Alhamdulillah..
hari khamis lepas, saya dan rakan2 diwajibkan untuk hadir Multaqa' Imam, Kariah Masjid peringkat Zon Tengah Negeri Pahang..
Alhamdulillah, dengan perjalanan hampir satu jam (coz pandu dengan perlahan, hinggakan semua kenderaan memotong Myvi hitam itu) hehehe.. akhirnya, alhamdulillah, selamat sampai. Padahal jarak rumah dengan tempat tu dalam 30-40 km je..hehe..
Dan, alhamdulillah, pengisian yang bagus. Diriku tak layah jadi juri cuma nak berkongsi what
i get dan nak tulis kat sini supaya saya faham.
Untuk sesi pertama ialah mengenai Syiah.
Saya ada search di google untuk tahu apa itu syiah. Dan saya dapat jawapannya cuma saya akan cepat lupa. Mungkin sebab saya ni jenis yang begitu. Walaupun saya dah baca kat tenet apa itu syiah dan ajaran2 nya serta dengar selalu kat tv tentang penangkapan orang yang disyaki pengikut syiah, tetapi saya tetap tak tahu kalau ada orang tanya saya syiah tu apa? In case kalau saya dipertemudugakan..huhu.. memang saya tak dapat jawab hingga la pada hari multaqa' tersebut.. Saya dengar dengan jelas tentang syiah oleh seorang ustaz yang bertugas di JAKIM..
Barulah saya faham dan barulah terjawab soalan yang saya tertanya sendiri.
Syiah ni mazhab ke? Sebab ada yang saya dengar syiah ni mazhab, ada yang kata bukan.
Dan ustaz tu kata, di Malaysia, syiah bukan mazhab tetapi ajaran sesat.
Dan bila aku dengar penjelasan ustaz, daripada pengamalan mereka, banyak sangat yang bertentangan dengan ajaran Nabi Muhammad s.a.w. Kalau ikutkan, pengikut syiah ni terima Rasulullah S.A.W tetapi banyak sangat amalan diaorang yang bertentangan dengan rasulullah s.a.w. Tak iktiraf para sahabat selain Saidina Ali Karamullahu wajhah. Malahan, membenci Aisyah R.A
Banyak lagi perkara lain yang nyata bertentangan. Pasal sujud di tanah dari karbala, solat tak dekap, buka puasa lambat. Tak macam kita yang bila dengar azan je, terus teguk air, hingga terlupa baca doa. Tu pun satu kes jugak tu.. hehe.. dan banyak lagi yang korang boleh jumpa kat tenet.
Dan bila ustaz cerita tentang asal Syiah ni, aku baru tahu. Padahal kat tv dah banyak kali bagitu pasal syiah ni. Mak aku cakap, mak dah dengar dah ka tv yang asal syiah ni dari seorang penganut Yahudi. Ustaz tu pun cakap, Syiah dibawa oleh sorang insan Yahudi tu tetapi ramai pengikut syiah kata insan tu, tak berkaitan dengan syiah, padahal dalam sejarah, memang insan tu la yang bawa ajaran Syiah ni.
Ustaz ada bagitau yang ada pengikut syiah di Malaysia dengan bangga menyatakan secara rasmi bahawa dia adalah adalah orang islam yang mengamalkan ajaran syiah.
Ha, korang boleh download pasal persoalan syiah di laman web JAKIM,klik kat bahagian penerbitan.
Dan pada sesi kedua ialah tentang 'Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah'
Tajuk ni penting tetapi tajuk ini juga kedengaran bosan. Tetapi kemudian, Imam Masjid Sultan Mizan a.k.a masjid besi yang sampaikan tajuk ni is quite funny..dah tengahari tu kalau nak straight aku rasa pak cik-pak cik tu dah lama angkat kaki. Memang bergegar dewan dengan gelak tawa. Pulak, multaqa' ni ramai lelaki berbanding perempuan. Dah nama multaqa imam, kariah masjid, mestilah ramai lelaki. Hehehe..
Yang penting, walaupun kita berbeza selagi tak menyalahi syariat, kita menerima dan menghormati. Berhikmah dalam menyampaikan.
No comments:
Post a Comment