mypaint

mypaint
warna warni cerita hidup
Daripada Allah kita datang dan kepada Allah jua kita akan dikembalikan

Monday, 31 March 2014

Melangkah ke Jamadil Akhir 1435

Alhamdulillah..
alhamdulillah..alhamdulillah..
Jamadilawal telah pergi dan sekarangm jamadil awal menyapa kita. Jadi kita bagaimana?
Hanya beberapa bulan sahaja lagi akan menerima kedatangan Ramadhan. Sebelum itu, akan menempuh Rejab dan Syaaban.
Insya-allah, diberi umur, rezeki dan rahmat Allah, insya-allah, moga kita dapat melaluinya lagi untuk terus perbaiki diri kita.

Sekejap ke kalendar masihi.
April. April fool? Serasanya, sudah banyak kali diperingatkan mengenai larangan April Fool ini. Harap, tiada antara kita yang diperbodohkan untuk melakukan April Fool. Cukuplah kejahiliahan kita satu masa dulu yang menunggu April Fool untuk kenakan kawan-kawan kita, waima keluarga kita. Cukuplah yang lepas. Ustaz ustazah, alim ulama malahan ada antara saudara islam kita yang prihatin memberitahu kita akan larangan melakukan April Fool ini.

Jika kita umat islam melakukannya sekadar suka-suka. Ye, hanya suka-suka, nak hepi-hepi, nak release stress, dan macam-macam alasan yang sewaktu dengannya, makanya, saya kira, alasan yang digunapakai oleh orang-orang yang melakukannya 'April Bodoh' itu telah membuatkan salah satu jarum-jarum orang kafir itu masuk ke dalam tubuh mereka. Mahukah kita melihat orang kafir ketawa, bertepuk tangan atas kobodohan kita sendiri. Sudahlah ilmu yang kita ada tidak tinggi, dan kemudian kita sanggup memperbodohkan diri sendiri dengan alasan, saja suka-suka, saja nak hepi-hepi. Dan sebenarnya, kita sengaja memperbodohkan diri kita sendiri. Kita marah orang panggil kita lima huruf yang bermula dengan huruf B itu, tetapi, kita sendiri menawarkan diri ke arah panggilan itu.

Stop. Sedarkan diri kita, kawan kita. Mungkin ada antara kawan kita yang tidak tahu, kita beritahu, yang tidak sedar, kita sedarkan. Usaha dan alhasil, Allah yang menentukannya.

Khas untuk muslim. Dan lagi demam bulan April ini. Valentine. Maaf, saya cukup menyampah dengan valentine. Saya guna perkataan yang saya kira kasar. Saya menyampah dengan alasan-alasan orang yang sambut valentine. Muslim. Please..........tak de alasan untuk muslim sambut valentine. No.tak ada alasan. 

Kita muslim, Allah suruh kita jaga hubungan dengan Allah, dengan manusia. Islam agama yang aman, agama yang selamat, makanya, islam ada garis panduan untuk kita berkasih sayang. Untuk tunjukkan kasih sayang. Bukan mengikut kata nafsu, berpegang tangan bukan muhrim, bergaul bebas lelaki dan perempuan, menunjukkan aurat pada pasangan tidak sah kerana sayang. No, bukan macam tu.

Return to islam. Islam penuh dengan kasih sayang. Tetapi, ada garis panduannya.

Bersyukur atas segala yang Allah kurniakan tanpa perlu mengikut ideologi barat yang mengarut-ngarut. Terima ilmu yang baik, bermanfaat yang tidak mudarat. Ingat, Allah pemberi ilmu. Bersyukur dan sama-samalah kita menjadi manusia, khalifah yang bermanfaat untuk umat,untuk islam, untuk Allah..

Saturday, 29 March 2014

Bengkel Penulisan Novel Islami

Alhamdulillah..
alhamdulillah..alhamdulillah...

semalam telah selamat menghadiri Bengkel Penulisan Novel Islami. Pencerahan dan perkongsian ilmu daripada novelis iaitu Encik Khairy Tajudin, Editor Perolehan Galeri Ilmu SDN BHD iaitu Encik Amir dan Encik Azlan. Bengkel ni dijalankan di Akademi Tahfiz Indera Mahkota, belakang restoran Nasi Kukus Mama. Sebelah Akademi Tahfiz IM ni ada International School iium.. 

Masa aku datang, aku nampak dah ada orang pakai tshirt oren. Orang tu bagi salam kat ayah aku, bersalam. Rupanya, itulaj Encik Khairy..hehe..Sempat pergi minum air dulu sebab aku nak cari air mineral kot aku dahaga nanti masa bengkel. Dah siap pekena milo, abah makan roti canai dengan air nescafe, aku ke ATIM tu semula. Tengok. pintu dah bukam aku salam abah, dan naik ke atas.

Masuk satu pintu, nampak ada 2 orang yang aku agak peserta bengkel..
Kak Ct Nur Za dan Sarah. Dua2 orang kenalan baru aku ni pun datang sendirian (tak de kawan sealiran minat), jadinya, sama la dengan aku. Aku tabik juga kat Sarah ni sebab dia dari Kolej Poly Tech Mara tu ke kuantan naik bas, dan ambik teksi ke IM. Sarah ni orang terenggani tapi mak dia ada kerja kat Kuantan. Kira tabah la dia sebab datang sorang-sorang, redah je. Kalau dah minat, apa pun jadi.. hehehe..Kak Ct Nur Za ni juga orang yang hebat, pernah menang banyak kali peraduan puisi, pantun, seloka. Memang orang minat menulis, dan nyatanya, Kak ct pernah jadi editor untuk satu majalah. Wah.....aku memang teruja..almaklum, first experince...

Masa study dulu, pernah masuk persatuan penulis tapi bila aku rasa jiwaku tak kena dengan mereka, aku keluar persatuan tu. Pernah masuk pertandingan puisi. Alhamdulillah, naib johan. Tapi aku tak tahu le berapa orang pesertanya. Dan, sekarang, aku nak teruskan..

Selaku orang yang dahaga ilmu tentang penulisan ni, saya memang seronok dan teruja dengan bengkel ni..Soalan2 yang nak tanya telah dijawab tanpa saya tanya..hakhak..
Jadinya, sekarang, masa untuk meneruskan langkah yang sebelum ni macam kabur je...

Insya-allah, saya akan teruskan menulis. Saya minat menulis, saya suka menulis, saya nak sampaikan sesuatu dalam tulisan saya, saya nak kongsi apa-apa yang bermanfaat. Ini satu pelaburan untuk saya kelak bila saya dah tak de lagi kat dunia ni. Dan yang penting, saya ingin berkongsi tentang kita, tentang hidup kita.

Hidup kita yang tak lama pun sebenarnya tetapi terkadang kita rasa, 

"eh, apa aku nak buat?" 
"Aku bosannnnnnnnnnnn"
"Aku tak tau aku nak buat apa?"

Dan, kita kena cari apa yang kita nak buat. CARI. Allah pasti beri..

Sahabat saya, terkadang dia terhenti dalam perjalanannya melakukan sesuatu yang dia suka, tetapi kemudian, dia bangkit semula. Terhenti itu biasa, tapi jangan berhenti lama-lama. Tetapi bangkit untuk kembali meneruskan perjalanan.

Ingat, kita hamba Allah, cari Allah, Allah pasti beri petunjuk pada kita. Dan bila kita nak lakukan sesuatu perkara, yakinkan hati. Yakin kan hati tu bukan yakin menonong je, tapi yakin bila mana hati kita kita serah pada Allah, baru boleh kita yakin. Dan bila keyakinan itu telah kita peroleh dengan pinjaman daripada Allah, lihatlah, Allah hantar pertolonganNYA, Allah tunjukkan kebesaranNYA yang tak perlu diragui. tapi Allah tunjukkan lagi sebagai peringatan untuk kita bahawa, semuanya itu adalah milik Allah, dan kembalikan segalanya kepada Allah..

Ok, for the last today, jaga solat, tenangkan hati.. ingat Allah, senyum selalu...;)

Friday, 28 March 2014

ujian : beauty of islam.

Alhamdulillah...
Alhamdulillah..
Alhamdulillah

->setelah agak lama tidak menangis, sebab selalunya, aku menangis hari-hari dan kerap, tapi, kali ni dah lama tak menangis. Dapat menangis semula.

