mypaint

mypaint
warna warni cerita hidup
Daripada Allah kita datang dan kepada Allah jua kita akan dikembalikan

Tuesday, 24 February 2015

Dr Zakir Naik



Dr Zakir Naik..

Mula-mula tengok ‘talk’ nya di tv alhijrah.. Kalau dah tengok, memang tak boleh nak bergerak. Nak ke tandas pun kena ‘hold’ dulu..hakhak… iklan pulak sekejap, jadinya sebelum apa-apa, standby awal-awal. Kalau tv hangpa ada boleh butang pause tu tak pe la…kot tengok kat ‘tenet’ ke…dan yang sewaktu dengannya..

Bila ada je persoalan yang macam ‘eh, macam mana nak jawab ni.’ Tapi dengan tenangnya dr zakir naik menjawab dengan hujah yang bernas, mudah dan benar..
Alhamdulillah..

Tengok tak rancangan The Brain yang mengumpulkan orang2 cerdik dan pintar yang menggunakan kemampuan otak semaksima mungkin untuk mengingati sesuatu.. Diberi sesuatu angka atau apa sahaja dalam masa yang singkat dan kemudian diuji..bila aku tengok. Wa..hebatnya manusia-manusia ni. Tapi memang tak mustahil sebab memang otak kita mampu ingat bila kita nak gunakan kemampuan otak tu semaksima mungkin.. 

Dan bila aku ceritakan pada encik suami pasal Dr Zakir, terus dia cakap. “Ha, samalah macam the brain tu, tapi dia gunakan untuk jalan tu.” Dan aku lah yang tersekima…terskema..sebab aku tak terfikir pulak benda yang semudah itu…huhu…(kan suami isteri tu saling melengkapi..hehe..alhamdulillah)

Setiap kali Dr Zakir dapat menjawab persoalan audiens dengan diberikan ayat-ayat samada dari dalam Al-Quran atau audiens tersebut adalah non muslim yang memberikan soalan yang berkaitan dengan kitab-kitab mereka, Dr Zakir tetap dapat membuat perbandingan dan memberikan huraian dengan jelas, bernas..maka audiens menepuk tangan, gembira…

Dan sempat aku tengok satu video kat youtube..Dr Zakir berdebat dengan atheis.. dan Dr Zakir ada kata.. “ramai yang cuma mahu berdebat..” Yup, ada antara penonton yang bertanya, non muslim terutamanya, sekadar mahu berdebat. Mungkin mahu menunjukkan kehebatan diri, tapi untuk yang video aku tengok tu.. Dr Zakir harap atheis itu akan terbuka hatinya untuk lebih mendalami, dan tertarik dengan islam..

Lagi katanya, “anda telah mengucapkan separuh daripada kalimah syahadah kerana mengakui tiada tuhan…” yup, kan si atheis memang tak percaya mana-mana tuhan, Cuma perlu kerja lebih kuat sedikit dan membuka hati sedikit, mencari kebenaran yang hanya terdapat dalam agama Islam. 

Baik dari segi sains atau agama, dari segi jasmani atau rohani, islam dapat menjawab dan memberikan ketenangan yang diingin oleh manusia. Kebenaran dan kesuciannya.. Cuma, hanya kerana sikap segelintir muslim itu tidak menunjukkan islam yang sebenar..

love islam-> practice islam..

Wednesday, 11 February 2015

jadual tugasan

alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah..
sekian lama tersepi menyepi sedangkan merindu diri terhadap blog yang tak seberapa sungguh ni..
disebabkan beberapa masalah..huhu..hendak 100000 dayatak hendak satu kalimah dalih.. hakhak..apakah ini?? okeh, stop..
dah taip dah apa yang diletak dalam blog ni dalam pendrive..sekalinye, boleh pulak terlupa letak pendrive tu kat mana.. alkisahnya kena la taip semula apa yang terasa nak kongsikan kat sini..Ambik masa sekejap baca beberapa blog yang ada dalam senarai 'feveret' dan sebenarnya, masih anyak blog tak teradd.. blog yang banyak memberi inspirasi dan positif untuk jadi lebih baik..

dan bila baca blog sahabat ini..yup..morning person..tersemangat kembali untuk menjadi morning person...

sambil mencari contoh jadual tugasan yang menarik untuk dibuat..dah bulan 2 kot..sangat lambat..huhu..

nak cari jadual yang menarik, sesuai untuk budak darjah 1..
wahai.. kenapa la aku boleh terlupa... sangat banyak yang boleh dikongsi.. wait wait..
Aku dah ada satu idea yang rasa macam ok kot untuk budak2 ni.. dan bila tengok contoh2 yang ada kat tenet ni ada yang lebih mudah tapi aku tak minat jenis yang kotak-kotak..cukuplah jadual kelas yang berkotak-kotak..huhu..

buat corak bunga, tapi macam tak fair= adil pulak untuk pelajar lelaki yang lebih 'bola' ..hehe..
ok..terjumpa yang macam ni..macam kat bawah ni.. rasanya ok kot..lagi pun pernah bagitau kat budak-budak ni..orang beriman ibarat poko yang rendang..sebenarnya dalam buku teks diaorang ada ayat tu.. heehe... jadinya boleh la kot apply kat diaorang pohon yang rendang tu ibarat jadual tugasan kita..pohon yang rendang dapat membantu orang lain...dan bila kta bantu orang lain, kita dapat pahala...ok ok..set... yang ni kot.. i.allah..

aku nak copy url dia tapi bila bukak web tu macam pelik pulak.. yang pasti dia tulis naskah drama.com..

Petang tadi dah selamat menghadiri majlis taklimat dan menandatangani perjanjian antara JHEAINS dan guru KAFA 2015..semoga dapat laksanakan tanggung jawab dengan lebih baik..dan semoga anak2 murid di sekolah lama sentiasa dalam lindungan allah dan cemerlang di dunia akhirat..aamiin...