Aqrahim
memotong bawang pantas. Kemahiran yang dipelajari di kolej digunakan sepenuhnya.
Ditambah dengan bakat dan minat yang mendalam dalam diri menyebabkan dia
semakin dapat menggunakan sepenuhnya kelebihan yang dimiliki. Selesai memotong
bawang besar itu, dicapai pula daun sawi. Dipotong laju. Mata Izzah dah
membulat. Mulut melopong. Siap potong sayur hijau, dicapai pula lobak. Dipotong
laju. Kemudian, cendawan dan tomato.
“Banyaknya
sayur.” Izzah buat muka. Mencebik. Wajah ceria teruja bertukar mendung derita.
Macam teruk sangat kena makan sayur.
“Sikit
je la.” Tahu sangat budak sorang ni tak nak makan sayur. Tu yang dia buat macam
ni. Bagi warna-warni. Nanti, bila letak dalam tupperware pun nak guna
bekas bulat yang ada gambar Dora The Explorer warna merah jambu. Sikit
je sayur ni pun cuma banyak jenis.
Izzah
melihat penuh minat tiba-tiba. “Nak buat jugak.”
“Buat
apa?”
“Tu.”
Izzah guna mulut je nak tunjuk pada Aqrahim yang tengah potong sayur-sayur tu.
“Tak
payah. Nanti terkena tangan.”
“Tak
kena la. Izzah pandai.”
Aqrahim
memandang anak jirannya itu. Izzah penuh mengharap.
“Kalau
terkena tangan jangan salahkan abang.”
“Ok.”
Riak gembira menyenangkan hati Aqrahim walaupun sedikit bimbang.
“Izzah
nak buat apa?”
“Nak
potong bawang macam abang potong.”
Aqrahim
tergelak. “Izzah mana boleh potong laju-laju. Nanti terkena tangan. Potong
perlahan-lahan je.”
Aqrahim
menghulurkan seulas bawang merah. Sekadar menambah perisa. Dan kemudian, sebilah
pisaudihulurkan cermat. Sesaat, Izzah dah bersedia. Pisau di tangan kanan.
Bawang merah di tangan kiri. Dekat dengan bidang pemotong. Aqrahim meneruskan
sedikit lagi langkah untuk menyiapkan pizza sayuran itu. Roti yang diadun dah
siap dibakar. Cuma, sayur-sayuran ini perlu digaul dengan keju yang telah siap
dihiris.
Tiba-tiba..
“Owww..”
Izzah terjerit kecil. Dah agak dah. Saja mengusik. Biar Izzah serik sikit nak
potong. Bukan apa. Dia bimbang, jari terluka. Kalau anak dia, tak pe la. Ni
anak orang ni A Im. Aqrahim yang sedang menggaulkan inti pizza itu segera menghampiri Aqrahim.
“Kenapa
ni?” Aqrahim menyoal. Melihat Izzah
menggeyeh matanya.
“Pedih.”
Izzah masih genyeh mata. Aqrahim terus gelak mengusik. Izzah menangis.
“Ha,
tu lah. Dah, meh sini.” Aqrahim memegang tangan kecil Izzah dibawa ke sinki.
Mata Izzah di basuh. Merah mata budak 9 tahun itu dan riak sedih itu jelas
kelihatan. Padahalnya itu tu bukanlah rawatan yang tepat. Tapi, saja buat-buat
serius. Aqrahim merendahkan badannya
menyamai paras Izzah.
“Sikit
je la. Tak teruk pun.”
Izzah
diam.
“Dah,
pergi duduk tengok tv.”
“Tak
nak.”
“Dah
tu Izzah nak buat apa? Pedih lagi baru tau. Lagi pun dah nak siap ni. Tinggal nak makan je.”
“Minta
maaf dulu kat Izzah.”
Aqrahim
terkejut.
“Abang
ketawakan Izzah.” Kata Izzah lagi.
Spontan
Aqrahim ketawa lagi.
“Izzah
nak balik lah.” Izzah terus menapak.
“La,
kata nak rasa pizza abang buat ni.”
“Tak
nak.” Izzah terus melangkah keluar dari pintu dapur. Menuju ke rumah yang cuma berapa langkah je.
Mak Aji yang sedang mengambil serai di belakang rumah memandang langkah Izzah.