->Bila kita keluarkan rm1 untuk sedekah, Allah beri RM10..bukan sebab ganjaran yang Allah beri, tapi janji Allah itu pasti.

->Dunia islam yang teruji hari ini. Dari dahulu lagi islam diuji. Dan diakhir zaman ini, islam semakin diuji dan menjadi bahan fitnah. Pengganas? Permainan orang2 yahudi yang jahat itu tak pernah habis, tetapi sikap orang islam hari ini lah yang akan membenarkan atau tidak apa yang mereka kata. Muslim akan terus bangkit menentang fitnah tersebut, pada masa yang sama Muslim kena sedar, akan usaha kita untuk membangkitkan kebenaran islam, kecantikan islam, kegemilangan islam, kelembutan islam.

How beautiful islam? So beautiful, wonderful, peaceful...

Di Sweden saudara kita teruji, di Mesir, Palestin, Syiria, apatah lagi. Malahan, hari ini, Malaysia tak ketinggalan. Negara islam yang kecil ini, dengan rakyatnya yang bukan semua islam, dengan rakyatnya yang pelbagai kepercayaan, adat, budaya, ALHAMDULILLAH, allah masih merahmati bumi Malaysia, dan semoga ianya berterusan. Insya-allah, dengan kesedaram dan usaha pihak2 yang sedar untuk menegakkan kebenaran, untuk mencarai persefahaman, keharmonian, Allah pasti tolong kita.

Sedikit tentang Puan Intan. How strong that lady? So strong. Allah je yang tahu hati dia, perasaan dia. Kita akan sebak dengan apa yang dia kata, terasa.....ya Allah, hebat isteri ini. Ada yang diuji, tapi tak sama macam dia, dan boleh cakap, "kalau aku la kat tempat dia....' ia cuma kalau. hakikatnya, Allah yang tahu mana hambaNYA yang layak diberi ujian begini dan begini, begitu dan begitu. So, that, kita teruskan doa untuk muslim seluruhnya, untuk orang lain juga. 

Entah, tragedi MH370 ni buat ramai orang terasa di hati, terasa dekat dengan MH370 ni. Hanya Allah yang tahu kenapa? Sebagi muslim, teruskan berdoa..sedangkan saudara kita di negara luar sana pun minta kita doakan mereka, sekalipun, kita tak mampu nak angkat senjata dengan mereka, tapi, tang mereka pinta ialah DOA. doalah kekuatan kita, senjata kita. DOA. DOA. keep pray for our brothers and sisters around the world.

Kesedaran kita semakin meninggi dengan ujian ini..insya-allah, semoga dengan ujian ini akan mengurangkan segala kemungkaran yang mudah berjangkit kepada muslim di negara ini khasnya dan seluruh dunia. 

Ayuh, muslim!!!!! bergerak!!!!Show the beauty of islam...

Thursday, 27 March 2014

Bercuti di Melaka kali kedua

Alhamdulillah..
alhamdulillah..selamat sampai di rumah setelah beberapa hari bercuti di Melaka. Alhamdulillah..
Setelah berhari2 tidak melayari internet dan kemudian melihat pelbagai cerita yang melanda umat islam seluruh dunia, perkembangan dunia di sana-sini. Cerita di sana-sini.

Percutian saya ke Melaka, telah saya niatkan bukan untuk jalan2 semata, bukan untuk jumpa sahabat saya sematam bukan untuk jalan cuci mata semata, tetapi saya ingin melihat sesuatu yang berbeza, saya ingin berjumpa dengan sesuatu yang berbeza. 

Alhamdulillah...

Rezeki...ia sesuatu yang tak terjangka dan semuanya dalam jagaan Allah. Hati serahkan bulat2 pada Allah, setelah kita usaha dengan rancangan kita, serahkan kepada Allah. Jangan lupa itu. Hanya dengan itu segalanya akan berjalan mudah tanpa kerisauan dan dapat kita hadapi dengan tenang. Insya-allah..

Bukan mudah untuk saya memujuk emak memberi izin. Dan kemudian, entah dari mana idea untuk memberi alasan yang aku akan beli kain pasang untuk buat baju. Emak. Pantang aku sebut nak buat baju, pasti sahaja dialah yang pertama menyokong. 

Alkisahnya, terus emak beri izin. Alhamdulillah, Terima kasih Allah. Maklum le, jalan kat Tangkak mesti le tentang kain. Aku dapat tengok reaksi emak yang mula2 macam nak tak nak je bagi izin tapi lepas cakap tang nak jalan ke tangkak cari kain, terus mak ok. Nanti mak ganti duit. Amboi..siap nak ganti lagi. Aku tak kesah pun. Aku cakap kat mak yang aku banyak duit..aku ada duit..kalau ikut gaji, memang tak cukup tapi, sebenarnya Allah yang cukupkan segalanya, Allah atur begini-begini dan mencukupkan keperluan kita tanpa kita sedar dan sebenarnya Allah nak sedarkan kita yang susahnya nak sedar diri. Haish!

Alhamdulillah, the last day, di tangkak, dapat jugak beli kain pasang, harga murah2 je tapi masih cantik dan elok kainnya. 4 pasang. Tu semua aku minta jasa ina, sahabat aku untuk pilih kain yang mana sebab kalau aku pilih mesti je corak veteran2..hehehe

Masa jalan-jalan dalam mall JJ Melaka, aku tengok banyak sangat lambakan novel-novel.. itu baru satu kedai buku, belum kedai lain.. aku tak beli pun novel-novel tu sebab belum target nak beli novel, jadinya, aku view je novel-novel tu.. dan entah apa dalam hati dan fikiran aku.. terbayang mungkin satu hari nanti, tulisan ku bakal ada di salah satu rak-rak kedai buku dalam Malaysia ni.. insya-allah..

Alhamdulillah, sampai di simpang gambangm ada kawan untuk sama-sama tunggu bas. Student UMP itu.. alhamdulillah, dia pun dapat naik teksi ke UMP, aku tunggu bas srijengka..Lebih kurang 30-45 minit, bas sampai..

Alhamdulillah.. Terima kasih pada Ina sekeluarga yang melayan kami dengan baik sekali, terima kasih untuk semuanya..terima kasih...semoga Allah memurahkan rezeki dan memberkati ina sekeluarga..aamiin...

Untuk kali ni,  aku naik bas Cepat Ekspres. Tak naik Trans. Terus ke Melaka, Aku pernah naik Trans tapi sebab bas trans yang mula2 aku naik tu dia lalu temerloh, bahau jadinya, perjalanan aku ke melaka terasa amat jauh. Naik bas di gambang sebab aku dah terlewat nak ke terminal kuantan. 

Aku sampai di Melaka Sentral dalam pukul 2. Tunggu ina dan kemudian kitaorang jalan2 dalam JJ. Sebab sepupu ina nak cari barang2.. lama jugak round dalam JJ ni.. aku tak sibuk nak pergi tengok A famosa segala sebab dah pernah pegi tengok masa first time datang tak lama dulu. Jadinya, tak kisah sangat la ak pergi sana. 

Plan, nak pergi ke Bandar Hilir, nak jumpa sorang sepupu tapi sepupu ni (Adah) kata dia pun dah nak gerak balik dari keje, jadinya, aku tunggu je kat JJ.. 
Alhamdulillah, Allah temukan kami. Antara rancangan ke Melaka juga uuntuk jumpa dengan Adah. Alhamdulillah, dapat berbual dan alhamdulillah sangat-sangat sebab pertemuan ini sangat bermakna untuk aku, untuk kami..

Esoknya, rancangan kami adalah ke Muar, jalan2 dan makan2 di sana. Parents ina ambik kelas haji di Muar, jadinya, tengahari tu, kami ke Muar. Makan lama sangat tak sempat nak naik bos pusing sungai Muar... huhuhu..dapat ambik gambar pun jadi le..

Dan, malamnya, makan ikan bakar di Sabak Aur.. Kiranya, kalau kat Pahang, tempat ni lebih kurang macam kat Tanjung Lumpur tapi lain la jugak suasananya, tapi main menunya ikan bakar la..

Dan esoknya, Hari ahad, kakak ina ajak pegi mandi manda di Taman Tema Air Melaka, Ayer Keroh.

