Alhamdulillah
Alhamdulillah Alhamdulillah..
Peristiwa
itu tak kan mungkin luput dalam ingatanku melainkan hanya dengan izin Allah…
Sungguh, ia meninggalkan kesan yang amat mendalam. Untuk aku, ia sangat besar
walaupun kemalangan itu tidak melibatkan kecederaan fizikalku. Hakikatnya, ia
mencederakan seluruh jiwa. Bukan tidak redha. Tetapi ia mengubah kehidupanku,
jiwaku.
Dan lebih
dari itu, bukan hanya aku yang terkesan tetapi juga mak abah dan adik merasakan
dia mangsa keadaan. Walaupun aku tidak tahu hakikat perasaannya tetapi aku
anggap dia mangsa keadaan sebab, mak abah belum yakin untuk dia bawa kereta
sendirian kerana peristiwa itu..
Pasti tidak menyalahkan
mak abah. Tapi aku mungkin yang sangat lemah hadapi ujian itu hinggakan emak
dan abah tak sanggup nak hadapi lagi jika mungkin adik-adik menerima ujian itu.
Sedangkan abah ada sebut. “salah abah jugak” padahal dah tentu bukan salah abah.
Tapi, hati seorang ayah yang bertanggungjawab itu..
Kerana
peristiwa itu, hati ini, jiwa ini terlalu mudah rapuh, terlalu mudah menitiskan
air mata. Menjadi semakin pemurah dengan air mata.
Dan kerana
peristiwa itu juga, bila aku terlalu meletakkan diri aku di tempat orang lain
yang seumpama kesnya denganku, aku menjadi sangat simpati dan kononnya
mengerti. Malahan, ujian orang lain itu lebih hebat dari aku, menyebabkan ujian
itu juga memberi kesan yang tidak mahu dia inginkan tetapi, bagaimana mungkin
seorang hamba menyalahkan Tuhannya sedang terlebih banyak nikmat Allah beri?
Sedangkan hikmah dan rahmat Allah di sebalik ujian itu sangat indah…
Ye. Hati ini
masih mengakui segalanya… Alhamdulillah…
Cuma,
sebagai hamba biasa, terkadang, hati terusik. Menangis saat ingatan terlalu
kuat ke situ. Ya robb… hanya Allah yang tahu. Ya Allah, Kau lindungilah kami…
Setiap yang
berlaku ada hikmahnya. Kuatkanlah hatimu saat ujian itu tiba. Sungguh, aku
takut dan Allah akan uji tiap kita dengan ketakutan, kelaparan, dengan sesuatu
yang kita sayang. Allah memujuk dalam bicaraNYA pada kitab suci. Allah Yang
Maha Agung…Teruslah memujiNYA… tiap nikmat itu tak terhitung, tak seimbang
langsung dengan amalan-amalan kita tetapi, Allah Yang Maha Pemurah, Penyayang
itu sentiasa memberi…
-Alhamdulillah
a’la kulli hal…
Allah
hadirkan dia. Ada perkara yang aku lupa. Mengajar aku tentang sesuatu. Dia
masih seorang suami. Kurangnya aku, lebihnya dia, kurangnya dia, lebihnya aku.
Allah atur dengan susunan yang cantik dan kemudian, pada tahap ini, diri kita
yang mencorakkannya dengan iman kepada Allah. Noktah. Titik. Bukan dengan
nafsu. Tetapi dengan hikmah. Dengan cinta kepada Allah..
Ibu ayah
yang menjaga dan membesarkan yang tidak putus dalam doa untuk anak-anaknya.
Yang sentiasa menyokong juga sentiasa risau yang tiada penghujung. Sungguh,
tiada yang dapat membalas jasa-jasa itu. Hanya tanggungjawab tetapi itu juga
tidak mampu menandingini tanggungjawab mereka. Doa. Sekali lagi, doa itu…doa
itu membahagiakan… dan melalui doa itu adanya ingatan dan tanggungjawab hingga
ke penghujungnya…