Macam merajuk je dengan gaya hentak kaki. Mak Aji geleng kepala bila tengok Aqrahim
hanya tersengih di muka pintu dapur.
*****
Aqrahim
mengemas begnya. Memasukkan barang peribadi yang penting. Mak Aji kemudian
muncul di muka pintu.
“Abang,
pizza yang dalam tupperware tu abang nak bawak ke?” Soal Mak Aji
prihatin seperti selalu.
“Tak.
Tu pizza Izzah. Tadi dah nak siap, dia balik rumah”
“Kenapa
boleh nak merajuk?”
Aqrahim
sengih.
“Abang usik dia ye?”Soal Mak Aji duduk di
birai katil bujang anak lelaki bongsu dan tunggal itu.
“Tak
la. Mata dia pedih masa potong bawang. Abang gelak la. Dia beria sangat nak
potong bawang tu. Ha, baru padan.”
“Apa
abang ni cakap macam tu.”
Aqrahim
cuma tersengih.
“Abang
nak balik pukul berapa ni?” Soal ayah yang kemudian muncul di pintu biliknya.
“Sekejap
lagi ye ayah. Abang nak hantar pizza Izzah tu kejap.”
“Hem,
ye lah. Jangan tertinggal barang. Susah ayah nak hantar.”
“Baikkk.”
Aqrahim tersengih. Faham, jarak yang jauh antara rumah dan Bandar. Itu pun,
ayah cuma hantar ke stesen bas. Dan pandai-pandai la jaga diri di tempat orang.
Amanat dan nasihat dipegang utuh.
*****
“Assalamualaikum.”
Aqrahim berdiri di luar rumah separuh papan, separuh batu itu. Kemas je laman
rumah Mak Ita ni. Pasu bunga ros, bunga kertas kat tepi sana. Bunga balung
ayam.
“Assalamualaikum.”
Salam ke dua diberi apabila salam pertamanya tidak di sahut. Ingat, mak kata,
kalau bagi salam sampai tiga kali, tak de orang jawab, balik. Tapi jangan lah
bagi berturut-turut, cepat-cepat. Macam kelam-kabut je. Kot orang tu ada, tapi
ambil masa nak membuka pintu. Bagi salam cuma tiga kali berturut tapi ambil masa
sikit.
“Waalaikumussalam.
Oh, A Im, kenapa?” Pintu dah dibuka. Kelihatan Mak Ita dengan tudung kecil
tersarung.
“Izzah
buat apa Mak Ita?”
“Izzah
tu tidur. Kenapa A Im?”
“Dia
tak tahu ke saya nak balik hari ni?” Soal Aqrahim kembali. Bukan tidak
menghormati tetapi entah kenapa soalan itu yang meluncur laju tertanya. Dia
marah diri sendiri.
“Semalam
dia beria-ria kata nak jumpa A Im. Tu awal pagi tadi dah datang rumah A Im.
Tapi awal pulak dia balik. Mak Ita tanya, dia kata, dia mengantuk.” Mak Ita
memandang Aqrahim yang hanya tunduk itu.
“Maaflah
Mak Ita. Izzah marah dengan A Im agaknya.”
“Kenapa?
A Im bergaduh dengan Izzah ke?” Soal Mak Ita.
“Tak
jugak. Mengusik dia tadi.”
“Oh..biasalah.
Budak-budak. Maaflah kalau Izzah kacau A Im.”
“Eh,
tak la Mak Ita.” Dia jadi segan sendiri.
“A
Im nak terus balik kolej la ni?” Mak Ita menyoal kemudian.
“Sekejap
lagi ni nak gerak la ni. Tu datang sini dulu.” Aqrahim senyum.
“Em, ni ada pizza. Tadi buat pizza dengan
Izzah. Belum sempat siap, dia dah balik. Marah dengan A Im la tu agaknya tadi.”
Bekas plastik Dora The Explorer
merah jambu tu dah bertukar tangan.
“Kenapa?”
Mak Ita bertanya hairan. Mungkin dia perlu tahu teruks angat ke gaduhnya tadi.
Dan Aqrahim menceritakan. Mak Ita tersenyum mendengar cerita Aqrahim.
“Tak
pelah. Nanti, Mak Ita sampaikan pizza ni.”
