Alhamdulilllah Alhamdulillah Alhamdulillah
Okey.. untuk entri ni sebenarnya di tulis seminggu lepas.. Sebab masa tu ada kelapangan dan ilham untuk menulis tetapi hanya baru hari ini disiarkan.
Syukur. Baby dah 33 minggu. Kiranya dah masuk 8 blan. Dan tinggal
beberapa minggu sahaja lagi sebelum kelahiran si kecil comel ini. Dan
sesungguhnya barulah ku mengerti sedikit tetang pengorbanan ibu. Manaka tidak,
sesungguhnya keperitan dan kesakita ketika mengandung itu hanya ibu mengerti. Ya,
sebelum ini mengetahui pengorbanan ibu tapi tidak merasai sepenuh jiwa.
Semalam, tengok rancangan Dai musim ketiga. Ada seorang dai yang
menyentuh tentang Air Mata Kekasih dan kekasih itu ialah ibu. Dan bila Dr
Robiah memberi ulasan….. tersentak hati ini. Kesakitan semasa mengandung, air
mata yang mengalir semasa anak itu lahir ialah air mata kegembiraan.
Sekarang dah masuk trimester ketiga dan aku semakin cepat penat. Bukan
itu sahaja, kaki semakin sakit. Mungkin kerana penambahann berat badan. Dan
memang aku makan dengan kuantiti agak banyak. Rasanya, kalau ambik sikit, tak
kenyang. Jadinya, aku ambik banyak nasi. Pulak, aku jenis yang makan banyak
nasi tak kesah lauk sikit. Semakin banyak lauk semakin banyak la nasi. Jadinya,
kurangkan lauk. Huhu..dan itu salah sebenarnya. Aku sepatutnya banyakkan lauk,
buah, sayur dan kurangkan nasi. Dan bila malam, terjaga nak ke bilik air, tapak
kaki rasa sakit.Kadang, lepas duduk, nak bangun pun terasa sakit kat kaki. Dari
peha sampai ke kaki. Allahu robbi. Hanya Allah mengetahui.
Alhamdulillah, kadang, encik suami tolong urutkan. Dan kadang, memang
terharu sebab tiba-tiba je dia datang urut. Aku jarang mintak urutkan sebab dia
pun letih kerja. Aku pun jaranng urut dia. Bila dia mintak barulah aku urutkan.
Alhamdulillah, lega. Rasa nak tidur je asa kena urut, Selesa.
Bila baca status kawan yang sama mengandung. Merasai keletihan itu. Itu
la pengalaman indah sebenarnya. Suami kata “Bukan semua orang dapat pengalaman
tu.” Yep. Alhamdulillah…
Dan, barulah terkenang, macam mana mak mengandungkan aku dulu. Macam
mana la mak hadap kesakitan tu sedangkan masa dulu lagi susah keadaannya,
kesukarannya, tekanannya. Allah, ganjarkan syurga tanpa hisab untuk ibu yang
melahirkanku, abah yang menjaga tiap kebaijkan kami..Aaamiiin…
Tak kan terbalas jasa mak abah. Tak kan mungkin. Dengan diriku yang
bukan anak yang boleh dibanggakan. Masa tak boleh diulang. Tetapi, aku harap
untuk masa mendatang ni, aku dapat gembirakan mak abah, cuma mungkin dengan
cara yang berbeza.
Jadi, kepada adik-adik di luar sana, yang masih belajar khasnya,
tumpulah perhatian kepada pelajaran, kepada ibu bapa. Kepada harapan ibu ayah
pada awak. Bebelan, nasihat dan perhatian mereka pada awak sebenarnya itu
adalah kasih sayang yang tak ternilai. Tak kan dapat daripada pak we, mak we
awak. Kapel awak tu semua cuma berpura-pura menjaga awak, sedangkan dia tak kan
mampu hadap kerenah awak. Kalau setakat berkapel-kapel konon nak hilang stress,
mak ayah tak faham awak kononnya, itu semua tak de makna dan mengarut. Membuang
masa. Kejar impian dan cita-cita. Cari apa cita-cita itu? Gembirakan ibu ayah
awak. Masih belum terlewat. Kapel awak akan tinggalkan awak. Dia cuma mahu
bermain-main dengan hubungan awak. Sehingga satu masa nanti, akan ada seseorang
untuk awak. Tunaikan tanggungjawab yang patut pada ketika ini...
No comments:
Post a Comment