mypaint

mypaint
warna warni cerita hidup
Daripada Allah kita datang dan kepada Allah jua kita akan dikembalikan

Sunday, 20 September 2015

Kemalangan itu...




Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah..

Peristiwa itu tak kan mungkin luput dalam ingatanku melainkan hanya dengan izin Allah… Sungguh, ia meninggalkan kesan yang amat mendalam. Untuk aku, ia sangat besar walaupun kemalangan itu tidak melibatkan kecederaan fizikalku. Hakikatnya, ia mencederakan seluruh jiwa. Bukan tidak redha. Tetapi ia mengubah kehidupanku, jiwaku. 

Dan lebih dari itu, bukan hanya aku yang terkesan tetapi juga mak abah dan adik merasakan dia mangsa keadaan. Walaupun aku tidak tahu hakikat perasaannya tetapi aku anggap dia mangsa keadaan sebab, mak abah belum yakin untuk dia bawa kereta sendirian kerana peristiwa itu..

Pasti tidak menyalahkan mak abah. Tapi aku mungkin yang sangat lemah hadapi ujian itu hinggakan emak dan abah tak sanggup nak hadapi lagi jika mungkin adik-adik menerima ujian itu. Sedangkan abah ada sebut. “salah abah jugak” padahal dah tentu bukan salah abah. Tapi, hati seorang ayah yang bertanggungjawab itu..
Kerana peristiwa itu, hati ini, jiwa ini terlalu mudah rapuh, terlalu mudah menitiskan air mata. Menjadi semakin pemurah dengan air mata. 

Dan kerana peristiwa itu juga, bila aku terlalu meletakkan diri aku di tempat orang lain yang seumpama kesnya denganku, aku menjadi sangat simpati dan kononnya mengerti. Malahan, ujian orang lain itu lebih hebat dari aku, menyebabkan ujian itu juga memberi kesan yang tidak mahu dia inginkan tetapi, bagaimana mungkin seorang hamba menyalahkan Tuhannya sedang terlebih banyak nikmat Allah beri? Sedangkan hikmah dan rahmat Allah di sebalik ujian itu sangat indah…

Ye. Hati ini masih mengakui segalanya… Alhamdulillah…

Cuma, sebagai hamba biasa, terkadang, hati terusik. Menangis saat ingatan terlalu kuat ke situ. Ya robb… hanya Allah yang tahu. Ya Allah, Kau lindungilah kami…

Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Kuatkanlah hatimu saat ujian itu tiba. Sungguh, aku takut dan Allah akan uji tiap kita dengan ketakutan, kelaparan, dengan sesuatu yang kita sayang. Allah memujuk dalam bicaraNYA pada kitab suci. Allah Yang Maha Agung…Teruslah memujiNYA… tiap nikmat itu tak terhitung, tak seimbang langsung dengan amalan-amalan kita tetapi, Allah Yang Maha Pemurah, Penyayang itu sentiasa memberi…

-Alhamdulillah a’la kulli hal…

Allah hadirkan dia. Ada perkara yang aku lupa. Mengajar aku tentang sesuatu. Dia masih seorang suami. Kurangnya aku, lebihnya dia, kurangnya dia, lebihnya aku. Allah atur dengan susunan yang cantik dan kemudian, pada tahap ini, diri kita yang mencorakkannya dengan iman kepada Allah. Noktah. Titik. Bukan dengan nafsu. Tetapi dengan hikmah. Dengan cinta kepada Allah..

Ibu ayah yang menjaga dan membesarkan yang tidak putus dalam doa untuk anak-anaknya. Yang sentiasa menyokong juga sentiasa risau yang tiada penghujung. Sungguh, tiada yang dapat membalas jasa-jasa itu. Hanya tanggungjawab tetapi itu juga tidak mampu menandingini tanggungjawab mereka. Doa. Sekali lagi, doa itu…doa itu membahagiakan… dan melalui doa itu adanya ingatan dan tanggungjawab hingga ke penghujungnya…

No comments:

Post a Comment