Aku ni memang tak pandai nak cerita tapi memang memori sungguh kat sini.. 
Masa nak masuk ke taman tema, bila dah bayar, kena pakai gelang kertas yang dia tag tandanya kita dah bayar dan kena cek beg. Masa turn aku, org tu cakap la kot ada senapang, aku cakap, pistol pun ada.. pastu dia kata, kot jumpa pedang samurai...
argh? aku terkedu.. perlu ke sampai ke sini, diingatkan tentang dia yang pernah suka benda2 tu.. terkedu sangat..tapi ingat balik, Minta ALLAH jaga...

Masa kat taman tema tu pun nampak sorang man ni, macam muka kawan sek ren but still muka man tu look like a boy.. tak kan lah kawan aku ada kat situ.. dengan mak cik tu sebab aku kenal mak kawan aku tu, kenal family dia, jadinya he's just pelanduk dua serupa..

Ha, masa main kat satu gelungsur air tu, boleh pulak pelampung yang Ina dengan Umi  naik tersekat. Tak boleh nak keluar kat hole gelungsur. Dah berminit-minit diaorang cuba nak gerak, barulah lepas.. Siap org jaga tu dah tiup wisel, orang tepi2 dah jerit suruh macam2..entah macam mana diaorang tolak, lepas pun..masa turn aku dengan Siti pun nak tersekat, tapi bijak jugak budak Siti ni, dia tolak guna kaki, aku pun ikut la. Then, kitaorang pun selamat meluncur dengan jayanya..hekhek..

Hari Ahad malam, Umi balik selangor. Ikut time, aku balik Isnin tapi tiket pagi Isnin dah habis, aku beli le tiket selasa pagi. Kalau aku ambik bas petang, sampai kuantan malam, siapa nak ambik aku? 

Apa pun, alhamdulillah, selamat perjalanan...
 

Sunday, 23 March 2014

Rahmat Allah

Alhamdulillah..
segalanya dipermudahkan oleh Allah..
Alhamdulillah..
Pengajarannya untuk akan datang (peringatan untuk diri ini) -> tunaikan lah solat 

Pagi tadi di Tanyalah Ustaz.. ada soalan dari sorang mak cik..  soalan dia:
Adakah kita masuk syurga atas amalan2 yang kita buat atau rahmat Allah?
Jawapannya: Kita masuk syurga atas rahmat Allah. Kalau sebab amalan2 kita ni..amalan kita yang kita buat ni tak cukup untuk melayakkan kita ke syurga. Dari kita lahir, kita bukan terus pandai mengaji, solat. Kita buat semua tu bila kita dah tahu, kita belajar. Berapa tahun aje yang kita ada untuk buat semua amalan tu untuk layakkan kita ke syurga?? even, dari lahir kita terus buat amalan tu, belum tentu kita ke syurga. Tetapi kerana rahmat Allah.. Tetapi untuk dapat rahmat perlu kepada amalan2 kita.. Macam mana nak dapat rahmat Allah kalau kita tak buat amalan???

Bergantung kepada amalan sahaja tanpa rahmat boleh menyebabkan kita merasakan kita terlalu hebat. Kita rasa kejayaan kita itu atas usaha kita semata2. Segala kemewahan, kesenangan, kecemerlangan yang kita dapat atas penat lelah berjaga malam, bertungkus lumus buat segala kerja, segalanya atas usaha kita dan kita jadi lupa bahawa segalanya atas rahmat Allah..

Amalan adalah jalan untuk mendapat rahmat Allah. Rahmat Allah adalah satu anugerah, nikmat yang sangat besar untuk kita sebagai muslim khasnya. Ada kita baca kisah2 zaman2 para sahabat nabi, yang amalannya kecil sahaja, tetapi dia dijanjikan syurga oleh Allah. Pada kita, amalan itu mungkin kecil, dan kita terpandang remeh akan hal itu, tetapi di sisi Allah, amalan itu lah yang dirahmati oleh Allah. 

Kita tak tahu, dan Allah Yang Maha Tahu.
Allah Tahu segalanya, Allah Maha Melihat. Jadi, lakukanlah amalan2 itu selagi tidak bercanggah denan syariat. Betulkan niat, niatkan kerana Allah, dan bukannya berniat untuk dunia sahaja. 



Thursday, 20 March 2014

Result Exam

Alhamdulillah..
semalam keputusan STPM dah keluar, dan hari ini keputusan SPM pun dah diterima oleh semua pelajar yang ambil SPM tahun lepas.
Aku?
Tahun 2005 adalah tahun aku menduduki peperiksaan besar itu dan keputusan yang keluar pada tahun 2006 tidaklah straights A tapi, alhamdulillah.. masih lulus.
Ada subjek yang aju target a tapi tak a. Subjek yang aku tak target A ialah matematik. Untuk subjek lain, aku memang target A dan memang aku berusaha sehabis mungkin menjawab yang terbaik. Lakukan solat hajat, doa banyak-banyak, Dan natijahnya, tidak seperti yang aku target.
Aku tak lah sedih sangat.. lagipun, dah berapa tahun aku tinggalkan tahun 2005..cuma aku masih ingat bagaimana gigihnya aku berusaha, membuat nota untuk itu. Cuma untuk subjek matematik aku memang kalah sehinggakan guru matematik yang kami panggil ustaz syed cakap pada aku masa gari ambil result.
"Saya risau dengan matematik awak."
Alhamdulillah, memang matematik aku tidak A tetapi juga tidak D.tidak E..alhamdulillah sangat. Jika tidak, pastilah keputusan aku agak cacat dengan kehadiran 1 D, atau 1 E..

Aku bukan tak minat matematik. Aku ingat lagi, masa aku kena pergi temuduga di kuantan untuk jawatan apa aku tak ingat. (Nampak sangat aku gagal temuduguna tu..heh heh). Aku study semula matematik sebb kat surat SPA tu dah bagi tau apa yang akan ditanya secara umumnya. Ada kira-kira. Jadinya, aku study dengan aku dan bila aku dah dapat selesaikan pengiraan tu. Ia mudah sebenarnya tapi kenapa aku tak boleh langsung nak terima matematik dulu?

Sebab mungkin aku dah set dalam otak aku. nombor tak boleh campur dengan huruf.

Betapa lah salahnya aku dalam pemikiran aku. Dan mungkin juga aku memang tak minat matematik. Aku minat subjek2 sastera tapi aku tak mengenepikan matematik dan segala pengiraan. Cuma aku lambat dengan baba mengira ni.. Aku rasa aku nak beli buku latihan matematik semula..

Kepada adik-adik yang dah dapat keputusan. Apa pun keputusan tu, ingat, itu bukan satu keputusan yang teruk kalau adik rasa teruk. Teruskan melangkah. Jalan di hadapan masih luas untuk adik pilih. Sekarang dah makin banyak pusat kemahiran yang adik boleh pergi, dah makin banyak institusi tawarkan tempat untuk kita, insya-allah..

Kalau emak dan ayah ada bising-bising tu, adik jangan melatah. Terima itu sebagai satu semangat untuk kembali bangkit buktikan apa akan adik beri untuk keluarga adik..

Kepada adik-adik yang cemerlang, teruskan kecemerlangan dan ketahuilah bahawa, turun naik dalam hidup itu satu perkara biasa. Jangan nanti bila kita di bawah, kita rasa terlalu teruk hingga menyalahkan banyak perkara. Sebaliknya, muhasabah diri kita. Proses membaiki diri adalah satu proses berterusan.

Kepada adik-adik, apa pun keputusan, ucap syukur pada Allah dan teruskan menggapai impian. Setiap dari kita sangat berharga dan sangat punya nilai untuk diri kita dan pastinya untuk keluarga..Mungkin hari ini keputusan kita biasa-biasa je, tapi tak kan mustahil satu hari nanti kita jadi manusia luar biasa yang masih dalam batasan syariat.

Sebagai muslim, apa jua perancangan kita, kita mesti sentiasa sandarkan kepada Allah. Jika berada di persimpangan, lakukan istikharah, minta pandangan orang yang lebih berpengalaman dan cuba cari maklumat yang berkaitan. Insya-allah, Allah pasti tolong kita.

Tuesday, 18 March 2014

Meniti impian..

