyak aku keluarkan. Lepas tu borak-borak..ada la satu petua nak surut bengkak ni. Guna daun tembaga suasa, layurkan atas api, dan letak kat tempat bengkak tu. Insya-allah surut. Tapi, kat kawasan rumah ni mak kata dah tak de dah pokok tu. Cuba guna daun sireh.

Alhamdulillah, mak kata kaki rasa ringan sikit. Tak tahulah yang mana satu mujarab, sebab guna minyak, guna daun sireh layur. Yang pasti Allah yang sembuhkan. Kita berusaha yang semampu kita boleh.

Aku tak tahu daun tembaga suasa tu macam mana? kalau daun sireh aku tahu la..huhuhu...



Tapi bila aku google daun tembaga suasa tu..owh..ini rupanya..memang la aku kenal..hehehe
ha, korang tengok sini. Boleh baca sekali dengan khasiatnya yang diakui oleh pegawai penyelidikannya. Baca tau. Mana tahu nanti korang ke sape2 yang korang kenal terseliuh, terbengkak, dan dengan izin Allah, ada pulak pokok tembaga suasa ni kat kawasan sekitar korang, korang boleh guna sebagai alternatif. Insya-allah, sembuh.  Boleh jugak korang cari pokok ni kat kedai pokok bunga ke, sebab cantik jugak buat hiasan laman. :)


Monday, 7 July 2014

Syoknya sihat!!!!

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah..
Syukur masih diberi izin oleh Allah untuk meneruskan kehidupan dan semoga dapat kita sama manfaatkan..

Ya Allah..betapa sakitnya pinggang, betapa sakitnya gigi. Dua sakit serentak. Allahu robbi... tak tertahan rasanya. Hingga terdetik kalau tak tahan sangat, tak dapat puasa sebab nak makan ubat. Tapi alhamdulillah, lepas tidur pagi tu, bangun tidur, hilang kejap sakit giginya. Dan selebihnya bertahan sahaja. Sakit pinggang ni pun entah apa sebabnya. Harap lepas ni, boleh reda sikit. Aku pun tak tau nak ubatkan apa sebab tak tahu kenapa boleh sakit. Mak kata, sapu-sapu,selawat.

Hem..dan masa ini lah betapa indahnya nikmat sihat. Betapa untungnya diberi kesihatan yang baik dan betapa sihat itu nikmat yang amat besar diantara nikmat-nikmat yang besar. Nak solat pun mudah, nak makan pun berselera, nak buat kerja pun bersemangat.

Bila nikmat sihat ditarik dan Allah uji dengan sakit, segalanya itu jadi lemau. Lemah. Sangat. Nak solat pun berat padahal dalam solat tu dapat menyihatkan jiwa. 

Betapa nikmatnya sihat yang Allah yang beri pada kita. Kita mungkin rasa biasa-biasa je, tapi cuba kita pergi hospital, tengok orang sakit. Dan kita akan mengerti betapa seksanya. Nak makan, nak solat, nak bergerak semua mintak orang tolong. Kebebasan dah tersekat. 

Bersyukur dengan nikmat sihat yang Allah bagi. Zahirkan kesyukuran kepada Yang Maha Esa. Menjadi hamba Allah yang menggunakan nikmat sihat itu untuk Allah, kerana redha Allah..

Okey, bercakap tentang redha, tadi tazkirah lepas terawih imam beritahu mengenai satu hadis yang menceritakan bahawa masa kat padang mahsyar nanti, Allah akan tutup kesalahan (aib) orang-orang yang beriman yang hanya mencari redha Allah. Kita tahu kan yang manusia semua buat salah, kecuali nabi yang maksum. Kita sebagai manusia biasa, kita akan ada buat salah. Salah kecik dan besar dan kadang-kadang terulang-ulang kesalahan kita dalam proses menjadi hamba Allah yang baik. Tetapi, bagi hamba Allah yang beriman, yang hanya mencari redha Allah, Allah akan tutup keaiban dia di padang mahsyar. Wa..betapa luasnya rahmat Allah, betapa kasihnya Allah pada orang-orang yang macam ni.

Hem..jadinya macam mana???

hehehe..kita sama-sama betulkan niat kita dalam apa jua perkara redha Allah adalah matlamat kita. Berpuasa untuk dapatkan keredhaan Allah, insya-allah puasa kita akan menjadi puasa yang mantap, yang bukan hanya menahan lapar dahaga tetapi menahan segalanya daripada hawa nafsu kita. Berterawih bukan hanya ikut-ikutan untuk meriahkan masjid tetapi untuk redha Allah akan menjadikan kita hamba Allah yang seronok untuk hadir solat tiap waktunya dengan tepat. Bersedekah dalam bulan ramadhan untuk dapat keredhaan Allah insya-allah akan melahirkan umat yang prihatin tidak kira waktu.

Bukan ganjaran yang diinginkan tetapi hanya redha Allah..berat sebenarnya nak capai redha Allah. insya-allah kita sama-sama usahakan ye..

Sunday, 6 July 2014

Bangkitkan aura ramadhan



Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
Apa khbar ramadhan kita? dah mula sibuk mungkin. Baju raya? kuih raya? rumah raya? hehehe.. semua nak beraya okey. Pasaraya pun dah beraya. Meriah dengan lagu raya yang berkumandang, dengan gantungan ketupat segala. Tangkap syahdu la tuk perantauan. Rasa naktorobang balik berbuka dengan family kat kampung.. 
Apa pun, mari kita hangatkan kembali ramadhan kita dengan amal ibadah kita. Mungkin ada antara kita yang dah mula rasa tak semantap masa mula-mula sambut ramadhan. Dah mula rasa nak culas dengan tarawih, rasa berat nak sahur lambat, dan letih untuk mengaji qur'an. Ops, ingatan untuk saya jugak..
Jom, bangkitkan kembali aura ramadhan. 
Macam mana nak buat yek????
hem, kita kongsi sama-sama ye..

1) Betulkan kembali niat kita. 