“Eh,
Mak Ita pun makan lah sekali. Spesyel ni Mak Ita."
Mak Ita
tersenyum.
“Doakan
saya ye Mak Ita. Ni semester akhir. Insya-allah, ada rezeki, nak sambung kat
luar negara.”
“Aish,
dalam negara tak da yang bagus ke?”
“Bukan
tak de Mak Ita. Nak cari pengalaman lebih.”
“Mak
ayah A Im dah tau?”
“Dah,
mak ayah setuju je. Doakan saya juga ye Mak Ita.”
“Insya-allah.”
Mak Ita tersenyum. Anak kampung yang punya jiwa yang besar. Juga anak muda yang
baik ahklaknya. Mak Ita jadi kagum. Kagum juga pada ibu bapa yang mendidiknya,
membentuknya menjadi manusia yang berguna.
*****
Izzah
memandang hidangan yang tersedia di atas pinggan itu. Pandangan kabur. Mamai.
Rambut berserabai. Dipandang lama. Mengecam objek yang namanya makanan itu.
Pizza??
“Abang
A Im datang tadi.” Emak bersuara dulu melihatkan anaknya itu terpisat-pisat.
Mata
Izzah membulat.
“Abang
A Im ada tak kat rumah, mak?”Soal Izzah. Bersungguh.
“Dah
balik kolej dah.” Jawab Salman kemudian meneguk air milo.
“Kenapa
mak tak kejut Izzah?” Izzah memandang emaknya
“Mak nak kejutkan tapi dia kata tak payah.”
“Alah.”
Entah apa rasa dalam hati. Mana la Izzah tahu tapi macam tak best je
Abang A Im ni. Tak jumpa pun dia.
“Lain
kali jumpa lah.” Jawab emak ringkas.
“Dah,
makan tu.” Emak menyambung.
Izzah
dah sengih. Bab makan...saya lah nombor satu. Badan pun dah makin comel je ni.
Terus dicapai pizza itu. Nyum nyum, sedapnya.......
10
tahun. Masa yang pejam celik, pejam
celik, umur dah makin meningkat. Sepanjang 10 tahun yang menjadikan dia
manusia yang menjejak angka 19 tahun dan dalam tempoh itu banyak pengalaman
yang menjadikan dia dewasa. Mengenal erti persahabatan, mengenal erti
kehidupan. Kehidupan yang bertuhan. Dan dia masih bertatih mencari dan
mengenali Tuhan. Tuhan Yang Esa. Allah. Mendalami islam. Dan dalam tempoh itu,
kematian seorang kenalannya menjadikan dia insaf bahawa mati itu bukan untuk
orang tua sahaja. Dia yang 19 tahun itu juga tidak terkecuali dari yang namanya
mati. Kerana itu, dia perlu lakukan sesuatu untuk hidup akhiratnya. Dia ingin
perbaiki diri menjadi anak solehah. Isteri? Pernah terfikir walaupun masih
muda. Tapi, yang pentingm jadi solehah, jadi muslimah yang baik. Insya-allah,
ada yang terbaik. Dan dalam 10 tahun itu, satu yang sukar diubah ialah...
Saya
suka makannnnnnn....
Izzah
duduk di hadapan televisyen, sambil memegang bekas kerepek yang dah tinggal
separuh.
“Menggemukkan
badan je la kerjanya.” Suara Kak Ngah kedengaran.
Padahal dia mana gemuk dah.
Mula-mula masuk asrama, badan dia susut sikit demi sikit. Dah tak boleh nak
digelar Zah Montel lagi macam masa sekolah rendah. Di asrama, dah sibuk dengan
aktiviti asrama dengan makan yang dicatu. Padahal, makan kat asrama 6 kali
sehari. Tu belum makan masa rehat kat sekolah. Tapi, entah la. Mungkin, sebab
makan sikit-sikit je. Kadang, memang tak makan. Ni la baru bergiat nak gemukkan
badan bila mak dah suruh berisi sikit. Jangan sekeping sangat. Nanti, tak de
tenaga nak belajar. Hehehe. Tu kata mak la. Sebagai anak yang solehah, dia kena
ikut. Kan mak?
“Jealouse.”
Izzah selamba mencebik.