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..
Ada target yang tercapai tetapi ada juga yang masih dalam proses, dan ada juga yang telah tak tercapai tetapi kena usaha lagi untuk capai..
Alhamdulillah, dah dapat drive semula, alhamdulillah, dah hantar manuskrip kat JS walaupun kena reject tapi saya dah hantar. So, sekarang, kena perbaiki dan hantar lagi..
Alhamdulillah, dah dapat jahit baju kurung pesak, baju kurung moden, kain susun tepi, kain susun belakang, kain lipat batik, jubah perempuan..dan on progress is jubah lelaki..insya-allah, akan disiapkan dalam minggu ni..doakan saya ye..

Alhamdulillah..
saya ada dengar kat tv bahawa.. untuk kita capai impian, kita kena big dream..but, usaha pun kena big. Yang first tu penting. Impian kita kena besar

Masa kecik-kecik..
Saya budak kampung yang tak de cita-cita besar. Cuma nampak, cikgu, doktor, polis.. itu itu jugalah cita-cita kalau cikgu tanya. Tak sampai dalam hati pun dan tak pernah fikir.. 
Hingga ke sekolah menengah, cita-cita itu tak pernah digali dalam. Dan di universiti, juga saya tak nampak cita-cita saya.. Saya cuma nak menulis. Saya tak nak pandang menulis sebagai satu income tetapi sebagai satu jalan untuk saya berkongsi rasa, berkongsi pandangan dan berkongsi jalan hidup yang baik kepada orang ramai..

Dan menginjak hari, meniti masa.. kerja sebagai pengasuh, sekarang, mengajar mengaji. Timbul satu minat lain, satu keazaman lain dalam diri saya yang saya ingin tunaikan satu hari nanti..Dan sekarang, saya kena cari ilmu..

Monday, 17 March 2014

Kerana sayang

Alhamdulillah
ada antara korang yang mak korang minta maaf pada korang?
ada antara korang yang ayah korang cakap, ayah yang salah?

That's happen to me..
Why?
coz my parents sangat sayangkan saya..tapi, 1 ketika dahulu saya alpa dengan kasih sayang mereka kerana sayang manusia lain.. dan Allah bagi saya lihat semula kasih sayang mak abah saya.

Sehinggakan, bila mak minta maaf pada saya..saya rasa saya yang bersalah. Apa yang saya buat hingga mak rasa mak salah pada saya? Bila abah kata salah abah sebab...., sy rasa kenapa saya cuai?

Saya tak dapat jawab soalan tu, tapi itulah mak abah saya. Mereka sayangkan anak2 mereka.

Allah juga sayang kita dan kasih sayang Allah melebihi kasih sayang emak ayah pada anaknya, kasih sayang suami dan isteri. Kasih sayang Allah tak tertanding dengan kasih sayang manusia.

Kerana sayang, Allah beri ujian
Kerana sayang, Allah panjang kan umur kita
Kerana sayang, Allah tak hukum kita terus bila kita buat salah
Kerana sayang, Allah beri kita peluang.

Bagaimana kita gunakan peluang dan masa yang ada?

Mulakan perlahan-lahan
1)Tunaikan semua perkara wajib. Apa perkara wajib ni?
 -Solat 5 waktu, 
-tutup aurat (lelaki dan perempuan), 
-jaga pergaulan batasan lelaki dan perempuan.
-Kasih emak dan ayah, keluarga.
Ini antaranya. Tunaikan yang wajib ni perlahan-lahan. 

A)Audit solat kita. Dimana tahap solat kita? cukup tak? bacaan dalam solat betul tak? rukun2 solat kita cukup tak? Solat kita di awal atau di tengah atau di akhir waktu. cari guru, cari ilmu..Perbaiki secara perlahan tetapi perbaiki terus.

B) Tutup aurat. Kalau tak pakai tudung, pakai tudung. Kalau dulu tudung atas dada, tutup dada. Kalau dulu tudung jarang, cari inner tak nampak aurat, cari tudung tebal. Kalau dulu baju tshirt lengan pendek, ketat, jarang dll, cari yg bawah punggung, longgar, yang panjang..

C) Kurangkan bercakap dengan lelaki atau perempuan yg bukan muhrim. yang tak penting. Segerakan hal yang patut diselesaikan jika ada.

D) Yang penting ini dan yang sukar ini..gembirakan hati emak ayah, kasih emak ayah. Titip doa untuk emak ayah setiap waktu lepas solat, setiap kali teringat, setiap kali pergi ke mana2...bawakan buah tangan tiap kali balik dari mana2 tempat yng patut. Layan mereka dengan nada yang lembut. senyum dengan mereka. Bergurau mesra dengan mereka..

Insya-allah, hati pasti tenang bila kewajipan-kewajipan kita tertunai.. masih banyak lagi..tapi, insya-allah, nnti pula akan diupdate..insya-allah..




Sunday, 16 March 2014

heart..

Alhamdulillah...
Insya-allah, hati yang bersih pasti mendapat petunjuk yang Allah sampaikan..
Mungkin, walaupun orang tu bukan islam tetapi jika hatinya bersih, Allah pasti berikan dia hidayah melalui apa jua.. dan mungkin dengan bersih hati itum bersih lakunya dan memmbuatkan orang islam yang melihat bersih akhlaknya akan mendoakan dia untuk kembali kepada Islam...

Hati ini tempat jatuhnya pandangan Allah..
Betul.. dan bekalkan diri kita dengan ilmu. Saya? Saya ingin mencari ilmu dengan berguru.Satu ketika dulu yang mungkin saya alpa dan tak faham kenapa saya mesti belajar walaupun tahu saya perlu berjaya. Tapi, itu sekadar itu. Saya tidak nampak, saya tidak faham. 

Dan sekarang, bila saya sudah faham dan saya mahu lakukan, saya kadang2 tidak tahu bagaimana. 
Ketepikan segala alasan dan cari jalan. Itu yang penting..

Saturday, 15 March 2014

Allah itu dekat

Alhamdulillah..berita yang diumumkan PM tadi memberi harapan yang semakin mekar pada ahli keluarga terutamanya untuk kembali berjumpa dengan ahli keluarga mereka yang terlibat dengan kehilangan ini. Alhamdulillah, hujan kembali membasahi di muka bumi Malaysia. Alhamdulillah..segalany atas rahmat Allah..

Alhamdulillah, hari ini, rasa jiwa seorang anak perempuan ini yang mendepani seorang ibu yang semakin meniti usia, sesungguhnya, hanya orang yang mengalami sahaja mengerti bagaimana sukarnya untuk menenangkan hati ibu tetapi hanya dengan ingat kembali kepada Allah sahaja yang dapat mengawal diri untuk terus berbakti kepada keduanya..

Betul, saat Allah uji, saya hampir kalah, dan mungkin saya kalah. Saya sendiri tidak pasti dan di saat syaitan hampir menang dalam diri saya, Allah menghantar malaikat untuk saya. Bukan sesaat tetapi ada selang masa yang sendiri bermuhasabah bahawa membuat kebajikan kepada kedua ibu bapa itu tanggungjawab. Menyenangkan hati kedua orang tua. Ini lah masanya saya bersama mereka. 

Saya pasti merindui saat2 ini. Kerana, terkadang, walaupun sekejap berjauhan dengan emak dan abah, saya sudah mula bertanya khabar keduanya. Saya sudah lama di rumah. Saya diajar duduk di asrama. Adik beradik diajar berdikari di asrama dan kemudian melanjutkan pelajaran nun di utara. Tetapi kemudian, saya duduk berdekatan dengan emak dan abah. Sekarang, sudah hampir 4 tahun sepenuh masa di rumah. Pastinya, saya akan rindu saat2 ini. Bergurau bersama emak, ketawa abah. Dan segalanya......

Dan kerana itu, di saat rasa jiwa tidak baik hampir, saya segara ingat. Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Saat saya hampir kalah, ALLAH bersama saya...

Selalulah katakan pada diri bahawa Allah dekat denganku, Allah lebih tahu dari aku. Allah sayang aku.. Biasakan diri menyebut Allah..Jika kita tidak memanggil Allah, bagaimana Allah mahu datang kepada kita. 

