mypaint

mypaint
warna warni cerita hidup
Daripada Allah kita datang dan kepada Allah jua kita akan dikembalikan

Monday, 14 April 2014

The feeling

alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..
Suddenly, rasa sedih, rasa...Allah je yang tahu. Why? Kenapa dengan rasa ni? Allah bagi manusia ni maca-macam perasaan dan di sebalik segala rasa itu mungkin ada rasa yang Allah sedang sampaikan sesuatu kepada kita.

Alhamdulillah, sejak akhir-akhir ini, aku rasa lebih tenang. Tenang memandu, tenang untuk berhadapan pelajar, tenang.. Tak aku nafikan segala usikan syaitan yang menggoda untuk aku jadi manusia yang pemarah, untuk aku jadi anak yang tak dengar cakap emak dan abah. Tetapi kemudian, Allah hadirkan pembantu untuk aku hadapi itu.

Terima kasih Allah. Ini cuma catatan rasa hati. Tak perlu dibaca kerana hari ini aku rasa yang pelbagai. Terima kasih Allah sebab pensyarahku memberikan nasihat yang sangat bermakna untuk aku lalui jumaat ni dengan tenang insya-allah. Moga Allah bantu aku, moga Allah mudahkan segala urusan encik rahim pensyarah ku itu dan semua guru-guru ku. Sudah tentunya doa untuk ibu bapaku yang sekarang masih lagi batuk-batuk dan selsema. Moga Allah hapuskan segala dosa keduanya. Sakit itu penghapus dosa. 

Allahu robbi. Aku baru sedar satu perkara ini. Ramai orang yang sakit sebelum mati. Tahu kan kalau sakit itu penghapus dosa. Allahu robbi, baikknyerrrr Allah pada kita walaupun dosa kita bertimbunnnnnnnn...dan mungkin kita terlupa nak mintak ampun pada Allah, Allah berikan kita sakit. Allah hapuskan dosa itu melalui sakit yang Allah berikan pada kita. Kiranya saja kita sabar dan redha..Allahu robbi. dan kemudian, orang yang sakit itu diambil Allah dalam keadaan dosanya telah dihapuskan Allah..Allahu robi...Sungguh kerdil kami ini, dan betapa penyayangnya engkau kepada kami ya Allah..

Moga Allah perlihara diriku dan ibu bapaku. Moga Allah perlihara guru-guruku, sahabat-sahabatku, kenalanku, saudara-saudaraku..Moga Allah lindungi mereka..

Entah bila aku akan 'pergi'..semoga ada kebaikan yang aku tinggalkan untuk mereka yang aku tinggalkan..

Tadi di kelas, Afny Zulaikha. Tingkatan 1. Wajahnya persis Hafina. Masa dia mengaji dengan suara kecilnya, terbayang Hafina di depanku. Moga Hafina sihat di sana.Harapan dan doa sentiasa bersamanya.Walaupun dia jauh di sana. Tapi, aku sangat yakin yang Allah sentiasa satukan hati kami yang saling merindukan dan mendoakan..Allah, tolong jaga dia. Sehingga satu masa nanti kami bertemu dan bersatu, terus tolong jaga dia ya Allah, menjadi anak yang solehah, muslimah yang mukminah..Allahu robbi, jagakan dia. Engkaulah sebaik pelindung dan tiada yang dapat menandingi perlindunganMU ya Allah..aamin ya robbal alamin...

Sunday, 13 April 2014

Halaqah itu tentang aurat

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..
Dalam blog ni ada entri tentang Halaqah. Entri tu sebenarnya macam persediaan untuk halaqah puteri di sekolah. At the last minute, saya tukar tajuk. Di entri tu saya nak bangkitkan semangat pelajar puteri dengan serikandi islam zaman nabi dan para sahabat. Tetapi kemudian, saya rasa lebih baik saya kecilkan sedikit skop tersebut. Tambahan, saya belum arif dengan sejarah serikandi dan kebanyakannya lebih kepada serikandi yang sudah bernikah. Perjuangan Asiah mempertahankan agama islam bila dia bersuamikan Firaun. Khilaf saya bila saya terlupa tentang kecerdikan Saidatina Aisyah R.A. 

Maka, pada hari saya ditugaskan memberi Halaqah puteri, tajuk yang dibangkitkan ialah tentan aurat. Halaqah di tengahari. Memang ada la pelajar yang tertidur. Saya tidak mengejutkan. Mungkin dalan tidur tu mereka dengar. Hehehe..

Alhamdulillah, rancangan untuk menunjukkan 2 lolipop yang berbeza nyata berjaya dan alhamdulillah saya kuat untuk laksanakan. Senang je sebenarnya. Tunjuk lolipop yang dah dibuka pembalut dan satu lagi yang belum dibuka. Tanyakan pada mereka, siapa nak yang lolipop masih tertutup, siapa nak lolipop yang dah dibuka. Semua nak yang tertutup. Fitrah manusia inginkan yang bersih, yang suci. Bila tertutup tu bersih. Alhamdulillah, di awal halaqah, semua bersemangat. Dimakan masa dan wa..ini first time saya bercakap depan pelajar-pelajar ni yang ramai..itu pun dah ada separuh yang balik ke kampung. 

