mypaint

mypaint
warna warni cerita hidup
Daripada Allah kita datang dan kepada Allah jua kita akan dikembalikan

Tuesday, 15 March 2016

cerita di tv

alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah..
ha, nilah jadiknya kalau line ok, mood ok, ada pulak sesuatu yang nak dikongsi. dengan fayyadh yang baik ni. maka, ada masa saya untuk mengetuk-ngetuk jari di keyboard ini..

selepas makan tengahari tadi, duduk sekejap depan tv. sebuah cerita yang dikhaskan untuk anak-anak. Kiranya macam slot BANANANA. tapi bukan itu. sebab, rancangan ni di astro ceria. 

Dalam babak yang aku tengok tu, sekeluarga tengah makan, bincang pasal befday party...tetapi, yang aku tak seronoknya, bila anak cakap tinggi, kasar dengan parents hingga parents naik pening cam ne nak pujuk anak dia ni. 

Bayangkan ye, depan makanan, depan mak ayah, seorang anak bercakap dengan nada tingi, bertegas dengan keputusannya. 

mungkin nampak leceh, tapi itu lah yang ditonton saban hari oleh anak-anak kita, anak-anak sedara kita,anak-anak kawan kita, anak-anak jiran kita semua.. (anak-anak itu lah yang akan jadi anak muda, yang kita pening dengan akhlak  mereka hari ini) dan akibatnya apa.. tak mustahil yang dilihat itu yang diserap dalam pemikiran dan tingkah laku anak kita. menerima ia sebagai sesuatu yang tak pe. "ok, aku nak jugak apa aku nak. dalam tv tu ada macam tu. aku nak jugak buat macam dia."
tinggikan suara, merajuk..

ok, aku tak tengok habis cerita tu. mungkin sahaja akan ada babak si ayah dan emak memujuk anaknya. tetapi babak meninggi suara itu aku rasa.. "sangat kurang ajar anak ni."

manjakan anak boleh tetapi jangan keterlaluan sehingga dia tidak hormat kita..
aku masih di awal fasa menjadi ibu dan suami ku juga walaupun telah berpengalaman menjadi ayah. tetapi dari awal, kami cuba menasihat, mendidik si anak ini.. semoga..moga, ibu bapa di luar juga melakukan perkara yang positif.

Media sepatutnya dijadikan saluran yang baik untuk didik anak-anak. penulis skrip, pembikin drama jangan hanya fikir untung. 

jikalah dikata "itulah hakikat anak-anak hari ini."

kita telah lama tahu hakikat itu. dengan peredaran masa, teknologi. anak-anak lebih mudah mendapat akses. lebih tahu sesuatu  pada usianya berbanding kita dahulu, tetapi jika terus-menerus yang negatif ditonjolkan, itulah nanti yang diterima boleh guna oleh anak-anak kita.

"ok, kau jangan cakap je. kau pulak buat cerita yang mendidik."

i'm trying, i'm looking for that, i'm looking for ilham, idea dan sewaktu dengannya untuk jadikan cerita itu menarik, seronok tetapi nilai positifnya sampai...

kata seorang pensyarah penulisanku masa di UUM.. "kamu boleh buat cerita berunsur negatif tetapi di hujungnya letakknya nilai positif yang boleh memadamkan unsur negatif itu."

yes, itu aku terima. hidup kita memang ada negatif positif, salah dan betul. dan akhirnya kita cuma mahukan kebenaran bukan? 

okeh..semoga dapat manfaat, semoga aku ingat..

No comments:

Post a Comment