Semalam duk depan tv.. ada puak iklan untuk sesiapa yang berminat untuk menjadi peserta Da'i. Rancangan realiti berbentuk islamik terbitan TV3 yang mencari pendakwah yang berbakat di antara yang berbakat...
Sebelum ni ada SOLEHAH, IMAM MUDA, USTAZAH PILIHAN... Macam-macam pandangan orang. Ada yang agak tak suka dengan konsep program realiti islamik yang membabitkan wanita kerna itu, itu, ini, ini...dan apabila ada pulak rancangan DA'I yang bakal terbit ni insya-allah... serasa, em..apa salahnya...
Cuma diharap janganlah keterlaluan. Tambahan pula, jika rancangan islamik ini melibatkan peserta wanita.
Herm..bila keluar je iklan rancangan DA'I tu aku tiba-tiba jadi sokong jer. Tak macam sebelum ni aku ada pertikaikan sikit program itu... Alah, tak kisahlah aku pertikai ke tak ke, bukan ada orang nak ambik tau pun... hehehehe...
Sebab aku langsung tak pertikai adalah kerana wujud lagi banyak jarum-jarum hiburan berbanding rancangan agama... Kalau pun banyak rancangan agama, masih tetap perlu ada rancangan agama yang berbeza untuk menarik lebih ramai golongan muda mendekati agama...
Pendekatan berbeza untuk ramai orang muda lebih cenderung mengetahui dan mendalami ilmu agama. Melihat generasi hari ini, tak terbayang bagaimana generasi akan datang untuk hidup dalam suasana yang penuh dengan bermacam-macam lagi yang tak terbayang, Jika hari ini pun serasa sudah sakit, bagaimana esok, lusa dan hari seterusnya...
Tetapi, pada hari yang masih ada, biarlah terus ada rancangan keagamaan, ada yang terus mengingatkan kepada TUHAN.. berbuat baik sesama makhluk, bersikap baik di atas muka bumi dan tidak keterlaluan dalam hidup...
(nota perasaan: suami yang berjauhan dari isteri, isteri mula tak sihat... huhuhu..moga Allahh merahmati..aamiin)
No comments:
Post a Comment