Saya nampak wajah-wajah dah mula letih. Dan bila akhir saya mahu menutup majlis...ada soalan ditanyakan.. Alhamdulillah. Alhamdulillah juga dapat menjawab soalan.. saya harap mungkin tak semua tapi ada yang sampai ke hati mereka. Moga sama-sama mendidik, terdidik dengan didikan islam, insya-allah..

-Sebenarnya nak buat luahan hati..mungkin lain kali..hakhak

Wednesday, 9 April 2014

motivasi dari akak pustaka (library)

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..
Yakinlah bila kita berdoa menadah tangan yang Allah akan memakbulkan doa kita.

Around 2pm, aku sampai di Maran. Sudah niatkan kalau kedai tepi pasar tu bukak, nak beli mee lidi. Alhamdulillah. Kedai tu masih buka. Kalau pergi kedai ni aku mesti teringat watak dalam satu novel tu. Dia yang berniaga runcit kecil-kecilan punya kisah tersendiri. Seikat Kembang Merah by Imaen. Terbitan Jemari Seni Sdn. Bhd. Si Gary itu..

Hem, aku usha-usha ada ke tak mee lidi tu sebab selalunya dia letak kat dalam kotak kat rak luar je. Alhamdulillah, ada rezeki. Dalam hati aku nak beli 10 bungkus. Kang banyak sangat pulak. Hem, aku tarik 6. Patutnya ambik nombor ganjil..huhu..dah rezeki kali ni dapat beli 6 je.
Dah beli mee lidi, aku taruk dalam kete dulu, sebab nak ke pustakaan pulak. Berat jugak nak cebek 6 bungkus mee lidi tu. 
ini gambar dari blog org lain..tapi ini la rupanya mee lidi kalau korang nak tau. tapi gambar yang aku beli ni lain sikit..gambar yg ni, macam 'ganas' sangat..hekhek

Pastu aku pun menapak la ke pustakaan. Aku pulang buku 'Panggil aku Dahlia.' Memang buat air mata aku mengalir la sebab ada part yang terkena kat batang hidung. Pastu buku motivasi dari Dr Danial. Tak habis aku baca buku ni sebab hem..memang ada buku yang kena je rasa nak baca tapi ada jugak buku yang isi best tapi tak boleh nak hadam..huhu.. (aku yang salah ok...bukan buku tu tak best, buku tu memang best.. Len kali aku beli i.allah..)
Dah siap pilih buku, aku ke kaunter nak cop. Then, akak tu tanya.

Akak pustakaan: Mengajar lagi?
Aku: A'ah, ngajar lagi..

Kemudian berlakulah perbualan yang agak panjang. Konon nak cepat pergi sekolah, tapi tersangkut pulak borak dengan akak ni. Pulak, tajuk perbincangan menarik minatku iaitu tentang....
Kerja oh kerja....

Yang paling aku tabik kat akak ni ialah..akak ni memang sangat membantu budak-budak yang belum dapat kerja untuk cari kerja. Dia bagi semangat, dia bagi nasihat. Kalau ada budak-budak belum dapat kerja dia suh bukak laman web cari kerja. Dia siap kata "drpd awak bukak fesbuk tu, baik awak cari kerja." Ha, ambik kau. Tak paham lagi? Tapi bahasa akak tu lembut la. Jangan baca nada marah plak. Akak tu menasihat ok.

Jangan memilih kerja, 
yakin pada Allah, 
Allah bagi bila kita perlu. 
Yang Allah bagi tu cukup.

Wah..aku sangat terkesan, terkesima, dan sangat tabik springgggggggggggggggggggggggg kat akak ni. Apa yang dia cakap tu sangat menyentuh hati aku. Masuk tang rezeki. Kita kena yakin pada Allah. Allah tahu yang terbaik untuk kita. Bila kita dalam kebuntuan, ayat-ayat itu lah yang kembali menguatkan semangat kita..

Akak tu ada cakap, kita ni sebenarnya tak kuat, tapi tu la. kita kena banyakkan doa. Doa.
Yakin pada Allah. Akak tu ulang banyak kali yang ni. Akak tu siap cakap, akak memang percaya sangat yang ni. Memang patut kita percaya pun, tetapi bila seseorang itu benar-benar yakin pada Allah, dia akan nampak keajaiban dan betapa Allah makbulkan doa-doa kita. Kita akan rasa tiap yang berlaku itu jawapan pada doa-doa kita. Take time, tapi masa itu sangat tepat bila kita perlu. Yakinlah. Allah ada dengan kita. Ada. 

Moga Allah merahmati akak tu, murahkan rezeki dia, diberikan kesihatan yang baik, keluarga yang sejahtera, suami yang baik, anak yang baik, dan moga Allah berkatinya..Aaamiinn...

Nota kaki: Masa balik dari sekolah, nampak pelangi ;Allah makbulkan doa ku..alhamdulillah.. ;)



Tuesday, 8 April 2014

Jom, belajar mengaji

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.
Allah pinjamkan nyawa dan upaya untuk meneruskan hidup dengan sempurnanya seorang manusia dengan kekurangan yang Allah kurniakan.

Nampak tak tajuk kat atas tu??? hehehe..jom, belajar mengaji. 
Seronok belajar mengaji. Tak kiralah umur kita berapa tahun pun, meh la kita belajar mengaji sama-sama. Mengaji perlukan guru untuk kita betulkan bacaan, betulkan apa yang salah pada bacaan kita. 