Adakah niat kita menghidupkan ramadhan hanya untuk mendapat pujian manusia yang melihat kita banyak amalannya atau kita mahu redha Allah untuk hidup dan mati kita? Niat yang benar insya-allah akan meneruskan kebangkitan kita untuk memakmurkan bulan ramadhan.

2) Ada matlamat. 

Apa matlamat yang kita nak capai dalam bulan ramadhan ni? Apa yang kita nak perbaiki dalam bulan ramadhan ni. Tengok semula apa yang kita target awal ramadhan. Dah tercapai ke belum? Macam mana usaha kita nak capaikat matlamat kita. Insya-allah dengan adanya matlamat, kita boleh bangun kembali bertahajjud, meminta kepada Allah dengan penuh rendah diri dan yakin kepada Allah.

3) Merancang aktiviti di bulan ramadhan. 

Ada setengah orang bulan ramadhan adalah bulan kerehatan daripada sebarang kerja, dan untuk aku, kalau di bulan ramadhan ni, idea untuk menulis hanya dapat dikerah pada waktu malam. Masa siangnya, jika ada idea pun, hanya draf kasar sahaja. Jadinya masa siang buat mana2 kerja yang patut-patut je. Tambah pulak, kerja petang, jadinya waktu pagi banyak masa rehat. Banyak masa yang masa tu rasanya tak dapat pada bulan lain. Hehehe.. tika ini lah peperangan diri bermula. Perang nak bangkit dari katil, nak start basuh pinggan, basuh baju, kemas rumah. Dan kemudian, kembali pada matlamat. Macam baru ni, aku decide nak kemas bilik adik aku yg dah gaya stor, makanya, masa tu terisi dengan baik. Jadinya, korang kena la ada aktiviti-aktiviti yang berfaedah untuk dibuat masa bulan ramadhan ni.

4) Mengelakkan perkara-perkara yang memungkinkan kepada kelekaan.

Selama kita hidup dah bertahun-tahun dan memang kita sebagai manusia akan terleka dan lalai. Tapi, jangan jadikan itu alasan untuk kita terus buat silap sebab kita diberi akal jugak untuk fikir baik buruk sesuatu perkara. Untuk yang dah lepas, jadikan pengajaran hadap masa mendatang. Kita kenal diri kita, kita tahu apa kita suka dan kadang-kadang apa yang kita suka boleh melalaikan kita. Jadinya, macam mana? Nak terus tak suka ke? Sekiranya perkara tu memang dihalang oleh syariat, kita kena berusaha menjauhkan daripada melakukannya. Tapi jika tak, kita kena kawal supaya ianya sekadar sederhana, tidak keterlaluan dan mengikut syariat. Perkara yang awalnya berhukum harus boleh menjadi haram dek keterlaluan dan tidak mengikut syariat. Kalau perkara tu menjauhkan kita daripada Allah, rasulullah s.a.w, agama kita, maka kita kena elakkan diri kita daripada menuju ke arah tersebut.

5) Doa

Teruskan berdoa dalam usaha yang dilakukan dengan yakin dan bertawakal kepada Allah. Semoga Allah bantu kita untuk terus mengimarahkan ramadhan kareem.... insya-allah... 

Kita tak tahu adakah kita dapat menghabiskan ramadhan kali ini? kita tak tahu, makanya, jom, kita sama-sama manfaatkan setiap hari di bulan ramadhan yang dapat kita lalui..insya-allah..

Saturday, 5 July 2014

Kembali

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah...
semoga Allah menjaga kita untuk terus dapat beribadah sepanjang ramadhan kali ini dan menyambung meneruskan melakukan sunnah nabi muhammad s.a.w..
Alhamdulillah..
ni cuma nak menaip saje nak menukilkan ape yang aku rasa..huhu..menukilkan? ape-ape je la..
Alhamdulillah, he's back. Alhamdulillah, tapi aku kena ingatkan diri aku selalu. Don't make same mistake. Allah with him..

Korang pernah rasa kehilangan? pernah alami situasi macam tu? Pernah hilang arah? pernah hilang orang? hilang barang yang disayang?
So, what's the feeling????
Hurt, pain, sad, hard..angry...dan bila dicantum semua rasa tu nak ke rasa tu terus ada dalam diri????
Mesti tak nak kan? dah tu nak buat macam mana???
Rasa2 tu semua buat kita manusia yang tak baik kalau kita tak kembali kepada fitrah diri kita manusia yang nak kan kebaikan.
Jadinya, maafkan orang tu dan kalau tak kuat, meet Allah in your pray. 
Allah yang aturkan segalanya. why barang tu hilang? why? aku salah letak? orang tu terdesak nak curi? Salahkan diri sendiri atau salahkan orang lain??
Muhasabah diri. Allah aturkan kejadian tu ada hikmah, Allah beritahu yang semua akan kembali kepada pemiliknya, Allah ajar kita erti syukur dan sabar. Allah suruh kita mohon ampun sebab dosa kita banyak sangat pada Allah..

Kehilangan tu ajar kita jadi hamba Allah yang lebih baik. Kehilangan tu boleh beri kita sinar iman tuk petunjuk jalan di hadapan.
-Penjagaan Allah adalah sebaik-baik penjagaan.

Dan untuk aku, MH370 yang hilang tu masih buat aku teringat-ingat kalau nampak kapal terbang. Moga family yang terlibat diberi kekuatan oleh Allah untuk terus menjadi hamba Allah yang beriman.

Friday, 4 July 2014

Tentang Doa'

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
Alhamdulillah...syukur, perjalanan hari ini dipermudahkan oleh Allah. Alhamdulillah..berkat dan rahmat Allah turun mencurah-curah. Alhamdulillah...
Dua hari lepas, tazkirah yang aku paling ingat tazkirah yang di masjid as-syakirin tentang doa'.


DOA

Bulan ramadhan kita sememangnya digalakkan sangat untuk berdoa. Doa sebagai salah satu ibadah. Again, hebat dan penyayang sangat Allah. Allah suruh kita doa, tetapi itu juga dikira ibadah. Allah suruh kita meminta tetapi itu juga ibadah!!!! Allahu robbi. Dalam kehidupan kita, kita tak digalakkan meminta-minta kepada manusia tetapi dengan Allah, Allah sangat suka, malahan boleh dapat pahala lagi. Allahu robbi. Sayangnya Allah pada kita..

