Bila kita mencintai manusia..
Bila saat dia sakit, kita merasa sakitnya..
Bila dia menghilang, kita tercari
Ada masanya pula, ada perkelahian dalam mencari kesefahaman
Aku hanya mampu berdoa..
Bila kita mencintai manusia...
dalam hati ini hanya Dia Yang Mengetahui
Saat segalanya ada aturan yang perlu diikuti
Dengan segala rasa dalam hati...
Bila kita mencintai manusia
dia dan diri seakan menjadi satu
dia dan diri merasa yang sama walaupun ada beza
Di pertengahan yang menjerat..
hanya kepada Dia, diri berserah..
Kembali mengingati segala janjiNYA dalam kitab teragung..
Kembali lah wahai hati kepada DIA..
bertawakal, berdoa dan terus usahakan yang semampumu..
kembali perbetulkan niatmu..
pinta keampunan atas segala dosa-dosa mu
dan kembalikan dirimu kepada Allah
Dia yang memberi rasa
Yang memberi cinta
Yang meminjamkan dia kepadamu
dan dirimu kepadanya..
Semoga Allah melindungi mu, meyayangimu, merahmati mu, memberi hidayah untukmu.. doa ini tidak pernah putus untuk mu...
Dengan izin Yang Maha Esa, aku ingin meneruskan penulisanku, mahu berkongsi, mahu memberikan sesuatu... semoga ianya bermanfaat...
mypaint

warna warni cerita hidup

Tuesday, 16 October 2012
Wednesday, 10 October 2012
Meraih tenang...
Apa mood hari ni.. teringat pulak satu mesej 'How are you feeling today?'
Saat itu saya gembira.. so that, the right answer is Happy...
Tapi hari ni..saat ni..apa perasaan saya, anda dan kita?
Dalam masa beberapa minit perasaan itu boleh berubah apabila ada faktor-faktor yang merubah.
-Minit pertama, dia gembira kerana diberitahu projek lulus...
-Minit ke 10, dia diberitahu adiknya terlibat dalam kemalangan..bagaimana mungkin dia gembira dengan berita sebegitu..dia jadi sedih..
-Minit ke 12. Tahap kesedihan mula berubah kerana adiknya cuma cedera di tangan dan kaki sedikit. Tidak patah dan tidak parah...tetapi cukup untuk diambil iktibar.
-Minit ke 30. dia mendapat tahu bekas kekasihnya akan berkahwin. Dia menjadi sedih, sebak dan segala yang sewaktu dengannya. '
Dan tiba waktu solat Asar, dia menunaikan solat.Hatinya tenang. Dengan segala macam yang berlaku dari jam 3.30 sehingga jam 4.00 petang itu, akhirnya dia boleh tenang. Dan kembali mengingat berita gembira hari itu...
Projeknya lulus. Dia perlu berusaha keras untuk memastikan projek itu berjalan dengan baik dan berjaya..
sesungguhnya, dalam susah, Allah beri kemudahan dan kesenangan. Sudah tentu, hikmah..
Itu cuma satu gambaran biasa. Bagaimana pula kalau dari pagi hingga jam terakhir kita di tempat kerja, seakan tiada berita yang menggembirakan? Bagaimana mahu pulang ke rumah dengan wajah yang ceria tanpa membawa masalah pejabat ke rumah? Bagaimana untuk berusaha beri kegembiraan pada ahli rumah, ahli keluarga?
*Sebelum pulang, jika kita boleh mengambil sedikit masa untuk melihat kembali perjalanan hidup hari ini, sehingga saat ini, jika kita hanya nampak kesedihan, ketahuilah, kesedihan itu akan berakhir. Tiada yang kekal melainkan Allah. Matahari akan muncul setelah hari gelap malam. Malam tetap ada bulan dan bintang menyinar. Begitu juga dengan hidup. Tak kan mungkin segelapnya selagi kita ada Allah dalam hati insya-allah....