Quran digital

Sekarang, macam-macam jenis quran digital dah dijual untuk mudahkan kita belajar mengaji. Tetapi, pendapat peribadiku bahawa, quran digital itu boleh digunakan sebagai rujukan sekiranya kita memang dah boleh membaca. Sebab quran digital tu tak boleh tegur kita kalau kita salah masa membaca. Tapi, kalau kita nak semak, nak dengar lenggok qari tu baca, nak lancarkan bacaan kita mungkinla sesuai. Cuma, jangan bergantung penuh pada pada quran digital. Tapi, aku sokong penuh quran digital ni sebagai salah satu cara untuk lebih dekat dengan quran. Maklum la kan, dah zaman teknologi. 

Kata sorang akak kat sekolah, sekarang, orang baca yassin pun dah tak bawa yassin dah. Bawak je tab. Ha, ambik. Senang dan mudah dan efisyen dan macam-macam lagi. Dalam bas pun boleh baca quran. Aku ingat lagi masa tengah tunggu di di stesen bas, ada sorang akak sebelah aku bukak tab. Aku jeling sikit. Tab besar ok. Dia mengundang jugak untuk aku dan orang sekeliling untuk melihat. Dan, tara....ayatul quran....siap ada tafsir la kan.. Ha, tengok, teknologi kalau dimanfaatkan pada jalan kebaikan sangatlah berguna untuk ummat.

Ok, back to school.. hehehe..kembali pada tajuk.

Kebanyakan tempat belajar mengaji yang aku dengar daripada kawan-kawan, ustaz ustazah akan mengulang ke iqra' untuk pelajar dan lemah. Tak kiralah umur dah berapa tahun pun. Malahan, ada juga tempat belajar mengaji yang memang mulakan dengan iqra'. Aku sangat lah menyokong penuh cara ni sebab nak kenalkan semula pelajar dengan huruf dan dengan sebutan yang betul. Sebab, ada jugak orang yang dah naik quran tapi sebutannya masih lemah. Jadinya, diturunkan kepada iqra' atau muqaddam. 

Yang aku nak tekankan ialah, tak perlulah rasa malu segan silu bila kita berada di tahap yang rendah pada permulaan pengajian quran walaupun umur dah puluh tahun. Ada pulak yang malu hingga tak nak belajar. Ha, ni kes parah. Malu tapi tak nak belajar. Dah macam mana nak tahu kalau tak belajar? Segan la, dah tua-tua ni baru baca iqra, baru nak belajar ngaji.. Huhuhu... sudah lah, masa yang dah lepas dulu bukan boleh ulang balik. Bukan boleh ulang umur 12 tahun tu pun tuk pergi jumpa ustaz, ustazah. Entah ke, kalau ulang masa umur tu pun kita duk syiukkkkkk nak main galah panjang, tengteng, panjat pokok, mandi sungai.. hehehe.. jadinya, teruskan je masa yang ada ni, gunakan masa yang ada ni tuk belajar mengaji.

Soalan

1) Macam mana nak bagi dapat baca ayat tu panjang sikit? (Kes tak cukup nafas)

Kalau memang kita semput, kita boleh ambik ayat pendek-pendek. Ayat yang boleh kita ambik ayat tu pendek-pendek la. Kalau yang tanda Lam alif kecik tu memang tak boleh berhenti. Yang tanda titik 3 tu berhenti kat salah satu. Tapi, untuk kes yang kita tak semput, tapi macam tak reti nak baca ayat tu panjang. 
Caranya : Masa mula-mula nak baca ayat tu, tarik nafas dan masa nak baca jangan terus lepas nafas tu. Lepaskan nafas perlahan-lahan masa membaca.

2) Tang tajwid
Hehehe..yang ni kena study. Hukum nun sakinah (nun mati), mim sakinah (mim mati), tanwin, alif lam, nun ziyadah (tambahan nun). 
Caranya: Belajar secara berperingkat tetapi berterusan. Kalau hukum asas yang 5 tu mungkin mudah. Tapi untuk hukum mim sakinah, ia  agak banyak tetapi kebanyakkannya (dalam hukum mim sakinah), bila kita membaca kita dapat baca dengan betul. insya-allah dengan berguru walaupun kita tak tahu hukum tu. Tapi lebih baik kita tahu untuk ilmu.. Kena hafal sikit la yang tajwid ni. Tak susah. Cari guru. Insya-allah pastinya mudah.

Sekarang dah banyak tempat-tempat belajar mengaji. Ada yang berbayar, ada jugak yang tak kena bayar.

3) Macam mana nak baca bagi laju sikit.
Hehe.. yang ini perlu kepada fokus. Masa baca quran mana boleh main-main. Kena cubit dengan ustazah tu nanti. Fokus mata dan pentingnya kita menunjukkan ayat, tempat yang sedang kita baca dengan jari/ pen/ pensil/ pembaris atau apa-apa alat yang sesuai untuk digunakan sebagai penunjuk. Ok, masa kita baca ayat tu, kita tunjuk dengan pen dan mata kena melihat secara menyeluruh baris ayat yang kita baca. Cubalah. Macam bila kita baca surat khabar, kita tengok kalimah yang satu tu je atau kita tengok pada keseluruhan ayat/ keseluruhan baris tersebut?  Aku rasa, korang tak tengok satu perkataan tu je. Mesti mata dah tengok baris ayat tu. Jadinya, sama jugak dalam pengajian pembacaan alquran. 