“Tau
la kak, kau tengah berdiet. Nasibla kan. Ada suami kena jaga badan.” Sambung Izzah lagi.
“Nanti
kau kawin kau tau lah.”
“Alah,
Kak ngah ni. Kerepek je pun.” Tin kerepek pisang itu setia di ribanya. Memang
mengadap sungguh.
Kak
Ngah mencebik sambil terus menyiapkan susu anak kecilnya. Mak dan ayah sedang
asyik berborak dengan menantu dan melayan cucu di ruang tamu depan. Izzah duduk
menonton di ruang berdekatan dapur.
Ini kali pertama dan hari pertama rancangan
pertandingan realiti memasak Malaysia ditayangkan. Selalunya, dia tengok yang
versi orang putih. Izzah teruja untuk melihat corak rancangan ini walaupun tahu
akan drama-drama yang bakal wujud. Episod ujian saringan menampilkan begitu
ramai peserta dan di antara peserta itu Izzah seakan mengecam satu wajah. Dia
diam dan hanya mencari kepastian. Kerut dahi. Memang dia sudah lama tidak mahu
tahu berita tentang insan itu. Tak
pernah ditanya, tak pernah diberitahu. Tiba-tiba...
“Saya
tahu ini persaingan yang sengit dan peserta semua hebat. Mungkin termasuk
saya.”
Wajah itu sengih dengan gurauan sendiri. Nama yang tertera itu membuatkan
dia pasti.
Ahmad Aqrahim Bin Jamaluddin, Pensyarah Kolej Swasta.
Tang!!!! Tin kerepek
itu terlepas.
“Ya
Allah..apa yang kecoh tu Izzah oi!” Mak bersuara tinggi dari ruang tamu.
“Tak
de ape mak.” Izzah cepat mengutip kerepek yang berterabur.
“Abang
A Im masuk master chef mak.” Suara Salman kedengaran memberitahu dari arah
ruang itu.
*****
Tidurnya
tidak lena. Puas dipejamkan tetapi memang tak kan dapat dia lena. Wajah itu
masih menghiasi ruang matanya. Tiba-tiba
je. Mata, tidurlah. Tidur ye. Tidur. Diselawat, selawat dan akhirnya....
*****
Izzah
memotong bawang untuk membuat rencah sarapan pagi itu. Dia menguap beberapa
kali.
“Kau
tak cukup tidur ke?” Kak Ngah menegur.
“Hem,
sikit.” Dan kemudian memotong lada merah. Tiba-tiba...
“Adoi..”
Jarinya berdarah. Kak Ngah dah pandang dia.
“Ya
Allah, dah, kau pergi sana. Juta kali aku tengok kau menguap.” Kak Ngah terus
je selamba tolak dia ke tepi.
“Tak
cukup tidur ke?” Suara emak bersoal.
“Nak
terpotong tangan dah pun mak.” Kak Ngah menjawab sebelum sempat Izzah membuka
mulut. Mak Aji hanya menggeleng kepalanya.
“Itulah,
tengok tv lewat malam. Mengadap internet je kerjanya.” Mak dah mulakan syarahan
percuma.
*****
“Alhamdulillah
ya allah.” Diraup wajahnya. Syukur. Terus ditinggalkan laptop yang dibelikan
Abang Long untuknya. Berjumpa si ibu yang sedang melipat pakaian di depan
televisyen.
“Mak..”
Emak
berpaling.
“Izzah
dapat sambung kat USIM.”
“Alhamdulillah.”
Wajah emak...dah tentu la gembira sangat. Mana ada emak tak gembira anak dia
masuk universiti. Tapi, di sebalik gembira itu ada harapan yang tinggi sangat.
Kalah tinggi pokok kelapa belakang rumah tu. Dan harapan tu la yang bukan
senang nak dijaga.
“Hem,
bila daftar tu?” Babah dah menyoal. Babah memang prihatin bila masuk bab
pendidikan anak-anak. Babah tak nak paksa sangat anak-anak untuk bekerja dalam
bidang apa. Tapi, agama jangan tinggal.
“Bulan
depan babah.”
*****
“Mak!!!!” Panggilan Salman yang mencapai tahap jeritan teruja itu membuatkan emak yang di dapur, berpaling. Memandang Salman yang dah riak gembira macam
baru jadi juara pertandingan melukis yang dia minat sangat tu.