*Kita cuma perlu berusaha dengan banyak cara untuk mendapat rasa tenang. Dan rasa tenang hakiki itu cuma muncul bila kita yakin Allah pemilik segalanya. Saya tidak boleh pisahkan ini kerana hanya itu cara terbaik..
*Ye, ambil masa sekejap untuk memandang apa yang dilalui itu sebagai sesuatu yang positif. Sukar? Memang dan sangat sukar. Tetapi bila memikirkan kebaikannya dan pengajaran daripadanya, Insya-allah kita boleh. Mungkin kesedihan itu kerana sikap kita yang salah. Ada kelalaian dalam hidup kita pada kerja. Ada keterlanjuran sikap kita dengan rakan-rakan sekerja. Dan kekurangan itu menjadi kita hamba yang yang kembali kepada Allah..
*Tersenyumlah. Ucaplah kalimah Alah dari dalam hati dan pasti kalimah Allah terucap di bibir . Allahu robbi, betapa saat itu kita merasa kerdil, tetapi Allah akan ber rasa tenang dan positif itu. Itu pasti . Kerana apabila kita ingin, Allah pasti beri, yang penting, kita berusaha....
Monday, 8 October 2012
lelaki
Tiba-tiba terasa malam ini mahu bicara tentang lelaki... hehehehe...
Pernah dengar seorang lelaki berkata.. perempuan jangan cuba untuk mengenal sesorang lelaki 100%.. tapi mungkin bagi seorang isteri dia boleh cuba untuk mengenal suaminya. Dan tidak mungkin 100% tetapi sebanyak-banyak, perlu lebih daripada orang lain. Peringkat mulanya, isteri tak kan kenal 100% tapi cuba kenal sikit demi sikit dan insya-allah, jika tak sampai 100% dan memang tak kan 100% pun, cukup kenal untuk lebih baik dalam hubungan suami isteri dan kehidupan berkeluarga..
Dan aku pernah juga baca ni dia kata... perempuan jangan cuba nak mengubah lelaki kerana lelaki itu akan berubah bila tiba masa di akan berubah.. dan di sini, teringat kisah Prof Dr Kamil.. Berkat usaha doa seorang isteri akhirnya, Alhamdulillah, doa si isteri dikabulkan Allah Yang Maha Penyayang..
Saya rasa tak sesuai kot kat atas tu tulis, mahu bicara tentang lelaki... hehehe... tibai je la ye...
Friday, 5 October 2012
perbaiki diri melalui sahabat
Agak-agak ape kabo la manusia-manusia hari ini? ada yang bertambah baik, ada yang rasa makin susut daripada semalam, ada yang sama setara je.. herm, apa pun keadaannya, berusaha untuk lebih baik... dan tang berusaha dengan lebih baik ini, semalam, ada sahabat menghantar pesanan ringkas kepadaku..
... huhuhuhu.. terperanjat gak pada mulanya. Dia sahabat baik dari awal sem hinggalah ke hari ini. Semua perangai yang tak berapa elok pun saya boleh terima.. saya okey je dengan dia. Boleh masuk kepala. Ye la. tiap orang ada kekurangan. Dari aspek persahabatan, dia sahabat yang baik. Sahabat susah senang, tangis ketawa, jujur dan bukan jenis yang tikam belakang atau cakap2 belakang. Jadinya saya jujur katakan
'ko tak de perangai buruk tapi mungkin kurang elok, ko kurang mengemas, tapi bila ko mengemas, tempat jadi cantik'.
Saya memang maksudkannya. Dia pandai mengemas, cuma mungkin tak smpat dan memang mungkin saya juga agak malas. Tak hairablah kalo tang mengemas pun dia malas sikit. Rupanya dia tak nak yang macam tu. Contohnya 'aku ni tak memahami ke?' Then, baru saya perasan. Ye, memang ada kekurangan yang dia perlu perbaiki since dia kata dia nk perbaiki diri. Terasa diri hina.
.
