Dr Zakir Naik..
Mula-mula tengok ‘talk’ nya di tv
alhijrah.. Kalau dah tengok, memang tak boleh nak bergerak. Nak ke tandas pun
kena ‘hold’ dulu..hakhak… iklan pulak sekejap, jadinya sebelum apa-apa, standby
awal-awal. Kalau tv hangpa ada boleh butang pause tu tak pe la…kot tengok kat
‘tenet’ ke…dan yang sewaktu dengannya..
Bila ada je persoalan yang macam ‘eh, macam
mana nak jawab ni.’ Tapi dengan tenangnya dr zakir naik menjawab dengan hujah
yang bernas, mudah dan benar..
Alhamdulillah..
Tengok tak rancangan The Brain
yang mengumpulkan orang2 cerdik dan pintar yang menggunakan kemampuan otak
semaksima mungkin untuk mengingati sesuatu.. Diberi sesuatu angka atau apa
sahaja dalam masa yang singkat dan kemudian diuji..bila aku tengok. Wa..hebatnya
manusia-manusia ni. Tapi memang tak mustahil sebab memang otak kita mampu ingat
bila kita nak gunakan kemampuan otak tu semaksima mungkin..
Dan bila aku ceritakan pada encik suami
pasal Dr Zakir, terus dia cakap. “Ha, samalah macam the brain tu, tapi dia
gunakan untuk jalan tu.” Dan aku lah yang tersekima…terskema..sebab aku tak
terfikir pulak benda yang semudah itu…huhu…(kan suami isteri tu saling melengkapi..hehe..alhamdulillah)
Setiap kali Dr Zakir dapat menjawab
persoalan audiens dengan diberikan ayat-ayat samada dari dalam Al-Quran atau
audiens tersebut adalah non muslim yang memberikan soalan yang berkaitan dengan
kitab-kitab mereka, Dr Zakir tetap dapat membuat perbandingan dan memberikan
huraian dengan jelas, bernas..maka audiens menepuk tangan, gembira…
Dan sempat aku tengok satu video kat
youtube..Dr Zakir berdebat dengan atheis.. dan Dr Zakir ada kata.. “ramai yang
cuma mahu berdebat..” Yup, ada antara penonton yang bertanya, non muslim
terutamanya, sekadar mahu berdebat. Mungkin mahu menunjukkan kehebatan diri,
tapi untuk yang video aku tengok tu.. Dr Zakir harap atheis itu akan terbuka
hatinya untuk lebih mendalami, dan tertarik dengan islam..
Lagi katanya, “anda telah mengucapkan
separuh daripada kalimah syahadah kerana mengakui tiada tuhan…” yup, kan si
atheis memang tak percaya mana-mana tuhan, Cuma perlu kerja lebih kuat sedikit
dan membuka hati sedikit, mencari kebenaran yang hanya terdapat dalam agama
Islam.
Baik dari segi sains atau agama, dari segi
jasmani atau rohani, islam dapat menjawab dan memberikan ketenangan yang
diingin oleh manusia. Kebenaran dan kesuciannya.. Cuma, hanya kerana sikap
segelintir muslim itu tidak menunjukkan islam yang sebenar..
love islam-> practice islam..
No comments:
Post a Comment