Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdullah..betullah, betapa banyak pun pujian pada Allah, masih tak cukup untuk kita memuji Allah betapa agungnya, hebatnya Allah. Nikmat Allah beri pada kita sangat tak terkira.Teruskan ucap Alhamdulillah..
Alhamdulillah..selamat sampai ke rumah dari sekolah dengan hujan yang agak lebat. Maklum sahaja, diri ini baru kembali memandu. Tambahan, dalam hujan lebat begini, cuak juga. Tetapi, alhamdulillah..Allah tolong. Allah izinkan perjalanan selamat dan moga terus selamat insya-allah.
Kisah hari ini..
Sebelum ke sekolah petang tadi, masa main masak-masak dengan mak kat dapur, ada berborak dengan mak pasal mengumpat. Kan bila mengumpat ibaratnya kita makan daging orang yang kita umpat itu. Nak ke kita makan daging tu? Kalau kita teringat, kita tak kan nak makan daging tu tetapi, dek jiwa dan rasa marah, tak puas hati atau rasa-rasa hati yang lain, secara sedar tak sedar, laju sahaja lidah membuat 'ketupat' tak rasmi. Dan ada aku katakan pada mak yang sebenarnya, makin letih bila kita mengumpat orang. Tak ke mana pun. Puas hati? mungkin la sekejap, tapi kemudian, diri kita yang makin lesu dengan umpatan tersebut. Emak berkongsikan perkara yang sama. Dan lebih rasa tak selesa bila kita terpaksa berada di kelompok itu yang kita tidak mahu. Tidak kuat untuk membenci kemungkaran dengan tangan, lidah. Hanya dalam hati. Sangat lemah sekali iman ini..
Dan kemudian, setibanya aku di sekolah, menunggu masa untuk masuk ke kelas, sekali lagi, seorang ustazah meluahkan rasa yang sama sepertinya tadi aku berbual dengan emak di rumah. Ustazah tu pun katakan perkara yang sama. Kita letih dengar macam-macam cerita, letih bila orang terlalu menjaga tepi kain orang lain. Cerita-cerita kejiranan, cerita-cerita keluarga yang tidak pasti hanya membawa kepada fitnah. Dan cerita-cerita yang sekadar untuk bercerita, hanya membuang masa. Jika cerita itu diceritakan untuk meminta jalan penyelesaian, untuk dijadikan renungan, panduan pun masih ada adab dan batasan dalam bercerita atau istilah lain, orang selalu sebut, mengumpat yang diharuskan.
Jadinya, mari kita renung diri kita sendiri. Kita di mana? Ahli jawatankuasa 'tingkap' atau ketua persatuan atau mungkin ahli senyap? Dan, pastinya sukar bila kita menjadi ahli senyap..
No comments:
Post a Comment