Ya Allah, betapa syukurnya saya. Alhamdulillah, kerana punya sahabat sepertinya. Dia memilih saya sebagai salah seorang yang memberitau kelemahannya. Di situ ada share saham pahala insya-allah. Dan lagi, kerana dia tetap percayakan saya sebagai sahabatnya.. Allahu robbi... Ukhwah dan persahabatan kami bukan tasa kepentingan. Kepentingan itu datang selepasnya. Betapa pentingnya persahabatan kami dalam hidup kami untuk perbaiki diri kami.. Dia semakin matang...ada yang saya terleka dan terkurang dia boleh penuhkan kekurangan itu dengan izin Allah pastinya..
Dan bila dia meminta tolong dari saya tentang hal itu, dia juga telah membantu saya untuk ingatkan diri saya memperbaiki diri saya..semoga Allah merahmati perhubungan kami sebagai sahabat, sebagai saudara semuslim... moga Allah melindungi dan memberi petunjuk kepada kami..aamiin...
DA'I
Semalam duk depan tv.. ada puak iklan untuk sesiapa yang berminat untuk menjadi peserta Da'i. Rancangan realiti berbentuk islamik terbitan TV3 yang mencari pendakwah yang berbakat di antara yang berbakat...
Sebelum ni ada SOLEHAH, IMAM MUDA, USTAZAH PILIHAN... Macam-macam pandangan orang. Ada yang agak tak suka dengan konsep program realiti islamik yang membabitkan wanita kerna itu, itu, ini, ini...dan apabila ada pulak rancangan DA'I yang bakal terbit ni insya-allah... serasa, em..apa salahnya...
Cuma diharap janganlah keterlaluan. Tambahan pula, jika rancangan islamik ini melibatkan peserta wanita.
Herm..bila keluar je iklan rancangan DA'I tu aku tiba-tiba jadi sokong jer. Tak macam sebelum ni aku ada pertikaikan sikit program itu... Alah, tak kisahlah aku pertikai ke tak ke, bukan ada orang nak ambik tau pun... hehehehe...
Sebab aku langsung tak pertikai adalah kerana wujud lagi banyak jarum-jarum hiburan berbanding rancangan agama... Kalau pun banyak rancangan agama, masih tetap perlu ada rancangan agama yang berbeza untuk menarik lebih ramai golongan muda mendekati agama...
Pendekatan berbeza untuk ramai orang muda lebih cenderung mengetahui dan mendalami ilmu agama. Melihat generasi hari ini, tak terbayang bagaimana generasi akan datang untuk hidup dalam suasana yang penuh dengan bermacam-macam lagi yang tak terbayang, Jika hari ini pun serasa sudah sakit, bagaimana esok, lusa dan hari seterusnya...
Tetapi, pada hari yang masih ada, biarlah terus ada rancangan keagamaan, ada yang terus mengingatkan kepada TUHAN.. berbuat baik sesama makhluk, bersikap baik di atas muka bumi dan tidak keterlaluan dalam hidup...
(nota perasaan: suami yang berjauhan dari isteri, isteri mula tak sihat... huhuhu..moga Allahh merahmati..aamiin)
Tuesday, 2 October 2012
jom, tenangkan hati
heheehehe..kenapa tersuka pulak ni.. hehehehe..
saya rasa ada orang suka saya la.. perasan la kamu.. hehehe.. tak kisahlah perasan ke tak tapi saya rasakan perasaan yang baik ini..kenapa? kerana saya perasan kah???? hehehe
entahlah.. agaknya bila kita fikir yang baik-baik jer, kita akan rasa baik. kan lebih sihat dan selamat macam tu walaupun kekadang memang ada rasa risau cemas.. wajarlah rasa begitu .. ye lah. sebab kita manusia.. tapi moga Allah tenang-tenangkan perasaan kita dengan mendekati Allah.. dan bersamaNYA dalam melakukan kebaikan.. insya-allah..
#tenangkan hati yer :)
Subscribe to:
Posts (Atom)