mypaint

mypaint
warna warni cerita hidup
Daripada Allah kita datang dan kepada Allah jua kita akan dikembalikan

Wednesday, 12 December 2012

Hanya pada Allah

Alhamdulillah.. keputusan DPLI-JQAF dah pun keluar..beberapa orang kenalan berjaya untuk meneruskan langkah.. dan langkahku..... perlu diteruskan dengan cara yang berbeza.. pastinya ada hikmah. Sedih? pasti... dan langsung seakan tak sangka aku bersedih begitu. Insya-allah, ada rezeki lain. Allah Maha Penyayang. Allah juga Maha Adil. Allah Yang Maha Tahu segalanya. Pasti ada aturan yang terbaik untukku dan kami semua. Cuma, sedang terus memujuk hati, segala...
 
Pas tu pulak, tetengah nak mengubat kesedihan sambil dengar lagu-lagu nasyid, bukak blog yang lama tak update, ku google blog yang rasa berminat nak baca... dua blog yang ku jumpa mengatakan tentang perkara yang sama iaitu. Pergantungan sepenuhnya kepada Allah.
 
Selagi kita bergantung kepada manusia, kita tak kan merasa tenang yang sebetulnya. Cuma, bila dengan Allah, kita boleh terima segalanya dengan baik insya-allah.. Sedih? memang patut sedih. Nabi Muhammad S.A.W pun bersedih. Baginda yang sebaik manusia juga bersedih. Tetapi baginda tidak meratap segala... Pulak, baginda lagi diuji dengan segala macam. Betullah, baginda tu kekasih Allah. Rasulullah yang dah tentu kedudukannya di sisi Allah. Tetapi walaupun begitu, ada baginda bersenang-lenang dengan segala kedudukan baginda? Bayangkan kalau kita yang dah tahu kita memang dapat nombor satu dalam exam atau memang kita tau konfem lulus ujian temuduga kerja, agak-agak kita study tak?
 
Jadinya, tok sah kata lah "tu nabi oi, bukan aku" "nabi tu maksum, aku ni hampeh".... tok sah kata cam tu. Sedihla nak sedih , tapi gain semula semangat dan segala.. Take time.. memang susah... sedar dulu yang Allah beri yang terbaik untuk kita. Mengadu pada Allah.. we need somebody to comfort us right? but, make sure that u know that, Allah is everything..
 
Bila kita menghayati pergantungan kita hanya pada Allah, kita tak rasa down sangat bila orang yang kita adukan masalah tu tak bagi respons yang macam kita nak? Percaya tak, kalau kebanyakan orang yang kita adukan masalah, tak betul dapat melegakan hati kita. Kadang-kadang dia bagi respons yang..."ah, hati aku tak puas lagi" "Apa dia ni, menyakitkan hati aku lagi adalah" ... melainkan bila memang dia dan kita bersahabat yang sesungguhnya di jalanNYA....
 
Dan, bila kita betul sedar dan hayati pergantungan kita sepenuhnya pada ALLAH, insya-allah, walau macam mana pun respons sahabat kita tu, kita boleh terima.. kita boleh fikir positif insya-allah...
 
Letakkan Allah di hatimu, di dadamu, di jiwamu.. semoga Allah bersama kita..aamiin...

No comments:

Post a Comment