Assalamualaikum W.B.T
Kita buka majlis kita dengan ummul kitab Al Fatihah..
......
Alhamdulillah, hari ni, kita berjumpa untuk sesi Halaqah Puteri.
Sebelum saya mulakan lebih lanjut pengisian halaqah kita, saya harap kita sama-sama dapat betulkan kembali niat kita untuk hadir di majlis ilmu ini adalah kerana Allah.
Walaupun mungkin ada yang terpaksa rela datang halaqah ni sebab peraturan, tetapi kalau kita tengok balik, ini lah masanya kita kembali ingatkan diri kita bahawa kita adalah hamba. Hamba Allah yang sentiasa hidup dalam peraturan. Dan peraturan itu adalah untuk kesejahteraan hidup kita.
Kalau hidup tak berperaturan, kita akan jadi manusia yang melampaui batas dan Allah suka tak dengan manusia yang melampaui batasan ni?....
Okey, pengisian hari ini, saya tidak khusus kepada mana-mana tajuk tetapi lebih kepada menilai kembali diri kita. Awak semua adalah pelajar puteri. Means, awak semua ni di tahap remaja yang punya keinginan yang
sangat kuat untuk lakukan apa awak suka, dan pd waktu ni juga ada antara kamu yang masih tercari-cari apa saya nak buat? apa yang saya suka?
Sekarang, kita cuba recall sejarah serikandi puteri-puteri islam.
Okey, cuba sebutkan nama-nama serikandi islam dalam sejarah islam....
.........
Maka, berusahalah untuk jadi seperti mereka. Walaupun mungkin tidak sepenuhnya tetapi berusaha untuk menjadi muslimah yang solehah di sisi Allah.
Kita selalu dengar ungkapan. Muda hanya sekali...Dan tika muda ni la kita kena manfaatkan usia muda dengan perkara yang berfaedah sebab muda hanya sekali. Kalau masa muda ni kita dah buat yang bukan-bukan, kesannya nanti bila kita dah tua. Itu pun kalau sempat tua, kalau tak sempat tua....
......
Dan dalam hidup kamu sebagai pelajar, ada yang akan terusik dengan rasa C I N T A
....
-Kalau awak nak anak yang menggembirakan hati awak, awak kena jadi anak yang gembirakan hati mak ayah awak,
-Kalau awak nak anak yang solehah, usahakan jadi anak yang solehah pada emak dan ayah awak...
Orang putih kata ;What you give, you get it back,
Dan Allah telah pun sebut dalam quran bahawa setiap amalan itu akan dikira walaupun seberat biji sawi... Walaupun amalan tu kecil,tapi Allah akantetap kira, sama ada baik, atau sebaliknya.
Jadi, mari kita sama-sama istighfar akan segala dosa kita, kita taubat dan kembali bangkit menjadi muslimah yang hebat. Hebat di sisi Allah. Bukan hebat di sisi manusia. Kalau hari ni, orang putih bukan muslim canangkan wanita yang berani adalah wanita yang pakai seksi, dedah sana sini, kita buktikan yang wanita yang berani adalah wanita yang berani pertahankan agama Allah, aturan Allah dalam hidup dia.
Kita sama-sama selawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. moga kita dikurnia rasa rindu kepada baginda Muhammad S.A. W dan menjadi wanita solehah. Bagaiman nabi muhammad s.a.w dulu membawa islam yang memuliakan wanita, maka hari ini, kita perlu tunjukkan kemuliaan seorang wanita itu dengan menjaga maruah kita sebagai wanita muslim..
-jadilah manusia yang berjasa.
Renung diri, tingkatkan amal, mohon ampun pada Allah, usaha jadi baik. Allah pasti tolong.. Waallahu A'lam.
Saya mohon maaf segala kesilapan, kekurangan. Yang baik itu adalah daripada Allah pastinya, dan yang lemah itu atas kelemahan saya sebagi manusia biasa. Mohon maaf segala kesilapan.
Kita tutup majlis kita dengan tasbih kiffarah dan surah al-asr..
Assalamualaikum W.B.T
No comments:
Post a Comment