Dingin embun pagi masih terasa. Aliza menikmati keindahan matahari
yang masih malu menampakkan sinar wajahnya, dari ruang beranda rumah wan. Kicau
burung pagi menerbitkan senyum manis di bibirnya. Dalam kepala memang dah tak
de langsung pasal kerja yang menimbun. Memang awal-awal dah dia pesan pada diri
sendiri, “Aku tak nak ingat satu apa pun pasal kerja ni. Aku tahu, balik ni,
nak rehat. 3 haribulan aku balik.” Begitu kata dia pada Ruzi, rakan sekerjanya.
Ruzi sambut dengan gelak siap dengan mencebik lagi.
Ye je la Aliza tu. Aku tengok sikit. Tiap kali cuti cakap macam tu
tapi belum pun sampai kampung dah call ke office. Macam-macam dia
tanya. Kali ni Aliza macam tekad sebab dia memang bengang dengan bos nya yang
selalu sangat cari salah dia. Sampai ada yang kata dia kena buli.
“Kurrrrr..kurrrrr.” Suara wan gema dari belakang kedengaran. Wajah
bos yang tiba-tiba hampir nak menampakkan muka tu berkecai. Aliza sengih.
Menang.
Aliza terus berdiri di beranda itu. Memandang suasana pagi kampung
yang damai dan tenang. Udara pagi yang bersih di kampung itu sangat
digemarinya.
“Apa yang cucu atuk menungkan tu?” Suara atuk mematikan segala
rasa. Aliza berpaling. Atuk dengan langkah perlahan kemudian duduk di kerusi
rotan yang tersedia di beranda itu. “Tak ada la tuk. Tengok kampung ni. Cantik
kan?”
“Memanglah cantik. Atuk dah tak pelik dah.”
Aliza tersenyum. “Ye lah, atuk dah hari hari tengok. Iza ni...”
“Ha, tahu pun. Kenapa susah sangat nak balik?”
Aliza tersenyum tawar. Duduk di kerusi rotan sebelah atuk kesayangannya.
“Banyak kerja tuk.”
Atuk memandang Aliza. “Yelah, sampai tak sempat jumpa atuk dengan
wan.”
Aliza memandang rajuk atuk itu. Di peluk leher tua itu. “Ni kan Iza
dah cuti panjang, dapat la jumpa atuk.”
“Entah-entah, nanti ada pak we pulak telefon suruh balik.”
“Ish, atuk ni, mana ada pakwe pakwe la..”
“Tak kan takda.”
“Atuk ni.” Atuk ketawa. Memang Aliza tak pernah cerita apa-apa
pasal sesiapa sahaja yang istimewa. Yang Aliza cerita cuma tentang kerja dia.
Itu pun sikit sahaja.
“Iza nak pergi kat wan la.”
Aliza masuk ke dalam rumah sekejap dan kemudian muncul dengan
bertudung. Aliza melangkah turun dari rumah. Selipar jepun merah jambu itu
disarungnya dan menghampiri wan yang sedang membelai-belai pokok-pokok tanamannya.
“Wan, kita pergi kutip pucuk paku nak?” Aliza mengusik-ngusik pokok
lada yang tertanam segar di belakang rumah itu.
“Tak nak la wan. Semalam hujan. Basah paya tu.”
“Lah, dah nama paya. Basah lah. Wan takut pacat kan?” Aliza
mengusik. Wan diam sambil meneruskan kerjanya. Pantang sebut makhluk itu, wan
dah rasa geli geleman.
“Oklah, kalau wan tak nak, Iza pergi beli sayur nanti. Nak sayur
apa tengahari ni?” Soal Aliza.
Wan memandang. “Wan teringin nak makan bayam.”
“Lagi?”
“Ikan ada lagi. Kalau Iza nak makan ayam, mintak atuk tangkap je
ayam kampung ni.”
Aliza tersengih. “Ok. Beres.”
*****
Sarapan mee kuning basah pagi itu memang menaikkan selera Aliza.
