Alhamdulillah... dah boleh guna internet.
Hari ni ada budak tembam datang rumah. Hehehe.. tadi tak snap gambar dia, kalau tak mesti ramai yang jealous dengan ketembamannya... hehehe
Raya kali ni insya-allah semakin meriah dengan kehadiran ramai insan baru. Dengan kelahiran Marsha Puteri, maka selesainya penungguan kelahiran untuk masa ini. Apa ayat ni pun tak tau...
Yang aku nak sampaikan ialah. Berderet cucu perempuan abah.
Mula daripada Kaisa, Rania, Qairina, Faiqa, Aliah dan Marsha. Ha ini adalah barisan cucu perempuan yang berderet. Cucu daripada abang-abang dan kakak-kakakku.Selang tahun dan bulan tak jauh. Ini bukan dari cucu sulong tapi cucu-cucu yang lahir selang bulan dan tahun tak jauh. Ada yang selang setahun ada yang selang bulan je. Dan di antara 6 puteri tu, ada seorang putera iaitu Fitri yang lahir masa hari raya aidilfitri ke 2 2013.
Kalau kira semua. cucu abah ada 13 orang.
Along-6
Abang-2
Kakak-2
Abang-2
Kakak-1
Insya-allah, tak de aral Sambutan Tahun Baru Cina ni, Abang yang sorang lagi akan bawa bakal isteri untuk kenalkan pada mak dan abah. Moga Allah permudahkan segala urusan, Insya-allah.
Dan aku....hehehehehehehe.
Insya-allah. Doakan untuk ku juga....
Ha, adik perempuan aku pun ada lagi 2 orang. Not for promotion. But, Alhamdulillah. Keluarga besar ni.. moga dengan ramainya umat nabi muhammad, islam akan terus tertegak. Bukanlah pada kuantiti semata. Tetapi juga kualiti. Malahan, nabi muhammad S.A.W berbangga dengan ummatnya yang ramai..
Moga, jika ada yang ada niat nak melangsungkan perkahwinan, semoga Allah lindungi dan permudahkan urusan kalian dan kita semua..Aamiin..
No comments:
Post a Comment