Mesti ada yang kata surat khabar tu bahasa melayu? Quran ni bahasa arab, aku tak reti bahasa arab.

Ha, inilah mukjizat alquran. Hebatnya Allah ciptakan kita alquran dalam bahasa arab yang sangat unik. Walaupun kita tak pandai bahasa arab, kita boleh membaca dengan sebutan yang betul dan lancar dengan syarat, baca hari-hari. Istiqomah, konsisten. Kalimah, ayat dalam quran makin kita baca, makin kita seronok nak baca. Syaitan yang kacau kita buat kita rasa tak syiukkkk nak baca qur'an. Lawan nafsu yang tak baik tu dan bacalah alquran selalu. Dengan itu, kita akan dapat praktikkan untuk membaca alquran dengan lebih lancar, laju dan betul. Bukan suruh 'lari tak cukup tanah'. Cuma ada setengah orang lambat sangat baca padahal dah betul dah bacaannya. Jadinya, teruskan usaha ok.

4) Macam mana nak baca berlagu/bertarannum?
Maaf, untuk soalan ni, aku cuma boleh bagi jawapan untuk korang pergi jumpa ustaz ustazah yang tahu bab tarannum. Diaorang boleh ajar dengan lebih terperinci pastinya. Pada masa yang sama, dengar bacaan-bacaan daripada para qari qari'ah yang hebat dalam bidang ni.

Hem,  ini dulu kot perkongsian takat ni. Harap dapat membantu dan seronoklah untuk mengaji alquran. Jangan jadikan alquran itu hiasan hantara kahwin semata. Jangan jadikan alquran itu pemenuh rak buku semata. Jangan biarkan alquran itu terbiar berhabuk berkepuk di atas almari tidak dibuka. 

Selagi masih sempat, selagi ada usia, berapa pun angka kita, janganlah malu untuk cari guru belajar mengaji jika kita tidak tahu. Yang tahu, sebarkan ilmu. Kita cari redha Allah, dan salah satu caranya ialah membaca alquran. Alquran itu kitab cinta kita. Ayat-ayat cinta yang Allah sampaikan pada kita. Allah sayang kita. Take your time to read alquran everyday. Satu ayat satu hari pun cukup, asalkan hari-hari. Dan kalau dan bertahun, tak kan nak baca satu ayat lagi kan. Cuba pulak satu muka. 

Ok..jom kita belajar mengaji. Meh, kita pergi sama-sama.

Ops, sekejap. UIA ada buka kelas untuk umum. Cer bukak laman web 
 http://www.iium.edu.my/ifla/courses/tilawah-al-quran-public
ni cerita pengalamannya  http://ajimie.blogspot.com/2008/08/belajar-al-quran-untuk-dewasa-di-uia.html

USIM 
http://www.usim.edu.my/ms/akademik-info-kemasukan/sepanjang-hayat/kursus-yang-ditawarkan

Monday, 7 April 2014

ujian kesabaran dan kesyukuran

Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah..

Ingatkan diriku sendiri bahawa syukur bukan hanya bila Allah beri nikmat tetapi lebih hebat lagi seorang hamba Allah itu bilamana dia masih mampu tersenyum dan mengucap alhamdulllah saat ujian diberikan kepadanya.

Lazimnya manusia, bila diuji, kita akan terus mengeluarkan kata-kata yang negatif dan sikap kita juga mula berubah. Kita mungkin jadi mudah marah. Barang-barang atas meja yang elok tersusun habis diselerakkan.  Padahal barang tu tak salah pun. Plak, kalau yang jenis suka baling-baling telefon bimbit segala. Huntunglah boleh beli baru kan???

Sukar sebenarnya untuk kita mengucap terus alhamdulillah bila Allah uji kita, tetapi boleh. Sukar bukan bermaksud tidak dapat dilakukan. Ia boleh dilaksana dengan azam, peringatan pada diri, menjaga hubungan dengan Allah. Kita manusia yang Allah beri macam-macam rasa, dan kerana kita ada Allah juga makanya kita boleh lakukan perkara itu. Cubalah. Mengucap alhamdulillah saat terima ujian, mengukir senyum. Pasti akan terbit aura positif. Mengadulah pada Allah bila mana kita sangat sedih, sangat rasa tak kuat dengan ujian itu. Allah tahu. Allah ada tengok kita.

Look. Allah beri ujian pada kita, dan Allah sedang lihat kita. Tapi pada masa Allah lihat kita tu, apa kita buat? Kita terus hanyut dengan kelekaan kita? Masih terus tak nak solat, tak nak tutup aurat, masih suka tinggikan suara dengan mak ayah, masih melepak dengan kawan-kawan, masih buat perkara yang tak berfaedah. Macam tu ke kita bila kita terima ujian. Allah tengah tengok kita, tapi kita dekkkkkk je..

Masa ujian itu datang, Allah 'sentuh' kita, sedarkan kita tentang Allah. Tentang segalanya. Tentang Allah pemilik dunia ni, pemilik kita, pemilik apa yang kita ada yang sebenarnya pinjaman daripada Allah. Allah sedarkan kita yang kita perlukan Allah, Allah sedarkan kita yang kita sudah lama sangat leka dengan indahnya dunia yang sementara. Allah bagitahu kita. Kenapa kita tak nak dengar lagi????