Penyayangnya Allah, Allah masih tetap beri kita nyawa untuk kita lihat alam. Kita kena beristighfar. Memohon ampun kepada Allah. Melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran. Buatlah kebaikan walaupun kebaikan itu kelihatannya kecil kerana kita tidak tahu kebaikan mana yang akan dinilai oleh ALLAH untuk mendapat berkat dan rahmatnya, hakikatnya semua amalan memang akan dinilai tetapi di mana letaknya nilai kebaikan itu hanya Allah yang maha mengetahui, yang maha adil..


Friday, 14 March 2014

saat saat itu dan masa ini

Alhamdulillah..
hati rasa...entahlah rasa apa..cuma sedang sentiasa nak tenangkan hati..insya-allah, segalanya ni atas rahmat Allah..teruskan berdoa,,cuma, yang saya boleh katakan ialah..saya sudah tidak mahu peduli semua itu sebab saya yakin Allah bersama saya..saya tak kuat untuk hadapi semuanya tetapi Alah masih bagi saya kekuatan untuk mneruskan penantian ini..menanti dia kembali kepada saya dengan cara yang lebih baik.Allah pegang dia untuk jadikan dia lebih baik untuk kami sama2 meneruskan kehidupan..dia yang di sana yangs ay atak tahu bagaimana..setiap hari dalam doa dan saya yakin Allah makbulkan doa2 saya sebab Allah maha tahu, maha mendengar dan maha penyayang..sbb saya perlukan Allah untuk makbulkan doa saya, sbb Allah tahu yang terbaik untuk saya, dan sebab saya layak untuk dapat apa yang Allah akan bagi pada saya dan yang telah pun Allah bagi pada saya...

Saya sedang cuba meniti hari2 dalam hidup saya. Hidup saya yang orang lain juga diuji dengan ujian yang berbeza tetapi kita semua diuji selagi kita hidup, ujian ini tidak akan berhenti. Hanya ujian itu yang berbeza. Ada orang, diberi nikmat, lupa Allah. Ada orang, diberi nikmat, dia ucap Alhamdulillah, dia gunakan nikmat itu pada jalan Allah.. Nikmat itu juga ujian. Tetapi kita lihat dua orang yang berbeza menerima nikmat itu. Ini kuan pula kesusahan. Kesusahan yang Allah beri sebagai ujian akan memperlihatkan manusia yang merungut dan juga manusia yang masih terus mengucap Alhamdulillah.

Alhamdulillah, terima kasih Allah memberikan aku kesempatan mengenali sesuatu yang aku terlupa..terima kasih Allah, memberikan emak dan abah yang..... aku tak dapat gambarkan, tak dapat katakan, kerana pengorbanan dan kasih sayang emak dan abah terlalu besar dan kasih sayang itu kerana Allah. Tanggungjawab dan amanah yang ALLAH berikan kepada emak dan abah, sebaik mungkin emak dan abah lakukan untukku dan adik beradik. Kesusahan, kepayahan..semua emak ayah di dunia ini juga hadapi dan aku sebagai anak untuk emak dan abahku, aku cuba untuk hari2 ku menyenangi hati mereka walapun setiap hari itu masih tetap kurangnya aku sebagai anak, masih tetap hebatnya emak dan abah dalam menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa..

Saat aku dicubit kerana salah mengaji. Saat abah marah bila tak belajar. Itu saat2 waktu kecil ku dan menginjak dewasa..saat emak menangis dek jiwaku, saat abah marah kerana sayangkan aku..maafkan aku...saat cinta itu mengaburi mata...maafkan aku..

Apa yang Allah beri sekarang untuk aku perbaiki..dan aku mohon, bila masa itu tiba, Allah, tolong lindungi kami. Engkau Maha mengetahui Ya Allah akan kekuatan diri ini di tahap mana, sedangkan aku tidak mengetahui walaupun berkali2 kau uji, aku masih jatuh..Tolong lindungi aku..Aku tidak mahu ulangi dosa itu..tolong rahmati kami ya allah..ampunkan segala dosa2 kami...


Thursday, 13 March 2014

Satu kehilangan dengan izin Tuhan

Alhamdulillah..dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..
Meniti kehidupan setiap hari, terkadang hari2 sama sahaja, terkadang lebih kacau dari hari semalam, kadang2 pula lebih baik dari hari semalam. Yang utamanya, kita cuba sentiasa perbaiki diri kita setiap hari dan sebelum lelap mata di malam hari, kita istighfar dan memohon doa kepada Allah...

Musibah demi musibah untuk rakyat Malaysia..cuaca yang ketika satu masa sejuk yang luar biasa kemudian, panas..cuaca kering, jerebu, kes denggi yang semakin meningkat, PRK, dan kemudian kelihangan MH370..pada masa yang sama, jerebu, kes denggi dan PRK masih lagi menjadi isu.

Segalanya berbalik kepada ALLAH YANG MAHA KUASA MENCIPTAKAN SEGALANYA..
Daripada ALLAH kita datang dan kepada ALLAH kita kembali..melihatkan pelbagai banyak pandangan aku terkesan juga dengan orang2 yang berkongsikan teori konspirasi akan hal MH370... segalanya tak mustahil dengan kuasa ALLAH.bila allah izinkan itu berlaku, ia berlaku dengan izin Allah walau apa pun pandangan kita.. dan kita mengharapkan mh370 dan semua yang ada dalamnya selamat dengan izin Allah juga walau apa pun yang mungkin diberitakan oleh sesiapa juga. Dan, jika semuanya itu hilang atau mungkin kita jumpa, Allah kembalikan semua pada kita tetapi dalam keadaan berbeza, itu juga dengan izin Allah...

So, the point is, kita kena kembali kan segalanya pada ALLAH..minta pada ALLAH. Apa sahaja, minta kepada ALLAH. ALLAH pasti beri. Yang penting, bersihkan hati, ikhlaskan hati.Aku memang tertarik dengan apa yang Kapten Norudin cakap pasal isu ini. Rasa sangat terkesan dengan apa yang ustaz2 ingatkan. Isu ini mengembalikan ramai rakyat malaysia, muslim untuk kembali pada ALLAH setelah kita sangat lalai mengejar dunia.

Kehilangan.

Sangat terasa kehilangan MH370 dengan diri. Kenapa? Mereka bukan sesiapa dengan aku pastinya. Sebagai saudara muslim untuk beberapa orang muslim di dalamnya dan selebihnya sebagai hamba Allah yang berbeza agama, adat, kepercayaan, budaya dan cara hidup. Tetapi sangat terkesan....

Ini juga petunjuk dari Allah untuk kembali kepada ALLAH..bahawa kehilangan yang aku pernah alami satu masa itu, harapan, doa, keyakinan, tawakal pastinya memberikan jawapan yang menenangkan hati, yang boleh dihadapi dengan redha..
semuanya mengambil masa dan Allah beri kita masa untuk menerima apa jua jawapan kepada penantian kita itu. Bagaimana nanti kita bereaksi menerima jawapan itu? Adakah benar kita redha nanti? adakah nanti kita masih menyalahkan satu sama lain sehingga mencetuskan pergaduhan yang besar sebagai umat muslim khasnya.

Dan nanti, segalanya ini menjadikan kita manusia yang lebih baik, insya-allah. Dalam kita mencari jawapan menerima berita itu nanti, kita kena perbaiki cara kita, diri kita. Baik individu, keluarga dan seterusnya masyarakat serta sistem kita. Ini mengambil masa. Bukan sehari dua tetapi setiap hari sehingga kita dipanggil Illahi..

Segalanya, kembali kepada ALLAH. atas kehendak dan rahmat Allah segalanya terjadi untuk kita berfikir, merenung diri setiap kita samada kita rakyat biasa atau kita ketua di mana.. Dan bertindak dalam hidup kita sebagai muslim sepenuh masa.Insya-allah....

Wednesday, 12 March 2014

menulis dan aku

Alhamdulillah..
wah..dah berhari-hari mencutikan jari menaip di sini..agaknya sebab lepas dapat jawapan daripada JS yang manuskrip aku ditolak, aku agak kecewa tetapi aku dah macam sedia..tapi tetap la sedih..harapn setinggi gunung..gunung mana?ke takat bukit belakang rumah ni ha? alhamdulillah..daripada yang ini, entah kenapa, selama ini untuk aku sedar..yang aku sebenarnya belum pergi lagi bengkel menulis.how can i expected that high..but then, usaha, doa tawakal kena ada..aku usaha sebaik mungkin sepanjang hasilkan manuskrip awal tu but then, aku kena usaha lagi..

