Alhamdulillah
Alhamdulillah Alhamdulillah
Apa
khbar ramadhan kita? dah mula sibuk mungkin. Baju raya? kuih raya? rumah raya?
hehehe.. semua nak beraya okey. Pasaraya pun dah beraya. Meriah dengan lagu
raya yang berkumandang, dengan gantungan ketupat segala. Tangkap syahdu la tuk
perantauan. Rasa naktorobang balik berbuka dengan family kat kampung..
Apa
pun, mari kita hangatkan kembali ramadhan kita dengan amal ibadah kita. Mungkin
ada antara kita yang dah mula rasa tak semantap masa mula-mula sambut ramadhan.
Dah mula rasa nak culas dengan tarawih, rasa berat nak sahur lambat, dan letih
untuk mengaji qur'an. Ops, ingatan untuk saya jugak..
Jom,
bangkitkan kembali aura ramadhan.
Macam
mana nak buat yek????
hem,
kita kongsi sama-sama ye..
1) Betulkan kembali niat kita.
Adakah
niat kita menghidupkan ramadhan hanya untuk mendapat pujian manusia yang
melihat kita banyak amalannya atau kita mahu redha Allah untuk hidup dan mati
kita? Niat yang benar insya-allah akan meneruskan kebangkitan kita untuk memakmurkan
bulan ramadhan.
2) Ada matlamat.
Apa
matlamat yang kita nak capai dalam bulan ramadhan ni? Apa yang kita nak
perbaiki dalam bulan ramadhan ni. Tengok semula apa yang kita target awal
ramadhan. Dah tercapai ke belum? Macam mana usaha kita nak capaikat matlamat
kita. Insya-allah dengan adanya matlamat, kita boleh bangun kembali
bertahajjud, meminta kepada Allah dengan penuh rendah diri dan yakin kepada
Allah.
3) Merancang aktiviti di bulan ramadhan.
Ada
setengah orang bulan ramadhan adalah bulan kerehatan daripada sebarang kerja,
dan untuk aku, kalau di bulan ramadhan ni, idea untuk menulis hanya dapat
dikerah pada waktu malam. Masa siangnya, jika ada idea pun, hanya draf kasar
sahaja. Jadinya masa siang buat mana2 kerja yang patut-patut je. Tambah pulak,
kerja petang, jadinya waktu pagi banyak masa rehat. Banyak masa yang masa tu
rasanya tak dapat pada bulan lain. Hehehe.. tika ini lah peperangan diri
bermula. Perang nak bangkit dari katil, nak start basuh pinggan, basuh baju,
kemas rumah. Dan kemudian, kembali pada matlamat. Macam baru ni, aku decide nak
kemas bilik adik aku yg dah gaya stor, makanya, masa tu terisi dengan baik.
Jadinya, korang kena la ada aktiviti-aktiviti yang berfaedah untuk dibuat masa
bulan ramadhan ni.
4) Mengelakkan perkara-perkara yang memungkinkan kepada kelekaan.
Selama
kita hidup dah bertahun-tahun dan memang kita sebagai manusia akan terleka dan
lalai. Tapi, jangan jadikan itu alasan untuk kita terus buat silap sebab kita
diberi akal jugak untuk fikir baik buruk sesuatu perkara. Untuk yang dah lepas,
jadikan pengajaran hadap masa mendatang. Kita kenal diri kita, kita tahu apa
kita suka dan kadang-kadang apa yang kita suka boleh melalaikan kita. Jadinya,
macam mana? Nak terus tak suka ke? Sekiranya perkara tu memang dihalang oleh
syariat, kita kena berusaha menjauhkan daripada melakukannya. Tapi jika tak,
kita kena kawal supaya ianya sekadar sederhana, tidak keterlaluan dan mengikut
syariat. Perkara yang awalnya berhukum harus boleh menjadi haram dek keterlaluan
dan tidak mengikut syariat. Kalau perkara tu menjauhkan kita daripada Allah,
rasulullah s.a.w, agama kita, maka kita kena elakkan diri kita daripada menuju
ke arah tersebut.
5) Doa
Kita tak tahu adakah kita dapat menghabiskan ramadhan kali ini? kita tak tahu, makanya, jom, kita sama-sama manfaatkan setiap hari di bulan ramadhan yang dapat kita lalui..insya-allah..
No comments:
Post a Comment