Bila susah ingat Allah, bila senang lupa Allah. Ini la sikap kebanyakan manusia sebab Allah ada cakap dalam ayat-ayat cintanya bahawa.."terlalu sedikit hambaKU yang bersyukur" (As-saba':13)


Kita cuba sentiasa perbaiki diri. Menjadi hamba Allah yang bersyukur sangat susah dan senang. Menjadi hamba yang sabar bila diuji, menjadi hamba yang bersyukur saat nikmat diberi. Sabar dan syukur itu dua gabungan yang hebat.

Kita cuba sama-sama. Hidup tak nama hidup kalau tak diuji. Dan kita akan terus teruji selagi mana kita pinjam nyawa ni daripada Allah.. ini dua ayat motivasi yang saya cuba hadam bila ada masanya saya keletihan..dan sebenarnya ada orang lain yang lebih hebat ujiannya. Makanya, kembalila kepada Allah.

Allah ciptakan seluas alam ni dengan mudah dan tak sukar untuk Allah mudahkan ujian itu untuk kita, tak susah untuk Allah keluarkan kita daripada ujian itu tetapi kita lah dulu yang mesti kembali kepada Allah untuk mendapat jalan keluar itu. Allah akan beri. Minta pada Allah. Usaha banyak cara, doa berterusan, tawakal dan yakin pada Allah seiringan selalu..Rahmat Allah di mana-mana..syukur dan sabar..

Sunday, 6 April 2014

Atuk, kakek. Rindu..

Bismillahirrohmannirrohim
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.
Daripada Allah kita datang dan kepada Allah juga kita akan kembali. Bila? Tak de orang tahu bila tetapi mati itu pasti. Selagi masih hidup, teruskan berbakti seakannya hidup 1000 tahun dan bila beribadah, sungguh-sungguh buat ibadah seakannya kita mati esok.

Dan bercakap tentang ini, malam ini, masa ni, rasa rindu pada arwah kakek.. Rindunye pada kakek.. Kakek punya ramai cucu, jadinya, masing-masing akan berebut nak bermanja dengan kakek. Siap tunggu turn nak dapatkan dukung belakang kakek. Masa hari raya, masing-masing dah datang bilik kakek, minta duit raya. Duit raya syiling yang kakek akan cekup je dari tin yang dibuat isi syiling. Berapa jumlahnya, lepas tu kira sendiri. Siapa yang dapat sikit, siapa yang dapat banyak tu nasib badan. Yang syahdu bila teringat kakek ialah, setiap kali balik kampung, dan bila nak balik semula ke rumah, kakek akan usap kepala cucu-cucu dia dan akan cakap "baik, baik baik..." Dan kakek akan tadah tangan bila kami dah gerak pergi. Syahdu sangat. Dengan wajah tua kakek...rinduuuuuuuu.....

Moga Allah tempatkan kakekku dikalangan orang-orang beriman, orang-orang soleh, dan moga kakek tenang dan bahagia di sisi Allah...

Masa kakek dah meninggal, rumah kakek dah makin uzur, dan banyak cadangan daripada adik-beradik mak tentang rumah tu dan akhirnya rumah tu dirobohkan. Sebabnya, dah tak de orang duduk rumah tu yang dah uzur. Kalau tak de orang duduk, mungkin 'budak-budak tak senonoh' akan jadikan tempat tu 'sarang' diaorang. Nak baiki pun makan kos. Akhirnya, rumah tu dirobohkan dan ada sikit kayu-kayu yang agak elok ayah sedara ambik untuk guna semula buat rumah di tanah yang lain. Rumah yang lebih kecil yang lebih dekat dengan rumah ayah sedara di kampung yang sama..

Sebenarnya, mula-mula tu susah nak terima yang rumah kakek dah roboh. Sedih. Rumah tu banyak kenangan dengan kakek, dengan sepupu-sepupu masa kecik. 

Aku ingat lagi, masa rumah tu dah sangat uzur, dan kakek dah tak larat nak mengemas, nak bersihkan kawasan rumah dan setiap kali kitaorang balik kampung, siapa yang sampai awal, mesti kena bersihkan rumah. Sapu tahi cicak, dengan tikus yang siap beranak pinak, tahi ayam di tangga-tangga, tahi burung. Allahu robbi... Kakek memang tak larat nak naik ke bahagian atas. Bilik kakek pun di bawah sahaja. Jadinya, kami akan bersihkan dulu. Mop dan segala sampai licin. Sampai boleh buat baring tanpa ragu. Pulak, kalau kena aku yang cuci memang bergelen-gelen air.huhu.. Dan memang masa tu malas jugak nak balik awal sebab kena kemas rumah. Orang lain yang balik lambat dah boleh tidur je. Bengang. Memang sangat. Jauh tu Pahang Johor. Lepas tu nak kena mengemas. Memang sangat merungut. Mungkin kemudian masa dan usaha mak memberi motivasi buat kami jadi lali. Bersedia mental dan fizikal bila balik kampung awal.