Dan, ustaz kemudiannya menghuraikan mengenai adab dan waktu musatajab untuk berdoa.

Adabnya ialah:

1) Merendahkan suara, jangan terlalu nyaring, terlalu kuat. Sederhana. Dalam kesederhanaan itu mendidik kita untuk penuh mengharap pada Allah..

2) Memulakan doa dengan puji-pujian kepada Allah. Ada 99 nama Allah dan kita boleh mulakan doa dengan menyebut nama-nama Allah yang agung tersebut 
(noted: Alhamdulillah, masa kat sekolah dulu, setiap hari masa perhimpunan wajib alunkan asmaul husna. Alhamdulillah sekarang dah boleh hafaz. Cuma masih kena tingkatkan hafazan tang maksud nama2 Allah tersebut. Sekarang pun dah banyak artis yang alunkan asmaul husna dengan pelbagai rentak.)

3) Akhiri doa dengan selawat ke atas nabi muhammad s.a.w. Dalam sebuah hadis ustaz bagitau, jika berdoa disertai dengan selawat, maka tiada lagi gantungan untuk doa tersebut sampai (makbul). Maksudnya, tak de halangan untuk doa tu dimakbulkan. Insya-allah.Pasti.

4) Yakin. Dalam adab berdoa kita kena yakin yang Allah akan makbulkan doa kita. Kadang kita berdoa tapi kita tak yakin. Sebab? Kita sama-sama cek..

5) Jangan tamak dalam berdoa. Okey yang ustaz maksudkan dengan jangan tamak dalam berdoa ialah, tidak meminta doa itu makbul segera. Contoh, hari ini doa, esok dah nak dah. Berdoalah dengan penuh yakin pada Allah dan serahkan pada Allah akan doa itu. Allah tahu yang terbaik untuk kita. Allah pasti makbulkan dengan pelbagai cara yang kita tak jangka dan keadaan itu sangat baik untuk kita. Mohon la pada Allah dengan rendah diri dan syukur serta sabar.

Okeh, pada waktu mustajab doa, macam dah sedia maklum, 
1) 3per4 malam, 

2) waktu sujud terakhir, (masa ruku' bykkan memuji allah, masa sujud, banyakkan doa pada Allah: bahasa arab (lisan), bahasa melayu dalam hati je, masa solat tak leh sebut bahasa ibunda,sebab boleh membatalkan solat kalau lafaz dalam bahasa selain arab)..

3) Hari jumaat ni banyak pendapat waktunya bila. Ada yang kata masa khatib naik mimbar, masa selang khutbah pertama ke khutbah ke dua, masa nak dekat maghrib. jadinya, banyak2 lah berdoa hari jumaat. 

4)Hari arafah (9 zulhijjah) 
dan beberapa waktu lain

Yang aku tertarik tang waktu mustajab doa ni ialah tentang kelekaan kita pada waktu-waktu tersebut, Lagi, aku terkesima dan aku baru nampak. Waktu-waktu tu, kita tengah tidur, berperang dengan keenakan dibuai dingin malam, waktu tu jugak kadang sujud akhir tu dah tergesa nak siapkan solat, masa hari jumaat pun, kita terlalu berseronok-seronok sebab dah excited nak cuti, tidur dan sebagainya. Dan 9 zulhijjah tu kita dah bersibuk denagn nak sambut hari raya aidiladha hingga kadang kita terlupa....Makanya, apa kata lepas ni, kita sama-sama rebut masa-masa mustajab doa ni untuk kita memperbanyakkan lagi doa kepada Allah s.w.t..

peringatan untukku dan kalian juga, semoga bermanfaat untuk kita sama-sama perbaiki diri kita insya-allah..
 

Wednesday, 2 July 2014

Tazkirah yang santai; i likeeeee

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah..
Alhamdulillah dah 4 hari kita berpuasa kan? jadinya macam mana puasa kita? semoga ada peningkatan untuk ramadhan kita tahun ini dari sehari ke sehari..
Alhamdulillah..

hari ketiga dan hari keempat tazkirah lepas terawih disampaikan oleh imam lain. Dan, bahasanya kali ini lebih santai dan lebih mudah nak hadam. Dan kedua tazkirah mengingatkan jemaah akan ayat daripada surah Albaqarah:183 yang bermaksud

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa."

Dan masa aku solat zohor di masjid as-syakirin pun, ada tazkirah selepas zohor juga menerangkan akan ayat ini. Kiranya, ayat ni seakan ayat wajib para penceramah sebagai isi dan peringatan untuk kembali muhasabah diri mengenai kewajipan puasa di bulan ramadhan.

Okey, dalam satu tazkirah, dikatakan, bila ada ayat seruan, "Wahai orang-orang yang beriman", maksudnya kat situ, arahan yang Allah suruh buat selepas ayat seruan itu hanya mampu dilakukan oleh orang-orang beriman. Aku terkesima. Memang kan, orang tak beriman, belum tentu dapat berpuasa, orang tak beriman, belum tentu dapat menunaikan zakat, menunaikan solat.

Dalam tazkirah yang lain pula diterangkan orang-orang beriman adalah orang yang telah dipertanggungjawabkan ke atasnya untuk melakukan kewajipan yang Allah perintahkan. Orang-orang yang dah tahu baik buruk, dah kenal dosa pahala..

Dan perintah Allah itu adalah supaya kita menjadi manusia yang bertaqwa. Again, Allah sangat sayangkan kita. Taqwa. Allah tak nilai kita dengan harta bertimbun, kedudukan tinggi rendah, warna kulit hitam putih atau bangsa arab cina melayu. Tetapi... TAQWA.. Allah suruh kita berpuasa supaya kita dapat taqwa. 