“Abang
A Im menang Master Chef.”
“Alhamdulillah.”
Wajah gembira emak bagaikan anaknya sendiri yang memenangi pertandingan itu.
Gelas yang dipegang Izzah terlepas. Kak Ngah
memandang Izzah.
“Sorry,
sorry.” Izzah mengemas serpihan kaca yang berselerak di lantai dapur.
*****
Suasana
begitu sibuk di rumah Mak Aji untuk kenduri kesyukuran di atas kemenangan
Aqrahim. Memang ramai sangat orang. Almaklum, dah jadi terkenal. Izzah seperti
biasa membuat kerja-kerja yang sepatutnya. Buat tidak endah sahaja pada manusia
yang ada muka tak pernah pun dilihat. Mungkin orang luar. Mungkin ada wartawan.
Terpaksa sahaja Izzah melibatkan diri dalam aktiviti sosial ni. Jiran sebelah
ni. Kira aktiviti wajib. Bukan lagi program bakti sukarela macam aktiviti kat
universiti tu. Memang dah berbulan tak ikut program memasak tu sebab dah mula
daftar semester pertama. Pulak, kebetulan dia balik cuti ni, dah habis pun program
tu. Tak tahu apa perkembangan. Tak tengok pun kat internet pasal rancangan tu.
Banyak kerja lain nak kena hadap. Tau-tau je jirannya ni dah jadi juara..
Azan
zohor dari masjid kampung jelas kedengaran menyebabkan Izzah perlu meminta diri
untuk pulang. Dia mencari Mak Aji. Atau mungkin saudara-mara perempuan Mak Aji
yang dikenalinya. Bukanlah wajib pun nak minta diri pada tuan rumah untuk
pulang, tapi, dah terbiasa dengan adat itu. Dek keramaian orang Izzah kemudian
menyerah. 'Tak pelah. Sekejap je pun. Nanti, aku datang semula.' Detik hatinya
dan dia melangkah untuk pulang.
“Jangan
lupa datang lagi.” Suara itu....
Walaupun jarang didengar tapi dia sangat
kenal. Dia berpaling. Langsung hatinya berdebar.Terus dia melangkah.
“Izzah.”
Langkah
Izzah terhenti. Berpaling.
“Izzah
sihat?”
Izzah
angguk. Bila Aqrahim diam, Izzah terus melangkah pergi.
******
Kenduri
malam itu berjalan lancar. Sebaik selesai semuanya. Izzah dan keluarga pulang
ke rumah.
*****
Di
dalam bilik, Izzah berbaring memandang syiling biliknya. Melepaskan letih
sebaik usai isya’ dilaksanakan. Pandang syiling. Macam nampak Abang A Im tengah
borak-borak dengan kawan-kawan dia. Satu muka pun Izzah tak kenal. Tapi adiknya
si Salman itu ada cakap, ada selebriti pun datang. Ada juga peserta lain
datang. Wa, rasa tergugat pulak tiba-tiba. Nampak Abang A Im tengah ditemubual
wartawan. Wa...Abang A Im dah femes!!!!
“Izzah,
boleh mak masuk?”Suara emak menghilangkan segala gambaran dalam fikiran.
Izzah
berpaling pada pintu bilik yang dah dibuka separuh.
“Eh,
masuk je la mak.” Izzah dah betulkan
duduk.
Emak
melabuhkan punggung di atas katil anak daranya itu.
“Mak
ingat nak diamkan dulu, tapi risau pulak kamu terkejut esok. Mahu habis pecah
semua pinggan mangkuk rumah ni.” Mukaddimah emak membuatkan Izzah tergelak.
“Mak
ni. Ada pulak cakap macam tu. Macam serius je bunyinya.” Emak memandang Izzah.
Rasanya, anak daranya ini masih kecik lagi. Tapi, Izzah serasa sudah cukup
matang untuk berfikir. Pasti.
“Hem,
insya-allah esok, Mak Aji nak datang rumah.”
“Lah,
datang je lah. Sebelum ni tak pernah bagitau Izzah pun. Tiba-tiba je bagitau Izzah
pulak? Kan memang kadang-kadang dia datang bergosip dengan mak.” Spontan lengan
Izzah ditepuk.
