mypaint

mypaint
warna warni cerita hidup
Daripada Allah kita datang dan kepada Allah jua kita akan dikembalikan

Wednesday, 10 October 2012

Meraih tenang...

Apa mood hari ni.. teringat pulak satu mesej 'How are you feeling today?'
Saat itu saya gembira.. so that, the right answer is Happy...
Tapi hari ni..saat ni..apa perasaan saya, anda dan kita?
 
Dalam masa beberapa minit perasaan itu boleh berubah apabila ada faktor-faktor yang merubah.
 
 
-Minit pertama, dia gembira kerana diberitahu projek lulus...
-Minit ke 10, dia diberitahu adiknya terlibat dalam kemalangan..bagaimana mungkin dia gembira dengan berita sebegitu..dia jadi sedih..
-Minit ke 12. Tahap  kesedihan mula berubah kerana adiknya cuma cedera di tangan dan kaki sedikit. Tidak patah dan tidak parah...tetapi cukup untuk diambil iktibar.
-Minit ke 30. dia mendapat tahu bekas kekasihnya akan berkahwin. Dia menjadi sedih, sebak dan segala yang sewaktu dengannya. '
 
Dan tiba waktu solat Asar, dia menunaikan solat.Hatinya tenang. Dengan segala macam yang berlaku dari jam 3.30 sehingga jam 4.00 petang itu, akhirnya dia boleh tenang. Dan kembali mengingat berita gembira hari itu...
Projeknya lulus. Dia perlu berusaha keras untuk memastikan projek itu berjalan dengan baik dan berjaya..
 
sesungguhnya, dalam susah, Allah beri kemudahan dan kesenangan. Sudah tentu, hikmah..

Itu cuma satu gambaran biasa. Bagaimana pula kalau dari pagi hingga jam terakhir kita di tempat kerja, seakan tiada berita yang menggembirakan? Bagaimana mahu pulang ke rumah dengan wajah yang ceria tanpa membawa masalah pejabat ke rumah? Bagaimana untuk berusaha beri kegembiraan pada ahli rumah, ahli keluarga?

*Sebelum pulang, jika kita boleh mengambil sedikit masa untuk melihat kembali perjalanan hidup hari ini, sehingga saat ini, jika kita hanya nampak kesedihan, ketahuilah, kesedihan itu akan berakhir. Tiada yang kekal melainkan Allah. Matahari akan muncul setelah hari gelap malam. Malam tetap ada bulan dan bintang menyinar. Begitu juga dengan hidup. Tak kan mungkin segelapnya selagi kita ada Allah dalam hati insya-allah....
 
*Kita cuma perlu berusaha dengan banyak cara untuk mendapat rasa tenang. Dan rasa tenang hakiki itu cuma muncul bila kita yakin Allah pemilik segalanya. Saya tidak boleh pisahkan ini kerana hanya itu cara terbaik..
 
*Ye, ambil masa sekejap untuk memandang apa yang dilalui itu sebagai sesuatu yang positif. Sukar? Memang dan sangat sukar. Tetapi bila memikirkan kebaikannya dan pengajaran daripadanya, Insya-allah kita boleh. Mungkin kesedihan itu kerana sikap kita yang salah. Ada kelalaian dalam hidup kita pada kerja. Ada keterlanjuran sikap kita dengan rakan-rakan sekerja. Dan kekurangan itu menjadi kita hamba yang yang kembali kepada Allah..
 
*Tersenyumlah. Ucaplah kalimah Alah dari dalam hati dan pasti kalimah Allah terucap di bibir . Allahu robbi, betapa saat itu kita merasa kerdil, tetapi Allah akan ber rasa tenang dan positif itu. Itu pasti . Kerana apabila kita ingin, Allah pasti beri, yang penting, kita berusaha....

No comments:

Post a Comment