Analogi yang diberikan ustaz mudah sahaja. Ibaratnya kita makan. Bila kita makan, kita dapat kenyang. Bila kita puasa, kita dapat taqwa, insya-allah. Semoga puasa kita ni dapat dipertingkatkan kualitinya untuk mendapat taqwa itu. Dan diterangkan pula bahawa puasa menurut imam Ghazali ada tiga tingkat. Puasa kategori awwam, kategori khusus, dan kategori khusus li khusus.

1)Puasa Awwam ni puasa orang yang hanya menahan lapar, dahaga dan tidak bersetubuh tetapi masih melakukan maksiat lain seperti, mencuri, mengumpat, tidak solat dan sebagainya.

2)Puasa Khusus pula ialah puasa orang yang berpuasa menahan lapar, dahaga, menahan hawa nafsu, menjaga anggota badan daripada melakukan segala maksiat dan ditambah dengan melakukan amalan-amalan sunat.

3) Puasa khusus al khusus iaitu puasa yang menahan segala-galanya daripada segala perkara duniawi. Ingatan, hati dan jiwa diserahkan dengan ingatan kepada Allah s.w.t semata-mata. Melakukan amal ibadah hanya untuk keredhaan Allah. Melaksanakan puasa untuk Allah semata-mata. Puasa ini puasa golongan para rasul,  puasa orang-orang yang dekat dengan Allah, ikhlas kerana Allah..

Jika kita tidak mampu pada tahap yang tertinggi sekali itu, berusahalah untuk berada di tahap yang ke dua. Insya-allah, kita mampu lakukannya.

Ha, lagi aku nak tambah, ustaz ada bagitahu yang ramadhan ni bulan rahmat, bulan keampunan. Di awal-awal ramadhan baru ni hujan turun. Padahal sekarang kan tengah musim panas. Tetapi dengan kasih sayang Allah, Allah turunkan rahmat. Allah yang menepati janjiNYA. Yang kata-katanya sentiasa benar, Allah turunkan hujan di kala musim panas. Subhanallah. Memang kat tempat aku ni pun hujan masa hari pertama ramadhan. Dan sekarang ni pun hujan. Malahan, petang-petang pun kadang hujan. Subhanallah. Rahmat dari Allah..

Alhamdulillah, perbanyakkanlah syukur pada Allah. Dan kiranya kita terlupa, ucapkan astaghfirullah. Allah suka hambaNYA yang mengakui silapnya dan kemudian memperbaiki silapnya. Semoga ramadhan ini memberi banyak kebaikan untuk kita di dunia dan akhirat. Rebutlah peluang yang hanya datang setahun sekali yang belum tentu kita dapat lalui lagi tahun depan. Dan tika ini pun kita tak tahu andai kita dapat laksanakan penuh puasa dalam bulan ramadhan ini. Ajal kita, hanya Allah yang Tahu..semoga kita sama-sama dapat menjadi manusia yang bermanfaat. Insya-allah.. 

Monday, 30 June 2014

Pengisian terawih dan erti kemaafan

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah..

Ha, tazkirah after terawih kat masjid semalam aku tak update pun kat sini.
Why? Tertangguh, malam semalam, pas balik terawih, sambung jahit sekejap, pastu dah letih, tido'..nak sambung pagi pun tertangguh dengan macam-macam kerja kena buat, lepas tu gerak pergi  maran awal. 
 
Malam kedua terawih peringatan tentang kita terlupa baca doa masa berbuka. 
Ha, punya dah lapar sangat nak makan, sampai terlupa baca doa'. Berdoa sebelum berbuka adalah salah satu waktu mustajab doa pada bulan ramadhan. Perbanyakkanlah doa, dan mintalah apa sahaja daripada Allah. Allah pasti Yang Maha Mendengar, Maha Berkuasa. Cuma, berbalik semula kepada diri kita sebagai hamba, sejauh mana kita melaksanakan tugas kita sebagai hamba Allah. Banyak meminta tetapi kurang memberi. Dengan Allah pun kita kurang memberi. Allah tak mintak banyak, dan apa yang Allah suruh tu untuk kebaikan diri kita jugak. Jadinya, perbanyakkan doa, jangan lupa banyak doa masa nak berbuka. Upin Ipin boleh ajar..hehehe

Okeh, malam ni tadi tazkirah tentang pengampunan dosa. Rugi lah kita kalau dalam bulan ramadhan ni, diri kita masih terbelenggu dengan dosa-dosa walhal bulan ini dibuka pintu rahmat, keampunan seluas-luasnya untuk kita. Dosa kita boleh jadi dengan Allah dan juga dengan manusia. Jika dengan Allah, kita boleh memohon ampun dan Allah sangat Maha Pengampun, tetapi dosa dengan manusia, jangan dipandang ringan. Terkadang, kita lupa, kita rasa macam tak pe je, padahalnya mungkin ada orang belum maafkan kita. Kita mungkin jugak tak tahu kalau kita ada tak salah dengan orang-orang yang kita tak tahu, kita tak perasan, kita tak sedar...makanya, minta Allah ampunkan dosa kita dan dosa orang-orang sekeliling kita juga orang-orang yang pernah kita jumpa secara langsung dan tak langsung. Kiranya, kita tahu kita ada salah dengan seseorang yang kita kenal, dan kita pun tak tau orang tu kat mana, entah orang tu dah maafkan kita ke tak, kita boleh bersedekah dan niatkan sedekah tu untuk dia. Sebolehnya cuba untuk dapatkan kemaafan daripada dia. Semoga ramadhan ini dapat membersihkan kita daripada dosa-dosa lalu dan akan datang...

bingkisan; bahasa yang imam guna dalam tazkirah after terawih adalah bahasa lama, mungkin dari kitab dan ia memerlukan pendengaran yang sangat fokus untuk ikut satu persatu ayatnya. huhuhu...

aku teringat yang aku pernah buat salah dengan sorang pensyarah ni dan dia kata ok, tak pe. Tapi aku tetap rasa bersalah yang tersangatan. Risau jugak kalau result aku teruk dan macam-macam, tapi Alhamdulillah result ok, kiranya mencapai target kepuasan hati. tetap rasa bersalah. Perlu tak aku mesej guruku ini. Nombornya masih ada, tapi tak tau still available ke tak dan mungkin kalau hanya aku yang masih ingat sedangkan encik pensyarah dah pun lupa. Aku pun tak tahu setakat mana teruknya salah aku tu...huhuhu..sedih. Aku rasa aku kena mesej untuk kemaafan itu. 