Dan kuantiti yang diambil Aliza masa bersarapan dengan atuk dan wan tadi memang
boleh buat Ruzi yang jaga badan itu menggeleng gerun. Siap menunaikan Dhuha,
Aliza menyarung tudung dan melangkah keluar dari biliknya. Menyalami tangan
atuk dan wan sebelum melangkah keluar. Ambil berkat
“Atuk, kat mana kunci kereta?” Sengaja cuti kali ini dia menikmati
perjalanan menaiki bas. Mengimbau memori zaman belajar dulu.
“Ambik dekat atas almari tv
tu.” Dan Aliza terus mengikut arahan tersebut. Tangan keduanya disalam. Dan
tidak lama, kancil putih itu meluncur keluar.
*****
Aliza memandang deretan ikan yang tersedia untuk dijual. Ikan
tersebut masih segar. Aliza tersenyum sendiri. Tidak lama kemudian, dia ke
bahagian sayur-sayuran. Beberapa penjual menjual sayuran yang hampir sama.
Tidak tahu mahu memilih yang mana satu dan akhirnya dia berhenti di satu kedai.
“Bayam berapa?” Soal Aliza memandang jurujual itu. Terhenti segala
rentak tiba-tiba.
“Umar?” Cepat nama itu ditutur walau tidak pasti. Tapi sebab topi
yang dipakai tu. Bukan semua orang kenal topi yang ada tulisan huruf UMAR
secara bersambung dan terbalik itu.
“Ye,Umar la ni.”
“Umar?”
“Ye saya.” Umar mengoyak sengih melihat Aliza yang masih tidak
percaya.
“Saya kena ambik autograf ni.”
“Haish, saya jual sayur je.”
“Awak salah la. Penjual sayur dalam kurungan. Ambik ilham kat pasar
ke?” Umar tergelak lagi, Menggeleng.
“Balik kampung. Saja tolong ayah sedara. Kejap, awak kenal saya,
tapi saya tak tau nama awak.”
“Ye lah kan, saya tak glemer macam awak.” Senang sahaja Aliza boleh
mesra dengan Umar ni sebab dah kenal Umar melalui internet. Kenal di alam
maya kerana minat dengan karya Umar.
“Tengok tu. Saya nak tau nama awak, bukan glemer ke tak?”
Aliza tersengih.
“Aliza.”
Umar seakan berfikir seketika. “Aliz liz liz alis mataku?”
Spontan Aliza tergelak.
“Kenapa awak ingat?”
Umar pula tergelak. Mana tahu kalau dia nak teringat bila salah
seorang pengunjung blog nya saja mengusik dia dengan Aliz liz liz alis mataku.
Tambahan gambar yang dia update hari itu adalah berkaitan dengan mata.
Mata manusia yang menunjukkan pelbagai riak.
“Awak nak beli sayur saya ke tak ni?”
“Eh, nak la. Mengamuk wan saya
nanti.”
“Wan?”
“Atuk nenek saya la.”
“Eh, ambik dua ikat tau.”
“Amboi banyaknya.” Aliza hanya tergelak.
“Esok datanglah lagi. Saya ada kat sini sampai tengahri.”
“Banyak cekadak awak nak datang hari-hari. Belanja air minum kancil
atuk saya.”
“Em, kalau saya datang umah atuk awak?”
“Hish, nak buat apa?”
“Cari ilham. Mana tau dapat idea.”
“Herm, awak kena bersilat dengan atuk saya dulu.”
“No hal.”
Aliza keluarkan duit kertas warna hijau.
“Saya ambil nombor Aliza. Esok saya call kalau saya jadi
datang.”
“Hem, sekejap.” Umar hulur
bayam yang sudah dibungkus dalam plastik. Aliza ambil.
Dan kemudian Umar menekan nombor yang disebut Aliza.
“Ok, terima kasih ye.”
“Sama-sama, Hati-hati drive.”