Bila aku semak-semak semula..ye la. aku kena ke bengkel. Aku tak dapat fikirkan masa tu untuk ke bengkel padahal aku selalu cari untuk ke kelas2 mengaji.kenapa tak aku terfikir untuk ke bengkel tuk mantapkan penulisan aku?kenapa? Allah nak jaidkan begitu atau aku tak cukup fikir? Sekarang dah dapat jawapan, jadinya, aku boleh teruskan lagi langkah aku..aku yakin..

Dan kemudian, angan-angan, impian aku makin besar dan makin nampak dan makin rasa dekat...
Semoga dimakbulkan oleh ALLAH.diizinkan oleh Allah..aamiin..

But then, the feeling to write kembali menggebu..hakhak..tapi tak skill..cam ne tu? kena belajar la kan..so, aku kena belajar..

Throw Back
Kalau diingat semula, aku minat menulis dalam darjah 6.. masa tu aku ingat lagi Cikgu Nazeri Isa puji nota bahasa melayu aku yang agak kemas berbanding yang lain.. Darjah 6..so aku agak kembang la masa tu dan sebenarny aku terkezuuuuutttttttttttttt bila cikgu nazeri puji-puji orang yang buat nota kemas, then di hujungnya, namaku disebut...aku tak sangkaaaaaaaa..padahalnya cara aku buat nota tu kemas, sebab aku ikut sorang kawan sekolah rendah=kawan sekelas aku ni..dia buat nota kemas..dia guna pembaris..dia letak pembaris dan tulis. Aku tengok cantik, kemas je..aku pun ikut cara dia.Aku tak sangka la cikgu puji aku.. Tapi aku tak la kembang sangat pun..

Sekolah menengah
Bila aku dah ke sekolah menengah. Tingkatan 1,2,3 macam biasa ambik PMR..target A untuk BM..aku tak ingat gred apa aku dapat..kena cek slip..then naik tingkatan 4 fokus pada SMA..Masa form 5 ni la, makin aku nak menulis..Tambahan pula masa tu aku macam sedar yang aku boleh dapat idea daripada apa yang aku lihat, aku ada jugak tulis2 tapi takat tu je lah...

Dalam selang masa form1-5 tu aku ada menulis2 sendiri..sajak, cerpen tapi tak hantar..That time, memang aku tak terhantar karya..Ada hantar tapi aku tak ingat bila..lepas aku form 6 ke tak ingat sebab tak de pun tak terbit dalam majalah..

Masa aku form 5, aku gembira teramat sangat sebab karya aku disiarkan dalammmmmmmmmmmm
MAJALAH AN-NAJWA..majalah sekolah ku tercinta..hehehehe...bila aku baca semula sekarang, aku tak percaya aku tulis macam tu..hekhek..(ilham dari Allah)

FORM 6
Masa ni fokus dengan STAM. tapi sekali lagi, aku nak jugak hantar karya pada majalah sekolah..untuk pengetahuan.. form 1-5 >SM Agama Maran, Pahang
Form 6> STA Sultan Abu Bakar Pekan, Pahang

Alhamdulillah, tersiar juga..dan aku memang kadang2 tak percaya apa yang dah aku tulis sebab aku rasa macam bukan aku yang tulis..then, aku pernah dengar ada orang cakap. yang masa kita tulis tu, ilham dari Allah, kita pinjam dari Allah.. Ha, kan..aku pun semakin terasa.. ya Allah...hebatnya Allah..Allah pinjamkan kepada kita sesuatu yang hebat untuk kita kongsi yang bukan milik kita..pemurah sangat Allah..

Di U..
U mana? UUM...
Dalam 3 tahun..aku memang tak ambil peluang.. patutnya aku boleh jadikan pengajaran tapi kenapa aku tak nampak? kenapa aku tak bergerak?

Hanya sekali..sekali dalam 3 tahun..aku ikut pertandingan untuk palestin. Keamanan untuk palestin..sajak..Alhamdulillah. Aku dapat tempat kedua. Sayangnya, pada hari penyerahan hadiah, aku tak dapat pergi sebab aku ada kelas yang aku tak boleh elak. Aku tak tertanya, aku tempat kedua daripada berapa penyertaan..aku sangat...culas? careless? 

Dan sekarang, aku nak impian aku, cita-cita, harapan aku dilaksana, terlaksana dengan izin Allah pastinya..Aamiin..

Thursday, 6 March 2014

ringkas shj

Alhamdulillah atas segala nikmat, atas segalanya...segalanya rahmat Allah..

Ye..itu lah yang saya terkesima dengan satu status yang dikongsi oleh kakak ipar saya tadi. Statu seorang hamba Allah yang sentiasa membiasakan dirinya menyebut bahawa setiap yang berlaku adalah rahmat Allah..

Terkadang, sukar untuk kita menerima apa yang disebut oleh ustaz2 untuk biasakan sebut alhamdulillah ssat menerima ujian, tersenyum menyambut ujian, menerima ianya hikmah.. tetapi, kemudian, bila kita cuba amalkan, walaupun dengan hati yang sukar, jiwa yang pedih, insya-allah, kemudiannya, bila datang lagi ujian, kita dapat menghadapinya dengan lebih tenang dan kita semakin menerima dan nampak keindahan itu.

Selak al-quran, selak tafsir..lihat apa yang Allah nak sampaikan kepada kita..

Wednesday, 5 March 2014

Dosa yang sering terulang

Alhamdulillah..
Tertiber masa nak menaip ni, macam nak tertaip apa yang jadi hari ni..so that, blog ni jadi macam diari le ye.. huhuhu..tak mau la macam tu tapi..em, dah tu jadi apa? kepuasan dapat menulis? Mungkin ke?Hem, semalam, lewat malam tadi, check email. Tetibe, ada email dari JS. Alhamdulillah. Tengah2 loading, berdebau hati Allah je tau...selawat istighfar segala...

then...
Dukacita.......
Dukacita dimaklumkan karya anda bertajuk Bidadari tidak dapat diterbitkan..

Huhuhuhu..sedih... memang la cedih but then, aku reply email tuk dapatkan komen dia. Tak pe la kalau JS tak dapat terbit tapi aku nak tahu apa yang mungkin dapat aku perbaiki sebab selama ni kalau aku tulis, tak de orang komen. (Aku yang tulis tak habis. diaorang dpt baca separuh jalan je.Diaorang=kawan2 aku). Hope that, JS dapat reply tuk bagitahu apa kelemahan aku.Aku nak perbaiki cara aku menulis. Tapi, aku sedar yang memang kadang-kadang penulisan aku ni melompat sebab nak cepat. 

 Yoposss...
Dan, everything happen, everything dalam hidup kita, kita kena selalu ingat yang kita ada Allah. Allah tak tinggalkan kita. Di saat kita kesedihan dengan macam-macam perkara, dengan cita-cita, dengan kerja, dengan markah exam, dengan group assgment, dengan kerenah kawan, dengan family atau apa-apa sahaja yang kita nak ia berjaya, but it's not turn out like we want but Allah want.. Bukan sebab kita berdosa je Allah uji, Tapi sebab Allah berkuasa untuk kita. Allah cipta kita, Allah berhak atas kita.. Maka, kita kena la kembalikan segalanya pada Allah. Insya-allah, Allah sangat maha penyayang. Allah dengar isi hati kita. Allah tahu impian kita, cita-cita kita, rancangan kita. Minta pada Allah. Mengadu pada Allah.

Memang bagus sebagai motivasi bila kita teruji, kita ingat kita pernah buat dosa, "Ha kan buat lagi dosa, dah Allah beri ujian.." Tapi ingat, Allah beri ujian bukan sebab tu. Allah maha penyayang. Allah tak hukum kita dengan zalim. Allah bagi ujian tu sebab Allah sayang, Allah berkehendak begitu, Allah tahu kita mampu lalui. 