Sekarang rumah tu dah kena roboh dan dah dibina satu rumah kecil untuk adik-beradik mak duduk tiap kali balik kampung untuk berkumpul. Rumah tu pun masih di atas tanah ayah sedara. Kitaorang gelar rumah pondok sebab memang kecik je. Tapi lengkap untuk keperluan 3,4 hari di sana.
rumah pondok-> tmpat kami berkumpul ukhwah berkeluarga ^_^

Kakek dah tak de tetapi Allah hadirkan kemudian Atuk. Sebelum tu Allah temukan aku dengan Ambok yang buatkan aku sangat teringat pada kakek bila ambok baca doa'. Masa majlis perpisahan bakti siswa di Pontian, Ambok, ayah angkatku, diminta baca doa. Dan masa ambok baca doa, air mata mengalir laju. Sehingga saat akhir penyerahan semula anak dan keluarga angkat, air mata masih mengalir. Hinggakan jurukamera dari Jabatan Penerangan Johor mungkin sempat tangkap gambar muka aku yang dah sememeh. Aku tak peduli dah kamera tu. Sedih, sayu nak berpisah dengan ambok dan keluarga. 

Masih ingin berjumpa ambok. Moga ada kesempatan untuk kami..

Bila dah lama tak dapat contact Ambok, Allah jumpakan dengan atuk. Atuk... Moga Allah lindungi atuk dan wan, dan panjangkan umur atuk dan wan untuk jumpa lagi cucu dia ni..insya-allah..Amin aminn ya robbal alamin..Moga atuk dan wan sihat dan sihat dan sihat. Moga Allah rahmati atuk dan wan..

Saturday, 5 April 2014

Belajar menjahit

Bismillahirrohmanirrohim..
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah..
Selesai menyiapkan sepasang baju kurung (jaiht mesin, kelim belum lagi). Dan satu helai baju kurung, kainnya belum lagi.
Alhamdulillah.Huh, bertabah jugak nak siapkan baju kurung adik aku tu. Ada lagi 2 pasang nak kena siapkan. Bukan terdesak pun nak guna baju kurung tu tapi rimas tengok baju tak siap-siap ditambah dengan leteran omak tercinto..hehehe..

Rekod aku jahit baju. Haha..rekod persendirian.

Baju kurung yang mak cik tempah. RM25. Siap ada servis penambahbaikan sebab tailor ni belum mahir. Bahagian lengan terlabuh. Jadinya, aku potong la sikit,
Jubah abah. 
Jubah aku.
Baju kurung moden.
Kain lipat batik. 
Kain susun belakang.
Haha..itu la saja...

Alkisahnya terjebak dengan dunia jahitan ni.

Mak minat menjahit. Mak pernah kerja di kilang jahitan. Secara tak langsung istilah ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi tu 'kuah'nya tu kena la kan aku ni. Minat menjahit. Masa aku kecik...em, tak kecik mana la... mungkin awal sekolah menengah, tengok mak menjahit, ada minat dan rasa nak tahu. Kemudian, tanya-tanya mak dan mak tunjuk pada aku. Orang lain mula-mula belajar potong kertas..Kes aku ni advance sikit. Terus potong kain. Seingat aku jugak, mula-mula mak bagi tanggungjawab kat aku bahagian mencantum. Aku ingat lagi, cantum pesak, kekek. Punya la tensyennnnnnn nak cantum benda alah tu sebab keliru dengan kedudukan dia. Padahal tak la teruk mana pun.*Budak baru belajar, rasa semua susahhhhhhh*

Kemudian, mak ada ajar aku jahit tulang belut yang kat leher tu. Punya la feninggggggggggg mula-mula tu. Jahit tiga step kemudian, yang step ke tiga balik semula ke step satu, masuk bawah benang tu, cucuk situ.Bukak pulak step baru. Huh, tak faham... Dah berkali-kali mak ajar, baru la aku faham. Sekarang, aku hehehehe..memang mahir la tulang belut ni. Kadang saja je buat tulang belut sebab aku akan ralit bila buat tulang belut,sambil dengar lagu, layan perasaan..hahaha.. Tapi untuk baju kurung adik aku ni, aku tibai jahit mesin je bahagian leher. Nak cepat dan senang..hahaha..Tak de masa pulak nak layan perasaan..hakhak..

Ok, bila dah dapat buat tulang belut,sambil-sambil tu, ada la mak ajar potong baju versi mak. Sebab potong baju ni kalau ikut kelas menjahit betul, tak sama macam mak buat.Haha.. Versi mak lebih pantas, lebih cool.. Haha..Tak payah nak ukur guna talitep. *not sure yet the truly spelling for talitep. Ikut sebut aku je tu.*

Dan kemudian, bahagian kain. Aduhai, yang ni lagi satu agak sukar. Bahagian pinggang tu. Tapi lama-lama boleh pun.

Dan dan dekat 6 bulan secara kasar aku belajar menjahit dengan Kak Tena. Akak yang ambik tempahan baju kat kampung ni. Minta dia ajar secara lebih details. Tapi kalau ikut masa aku datang belajar dalam seminggu tu, 5 atau 4 hari paling tabah. Sebab, pasti ada hari yang ku skip atas alasanku..hehhe.. dan ada yang Kak Tena ada hal. Dia kan tukang jahit. Tempahan banyak.Kadang kat kampung ada kenduri, dia nak pergi rewang jugak. So, aku boleh la sambung jahit sendiri je kat rumah baju-baju yang terbengkalai..

Banyak la ilmu yang dapat dari Kak Tena ni. Cara pegang kain, cara jahit bahagian leher, kain. Lebih proper la kiranya. Tapi,datang mood 'rajin' aku, aku ikut cara mak..Hakhak..

Ok, azan isya'. Going to solat. Jom, solat. Make sure 5 waktu cukup ok.