Aliza angguk berlalu. Ni la lelaki. Rajin no nak wish
take care, sweet sweet la ape la. Yang kau pun satu wahai wanita, cepat
sangat hati nak terusik.
******
Aliza meletakkan bungkusan di atas meja. “Okey, wan, mulakan
operasi.” Wan yang sedang membasuh beras memandang cucunya.
“Operasi apanya.”
“Ni.”
“Banyaknya.”
“Tak la. Sikit je. Buat hari esok sekali. Lagipun, dah rindu air
tangan wan.” Aliza menyengih. Wan geleng kepala. Apa la sangat kalau masak
bayang goreng dengan ayam kampung masak lemak cili api. Aliza terus naik ke
ruang tau. Meletakkan kunci kereta ke tempat asal.
“Kancil putih selamat berehat wahai datuk tertampan.” Aliza memberi
laporan.
“Kenapa dengan cucu atuk ni. Jumpa pakwe ke kat pasar tadi.”
“Haish.” Spontan.
“Kenapalah kamu alah sangat dengan perkataan tu.” Aliza tersengih.
Melangkah ke dapur. Atuk ikut ke dapur. Tekak rasa kering.
“Atuk, wan, hari esok mungkin ada kawan nak datang rumah.”
“Lelaki?”
“Mana atuk tahu.”
“Sekilas air di lautan, dah tahu jantan betina.”
“Ye ke wan? Ikan ada jantan betina ke?” Wan menepuk lengan Aliza. Aliza
dah mengekek.
“Pukul berapa?”
“Lepas zohor dalam pukul 2.30.”
“Kawan yang mana?”
“Kawan kenal-kenal sebab dia ada buat fotografi. Em, yang
tangkap-tangkap gambar tu.”
“Macam mana pulak boleh kenal?”
“Alah, Iza suka tengok gambar yang dia tangkap. Cantik. Ada jiwa.”
“Amboi, dah andai jiwa-jiwa cucu awak ni.”
“Pandailah, dah nak kawin pun.”
“Wan ni. Ke situ pulak.”
“Datanglah, tak kan atuk nak halau.”
“Terima kasih tuk.”
“Patutlah berseri-seri je muka dari pasar.”
Aliza terkerut dahi. Ada seri ke?
******
Selesai sahaja menyiram pokok-pokok wan petang itu, Aliza kembali
masuk ke dalam rumah untuk membersihkan diri. Tiba-tiba, nada ‘Kamera’ dari Wilco
band memecah gendang telinganya. Dilihat nama tertera. Kemudian butang hijau
ditekan. Suara salam disahut.
“Ye, ada apa?”
“Saya rasa, saya nak tangkap gambar atuk dengan wan awak.”
“Tu kira ilham ke tu?”
Umar ketawa. Aliza dengar saja tawa Umar. Apa yang dia geli hati
sangat dengan perkataan tu.
“Ok. Keizinan itu penting.”
“Yep, dah tentunya.” Umar
tersengih sendiri.
“Nak tau gambaran dia boleh?”
Umar senyum.
“Macam ni, saya ingat gambar tu nanti boleh buat ala60, 70an.
Klasik. Boleh jugak buat yang nampak moden sikit. Mesti atuk dengan wan awak nampak
muda. Saya dapat bayangkan romantiknya
atuk dengan wan awak.”
“Patutnya kena nampak tua sebab kita ni makin tua.” Selamba.
“Betul, tapi nilai kasih sayang tu. Ungkit zaman mula-mula bercinta.
So that, ia terus mekar..”
“Ha, sudah, sudah...”
Umar gelak.
“Tapi ok kan?”
“Yup. “
“Tapi awak kena tolong saya la.”
“Tolong apa?”
“Pujuk atuk dan wan.”
“I’ll try my best.”
Aliza angguk. Masing-masing diam.
“Jangan risau, saya akan bagi ganjaran.
“Tak semua benda perlukan ganjaran.”
“Yup. Tapi perlukan penghargaan.”
