mypaint

mypaint
warna warni cerita hidup
Daripada Allah kita datang dan kepada Allah jua kita akan dikembalikan

Tuesday, 15 March 2016

my little hero..alhamdulillah

alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah..
sebenarnya dah ada taip kat word tapi bila bukak page ni tetap nak tulis yang baru, nak tulis apa feel masa ni. Tak payahlah aku ceritakan betapa sangat jarang aku update dek ketiadaan line internet dan belum on internet lagi di rumah dan sekarang aku di rumah atuk palong.

alhamdulillah, si kenit fayyadh dah 5 bulan..eh, baru 5 bulan,,comel sgt. pulak time dia baru bangun tidur, kita senyum, dia pun hadiahkan senyuman comel putih bersihnya.. jatuh  hati umminya ni berdebuk debuk. hakhak..

masa nak cucuk 5 bulan, dia macam tahu je nak kena cucuk. masuk je bilik cucuk terus rengek-rengek. padahal masa cek kat luar ok je. bila dibaringkan di tangan aku pun dia dah start  enjin cry. dan bila sahaja besi tajam yang kecil itu menusuk ke dalam peha gebunya..........

hehehe..cian anak ummi.. tapi..alhamdulillah, fayyadh menangis sekejap je dan lepas tu terus beransur diam, sebaik selesai dalam bilik cucuk. aku bawanya keluar dan memberi upah..dah besar anak ummi.. dan sebenarnya masa malam nak masuk tarikh 5 bulan dia, dia menangis tiba-tiba dengan kuat. dipujuk-pujuk, dukung, susu, dan dibaca-baca jugak. selalunya bila baca dia akan diam tetapi kali itu tidak. dan entah..allah detikkan hati iini untuk ... "fayyadh nak besar ye." dan dia diam..subhanallah, masya allah..
"fayyadh, walaupun fayyadh dah besar, ummi papa tetap sayang fayyadh," " walaupun nanti ada adik, ummi papa sayang fayyadh." sambil tepuk belakang dia, dukung bawak jalan dalam rumah..dah malam kot. papa nya yang dah nak tidur terjaga dan memang dia pun rasa ajaib bila cakap macam tu, si fayyadh ni diam. macam tau-tau je nak besar.

dan sememangnya banyak perkembangan fayyadh yang tak mungkin dapat dicatatkan satu persatu dengan kesibukan menjaganya dan rumah, serta suami juga.. namun sesungguhnya, aku dan suami sangat bersyukur pada illahi. fayyadh sihat. dan bila sahaja melihat anak kecil lagi yang kurang sihat, ibu bapa yang teruji, mungkin tidak mampu dengan duit tetapi hulurkanlah doa. doa itu menguatkan mereka. Jika sahaja kita diuji, terkadang , kita hanya ingin doa dari mereka. doa. doakan kita, doakan mereka. betapa doa itu lah senjata. Allah yang mendengar akan mempermudahkan segalanya, insya-allah..

Bila fayyadh demam, ada resah dan bimbang tetapi seiring doa dan usaha. alhamdulillah, fayyadh ok. Sentiasa cek cuhu badannya, tuam dan memanjakan dia sambil berikan kata positif unuk dia sembuh , kuat melawan penyakit. Dan sebenarnya, untuk aku, setiap kali fayyadh akan dicucuk, dari mula dia lahir (terkecuali masa awal hari di hospital kerana aku tak bersamanya, tetapi doa tetap ada), aku akan cakap pada fayyadh "fayyadh nak kena cucuk tau. Fayyadh kena kuat, fayyadh nak besar, nak sihat, nak bijak, nak soleh.." ayat-ayat iotu aku akan ulang tiap kali menghampiri hari nak kena cucuk. Tambahan, dia kuning lama. alhamdulillah, jururawat yang cucuk fayyadh mudah untuk cucuk dia. alhamdulillah tidak perlu dicucuk berkali-kali. Dan untuk ibu, ingat, selawat dan doa masa anak ak di cucuk. Baca je kuat sikit bagi juruawat yang nak cucuk tu dengar. kadang, bukan dia tak tahu. dia terlupa . 

alhamdulillah, sepanjang fayyadh dicucuk sehingga 5 bulan ni, dia menangis sekejap sahaja. dan pernah juga masa dalam pantang, dia tak menangis pun. lega hati ummi. tak la meruntun sangat jiwa ni..huhuu..cedih ooo... dengar si kenit-kenit memangis kat hospital, klinik tu..huhuhu...

fayyadh dah mula pandai meniarap sendiri, dah pandai capai objek yang dekat. dah pandai teruja dengan iklan kartun atau iklan yang interaktif padanya.. dan  senalam ada peristiwa lucu jugak pada ku..

kami singgah makan di sebuah kedai akan di pasir besar. sementara tunggu hidangan, aku melihat fon sambil pegang fayyadh. fayyadh mengadap ke belakang dan tiba-tiba, dia ketawa. Bila aku tengok, ada sekumpulan keluarga di belakang kami yang sedang menagah fayyadh. si fayyadh ni sebenarnya memang pantang nampak orang sengih kat dia. pulak mood dia tengah baik. memang ramah sangat la budaknya. tersengih-sengih la fayyadh ni.. dan tiba-tiba...ada lelaki datang dekat denganku dan fayyadh. 
"nah, ni nenek bagi"
aku ni serba salah jadinya. dah orang nak bagi. sedekah untuk anak, aku ambik la jugak. dan masa tu jugak mak cik dan keluarga tu nak balik dah. dah bangun dari kerusi, dan si fayyadh ni boleh pulak merengek. macam kena tinggal pulak. aku pujuk la dia... masuk dalam kereta, aku cakap..hai fayyadh, fayyadh. mengecek ye.. suami kata..murah rezeki..ye lah..alhamdulillah.

semoga jadi insan soleh ye anak, insan bijak berguna berbakti pada agama, keluarga, negara, masyarakat. semoga sihat dan ceria sentiasa..aamiin..

No comments:

Post a Comment