“Adui.”
“Kita
serius dia main-main pulak.”
“Lah,
apa main-mainnya mak. Betul lah.” Izzah sengih masih menggosok lengannya yang
ditepuk emaknya tadi. Izzah nampak wajah emak yang serius merenungnya. Macam
hal penting teramat sangat.
“Mak
Aji nak datang merisik.”
Izzah
terdiam. Otaknya tiba-tiba kosong.
“Merisik?
Siapa? Dengan siapa?”
Emak menggeleng kepala masih memandang anaknya yang
tiba-tiba lambat malam ini.
“Merisik
kamu untuk Abang A Im kamu tu.”
“Hah?
Mak biar betul mak.”
“Apa
pulak tak betulnya.”
“Mak,
Izzah nak belajar dulu.”
“Ye,
sebab itu mak bagitau ni.” Izzah diam. Memanglah dia macam rasa lain je kat
Abang A Im dia tu, tapi masa ni ke?
Pulak tu, tetiba je nak kawin dengan aku. Dia punya langsung tak contact aku
tetiba nak risik bagai... aduh..pening. Kejap, mak kata. Abang A Im kamu tadi
kan?
“Mak sokong mana-mana pun jawapan Izzah. Izzah bukan budak kecik. Kalau ikutkan mak dengan babah, kami
setuju. Sebab kami kenal keluarganya, orangnya. Tapi, Izzah juga kena bagi
jawapan. Mak babah tak paksa Izzah.”
“Memang
la Izzah tak kecik. Tapi, mak, Izzah kan nak belajar. Mesti mak dah cakap pada Mak
Aji.”
“Sudah.
Abang A Im pun dah tahu tu, tapi dia tetap nak risik Izzah jugak.”
“Kalau
Izzah tolak macam mana?”
“Ya
Allah budak ni. Mintak petunjuk dari Allah, jangan buat keputusan sendiri. Dah
lupa apa babah cakap?”
“Jangan
izinkan satu perkara pun kita putuskan sendiri. Melainkan lepas meminta bantuan
daripada Allah.” Kata Izzah lancar. Nasihat yang selalu tersemat dalam hatinya,
dalam fikirannya.
“Tahu
pun.”
“Mak,
memanglah Izzah mintak tolong dengan Allah, tapi kalau kahwin sekarang, nanti Izzah
nak kena belajar. Mana ada masa nak jadi isteri solehah. Ibu mithali pun jauh
api dari bara.”
Dah
menjejak umur 20 tahun 5 hari lepas. Terasa makin cepat masa berlalu dan isteri
solehah dan ibu mithali tu memang target hidup walaupun rasa muda lagi..haha..
Pulak, selalu ustazah cakap kat kelas pasal perempuan ni mudah masuk syurga.
Cemburu I. I pun nak masuk syurga jugak. So, kena la usaha
buat yang terbaik. Lain kali, dalam kelas, masa pendidikan islam, jangan tidur.
Ambik port apa yang ustaz, ustazah tu ajar.
Emak
tergeleng kepalanya. “Mungkin Abang A Im ada jalannya. Yang penting, minta
bantuan Allah bila kita di persimpangan. Mak rasa tak kan kamu nak tolak Abang
A Im Izzah tu.”
“Awat
mak cakap cam tu?” Memang la macam malu bila mak macam tahu hati anak dara dia
ni. Tapi, tak kan la nak tersengih-sengih pulak. Kena sopan jugak ok.
Emak
bangkit. Padanya, sesi malam itu hampir selesai.
“Tin
kerepek terlepas pun nak tanya mak lagi.”
Adoi,
kena sebijik. Dan mak selamba menapak keluar dari bilik anak daranya.
Izzah
pandang syiling biliknya. Macam-macam dalam kepala. Macam suka, macam bengang,
macam-macam ada. Tiba-tiba terpandangkan frame gambar di zaman sekolah menengah atas itu. Wajah
senyum Ain menenangkan. “Rezeki jangan ditolak.” Ayat itu begitu segar di
mindanya. “Istikharah atas setiap pilihan.” Suara Ain kedengaran lagi. Dan itu
antara penyuntik dia mula melaksanakan istikharah di tingkatan 3. Bila dia tak
tahu nak sambung menengah atas di mana? Pilihan terlalu banyak.