Dan sebenarnya bila aku tulis macam-macam kat blog ni, semuanya peringatan untuk aku..

Sunday, 29 June 2014

mimpi tengah bermimpi

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah..

wa, pepetang sambil nak tunggu waktu berbuka ni tetiba rasa nak menaip pulak kat sini..
Aku sebenarnya teringat mimpi aku lately yang macam-macam hingga membuatkan aku google mimpi-mimpi begitu kenapa?ada jugak aku cari tafsiran mimpi tapi aku tak nak percaya pada mimpi-mimpi tu. Nak pulak, bukanlah aku buat solat hajat ke ape ke sebelum tidur. Cuma wudhu,baca doa dan yg sewaktu dengannya..Aku cari jugak tentang hakikat mimpi.. dan adalah dua tiga blog yang kongsikan tentang hakikat mimpi ni. Yang aku boleh ringkaskan, tak semua mimpi tu mainan tidur, ada mimpi yang memang dari Tuhan, ada yang dari syaitan. Korang boleh google. Peringatan! jangan percaya terus pada maksud mimpi tu kalau sekadar meng-google...

Aku rasa aku dah pernah cerita pasal mimpi dalam blog ni.. huhuhu..bukanlah taksub pada mimpi, cuma kadang-kadang mimpi aku pelik-pelik. huhuhu.. aku terlalu memikir atau apa, aku pun tak pasti..huhuh..
Malam semalam, aku mimpi, aku tengah bermimpi. Ha, korang pernah. Dalam pencarian aku kat google, ada la beberapa orang yang kongsi pengalaman diaorang tu dan memang tak ramai pun yang cerita kat blog pasal mimpi kan, aku je la yang beria nak cerita. Tapi ada satu blog tu cerita pasal keadaan ni tapi in indonesia language yang membuatkan aku kurang faham.. Yang aku faham, bila berdepan dengan mimpi dalam mimpi, kena struggle sikit nak bangun sebab tahap mimpi tu jadi berperingkat. Nak keluarkan diri dari satu mimpi ke satu mimpi. Hingga kita betul-betul di alam sedar. Aku ada alami perkara macam ni sebelum ni tapi tak la aku cerita kat sini. Yang ni aku cerita secara kasar sahaja.

Aku mimpi ada aku, seorang lelaki dan seorang perempuan, dan pasangan ni ada anak. Diaorang berbincang pasal diaorang la. Aku cuma di sebelah. Kemudian, lelaki tu dah takde, budak pun dah tak de, ada orang perempuan tu je. Dalam keadaan aku nak lepaskan diri dengan sesungguh-sungguh, aku tersedar. Rupanya, perempuan tu adik aku. Dan aku bangun, aku berlari ke tangga luar bilik. Aku lega. Dan bila aku kat tangga, aku tersedar lagi. Rupanya, adik aku tu pun sekadar dalam mimpi...

Cuma yang aku dapat simpulkan, yang aku dapat pengajaran daripada mimpi-mimpi aku yang pelik-pelik ialah, bila bermimpi keadaan-keadaan macam tu, kuatkan diri untuk keluar dari mimpi tu. 
Macam mana kita nak tahu tu mimpi ke tak? Kita kan dalam separuh sedar, separuh mati... 
Alhamdulillah.. permulaan kita nak tidur itu penting. Persediaan itu la yang memungkinkan dengan izin Allah, hati kita kuat untuk lawan mimpi yang bukan-bukan, mimpi yang dari syaitan yang mengganggu hati dan fikiran kita.

Penting sangat doa sebelum tidur, wudhu', lebih baik jika mengaji walau cuma sehelai. Amalkan baca surah almulk..insya-allah, kita boleh lawan mimpi yang tak elok tu dan keluar dari mimpi kita. Dan bila dah keluar dari mimpi yang bukan-bukan tu, ucap astaghfirullah dan hembus tiga kali sebelah kiri, baca doa, minta allah lindung, jangan cerita pada orang mimpi yang tak elok, ubah posisi tidur, dan lebih baik lagi, bangun solat sunat...

Semoga kita semua sentiasa dilindungi Allah..dirahmati dan diberkati Allah..
p/s: selamat berbuka puasa. semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan lebih baik dan mengambil sebanyak-banyaknya peluang di bulan penuh barokah ini untuk mencapai keredhaan Allah dan menjadi mukmin yang hebat!!!

Saturday, 28 June 2014

menjauhkan diri daripada kecelakaan itu

Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah..
Yeay!!!! dah 1 ramadhan...

boleh tak macam tu??? hehe..Alhamdulillah, dah sampai 1 ramadhan, insya-allah bermula terbit fajar esok, jika diizinkan Allah, panjang umur kita, kita akan menahan lapar dan dahaga hingga lah terbenam matahari. Ha, bukan takat tahan lapar, dahaga je, tapi tahan segala-galanya.
Mungkin ramadhan lepas, banyak sangat salah kita, banyak sangat kelekaan kita, tapi, insya-allah, dengan peluang yang Allah bagi lagi kali ini, apa kata kita buat azam ramadhan pulak. Mana tahu, untuk syawal, zulkaedah dan zulhijjah dan seterusnya, kita jadi lebih baik? Mungkin ramadhan ini satu permulaan untuk kita dekati masjid, menghadiri tadarus, ikut halaqah dan usrah. Insya-allah, kemudian berterusan.Insya-allah.. Chaiyok!!!!azam!!!azam!!!! buat list ramadhan kita. jom!! jom!!!

Tadi ada tazkirah lepas tarawih..apa isinya. Meh , kita kongsi mongsi sama-sama nak...

