mypaint

mypaint
warna warni cerita hidup
Daripada Allah kita datang dan kepada Allah jua kita akan dikembalikan

Tuesday, 16 June 2015

ahlan ramadhan

alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah
Ramadhan yang bakal tiba.. sesungguhnya begitu banyak pahala yang Allah janjikan untuk kita umat islam rebutkan.. 
Begitu banyak rahmat yang tiada pada bulan lain dan tiada nikmat itu di bulan lain melainkan dalam ramadhan...

Bagaimana perasaan kita untuk ramadhan kali ni? 
dan apa pula yang bakal kita lakukan dalam ramadhan kali ini?
Bagaimana dengan misi visi dalam bulan ramadhan tahun ini?
adakah mahu sama sahaja macam tahun lepas atau mungkin kita akan berusaha lebih baik lagi? 
Insyaallah kita sama-sama usahakan..

Dari sahur, puasa, solat dan akhlak kita..semoga ramadhan ini boleh jadi pendorong kita menjadi hamba Allah yang lebih baik, lebih mukmin. 

Sesungguhnya, tahap taqwa itu hanya Allah yang tahu dan kita perlu berusaha..

Teringat satu nasihat dari seorang sepupu >jika hari semalam, kita lapar, kit amakan, hari ni pun, kita lapar, kita makan, esok dan seterusnya juga bila kita lapar kita makan.. begitu juga iman.. iman kita akan sentiasa ' lapar' dan kita perlu isikan 'perut' iman itu.. 
Iman kita yang turun naik, itu namanya manusia... tetapi adanya istiqomah dalam hidup kita.. dengan tawakal dan keyakinan kepada Yang Maha Esa...memohon rahmat dan berkat hidup di dunia dan akhirat..melakukan segala kerana Allah semata-mata...

Selingan :sangat rindu untuk mencatat sesuatu di sini tetapi seringkali tergendala.. dan alhamdulillah... hari ini terubat kerinduan untuk menyampaikan sesuatu..semoga bermanfaat...

Ramadhan kali ini dengan status yang baru.. semoga ada kebaikan bersama..insya-allah..

No comments:

Post a Comment