Sebut
Betul betul betul >>>> Upin Ipin..
Dua singgit, dua singgit >>>> Mail..
Intan Payung >>>> Ehsan.. ada Ehsan ada lah Fizi..
Dua tiga kucing berlari >>>> Jargit...
Ada Opah.. atuk, kak ros... cikgu Jasmin, Uncle Muthu dan tak leh lupa... Abang Salleh @ Kakak Sally...hekhek..
Dari kecik besar, tua muda boleh layan Upin Ipin ni..budak-budak dah tentulah suka.. ni yang mak dengan bapak budak ni..ape ke ceritanya layan Upin Ipin??
Jawapannya.... hehehe..
-Jalan cerita Upin Ipin banyak berkisarkan kehidupan kanak-kanak zaman dahulu...
Watak kanak-kanak moden ada tetapi Upin Ipin lebih kepada watak kanak-kanak zaman 80an dan ke bawah...
Budak zaman milenium ni dah tak merasa main tarik upih, galah panjang, teng teng, guli dan segala waktu dengannya..
Baru ni ada episod yang kena marah dengan cikgu besar. Tau pembaris panjang kuning tu?? zaman sekarang, aku tak tahu cikgu sekarang dapat guna lagi ke tak.. ye lah kan..sekali ko rotan anak aku, see u in court... adoi mak... sian la para cikgu cikgu zaman la ni.. nak cubit budak yang kuwang ajo pun tak boleh... kot nya hantar sekolah suruh diajar kerana kurang ajaran dan kurang masa kualiti dengan anak-anak.. alih-alih, dah ajar anak, dia nak saman pulak kita yang gaji tak riban-riban macam dia..huhuhu
-ha, ni la pembaris memori tu.. link kat gambar tu lagi banyak crita2 memori budak zaman dolu-dolu..
Kisah pembaris panjang kuning ni .. masa aku darjah 5 ada sorang budak laki ni..sangat nakal.. tapi nakal-nakal budak dolu-dolu tak kuwang ajo macam budak sekarang. Pulak, budak dulu, nakal macam mana pun, hormat cikgu, nakal pun tak nakal mana sangat...
Nama dia Azwan Naim... aku dah tak tau kat mana budak ni.. pas habis darjah 6 langsung tak tau ke mana..
Pernah sekali, dia kena denda dengan sorang cikgu ni, aku tak ingat dia wat apa masa tu, tapi cikgu-cikgu memang ramai gak bengang dengan nakal dia. kebetulan lak cikgu yang sorang ni memang hangin dia lain macam sikit.huhu... denda nya kena pukul dengan pembaris panjang tu kat tapak tangan.. Sekali dia kena..
Pap!!!
Prak!
Pembaris patah dua.....
Aku konpius samada pembaris tu dah nak reput atau pukulan tu sangat kuat, atau tapak tangan Azwan ini besi???
Jawapan ke 3 itu tidak mungkin....
Tapi tak pulak cikgu tu kena saman... rilek je mak bapak, atuk nenek dolu-dolu pesan..
"Cikgu, kalau anak saya ni nakal, rotan je.."
Serius dialog ni atau pesanan hikmat ni memang kitaorang, sebagai anak-anak ada dengar dengan mata kepala telinga kitaorang sendiri, mak abah cakap kat cikgu kelas.. sungguh... sangat tak tipu..dan rasa macam "hish, apa mak aku ni suh cikgu pukul anak dia lak.. tak sayang aku ke apa?" Tu la perasaannya masa tu.. But, at the end...
kitaorang sayangggggggggggg cikgu...
No comments:
Post a Comment