Alhamdulillah..
alhamdulillah..selamat sampai di rumah setelah beberapa hari bercuti di Melaka. Alhamdulillah..
Setelah berhari2 tidak melayari internet dan kemudian melihat pelbagai cerita yang melanda umat islam seluruh dunia, perkembangan dunia di sana-sini. Cerita di sana-sini.
Percutian saya ke Melaka, telah saya niatkan bukan untuk jalan2 semata, bukan untuk jumpa sahabat saya sematam bukan untuk jalan cuci mata semata, tetapi saya ingin melihat sesuatu yang berbeza, saya ingin berjumpa dengan sesuatu yang berbeza.
Alhamdulillah...
Rezeki...ia sesuatu yang tak terjangka dan semuanya dalam jagaan Allah. Hati serahkan bulat2 pada Allah, setelah kita usaha dengan rancangan kita, serahkan kepada Allah. Jangan lupa itu. Hanya dengan itu segalanya akan berjalan mudah tanpa kerisauan dan dapat kita hadapi dengan tenang. Insya-allah..
Bukan mudah untuk saya memujuk emak memberi izin. Dan kemudian, entah dari mana idea untuk memberi alasan yang aku akan beli kain pasang untuk buat baju. Emak. Pantang aku sebut nak buat baju, pasti sahaja dialah yang pertama menyokong.
Alkisahnya, terus emak beri izin. Alhamdulillah, Terima kasih Allah. Maklum le, jalan kat Tangkak mesti le tentang kain. Aku dapat tengok reaksi emak yang mula2 macam nak tak nak je bagi izin tapi lepas cakap tang nak jalan ke tangkak cari kain, terus mak ok. Nanti mak ganti duit. Amboi..siap nak ganti lagi. Aku tak kesah pun. Aku cakap kat mak yang aku banyak duit..aku ada duit..kalau ikut gaji, memang tak cukup tapi, sebenarnya Allah yang cukupkan segalanya, Allah atur begini-begini dan mencukupkan keperluan kita tanpa kita sedar dan sebenarnya Allah nak sedarkan kita yang susahnya nak sedar diri. Haish!
Alhamdulillah, the last day, di tangkak, dapat jugak beli kain pasang, harga murah2 je tapi masih cantik dan elok kainnya. 4 pasang. Tu semua aku minta jasa ina, sahabat aku untuk pilih kain yang mana sebab kalau aku pilih mesti je corak veteran2..hehehe
Masa jalan-jalan dalam mall JJ Melaka, aku tengok banyak sangat lambakan novel-novel.. itu baru satu kedai buku, belum kedai lain.. aku tak beli pun novel-novel tu sebab belum target nak beli novel, jadinya, aku view je novel-novel tu.. dan entah apa dalam hati dan fikiran aku.. terbayang mungkin satu hari nanti, tulisan ku bakal ada di salah satu rak-rak kedai buku dalam Malaysia ni.. insya-allah..
Alhamdulillah, sampai di simpang gambangm ada kawan untuk sama-sama tunggu bas. Student UMP itu.. alhamdulillah, dia pun dapat naik teksi ke UMP, aku tunggu bas srijengka..Lebih kurang 30-45 minit, bas sampai..
Alhamdulillah.. Terima kasih pada Ina sekeluarga yang melayan kami dengan baik sekali, terima kasih untuk semuanya..terima kasih...semoga Allah memurahkan rezeki dan memberkati ina sekeluarga..aamiin...
Untuk kali ni, aku naik bas Cepat Ekspres. Tak naik Trans. Terus ke Melaka, Aku pernah naik Trans tapi sebab bas trans yang mula2 aku naik tu dia lalu temerloh, bahau jadinya, perjalanan aku ke melaka terasa amat jauh. Naik bas di gambang sebab aku dah terlewat nak ke terminal kuantan.
Aku sampai di Melaka Sentral dalam pukul 2. Tunggu ina dan kemudian kitaorang jalan2 dalam JJ. Sebab sepupu ina nak cari barang2.. lama jugak round dalam JJ ni.. aku tak sibuk nak pergi tengok A famosa segala sebab dah pernah pegi tengok masa first time datang tak lama dulu. Jadinya, tak kisah sangat la ak pergi sana.
Plan, nak pergi ke Bandar Hilir, nak jumpa sorang sepupu tapi sepupu ni (Adah) kata dia pun dah nak gerak balik dari keje, jadinya, aku tunggu je kat JJ..
Alhamdulillah, Allah temukan kami. Antara rancangan ke Melaka juga uuntuk jumpa dengan Adah. Alhamdulillah, dapat berbual dan alhamdulillah sangat-sangat sebab pertemuan ini sangat bermakna untuk aku, untuk kami..
Esoknya, rancangan kami adalah ke Muar, jalan2 dan makan2 di sana. Parents ina ambik kelas haji di Muar, jadinya, tengahari tu, kami ke Muar. Makan lama sangat tak sempat nak naik bos pusing sungai Muar... huhuhu..dapat ambik gambar pun jadi le..
Dan, malamnya, makan ikan bakar di Sabak Aur.. Kiranya, kalau kat Pahang, tempat ni lebih kurang macam kat Tanjung Lumpur tapi lain la jugak suasananya, tapi main menunya ikan bakar la..
Dan esoknya, Hari ahad, kakak ina ajak pegi mandi manda di Taman Tema Air Melaka, Ayer Keroh.
Aku ni memang tak pandai nak cerita tapi memang memori sungguh kat sini..
Masa nak masuk ke taman tema, bila dah bayar, kena pakai gelang kertas yang dia tag tandanya kita dah bayar dan kena cek beg. Masa turn aku, org tu cakap la kot ada senapang, aku cakap, pistol pun ada.. pastu dia kata, kot jumpa pedang samurai...
argh? aku terkedu.. perlu ke sampai ke sini, diingatkan tentang dia yang pernah suka benda2 tu.. terkedu sangat..tapi ingat balik, Minta ALLAH jaga...
Masa kat taman tema tu pun nampak sorang man ni, macam muka kawan sek ren but still muka man tu look like a boy.. tak kan lah kawan aku ada kat situ.. dengan mak cik tu sebab aku kenal mak kawan aku tu, kenal family dia, jadinya he's just pelanduk dua serupa..
Ha, masa main kat satu gelungsur air tu, boleh pulak pelampung yang Ina dengan Umi naik tersekat. Tak boleh nak keluar kat hole gelungsur. Dah berminit-minit diaorang cuba nak gerak, barulah lepas.. Siap org jaga tu dah tiup wisel, orang tepi2 dah jerit suruh macam2..entah macam mana diaorang tolak, lepas pun..masa turn aku dengan Siti pun nak tersekat, tapi bijak jugak budak Siti ni, dia tolak guna kaki, aku pun ikut la. Then, kitaorang pun selamat meluncur dengan jayanya..hekhek..
Hari Ahad malam, Umi balik selangor. Ikut time, aku balik Isnin tapi tiket pagi Isnin dah habis, aku beli le tiket selasa pagi. Kalau aku ambik bas petang, sampai kuantan malam, siapa nak ambik aku?
Apa pun, alhamdulillah, selamat perjalanan...
No comments:
Post a Comment