Aliza senyum. Faham pun.
******
Seperti dijanjikan, Umar telah terpacak di hadapan rumah tepat jam
7 pagi.
“Ni awal sangat ni.” Aliza memandang jam di dinding ruang tamu.
“Saya pekerja berdisiplin.” Lagak Azhar Sulaiman tiba-tiba. Aliza
tergelak.
“Atuk ajak sarap dulu.”
“Beres. Memang saje tak sarap kat rumah.” Jurukamera buat muka tak kisah.
*****
Umar bersedia dengan kamera digital Nikon kesayangan. Aliza hanya
melihat dari jauh gaya yang bakal atuk dan wan persembahkan, sambil menunggu
arahan Umar itu. Aliza sengih sendiri. Bukan senang nak pujuk atuk dengan wan
cakap ‘ye’ dalam tempoh satu malam. Macam-macam atuk cakap. Atuk dah tua. Nanti
orang kata buang tabiat. Kubur dah panggil, tak sedar diri. Puas Aliza susun
ayat. Tapi tak jalan-jalan. Bahasa Melayu SPM kan A. Cukup ke A tu? Haish, kena
pusing sikit ni. Kena tambah subjek. Bahasa Melayu + Pendidikan Islam.
“Bakti apa tuk. Tuk tak tengok ke orang sekarang, berkasih sayang
masa muda je. Bila dah lama-lama, makin pudar. Dah tak da rasa. Atuk tunjuk
kanlah kat diaorang yang cinta tu patutnya hingga ke hujung nyawa. Jangan masa muda je.”
“Amboi, kamu bercakap.” Wan mencelah.
“Memang semua orang nak macam tu. Kena ada usaha semarakkan kasih
sayang suami isteri sampai ke la tua. Kan atuk? Wan?” Atuk, wan diam. Ok. Kena
tambah lagi sikit.
“Hah, nanti, Iza cakap kat Umar, mintak ada part tang solat,
doa semua. Baru orang akan nampak, hubungan tu bukan antara duaorang je, tapi
ada Allah, insya-allah diaorang akan faham tuk.”
Atuk, wan diam lagi.
“Betul tak atuk? Lagipun kita nak berkongsi perkara yang baik. Tak
salah kan atuk? Wan?”
“Kami dah tua.”
“Dari yang tua tu la kami yang muda dapat pengalaman dan ilmu yang
tak dapat dalam buku.”
“Amboi cucu sorang ni la.”
“ Boleh ye tuk? Wan? Plessssssss..”
Hah, alhasilnya, kat depan dia sekarang ni, Umar tengah kongsikan
idea dia dengan atuk dan wan.
******
Di halaman rumah, atuk siap dengan baju pagoda lengan pendek dengan
kain pelekat. Kopiah di kepala. Kopiah lama. Wan dengan baju kurung kedah,
kain batik dan bertudung.
Umar dah bagi panduan tadi.
“Wan, siram pokok, atuk pulak buat lap motosikal atuk. Lepas tu wan
tak sedar ada atuk, wan tersiram atuk, atuk macam nak marah, tapi bila tengok
muka wan macam terkejut sebab wan tersiram, atuk tak jadi nak marah. Atuk
sengih je.”
Aliza spontan tergelak. “Drama sangat.”
Umar paling kepala kepada Aliza yang membantu apa-apa yang patut,
sama ada dari segi bantuan fizikal dan mental.
“Awak ni. Bukan drama. Betul la.”
“Alah, wan dah pernah tersiram atuk. Mahu kena marah.” Wan cerita.
“Itu dulu, sekarang tak dah kan tuk?” Umar sengih.
“Kami nak buat macam mana ni?” Atuk kelihatan resah. Wan juga.
Aliza memerhati .
“ Em, macam ni lah. Atuk dengan wan buat biasa je. Macam saya tak
de.”
“Macam kamu tak da macam mana. Kamu memang ada” Spontan saja suara
atuk.