Kita manusia yang Allah cipta dengan nafsu, iman. Dosa pahala. Allah suka hambaNYA yang bertaubat. Memang akan buat lagi dosa, tapi bertaubat lah lagi. Kita permainkan Allah ke? Ini yang aku pernah tanya pada diri aku. Macam permainkan Allah. Mak aku pun cakap benda yang sama.. tapi tengok la pula, apa usaha kita lepas kita taubat? Ada tak usaha kita tuk tinggalkan dosa yang pernah kita buat tu? Take time, perlahan-lahan. Cari guru, cari ilmu, dekatkan diri pada Allah, solat 5 waktu, doa sungguh-sungguh. Cari orang2 baik. isi masa dengan baik,d engan perkara bermanfaat. If ada tergelincir sikit, kembali pada Allah. Mohon ampun.. Allah dengar. Allah tahu. Allah segalanya untuk kita sebagai hambaNYA..

Tuesday, 4 March 2014

Ke Breast Center IIUM

Alhamdulillah.
Hari ini perjalanan dipermudahkan oleh Allah. Dipinjamkan segala nikmat kemudahan untuk ke kuantan. Pergi pagi2 dengan abah. Berhenti depan hospital. Then, menapak laju ke atm htaa. Aku jalan blkang sorang laki ni, then rupanya, dia pun nak ke atm. Dia pun macam tercari2 kat mana atm. Aku ni ingat2 lupa tapi bila dah nampak lorong tu aku ingat la ada atm kat situ. Then aku pun beratur.Dah siap urusan, aku menapak la ke Breast Center IIUM.. punya la jauh aku menapak..awat tak sampai-sampai???? bukan dekat je ke? Then, aku tersilap rupanya..Aku ikut jalan jauh. Dah la jadi macam bertawaf kat situ..hakhak..

Dan..alhamdulillah..sampai la kat depan tempat guard tu aku berhentikan kaki. Aku tanya kat mana? Kot la sebelum masuk bangunan tu.. Then dia bagi la direction. Masuk pintu kaca, belok kanan dan belok kiri. Aku ada cakap. Ni kali pertama datang. Nak buat pemeriksaan sebab pak cik tu tanya nak buat apa. Kalau tak, aku tak jawab.. Masa aku jawab kali pertama tu, ada sorang lelaki pakai tag uia. (Tak tahu le student ke staf ke ape ke..) Dia berpaling ke belakang, kot dia dengar perkataan kali pertama tu sebab jarak tak jauh. Pulak, suara aku ni kuat sikit bila diperlukan kuat, kalau tak, aku simpan2 elok2..kehkeh..

Pastu aku pun menapak masuk pintu kaca. Selang aku dgn org laki tu ada la 5, 6 kaki. Aku pun masuk...

Bila aku masuk. aku nampak belah kanan, tangga naik ke atas. Belah kiri ada la lorong nak ke belakang.. Aku dah berdiri tengah2. Aku nak kena naik atas ke???????

Kat ruang macam lobi tu ada orang duduk. 2 orang. Then, masa aku tertanya sendiri (lagi perangai tertanya sendiriiiiiiiii), orang tu yang dah naik tangga (orang laki yg tadi), dia paling,  nak ke mana? Aku pun jawab je la. Breast centre. Terus la dia jawab. Belah sana. Belakang...

So aku pun menapak le ke sana. Mujur jugak yang duduk tu perempuan.. Segan jugak le kalau lelaki. Dah yang aku jawab tadi  bukan dengan lelaki ke?????? huhuhuhuhu..

Aku pun masuk situ dan bagi salam.. jumpa staf kat kaunter..dia gelak jugak la sebab tengok aku ni macam student gak nyer.. datang nak cek breast. Single. So, pada dia mungkin bukan kanser.. aku cakap pasal arwah nenenk pernah kena. Aku cakap aku risau since ada tnda2 yang macam benda tu tapi mungkin tak. So, sebab aku tak tau,., tak pasti, aku pergilah situ.. Then bagi tahu bayaran. RM145. Masa nak daftar, hulur ic. Bayar lepas buat pmriksaan. Then, aku tunggu.....

Bila namaku disebut...
Aku pun ikut staf sorang lagi pergi bilik tu. Dia suh salin pakaian khas. 
Lepas tu dia suh g kat satu katil sebelah. Aku pergi la. Boleh tanggal tudung. Dia pun berkenalan la sekejap dengan aku macam staf kat kaunter tadi.
Lepas tu dia suh baring, tunggu doktor. Aku tak best jugak nak baring, aku duduk. 
Bila doktor dah datang, sesi perkenalan ringkas dan soal jawab bermula...

Cerita sikit-sikit then, dia cek. Ujian ultrasound. Ada gel disapu pada breast. Gel tu sejuk. Then dia scan.. keluarla gambar kat skrin macam org cek baby tu ha... dia cakap2 la sambil tu..

Dan setelah beberapa minit...alhamdulillah. Normal.
Alhamdulillah alhamdulillah.. masa aku nak salin semula baju, bila dok tu dah keluar, nak menangis rasanya..alhamdulillah.. aku punya la risau since dada ada sakit, dan tanda2 lain. tapi rupanya itu normal cuma ia berbeza mengikut orang dan keturunan..Cuma dok tu kata, elok la buat pemeriksaan macam ni. Bila dah risau dan kita pun tak tau, cek je kat doktor. At least, kita dapat ilmu, dapat tahu, dan lebih berhati-hati. lebih aware..

Mungkin lain tempat, lain bayaran dan lain cara dok treat kita. Dok tu perempuan, cantik dan baik dan lemah lembut..hehehe..sejuk mata memandang...

Sblum datang, aku dah ada baca kat tenet tapi aku tak kenal la macam mana benda tu normal atau sebaliknya. Bab kata sorang doktor yang juga blogger dia saran, drpd duk risau, baik la pergi cek.

Mungkin la untuk yang bujang, umur 20 an macam ni, selalunya tak kena, tapi bila ada jugak budak2 sek men boleh terkena,doc kata mungkin faktor makanan. So, takk kira usia dah skrg ni..buat pemeriksaan sendiri, cek doktor,dapatkan info..insya-allah, semua ni membantu..kita kena usaha kan? usaha sambil doa dan tawakal pada Allah.Allah bantu kita untuk hadapi segalanya..insya-allah.. Allah beri kita nikmat sihat, kita syukuri,kita gunakan pada jalan yang bermanfaat.. Insya-allah, selepas tu, kita akan jadi lebih positif..

Sebenarnya, bila aku disahkan breast normal, aku macam rasa nak jadi sukarelawan pink ribbon..why? sbb masa aku kerisauan tu, aku rasa macam semangat aku jatuh...aku macam...macam lost if betul. macam...ya allah..allah je tahu.. dan alhamdulillah the result is okey dan aku rasa macam nak jadi sukarelawan pink ribbon ni..tak tahu la ter-realisasi ke tak? apa2 nanti aku update...

Alhamdulillah. alhamdulillah...alhamdulillah...

Monday, 3 March 2014

Dapat BR1M

Alhamdulillah..
dah dapat voucher BR1M. Dalam masa sebulan ni boleh lunaskan.. hehe.. 
Sebenarnya, macam tak larat nak update hari ni punya cerita, tapi antara untuk capai salah satu target jangka pendek saya, saya kena jugak update.

Macam biasa,macam tahun lepas, ramainya manusia nak ambik voucher ni. Aku pulak tak kemaskini akaun. Kalau tak, terus je masuk ke akaun CIMB tuh. Tapi, tak pe le.Ada hikmahNYA. Iaitu, berborak dengan abah dalam kete. kehkeh. Sebab, susah aku ni nak bercakap dgn abah..huhu..

Alhamdulillah, aku rasa tahun ni lebih ok dari tahun lepas sebab tak payah beratur tunggu nak ambik duit tunai bagi sesiapa yang nak tukar voucher pada duit. Tetapi, masih tetap la, ada kekurangan dalam pengurusan pengagihan BR1M ni tadi. Untuk kawasan aku le. Kawasan lain aku tak tau diaorang agih macam mana...

Kesian la kat pak cik mak cik tu ha. Dah elok beratur, dalam istilah lain, berebut kat tepi tu, staf berkenaan suh pulak duduk. Akan ada staf yang amik surat mengikut kertas warna yang disebut di tempat masing-masing dan nama akan dipanggil. 

Kenapa la tak dari awal, di pintu masuk tu, dia terus je tampal satu notis bagitau, warna kuning merah jambu: kaunter 1 (no 1-10), warna hijau: kaunter 2 (no 1-10), warna kuning: kaunter 3 (1-10). Setiap satu warna tu buatlah 2, 3 kaunter. Lepastu terus lukis kedudukan kaunter tu di mana. Depan dewan belah kana, depan dewan belah kiri. Belakang dewan belah kanan. Belakang dewan belah kiri. Mudah la, orang datang terus tuju tempat yang berkenan. Beratur terus. Tunjuk la surat, kertas warna dengan IC. Tak de nye orang nak tipu. Huhuhu..