“Bukan
suruh obsess pada mimpi, tapi kita minta bantuan Allah. Ingat, petunjuk Allah
tak datang dalam bentuk mimpi je, tapi mungkin dengan jiwa yang tenang, urusan
yang dipermudahkan, restu ibu bapa, juga mungkin penerimaan masyarakat.. atau
apa sahaja yang menenangkan. Tapi jangan lupa untuk usahakan minta pendapat
orang lain yang menyayangi kita. Begitu kata seorang Cikgu Ilyani. Guru
disiplin. Disiplin jasmani dan rohani.
Dan untuk kali ini, dia perlu laksanakan itu. Khas untuk itu.
*****
Sah
lafaz ijab kabul itu. Izzah menadah tangan mendengar doa daripada walinya,
abah. Macam tak percaya pada umur 20 ini dia bergelar isteri orang. Muda lagi
kot. Ada je yang kahwin lagi muda dari dia. Tapi untuk Izzah, dia tidak
merancang kahwin di umur seawall ini. Tapi, Alhamdulillah tak terhingga. Sujud
syukur dah dilaksana sebaik sahaja selesai solat Zohor tengahari tadi. Baru
cuma 22 tahun. Isteri + pelajar =hamba Allah. Berganda lagi tugas tu Izzah oi.
*****
Di
dalam bilik, Izzah tidak terus membuka tudungnya. Baru selesai solat asar.
Bajunya sudah bertukar kepada tshirt lengan panjang biru dan track hitam.
Kepalanya diangkat bila dengar tombol pintu berbunyi. Terpandang muka orang tu
senyum, nafas rasa tersekat. Cepat ditarik tenang. Pintu bilik dah ditutup.
Orang makin dekat langkahnya. Terasa kekok untuk berbuat apa-apa pun bila
Aqrahim mula duduk di sebelahnya.
“Herm,
Izzah ok tak ni?” Soal Aqrahim.
“Em,
ok jer.”
“Tak
panas?” Soal Aqrahim memandangnya.
Izzah
memandang tepi. “Tak. Tu kan ada kipas.”
Aqrahim
tersenyum.
“Abang
tak nak paksa Izzah, tapi kita dah sah suami isteri pun. Tak da batasan aurat
lagi tau.”
Izzah
menelan air liur. Payah. Sebelum ni, masa kecik-kecik, Abang A Im bahasakan
diri abang tak de pun rasa pasir air liur ni. Ni, kenapa air liur susah nak
telan ni?
“Ikut
kuasa abang boleh je, suruh Izzah tanggalkan tudung ni, tapi sebab tolak ansur
abang dengan isteri abang ni, tak pe lah. Abang faham.”
Macam
berjauh hati pula nada itu. Izzah seakan serba salah. Tatetapi diketepikan dulu rasa itu. Ada sesuatu bermain di fikirannya.
“Abang.”
Tu bahasa panggilan dari kecik.
“Ye
puan isteri.” Sengaja ditekan perkataan puan isteri itu untuk dimengertikan
Izzah sendiri. Faham sangat, isterinya itu,walaupun umur macam muda lagi. Tapi
Izzah pasti cepat belajar.
“Abang
tahu kan Izzah kena belajar. Kenapa abang nak jugak kawin dengan Izzah?”
Aqrahim
tersenyum.
“Patutnya,
soalan tu abang yang tanya.”
Izzah
cuba menghadamkan kata suaminya.
“Abang
datang risik, Izzah boleh tolak. Tapi Izzah terima, means Izzah yang nak
kawin dengan abang kan?”
Erk.
Tercekik rasanya.
“Kenapa
Izzah terima abang walaupun tahu Izzah masih nak study?”
Diam
Izzah lama.
Aqrahim
tersenyum. “Tak pe, take your time. Cuma jangan lama-lama sangat. Lelaki
perempuan duk berdua-dua ni negative positive. Pulak, kita dah kahwin.” Aqrahim
mengenyitkan mata. Spontan Izzah tersedak. Aqrahim ketawa.
“Ya
Allah, isteri abang ni.” Ditepuk belakang isterinya perlahan.
“Nak
air?”
‘Tak
payah.”
