Alhamdulillah. alhamdulillah..alhamdulillah.
Segala puji bagi allah atas segala nikmatNYA. Diberikan cukup, tidak kurang. Mensyukuri dan mengerti. Alhamdulillah. Perjalanan hari ini ke sekolah sangat lancar. Memang agak sesak dengan kereta dan masa perjalanan pulang, agak banyak lori. Alhamdulillah. Allah lorongkan jalan mudah untuk ku meneruskan perjalanan. Alhamdulillah..
Tak dinafikan, terlibat dengan kemalangan dulu membuatkan aku terkadang masih teringat-ingat dan ada rasa trauma. Tetapi, kemudian, aku tepis dan minta perlindungan pada Allah. Dulu aku meminta juga, memohon juga kepada Allah, tetapi mungkin selepas apa yang terjadi membuatkan aku jadi lebih bersungguh. Alhamdulillah. Terima kasih Allah.
Aku nak tulis apa ni?
Cerita hari ni je la kot. Untuk kenangan akan datang, untuk anak-anak dan suami aku baca. Hehehe..
Tadi petang, lepas siap solat, makan..(rutin balik sekolah, mesti terjah dapur. Lapo). Mak suruh kait nangka. Kait? Boleh tak guna istilah tu. Mak kata, kalau tak kait pun bawa kerusi sebab buah nangka tu rendah je. Kemudian, aku ambik pisau potong daging tu bawa ke luar menuju ke sepohon nangka dengan ada karipap di tangan. Haha.sedap pulak karipap mak buat ni.
Setibanya di pohon nangka yang cuma beberapa langkah je dari rumah. Wah, memang rendah. Konon-konon cubalah nak potong tangkai, tapi...memang tak dapat le. Ketinggian tidak setara dengan buah nangka yang di atas,. Kelihatannya, macam boleh capai, tapi hakikatnya tidak tanpa bantuan. Masuk semula rumah, ambik kerusi kecik. Berdiri atas kerusi tu dan selamatlah buah nangka pun jatuh.
Mak tolong angkat bawa ke dapur. Abah suruh siang kat luar je. -Istilah siang digunakan bermaksud membuang kulit nangka. Tapi lepas tu, diriku ini yang menjadi penyiang nangka tegar. Mak dah cabut lari nak tengok ustaz kiamat. Tau siapa? Ustaz Badlishah. Tentang kiamat kat tv hijrah tiap hari selasa, rabu pukul 6.
Konon nak siang kat dapur je, tapi lepas tu, ada ulat nangka tu melompat-lompat. Terpaksa tukar strategi. Siang kat luar. Angkat le nangka tu ke luar. Tangan dan siap balut plastik sebab tak nak kena getah.
Dah siap siang sikit, aku tengok plastik tangan aku dah kotor. Aku tanggal dan terus ambik plastik baru, mintak mak tolong ikat. Masa mintak mak tolong ikat tu, aku cakap la
"Tadi ada ulat..."
Terus.....terkujat mak aku..Reaksi mak aku tu memang buat pecah perut. Terus plastik tu terlepas, dengan muka yang terkejut habis. Mak aku gelak, aku dah memang gelak dengan sakit perut.
Ayat aku tu tak habis pun lagi.
Aku nak cakap, tapi ada ulat kat situ. Ulat yang aku nak maksudkan tu bukan ulat nangka. Ulat lagi.
Emak geli dengan ulat nangka, lintah, pacat, cacing dan seangkatan dengannya. Geli sangat hingga kita boleh tengok riak geli tu. Riak geli mak memang kelakar, sebab, kalau kita tengah borak-borak, tiba-tiba masuk part cacing-cacing tu, terus mak diam. Hakhak.. muka mak memang tak boleh lupa. Lepas tu mulalah, mak dah rasa geli geleman, tukar topik..hakhak..mak mak..
Memang ramai la orang geli spesis alah ni.Sorang lagi yang aku kenal, dia yang kejauhan.
Berbalik pada cerita mak. Abah memang suka la usik mak bila dah tahu mak geli cacing segala ni. Kadang, saje je usik mak cakap ada ulat nangka, padahal tak de pun. Mak dah pusing meja.
Hehehe..sekian alkisahnya wan dan atok kalian wahai anak-anakku..insya-allah..
Kepada suami, ha, ni lah mak abah mertua awak. Lain kali cerita pasal abah pulak ok..
-Doakan dipermudahkan segala urusan mendirikan rumahtangga..moga keberkatan dan kasih sayang, juga petunjuk Allah menaungi kehidupan kita.Insya-allah..
wakakaka...tulis jer...simpan dairy hidup kat sini bagi pewaris2nya baca nanti...:)
ReplyDeletediari maya ;)
ReplyDelete