Dalam sebuah hadis ada menceritakan, ketika Nabi Muhammad S.A.W naik untuk ke mimbar,  rasulullah s.a.w menyebut amin, amin, amin, maka para sahabat bertanya, apa yang engkau amin kan? Dan kemudian rasulullah s.aw bersabda:
Rasulullah s.a.w bersabda: jibrail a.s telah datang kepadaku dan berkata:
Celakalah orang yang apabila tiba bulan ramadhan, dosanya tidak diampunkan, maka aku mengucapkan "amin."
Celakalah orang yang apabila disebut namamu, dia tidak berselawat kepadamu, maka aku ucapkan "amin".
Dan celakalah orang yang kedua ibu bapanya masih hidup tetapi tidak menjadikan asbab untuk dia masuk syurga. Maka, aku sebutkan "amin".

Untuk tengok hadis yang mungkin kita ada dengar lebih kurang macam hadis ni, korang boleh tengok kat sini, untuk pengetahuan tetapi jika ada peluang, rujuk pada para ustaz yang lebih arif...


Jadinya, untuk kita yang nak masuk bulan ramadhan ni, dan insya-allah bakal lalui ramadhan, jauhkan diri kita daripada kecelakaan yang rasulullah s.a.w sabdakan dan aminkan.

Macam mana nak bagi hilang dosa ni???

->Bertaubat

->Minta maaf pada mak ayah, pada orang sekeliling kita, pada kawan-kawan kita, cikgu-cikgu kita,

->Jangan buat maksiat, elakkan perkara-perkara yang mendorong kepada kemaksiatan. Jauhkan, jauhkan jauhkan diri anda dari itu.. kita sama-sama berusaha okeh... 
->Banyakkan istighfar, selawat, zikir, doa...

->Bertadarus, membaca tafsir alquran, mendengar tazkirah-tazkirah...

->Kalau dah letih sangat, tidur pun okey. 
Kalau macam malas sangat, lebih baik tidur daripada berbuat maksiat... tapi, jangan lah sampai tidur semedang...

->cuba buat sesuatu yang boleh isi masa yang bermanfaat, insya-allah, kalau tak untuk orang lain, for the start, untuk diri sendiri..insya-allah, korang akan dapati yang korang nak buat benda tu sampai jadi bermanfaat jugak pada ummat, pada agama, insya-allah..

Thursday, 26 June 2014

Cerpen: Nur Qolbi




            Dia mengiring kanan. Dipejam mata. Rimas. Dia bertukar arah ke kiri. Pejam mata. Panas. Dicapai alat kawalan penghawa dingin. Ditekan semakin menurun darjah celcius itu. Dia bangkit.

“Argh!! Siapa mamat tu? Kenapa sibuk-sibuk sangat?”

Bagaimana dia boleh terlupa suara yang menghalang dia daripada meneguk air gas dalam kelab tadi. Kalau terus dia meneguk, pasti sahaja saat ini, Roey sedang meraikan saat gembiranya yang dapat menewaskan dia dengan cara kotor itu.  Bila nampak Roey pengsan tidak sampai 5 minit. Dia terkejut apabila ianya terjadi di depan mata dan tidak sangka Roey menggunakan cara itu. Walaupun dia memang suka ke kelab sekadar hobi, menghilangkan tekanan kerja dan bukannya mahu menjual diri. Dia lega atas ingatan lelaki yang tiba-tiba hadir mengelakkan dia daripada minum air dari gelasnya, tetapi dia hairan.

“Kenapa beria sangat mamat tu?”

Wajah yang jarang sekali dilihat itu mudah sahaja menapak dalam fikirannya.

“Polis?”

Dia geleng-geleng. Cepat dicapai tas tangan di atas almari. Dikeluarkan sekeping kad yang tadinya langsung tidak dipandang.

Fitrah Consultant?”

Dia pandang lama kad kecil itu.

“Argh, lantaklah!” Terus dia baring.
*******

            Tiba di alamat yang dicari, Linda memberhentikan kereta. Sebuah bangunan 2 tingkat di deretan bangunan kedai tertera Nur Fitrah Center yang bercat hijau dengan. Zana keluar terlebih dahulu, dan menolak pintu kaca berwarna hitam itu. “Assalamualaikum.” Ucap Zana melihat seorang perempuan manis bertudung litup ungu lembut di bahagian penyambut tetamu itu. Pada anggarannya dalam lingkungan awal 30an. 

“Waalaikumussalam.” Jawab wanita itu tersenyum manis.

“Em, Encik Muhammad ada?” Soal Zana.

“Ada. Dah buat apppoinment?” Wanita manis itu menyoal kembali, sopan.

“Er, belum.”

Linda menghampiri.

“Em, tak pe. Cik boleh jumpa dia. Tapi sekarang dia ada mesyuarat. Cik tak kisah ke menunggu? Atau nak buat appoinment untuk hari lain?” 

“Em, kami tunggu.” Jawab Zana cepat tanpa bertanyakan Linda di sebelah.

“Em, cik berdua boleh ikut saya.” Wanita yang memakai tag bernama Fauziah itu membawa keduanya ke bilik tamu. Melihat hiasan kraf yang tergantung berserta ukiran ayat suci itu membuatkan keduanya tertarik. Selama ini mereka tidak pernah merasa begitu takjub. Linda hanya mengikut langkah kawan karibnya itu. Pelik bila bangun sahaja dari tidur saat matahari sudah tegak berdiri, Zana terus mengajaknya ke sini. Tempat yang sangat asing untuk dia. Dan dia pasti Zana juga tidak pernah ke tempat sebegini. Bila ditanya kenapa? Zana cuma menjawab. Mimpi. Yang pelik, sejak bila Zana percaya pada mimpi? Bukan Zana ke yang kata, mimpi cuma mainan tidur. 
Tapi Zana kata, “Mimpi kali ni lain. Cantik sangat tempat tu. Tenang sangat. Semua cantik. Aku tengok muka aku kat cermin. Aku pun cantik. Tapi, aku bukan macam ni. Aku pakai tudung.”
 “So, pakai je la tudung kalau nak cantik.”
 “Bukan pasal aku cantik. Aku tau aku cantik.”
 Spontan Linda buat gaya muntah.
 “The feeling.”
 “Aku rasa tempat tu tempat orang baik-baik.”
 “Alah, kalau kita rasa pelik sangat nanti, kita tak payah masuk.” Dan saat ini, keduanya sudah pun jejak kaki de dalam bangunan yang agak besar itu.
  