Friday, 4 April 2014

Memperbaiki diri

Alhamdulillah...alhamdulillah..alhamdulillah..

Tiap hari bawa kereta, aku rasa aku kena perlahankan sedikit kelajuan yang biasa aku bawa.
Aku jenis yang kalau dah tekan minyak tak reti nak tekan brek. Tapi tekan la bila kecemasan. Maksudnya, dah tak reti nak perlahan. Tapi kalau aku dah bawa perlahan, aku tak reti nak laju dah. Pulak, kadang tu aku dah niatkan awal-awal. Ok hari ni aku nak bawa perlahan. So, aku pandu perlahan je walaupun jalan lengang. Korang ingat perlahan berapa km/j?
80 tu kira perlahan la kan?
Kalau aku tak niat apa-apa sebelum pandu myvi abah tu, aku tengok keadaan jalan. Ok, jalan lengang, aku buat keputusan untuk bawa laju, dan aku akan tekan minyak...

Kadang-kadang, bila aku dah pandu agak laju, dan kemudian, jalan agak sibuk, aku akan buat keputusan untuk pandu perlahan. Mak kata, selawat selalu, nak memotong pun tengok dulu, selawat, baca bismillah.

Memandu hari-hari..Hanya Allah yang tahu perasaannya. Almaklum, bila pernah terlibat dengan kemalangan, seboleh mungkin kita nak elak. Moga Allah lindungi kita daripada musibah ini..Moga cara pemanduanku tak membahayakan diri sendiri dan orang lain. Bila selamat sampai rumah, Alhamdulillah. Segala puji hanya untuk Allah yang melindungi diri ini. Selamat pergi sekolah, selamat sampai rumah, melihat emak dan abah lega melihat aku sampai pastinya itu hadiah untuk keduanya. 

Bila disemak diri ini, banyak sangat buat emak dan abah susah. Tapi, emak dan abah tetap emak dan abah yang sangat awesome. Aku dah pernah tulis tentang ni rasanya. Jadinya, tak perlu aku tulis lagi. 

Bila aku katakan untuk perbaiki diri, sebenarnya, Allah uji diri ini
Bila aku kata, aku ajak orang lain buat baik, aku berperang dengan rasa sendiri. Cukup kuatkah aku melakukan itu semua sebab bila aku diujia aku terkadang juga akan tersasar. Tapi, bolehkah aku hentikan usaha untuk ajak orang lain sama-sama buat baik????
Jika tunggu aku sempurna, tak kan mungkin aku sempurna, tapi sebenarnya, fahamilah, bahawa, bila seseorang mengajak untuk buat baik, dia sedang ajak dirinya sendiri untuk berbuat kebaikan, dan pada masa yang sama, mengharap orang yang diajak itu juga sama-sama ke arah kebaikan..

Nak jadi baik bukan hari usaha yang dilakukan hari ini sahaja, tetapi ia adalah usaha setiap hari. Mungkin kita akan berhadapan dengan banyak perkara yang menguji, tetapi usahalah terus. Bercakap dengan diri sendiri, bercakap dengan Allah, memuhasabah diri, meminta kekuatan daripada Allah. Allah Yang Maha Kaya itu pasti memberi. Pasti. Pintalah dengan rendah hati, redha, penuh sifat kehambaan, keyakinan kepada Allah. Allah sangat baik dengan kita.

Wednesday, 2 April 2014

Memori kelakar dengan emak

Alhamdulillah. alhamdulillah..alhamdulillah.
Segala puji bagi allah atas segala nikmatNYA. Diberikan cukup, tidak kurang. Mensyukuri dan mengerti. Alhamdulillah. Perjalanan hari ini ke sekolah sangat lancar. Memang agak sesak dengan kereta dan masa perjalanan pulang, agak banyak lori. Alhamdulillah. Allah lorongkan jalan mudah untuk ku meneruskan perjalanan. Alhamdulillah..

Tak dinafikan, terlibat dengan kemalangan dulu membuatkan aku terkadang masih teringat-ingat dan ada rasa trauma. Tetapi, kemudian, aku tepis dan minta perlindungan pada Allah. Dulu aku meminta juga, memohon juga kepada Allah, tetapi mungkin selepas apa yang terjadi membuatkan aku jadi lebih bersungguh. Alhamdulillah. Terima kasih Allah.

Aku nak tulis apa ni? 
Cerita hari ni je la kot. Untuk kenangan akan datang, untuk anak-anak dan suami aku baca. Hehehe..

Tadi petang, lepas siap solat, makan..(rutin balik sekolah, mesti terjah dapur. Lapo). Mak suruh kait nangka. Kait? Boleh tak guna istilah tu. Mak kata, kalau tak kait pun bawa kerusi sebab buah nangka tu rendah je. Kemudian, aku ambik pisau potong daging tu bawa ke luar menuju ke sepohon nangka dengan ada karipap di tangan. Haha.sedap pulak karipap mak buat ni. 

Setibanya di pohon nangka yang cuma beberapa langkah je dari rumah. Wah, memang rendah. Konon-konon cubalah nak potong tangkai, tapi...memang tak dapat le. Ketinggian tidak setara dengan buah nangka yang di atas,. Kelihatannya, macam boleh capai, tapi hakikatnya tidak tanpa bantuan. Masuk semula rumah, ambik kerusi kecik. Berdiri atas kerusi tu dan selamatlah buah nangka pun jatuh.