Aliza tergelak. Umar jeling
Aliza. Suka hati gelakkan orang. Tak pe, yang penting projek ni kena berjaya.
“Atuk, wan jangan pedulikan saya. Atuk buat je keje atuk
macam biasa. Wan pun sama.”
“Ye, wan memang nak siram pokok ni ha.”
“Wan jangan lupa buat-buat tersiram atuk tau?” Umar ingatkan siap
sedia dengan kameranya
“Iyer.”
Aliza gelak. “Terbaik la wan.” Tunjuk tanda thumbs up.
Dan akhirnya, setelah berpenat umar menjelaskan dan beberapa kali
jugak menangkap gaya romantik psangan itu, selesai akhirnya. Untuk hari itu.
“Berapa kali lagi ni?”
“Satu part je lagi. Em, masa pagi, petang kita dah siap.
Tinggal masa untuk pergi surau, Yang tu kita buat real. Tapi ada tang salam,
masa atuk baca doa, wan aminkan tu, kita buat kat rumah. Macam jemaah dalam rumah.”
“Alah, yang tu tak yah suh berlakon. Atuk dengan wan memang selalu
sembahyang jemaah kalau tak gi surau. Awak tangkap je gambar tu nanti. Mesti
lagi berjiwa gambar tu” Aliza memberi
cadangan. Lama Umar diam. Mendengar kata jiwa itu membuat hati macam suka.
“Ok.”
*****
Akhirnya selesai. Umar menujukkan gambar yang telah siap dicuci
itu. Wan tersenyum. Atuk juga. “Wa,
cantik, cantik. Cantik sangat.” Berkali-kali itulah yang diulang Aliza hingga
Umar dah tak tau nak jawab apa. Puas dia merendah diri. Puas menujukan pujian
itu untuk atuk dan wan yang memberikan kerjasama yang baik. Puas juga
mengatakan kamera itu yang bagus, puas juga kata, pemandangan dan tempat tu
yang cantik. Akhirnya. ALHAMDULILLAH. ALHAMDULILAH berulang kali.
*****
Hari yang ditunggu telah pun tiba. Pengacara majlis telah pun
umumkan pemenang untuk peserta pertandingan fotografi bertemakan The Love of
Family. Dan selesai sahaja majlis, terus sahaja dia membuat panggilan
penting.
“Alhamdulillah, saya tempat kedua.”
“Alhamdulillah.”
“Awak kat mana?”
“Kerja la.”
“Tak balik kampung.”
“Tak de plan lagi. Kenapa?”
“Saya nak balik kampung ni. Jumpa atuk. Nak bagi hadiah ni pada
atuk dengan wan.”
“Hah?”
“Jangan nak terkejut sangat lah. Saya dah niatkan dah. Saya balik
kampung esok. Kalau awak jadi balik kampung bagi tau la.”
“Hem.. ye lah.”
“Oklah. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.”
*****
Dua tiket itu dihulurkan kepada atuk. Atuk masih terdiam. Aliza
masih rasa mamai. Sampai rumah atuk pukul 2.30 pagi. Ikutkan, dia memang tak
berani nak memandu sendiri malam-malam hari. Dah niat nak beli tiket bas je.
Tetapi kemudian, rakan serumah yang satu negeri tu boleh temankan. Jadinya,
bertabah la dia menunggu rakannya itu habis kerja pukul 10 malam. Dan jam 10.20
malam baru bertolak dari rumah.
“Tapi, itu kan hadiah kamu.”
“Tapi, saya nak bagi atuk dengan wan.”
“Mak ayah kamu kan ada?”
“Saya dah cakap, hadiah tu memang saya bagi pada atuk, wan. Mak
ayah saya dah tahu dah. Sebelum ni pun dah pernah bagi hadiah yang menang pada
mak ayah saya.”
Aliza menguap. Dalam pada itu memang dia ingat Umar banyak kali
menang pertandingan fotografi.
“Terimala je lah atuk, wan.”
“Kami dah tua.”
