Alhamdulillah...alhamdulillah..alhamdulillah..
Tiap hari bawa kereta, aku rasa aku kena perlahankan sedikit kelajuan yang biasa aku bawa.
Aku jenis yang kalau dah tekan minyak tak reti nak tekan brek. Tapi tekan la bila kecemasan. Maksudnya, dah tak reti nak perlahan. Tapi kalau aku dah bawa perlahan, aku tak reti nak laju dah. Pulak, kadang tu aku dah niatkan awal-awal. Ok hari ni aku nak bawa perlahan. So, aku pandu perlahan je walaupun jalan lengang. Korang ingat perlahan berapa km/j?
80 tu kira perlahan la kan?
Kalau aku tak niat apa-apa sebelum pandu myvi abah tu, aku tengok keadaan jalan. Ok, jalan lengang, aku buat keputusan untuk bawa laju, dan aku akan tekan minyak...
Kadang-kadang, bila aku dah pandu agak laju, dan kemudian, jalan agak sibuk, aku akan buat keputusan untuk pandu perlahan. Mak kata, selawat selalu, nak memotong pun tengok dulu, selawat, baca bismillah.
Memandu hari-hari..Hanya Allah yang tahu perasaannya. Almaklum, bila pernah terlibat dengan kemalangan, seboleh mungkin kita nak elak. Moga Allah lindungi kita daripada musibah ini..Moga cara pemanduanku tak membahayakan diri sendiri dan orang lain. Bila selamat sampai rumah, Alhamdulillah. Segala puji hanya untuk Allah yang melindungi diri ini. Selamat pergi sekolah, selamat sampai rumah, melihat emak dan abah lega melihat aku sampai pastinya itu hadiah untuk keduanya.
Bila disemak diri ini, banyak sangat buat emak dan abah susah. Tapi, emak dan abah tetap emak dan abah yang sangat awesome. Aku dah pernah tulis tentang ni rasanya. Jadinya, tak perlu aku tulis lagi.
Bila aku katakan untuk perbaiki diri, sebenarnya, Allah uji diri ini
Bila aku kata, aku ajak orang lain buat baik, aku berperang dengan rasa sendiri. Cukup kuatkah aku melakukan itu semua sebab bila aku diujia aku terkadang juga akan tersasar. Tapi, bolehkah aku hentikan usaha untuk ajak orang lain sama-sama buat baik????
Jika tunggu aku sempurna, tak kan mungkin aku sempurna, tapi sebenarnya, fahamilah, bahawa, bila seseorang mengajak untuk buat baik, dia sedang ajak dirinya sendiri untuk berbuat kebaikan, dan pada masa yang sama, mengharap orang yang diajak itu juga sama-sama ke arah kebaikan..
Nak jadi baik bukan hari usaha yang dilakukan hari ini sahaja, tetapi ia adalah usaha setiap hari. Mungkin kita akan berhadapan dengan banyak perkara yang menguji, tetapi usahalah terus. Bercakap dengan diri sendiri, bercakap dengan Allah, memuhasabah diri, meminta kekuatan daripada Allah. Allah Yang Maha Kaya itu pasti memberi. Pasti. Pintalah dengan rendah hati, redha, penuh sifat kehambaan, keyakinan kepada Allah. Allah sangat baik dengan kita.
No comments:
Post a Comment