mypaint

mypaint
warna warni cerita hidup
Daripada Allah kita datang dan kepada Allah jua kita akan dikembalikan

Wednesday, 16 March 2016

KEPULANGAN YANG DINANTI

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah..
MH370.. tidak mahu bercerita tentang spekulasi dan segala..tetapi tentang kehilangan..betapa kuatnya jiwa yang menghadapi kehilangan yang sukar itu..sedangkan kita..sekejap sahaja orang yang tersayang tiada di depan mata, wal hal kita tahu dia ke mana.. hati resah, rindu ..namun ditenangkan dengan doa'..
betapa berharganya sebuah kepulangan.. apatah lagi pada ikatan yang penuh kasih sayang yang suci.. kasih keluarga, suami isteri, ibu anak, ayah anak ...

aku masih ingat, ketika aku sekolah, walaupun abah garang, tetapi keberadaan abah di rumah, membuatkan kami lega. rasa terlindung. aku pernah tulis tentang ini dan sekarang..suami... walaupun mungkin tidak bercakap ketika di rumah. duduk bersama menonon, tetapi, tenang...

dan masa dalam pantang, aku berpantang sekejap di pahang...rumah abah.. fayyadh menangis tanpa henti walhal sudah minggu ke berapa di pahang dan sebaik mendengar suara papanya di teleon, dia kelihatan tenang dalam tidurnya, tangisannya henti. Dan apatah lagi bila sahaja suami balik ke rumah abah, fayyadh seakan mengerti, merasai papanya ada. malam itu dia tidur lena. Aku juga pastinya, esoknya juga tidurnya lena..betapa ikatan kasih sayang yang suci sangat merasai semua itu..

anugerah.. allah hadirkan kasih sayang tanpa mengira agama. walaupun ingkar kepadaNYA, perasaan sayang itu ada unuk sesama manusia. Bertuahnya kita sebagai muslim bila sahaja kasih sayang itu akan membawa ke syurga sedangkan mereka yang tidak beriman kepada allah yang esa.....bagaimana...

bersyukur..allah beri aku masa, ruang, dan segala hikmah yang aku tak nampak dan yang aku dah nampak.. syukur pada kesempatan yang diberiNYA...

No comments:

Post a Comment