“La, apa salahnya. Bukan lama pun, 2 hari 1 malam je.”
“Ha’ah tuk. Tak lama. Bukan luar negara pun. Tang Sabah tu je.”
“Iza boleh jagakan rumah.”
“Ha’ah, saya kan ada.”
Semua memandang Umar.
“Apa hal pula nak ada? Aliza cepat bersuara. Umar memandang atuk.
Wan seakan mengerti sendiri.
*****
Gambar atuk dan wan dipandang lama. Tersenyum sendiri. Teringat Pak
Su dan Mak Su yang nak join sekali percutian ke Sabah. Lagipun, anak-anak Pak
Su, Mak Su ada di IPT dan ada yang di asrama. Jadinya, tiada halangan untuk Pak
Su dan Mak Su bercuti. Sambil tolong tengokkan atuk dan wan.
“Bila gambar je yang berbicara.” Suara Umar tiba-tiba memecah sepi.
“Yup.”
“Ada ambik rahsia keharmonian rumahtangga dari wan?”
“Orang taulah.”
“Apa orang-orang?”
“Maaf,maaf.”
Umar tersenyum melihat Aliza buat isyarat tangan.
“Salam betul-betul.”
Aliza mencebik.
“Ok, cakap kat atuk dengan wan, yang cucu sorang ni nak lawan cakap
suami.”
“Tak aci sangat. Apa kes nak ngadu kat atuk dengan wan.”
“Saya cucu kesayangan.”
“Perasan.”
“Ok. Fine. Nak buat macam mana. Nasib orang tak disayangi.”
Aliza tergelak melihat riak Umar merajuk.
“Abang, nampak sangat lakonannya.”
Umar tergelak. “Ye ke?”
“Ye la. Hem, bila kem abang?”
“Sehari lepas atuk, wan balik dari Sabah.”
Maksudnya 2 hari lagi.
“Berapa hari ye?”
“Tiga.”
“Ooo..ok.”
Umar tiba-tiba memegang tangan isterinya dan meletakkan di dadanya.
“Please miss me.” Muka seakan merayu.
Aliza tergelak.
“Pleaseeee pleaseeee.”
“I will and always.”
Dia senyum.
“Ikut abang nak?”
Mata Aliza membulat. Umar tersenyum makin lebar.
Kita kena teruskan melangkah, walaupun berliter
air mata berjujuran, walaupun jalan kat depan, nampak macam dah mati. Tapi
selagi masih hidup dengan nyawa pinjaman Allah ni , kita kena teruskan. Kita
masih ada Allah untuk berdoa'. Masih wajib berharap, wajib berdoa pada Allah
Yang Agung.
Kadang-kadang rasa dah tak boleh tapi paksa
jugak diri dan Allah beri keajaiban tu bila kita teruskan melangkah dengan
yakin pada Allah. Hidup ni tak lama. Dalam satu hari tu jugak tak lama. Bangun
pagi, dah sibuk-sibuk dengan segala macam yang perlu kita uruskan. Yang bujang
mungkinlah melepak atas katil entah pukul berapa baru bangun. Kalau yang dah
kahwin, dengan cara yang dah kawin. Siapkan anak-anak, suami isteri sama sibuk.
Kalau yang ada pembantu dengan cara pembantunya...
Sekejap je 1 hari tu. Dan tahu-tahu, kita
semakin berumur.. makin tua, anak makin dewasa.. tak perlu fikir kita akan tua,
tapi ingat yang ajal kita semakin dekat dan bukan makin jauh... maka hargailah
setiap satu hari..
Bagaimana menghargai itu:
Maafkan kesilapan orang lain pada kita
Mintak maaf pada orang lain.
Sayang pada yang berada di muka bumi
Menjadi hamba Allah dengan menunaikan kewajipan
kepada Allah
Lakukan sesuatu yang boleh memberikan kebaikan
pada manusia lain...
Mulakanlah untuk menghargai usiamu...
No comments:
Post a Comment