Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
Seronok baca blog mommy to be. Pengalaman diaorang, cerita-cerita diaorang...hehehe..seronok. Ada jugak pengalaman yang macam mengerikan.. tapi, di akhirnya, semua hepi bila tengok muka baby. Di samping aku melihat info-info yang patut dan ada jugak yang masih aku tercari-cari, terfikir, apa lagi aku nak cari.. dan aku mengerti jugak, bila dah dalam bilim bersalin nanti entah ingat ke tidak segala teknik-teknik yang perlu dilakukan. Juga, pantang-pantang masa dah bersalin nanti...
Persediaan setakat ni, memang masih belum ada yang aku beli. Nanti tunggu dah gaji, boleh la beli keperluan tu dan tambah sikit yang mana perlu ditambah. Alhamdulillah.
Jadinya, untuk post kali ni.. nak post pasal apa???
Sejujurnya, tak terasa berat badan naik. Rasa biasa. Tapi, kalau difikir. Daripada 44.5 sekarang dan 55. Hah, 10 kilo. Yup, bukan berat aku sorang. Tapi kalau sebelum ni, kalau berat badan naik, rasa susahnya la nak bawak badan. Penat. Tapi, bila berbadan dua ni, walaupun berat naik, memang la siapa je tak rasa susah bawak badan masa mengandung? Tapi perasaannya tu lain. Tak macam bawak badan sorang yang beratnya akan naik sampai macam tu.
Subhanallah. Sesungguhnya, tiap penciptaan Allah itu sangat indah, ada hikmah. Aku sering tertakjub bila teringatkan dalam perut aku ni ada lagi sorang hamba Allah. Allahu.. hebatnya kuasa Allah. Allah hidupkan dia, gerakkan dia, beri dia makan. Allah....
orang tak mengandung pun akan rasa takjub apatah lagi yang tengah mengandung dan sesungguhnya nikmat mana lagi yang kita dustakan?
Sekarang baru tujuh bulan. Alhamdulillah. Walaupun hari tu, berulang ke klinik. Berat naik mendadak. Hb pernah low.. alhamdulillah, ok sekarang. Kaki pun tak bengkak, harap tak la.. cuma makin cepat kebas. Kononnya nak jaga makan. Tak nak terlalu naik mendadak. Berat naik, baby dan aku sihat tak pe la. Sebagai langkah berhati-hati aku memang dah kurangkan sikit nasi dalam pinggan, tapi encik suami pulak, bila tak habis makan, serah kat aku. Huhu... aku plak sengaja letak nasi banyak dalam pinggan encik husband nak bagi dia makan banyak, kasi gemuk sikit laki aku ni. Tapi, dia pulak ada masa tu, menjaga sangat badan. Padahal, dah nampak ke depan sikit.. hakhak...
Tapi, aku percaya, ramai isteri suka tengok suami dia muncit daripada kurus, segak. Hakhak.. Bukan sahaja penyelamat. Tapi, perasaan tu macam indah je tengok suami perut muncit. Hakhak... Suami sendiri la. Bukan suami orang lain. Kalau suami orang lain, tak rasa pulak indah. Serius, ini pendapat aku. Aku tengok suami aku muncit ok, tapi kalau nak tengok laki orang muncit, memang tak la.. kehkeh...
Tetiba, masuk part suami ni. Apa kisah dengan baby? Hehehe.
Alhamdulillah.. ada perkongsian yang bermanfaat di fb mengenai tips semasa mengandung, juga daripada sahabat-sahabat yang sangat prihatin. Sebagai umat islam, amalan surah-surah daripada Al-quran itu memang sangat mujarab. Ajak baby mengaji, baby solat, cakap dengan baby. Sungguh, dia bagi respons. Kadang, bila pegang je perut, dia bergerak. Ni pulak, dia dah makin aktif. Perut aku pulak jenis nipis, nurse cakap. Jadinya, bila baby bergerak rasa sangat. Cuma aku belum pasti, kaki dia ke tangan ke.
Semoga selamat semuanya. Moga sempurna, sihat, bijak, beriman dan bertaqwa. Menjadi khalifah Allah yang baik dan moga baby dapat berikan sesuatu untuk babah dia jadi hamba Allah yang lebih baik, juga untuk ummi..
-ni dia gerak-gerak.. hehe.. Alhamdulillah,subhanallah, allahu akbar..
No comments:
Post a Comment