Harap, untuk tahun-tahun depan, sistem pengagihan manual ni diperbaiki.. kesian le beratur tunggu lama-lama. Dalam kes aku pulak tadi. Aku tak dapat info. Ni memang ada salah aku jugak. Tapi tak salah sangat la pun. Dah elok daftar, dia tulis kaunter 13. Aku pun tunggu dulu. Tak terus g kaunter lagi. Ada pula pengumuman, suruh duduk. Siapa tak duduk tak bagi vcher la bla bla bla... Then cari tmpat kosong, aku pun tak nak berdiri lama-lama. Dia panggil la pulak ikut nama pada kertas yang dia ambik. Aku nampak ada orang ebratur kat kaunter2 belakang tu. Untuk isi rumah dan bujang. Tapi aku ingat diaorang baru nak daftar. Sebab mula-mula datang, suh daftar dulu. So, aku dah daftar, aku duduk je la. Bila lama-lama, aku perhati. Diaorang dapat vcher sekali ke? Ye ke vcher tu? Aku pun cerdik sangat, tak pi tanya. Aku segan jugak sbb tak ramai pun yang sebaya aku, pempuan. Lelaki ramai sangat la pulak. Aku pun duk lagi. Ye ke ni terus dapat vcher???? bukan daftar dulu ke? Bukan ambik kat depan ke macam tahun lepas?

Aku pening........................tak le pening mana pun tapi tertanya2 sendiriannnnnnnnnnnnn...
Then, memang sah, vcher terus. Aku pun beratur. Belakang sekali. Ada lebih kurang 15-20 orang lelaki. Ada 2,3 orang je permpuan barisan kaunter 13 tu. Dah elok beratur tu aku tengok kaunter 12 tak ramai. pulak perempuan semua. ada 5,6 orang. Aku nak pergi sana, tapi aku ni kaunter 13. Kang aku masuk sana, dia suh bertaur jugak ikut kaunter. Ni pun aku dah jadi macam apa. Muka entah macam mana dah ni...

Tiba-tiba pak cik polis kot. sebab dia pakai uniform polis. Kot polis bantuan kot.. dia panggil. Aku ingat dia panggil siapa. Kot dia suh buat 2 barisan, termasuk la para lelaki kat depan aku tuk beratur kat situ. Rupanya tak. Dia panggil aku beratur kat kaunter 12 tuh. Huhuhuhuhu... dan alkisahnya akhirnya, alhamdulillah..dapat la vcher dgn selamat beserta ketidak puasan hati dengan cara penyampaian...

Habis tang tu, masa dah gerak balik, ada accidnt.. keta kancil driving school. aku rasa mesti budak tu trauma. Belakang teruk. Sepupu aku yang keja kat drving school tu kata, lori hentam dari belakang. Budak tu belajar cara masuk simpang. Memang tu tempat org belajar kete praktis masuk simpang.. Sepupu aku kata, budak tu muntah2.. teruk jugak la kot dek kesan dari gegaran kat kepala. Cikgu tu alhamdulillah ok.

Masa aku belajar memandu kat kedah sanun dulu pun, masa gerak balik dari belajar, ada kete drving school accdnt tapi aku tak ingat macam mana keadaan kete tu. 
Sebagai orang yang pernah terlibat dengan kemalangan. Aku simpati, kasihan pada budak yang tengah belajar tu sebab aku rasa, dia mesti trauma. Tak tahu tahap trauma dia, tapi kalau dia jenis macam aku ni. Aku kesian la. Aku harap, budak tu orang yang kuat untuk kembali melangkah dan bersemangat capai cita-cita dia.. len kali aku updte pasal ni pulak..

So, dalam hidup ni. kita kena bersyukur pada masa yang sama perbaiki diri kita untuk tahap yang lebih baik. Dalam masa aku tunggu amik vcher tadi, smthing come to my mind. Asking my self. Why i'm here? Aku tak sepatutnya ada disini. Aku patutnya tak dikategorikan untuk dapat bantuan ni. Aku patut jadi lebih baik untuk tak terima BR1M..bukan bangga. Tidak sekali, tapi tu untuk semangat aku jadi lebih baik. Aku patutnya membantu. Aku kena jadi lebih baik..jadinya duit BR1M tu aku masih tak tau ke mana aku patut salurkan sebagai sesuatu yang bermanfaat untuk aku dan masa depan dan untuk manfaat bersama. 300 tu SANGAT banyak untuk disia-siakan.

Besyukur..say alhamdulillah. Thnk you Allah. Alhamdulillah...

Saturday, 1 March 2014

Petrol Pam punya cerita

Alhamdulillah, selamat urusan pagi tadi.. Adik aku pun dah sampai ke umah sewa dia kat area shah alam sanun..mak pun tak tadi lepas satu jam lebih menunggu untuk rawatan RBT, akhirnya tiba giliran mak. Dan lepas 30 minit selesai untuk hari ini. Tadi pun dah singgah ke asrama budak medic kat indera mahkota. Jumpa adik aku yang lambat lagi nak balik: katanya.. 

Dan tadi..dalam perjalanan balik, singgah la kat petrol pam. Isi minum tu saga kelabu abah. Mak minta aku belikan air oren. Botol besar. Dengan patuhnya aku masuk le ke kedai dia tu. Masa nak ke tempat air tu aku dah bertembung dengan a man ni.aku tak perasan muka dia sangat tapi aku perasan warna kulit dia putih dan kategori smart la kot. Aku pun amik air oren botok besar, dgn 1 kotak air nescafe. Nak milo sbnarnya tapi dah tertarik nescafe. Pastu, g kat kaunter. Ada sorang akak tengah nak bayar. Cashier lelaki. Aku rasa sebaya anak sedara aku yang tengah tunggu keputusan SPM tu hah. Adik cshier tu swap la kat akak tu tapi kad dia tak leh nak baca. Sambil tunggu tu, a man tu pun beratur kat belah sana, aku beratur belah sini tapi kaunter yg sama. Cashier sorang lagi sibuk dgn orang nak byr minyak.

Bila akak tu dah pergi, (dia bayar secara tunai bila kad dia dah tak leh nak baca).. so tibalah giliran a man ni yang beli air red bull tin kecik dengan minyak 30..hehe..aku dengar le, sbb dekat dan memang boleh dengar pun.. maka, proses jual beli pun berlaku.. then.... adik cshier tu kata apa tau...

"Terima kasih kak. Eh kak pulak. Abang." Muka tahan gelak, tersenyum kecil. Aku yg kt belakang ni tahan ketawa, cover sengih. Kalau ikut aku, memang aku nak sengih lebar. Padahal a man tu tak nampak pun muka aku sebab aku belakang dia. 

Lepas je that guy pergi, giliran aku la kan.. dah tentu aku sengih lebar. Budak tu pun ketawa jugak... 
kehkehkeh...

Lepas tu aku cakap la kat budak tu..
"Sian dia awak kata dia abang."
Dia dengan baki gelak yang aku kira gelak sopan. Tak la gelak besar pun...

Sempat pulak budak tu minta aku belanja.. aku pun tak terbelanja.. nak belanja macam mana? aku pun nak cepat..tak pe le..len kali, kalau budak tu cam lagi muka aku..

Dalam fikiran aku, yang agak nakal ni. aku rasa mesti that guy tu kata dlm hati "aku punya smart macam ni, panggil aku akak?" "Ko tak nampak aku aku ni lelaki sejati?" "Badan aku sikit punya tegap ni kata aku akak?" Hehehe.. iklan> entah ke that guy tu tak rasa pun macam tu kan.. aku je yang lebih2..

Dan aku rasa, budak tu tersasul je, sebab sebelum tu customer dia seorang akak, yg tengah tunggu kat tepi ni (aku le tu) pun akak jugak.

Harap2 budak tu jadi generasi yang bermanfaat untuk diri dia, agama, negara dan ummah secara keseluruhannya... insya-allah...harap jugak that guy and family selamat tiba ke destinasinya..aamiin...