“Assalamualaikum.” Suara lelaki memberi salam, menghadirkan kembali Linda dan Zana dalam ruang itu. Keduanya memandang lelaki yang sudah pun berdiri di hadapan keduanya. 
 
“Waalaikumussalam.” Zana mendahului menjawab salam. Terpana seketika melihat lelaki itu yang sangat berbeza ketika berjumpa di kelab dulu. Dia lebih formal dengan kemeja putih bersih dan tali leher biru muda. Di kepalanya ada kopiah putih.

“Encik Muhammad?” Soal Zana. Dia mengangguk.

“Owh, dah tahu nama saya.” Lelaki itu berseloroh, Zana tersenyum.

*******
Berhari-hari bersama anak-anak dan peserta lain di situ membuatkan keduanya merasa sangat kerdil. Anak-anak yang kecil begitu lancar membaca Kitabullah dan solat dengan baik sedang dia yang sudah suku usia.....

“Saya tak tahu kalau kami boleh kekal lama begini?” Kata Zana pada wanita di sebelahnya. Wanita yang dipanggil Kak Liana merupakan kakak kepada Encik Muhammad.

“Insya-allah, boleh.” Kak Liana memandang. Wajah yang  penuh ketenangan itu tersenyum. Kak Liana memegang tangan Zana.

Zana diam.

“Ikhlas kerana Allah. Kita usaha sama-sama, kita doa, kita tawakal.” Jawab Kak Liana 

 “Bersabarlah. Orang yang ALLAH uji tu sebenarnya juga insan terpilih yang ALLAH sayang.” Sambungnya lagi memberi semangat. Zana memandang Linda yang manis bertudung bermain bersama peserta di kawasan tepi pantai itu. Tak pernah dibayangkan wajah Linda yang secantik, semanis itu bila bertudung. Peserta seramai 30 orang itu kebanyakannya berusia lingkungan 10-12 dihantar menyertai Kem Akhlak Generasi Al-Qur’an yang merupakan jadual tetap setiap 3 bulan. Dia nampak keriangan Linda dari jiwa yang tenang. Mungkin dirinya juga begitu.
Zana berfikir sejenak. “Em, akak tau tak mana-mana tempat yang nak disewakan?” Soal Zana. Kak Liana memandang Zana. Senyum.

“Kenapa? Zana nak pindah?”

“Hem, tak selesa la kak duduk situ. Lagi pun, rumah sekarang ni, rumah orang bagi.”

“Untung la dah ada orang bagi rumah tu.”

“Tak nak lah kak.” Kak Liana pandang Zana yang tunduk.

“Em, ada memang ada. Tapi mungkin jauh dari tempat Zana kerja.” Kata Kak Liana.

“Kat mana?” Berseri wajah Zana. Harapan meninggi.

“Rumah akak.”

“Ha?” Zana terkejut.

“Ya.”

“Habis tu, akak?”

“Hujung bulan ni, akak dah kena ikut suami pindah ke Melaka. Boleh jugak Zana jagakan rumah tu.”

“Maknanya nanti akak tak ikut kem ni lagi?” Soalnya ingin tahu.

“Kalau suami akak bagi akak akan cuba datang. Lagipun memang Ahmad yang handle sepenuhnya lepas ayah akak meninggal. Akak datang tolong bila ada kelapangan.” Jelas Kak Liana dan Zana mengerti.

“Nanti saya bincang dengan Linda.”

Kak Liana mengangguk senyum.
*******

            Loceng apartment berbunyi. Linda memaling melihat jam. 9. 15.
“Siapa pulak datang malam-malam ni.” Linda menyarung tudung kemudian membuka pintu. Datuk Herry di hadapanya berhadangkan pintu gril.

“Sekejap Datuk.” Pintu ditutup kembali. 

Cepat dia ke bilik Zana. “Zana, Datuk.” Linda memberitahu. Zana yang usai mengaji itu meletakkan buku muqaddam di atas almari. Dia mencapai tudung. “Aduh, nanti dia mesti tanya macam-macam.” Linda kaget.

Zana tersenyum. “Tenang, aku yang kena jumpa dia kan. Kau tolong buatkan air ye. Hembus selawat sikit.” Usik Zana mengundang tawa Linda perlahan. Pintu dibuka Datuk Herry sedikit terkejut melihat wanita berbaju blaus labuh berwarna biru muda dan bertudung itu.

“Masuklah.” Pelawa Zana tersenyum dan dibiar pintu terbuka agar tidak berlaku yang tidak baik. Tidak lagi seperti dulu. Datuk Herry melangkah masuk walaupun agak ragu. Dia duduk bertentangan Zana. “You…”

“…Ye ini I. Ziana. Tak kenal?”

You…”

I dah berubah.”

Serentak itu Datuk Herry ketawa. “I tak percaya.”

“Kenyataan depan mata you.”

Datuk Herry menghampiri Zana dan Zana menjauhkan diri.

No Datuk.” Tegas suara itu walaupun berlembut.

I bukan macam dulu. Dan I tak nak kacau rumahtangga you.” Sambung Zana.

I tak boleh nak percaya.” Sinis suara itu.

“Percaya I. You bukan suami I pun. Baliklah pada isteri You. Kesian dia. You dah banyak sakitkan hati dia.” Perlahan suara itu kedengaran tegasnya. Linda datang membawa segelas minuman kemudian berlalu masuk kembali ke dapur. Bersedia sekiranya apa-apa berlaku.

I akan serahkan segala milik you. Kunci apartment ni, kereta, kad kredit dan segalanya I akan pulangkan esok. Kalau terkurang I akan bayar ansur. I harap you terima.” Katanya.