Aqrahim
memandang Izzah yang kelihatan sudah sedikit selesa. Izzah memandang Aqrahim. Pandangan Izzah itu bagaikan menyimpan sesuatu.
“Kenapa
abang pergi belajar dulu tak bagitahu Izzah?”
Aqrahim sen “Bukan tak nak bagitau,”
“Habis, abang tinggal Izzah macam tu je.”
Izzah tiba-tiba beremosi.
"Kan
masa raya abang ada datang rumah. Mana ada tinggal? Ada je kan, abang kirim
salam kat Izzah? Tapi bila abang tanya mak abang, Izzah tak pernah pun tanya
pasal abang. Jadinya, abang boleh kira merajuk la kan?”
“Abang
tak pernah pun nak borak dengan Izzah, tanya khabar ke ape ke?”
“Eh, ada lah, masa kenduri baru ni kan ada.”
“Abangggg.”
Izzah geram dipermainkan.
“Ok,
ok. Kan Izzah tengah belajar. Entah ke Izzah dah ada pak we. Abang tak nak la
kacau daun.”
“Apa
abang ni.”
“Iyerr.
Bila abang tahu dari mak yang Izzah tak pernah bercinta segala, tu yang abang
mintak mak abang pinangkan Izzah terus.”
“Dah,
Izzah tengah nak belajar lagi ni, abang izin ke?”
Aqrahim
tersenyum.
“Tahu
jugak nak mintak izin suami, tapi tudung tak bukak-bukak lagi.” Izzah mengetap
gigi lagi.
“Tak
habis lagi perangai kecik dia. Geram je wat macam tu. Rosak gigi baru tau.”
Aqrahim
menarik tangan Izzah di bawa ke ribanya.
“Abang izinkan sebab tu abang tetap risik
Izzah, Abang faham la Izzah pun tengah belajar. Cuma, Izzah kena jaga batasan.
Izzah dah ada suami tau.”
Izzah
tiba-tiba senyum.
“Kalau
ternakal sikit.”
“Pandailah
nak nakal sikit. Tak cukup ada suami yang kacak, baik, siap juara memasak
lagi.”
“Amboi,
amboi, riak nampak.” Aqrahim tergelak.
Nampak muka Abang A Im yang gelak tu buatkan hatinya berdebar. Harap-harap tidaklah sampai ke telinga Abang A Im. Bukanlah kacak sangat pun Abang A Im dia ni. Kalau korang
nak tahu la kan, meh aku bagi perbandingan antara Black dengan Tomok. Korang
pilih sapa? Tu pun, kalau korang minat la antara dua orang tu. Aku cuma bagi
perbandingan je. Abang A Im ni boleh jadi macam Tomok, boleh jadi macam Black.
(Aku tak nak bagitau betul., nanti korang cemburu. Hahaha).
Tapi
sebab aku dah jadi isteri Abang A Im ni mestilah aku kata suami aku ni lagi kacak
dari semula lelaki. Tak kan nak kata suami kau kacak pulak. Mesti kau marah
kan. Tapi, tahu tak kalau Rasulullah Sallahu alaihi Wassalam tu sangat kacak?
Nabi Yusuf pun kacak. Kan para wanita terhiris jari dek melihat kekacakan Nabi
Yusuf. Pernah tak tengok lelaki yang kacak sampai terkena macam tu. Sangatlah
kacak. Yang penting, hati, akhlak kena baik ma... usaha jadi baik ok.
“Izzah
nak abang bukak kan tudung Izzah ke?” Nafas macam terhenti. Aqrahim memandang Izzah
masih berdiam diri.
“Ke
nak abang panggil sayang?”
Hukhuk.
“Abang
ambil air ye?”
Izzah
tak nak jawab. Bukanlah perlu air. Tapi, kenapa entah tersedak.
“Ok. Abang ambil air kejap. Harap-harap dah
masuk semula nanti ada suprises ye sayang.”
“Abanggg.”Spontan
peha suaminya ditepuk dan Aqrahim tergelak melangkah keluar.
Jadilah
baik. Bukan sahaja untuk dapat yang baik tetapi untuk kita. Insya-allah, Allah
akan hantar yang baik untuk kita. Kan Allah dah janji dalam Al-Qur’an.
-Jom jadi baik jom