Mak tolong angkat bawa ke dapur. Abah suruh siang kat luar je. -Istilah siang digunakan bermaksud membuang kulit nangka. Tapi lepas tu, diriku ini yang menjadi penyiang nangka tegar. Mak dah cabut lari nak tengok ustaz kiamat. Tau siapa? Ustaz Badlishah. Tentang kiamat kat tv hijrah tiap hari selasa, rabu pukul 6. 
Konon nak siang kat dapur je, tapi lepas tu, ada ulat nangka tu melompat-lompat. Terpaksa tukar strategi. Siang kat luar. Angkat le nangka tu ke luar. Tangan dan siap balut plastik sebab tak nak kena getah.

Dah siap siang sikit, aku tengok plastik tangan aku dah kotor. Aku tanggal dan terus ambik plastik baru, mintak mak tolong ikat. Masa mintak mak tolong ikat tu, aku cakap la
"Tadi ada ulat..."
Terus.....terkujat mak aku..Reaksi mak aku tu memang buat pecah perut. Terus plastik tu terlepas, dengan muka yang terkejut habis. Mak aku gelak, aku dah memang gelak dengan sakit perut.
Ayat aku tu tak habis pun lagi.
Aku nak cakap, tapi ada ulat kat situ. Ulat yang aku nak maksudkan tu bukan ulat nangka. Ulat lagi.

Emak geli dengan ulat nangka, lintah, pacat, cacing dan seangkatan dengannya. Geli sangat hingga kita boleh tengok riak geli tu. Riak geli mak memang kelakar, sebab, kalau kita tengah borak-borak, tiba-tiba masuk part cacing-cacing tu, terus mak diam. Hakhak.. muka mak memang tak boleh lupa. Lepas tu mulalah, mak dah rasa geli geleman, tukar topik..hakhak..mak mak..

Memang ramai la orang geli spesis alah ni.Sorang lagi yang aku kenal, dia yang kejauhan. 

Berbalik pada cerita mak. Abah memang suka la usik mak bila dah tahu mak geli cacing segala ni. Kadang, saje je usik mak cakap ada ulat nangka, padahal tak de pun. Mak dah pusing meja. 
Hehehe..sekian alkisahnya wan dan atok kalian wahai anak-anakku..insya-allah..
Kepada suami, ha, ni lah mak abah mertua awak. Lain kali cerita pasal abah pulak ok..

-Doakan dipermudahkan segala urusan mendirikan rumahtangga..moga keberkatan dan kasih sayang, juga petunjuk Allah menaungi kehidupan kita.Insya-allah..




Tuesday, 1 April 2014

Isu yang sama

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdullah..betullah, betapa banyak pun pujian pada Allah, masih tak cukup untuk kita memuji Allah betapa agungnya, hebatnya Allah. Nikmat Allah beri pada kita sangat tak terkira.Teruskan ucap Alhamdulillah..

Alhamdulillah..selamat sampai ke rumah dari sekolah dengan hujan yang agak lebat. Maklum sahaja, diri ini baru kembali memandu. Tambahan, dalam hujan lebat begini, cuak juga. Tetapi, alhamdulillah..Allah tolong. Allah izinkan perjalanan selamat dan moga terus selamat insya-allah.

Kisah hari ini..

Sebelum ke sekolah petang tadi, masa main masak-masak dengan mak kat dapur, ada berborak dengan mak pasal mengumpat. Kan bila mengumpat ibaratnya kita makan daging orang yang kita umpat itu. Nak ke kita makan daging tu? Kalau kita teringat, kita tak kan nak makan daging tu tetapi, dek jiwa dan rasa marah, tak puas hati atau rasa-rasa hati yang lain, secara sedar tak sedar, laju sahaja lidah membuat 'ketupat' tak rasmi. Dan ada aku katakan pada mak yang sebenarnya, makin letih bila kita mengumpat orang. Tak ke mana pun. Puas hati? mungkin la sekejap, tapi kemudian, diri kita yang makin lesu dengan umpatan tersebut. Emak berkongsikan perkara yang sama. Dan lebih rasa tak selesa bila kita terpaksa berada di kelompok itu yang kita tidak mahu. Tidak kuat untuk membenci kemungkaran dengan tangan, lidah. Hanya dalam hati. Sangat lemah sekali iman ini..

Dan kemudian, setibanya aku di sekolah, menunggu masa untuk masuk ke kelas, sekali lagi, seorang ustazah meluahkan rasa yang sama sepertinya tadi aku  berbual dengan emak di rumah. Ustazah tu pun katakan perkara yang sama. Kita letih dengar macam-macam cerita, letih bila orang terlalu menjaga tepi kain orang lain. Cerita-cerita kejiranan, cerita-cerita keluarga yang tidak pasti hanya membawa kepada fitnah. Dan cerita-cerita yang sekadar untuk bercerita, hanya membuang masa. Jika cerita itu diceritakan untuk meminta jalan penyelesaian, untuk dijadikan renungan, panduan pun masih ada adab dan batasan dalam bercerita atau istilah lain, orang selalu sebut, mengumpat yang diharuskan.

Jadinya, mari kita renung diri kita sendiri. Kita di mana? Ahli jawatankuasa 'tingkap' atau ketua persatuan atau mungkin ahli senyap? Dan, pastinya sukar bila kita menjadi ahli senyap..