I akan serahkan surat perletakkan jawatan esok.” Sambung Zana perlahan. Dari ruang dalam, Linda terkejut mendengar tekad sahabat itu.

You macam nak lari dari I.” Datuk Herry tersenyum.

I cuma nak berubah.”

“Tapi you tak perlu letak jawatan. You masih diperlukan dalam syarikat I. Come onlah syarikat I tak rasuah, tak de judi. You pun tahu.”

I’m sorry, I akan serahkan surat perletakan jawatan esok.”

“Ok. I tak nak paksa you.”

Zana lega. Tidak sukar untuk menjauhkan diri daripada Datuk Herry yang memang kaki perempuan. Dan selama ini dia hanya menggunakan Datuk Herry untuk poket penuh semata-mata. Bila hari ini dia sedar, dia silap melakukan itu semua.

“Jangan buat dosa lagi. You dah tua. You boleh kahwin.”

“Huh tua?” Dia mengejek.

“Kita semua makin tua, makin dekat dengan mati.”

You merepek apa ni Zana. I rasa, lebih baik I keluar sekarang sebelum you bagi ceramah merapu you tu.”

Zana menarik nafas syukur bila Datuk Herry tidak memaksanya.    
*******
            Zana segera mengangkat telefon bimbitnya yang berbunyi dari atas meja ruang tamu ketika berehat bersama Linda petang itu. 

“Banyak kali I call tapi you tak angkat.” Suara Roey di hujung talian. “Quite busy.”

“Malam ni ke kelab?” Soal Roey.

You tak takut pengsan lagi?” Soal Zana sinis.

I pengsan pun tak luak apa-apa.” Balas suara itu mengejek.

“Maria kata you dah letak jawatan.” Soalnya.

“Alhamdulillah dah dapat kerja yang lebih baik.”

“Er, apa you jawab tadi?”

“Hem... banyak lagi yang I kena belajar.” Zana memberitahu.

“Belajar agama?” Di hujung talian suara Roey ketawa.

“Jangan kacau I lagi. I tak berhutang dengan you kan? I ada impian.”  

“Impian? You nak kahwin?”

“Bukan itu sebab utama I berubah. Tapi sebagai manusia memang patut untuk I. You pun.  
You kan lelaki yang patut jadi pemimpin nanti.”

“Ops…you nak kahwinla ni. Bangunlah Zana. Mimpi apa ni? Siapa nak pada you? Ke dah ada ‘isi’ dalam perut you.”

“Dah la tinggalkan kelab tu. Jangan rosakkan diaorang.”

“Huh, jadi alim dah pulak.”

“Kalau dia adik you, family you?”

I kenal perempuan macam you Zana. Tak pe, bila-bila you rasa nak I, I sentiasa free.” 

Cepat talian itu diputuskan.

“Inilah susahnya. Masa buat jahat tak ingat, bila nak jadi baik, macam-macam kena.” Kata Zana dan Linda yang duduk berhadapan dengan sahabatnya itu memandang tersenyum. 

“Inikan ujian. Bukan senang, tapi bukan tak boleh. Jalan mujahadah tu bukan senang sayangku.” Balas Linda tulus ikhlas sayang seorang sahabat.

“Lagipun, ini macam permulaan kita untuk bina hidup baru. Kan nak bina hidup tu susah.” Sambung Linda
*******
            Kehidupannya kini lebih tenang. Linda juga. Linda masih berkerja di tempat kerjanya dulu. Dan dia memberi bakti pada Pusat Nur Fitrah ini.
*******
            “Zana, tadi aku pergi Tabung Haji masukkan duit. Alamak Zana muka orang tu. Aduh, bisa cair hati hawa ini.” Linda duduk di hadapan Zana yang sedang menyiapkan tugasannya yang diberikan Encik Muhammad.

“Hem, jadinya, kau nak kata kau dah jatuh jantung kat dia la ni?” Zana memaling memandang sahabatnya.

Linda angguk. Senyum lebar dan kemudian sekejap sahaja riak itu bertukar mendung.

“Kenapa?”

 “Aku pernah jahat.” Zana spontan memegang bahu itu.

“Linda, semua manusia buat silap. Tapi kita dah berubah."

"Boleh ke dia terima kejahatan aku dulu?" 

"Linda, Allah lagi tahu. Sangka baik dengan Allah. ” Zana kembali mengingatkan sahabatnya itu.

“Dan lagi, apa pun yang berlaku, mohon hati kita teguh pada Tuhan yang satu. Cinta pada DIA, pada diri kita, juga pada Rasul. Percaya dan yakin pada ALLAH Linda. DIA kan sentiasa dengan kita. Insya-allah, ada yang tercipta untuk kau. Mana tahu lelaki tu.” Sempat Zana mengusik dan Linda tersenyum.
            *******
Setelah setahun.
            Linda membuka helaian kertas biru muda yang diletak di atas hadiah pemberian Zana. Zana yang telah pun menjadi ibu untuk seorang khalifah kecil.

‘Assalamualaikum, Sahabat Lillah di dunia akhirat, pengantin si suri sang adam, insya-allah bakal ibu juga untuk pejuang islam, kutitipkan sedikit ingatan di hari bahagia mu ini untuk ingatan ku dan perkongsian kita. Dalam surah An-Nisa’ ada menyatakan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan begitu juga sebaliknya. Kita sentiasa mengharap yang baik. Tiada yang mahukan kejahatan. Fitrah manusia sukakan kebaikan tapi kita terleka dengan asyik, indah dunia. Namun, kita juga diberi peluang mengenal hidayah, mengenal kebaikan. Kita kembali sama bertaubat dan ketahuilah Allah suka kepada hambaNYA yang bertaubat. Ku doa’kan kita terus dalam kebaikan, dan mendapat zuriat yang baik untuk terus membantu ummah islam. Salam sayang dari sahabat Lillah, ZianaMuhammadUmar’. 

Air matanya langsung menitis lalu melipatkan kembali surat itu. “Surat apa?” Soal lelaki yang pertamanya menarik hati hawanya itu. Linda menghulurkan senyum, tenang dari jiwa yang syukur kepada ILLAHI..