alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah..
usia perkahwinan baru sahaja setahun lebih tetapi telah diduga dengan bermacam..kata sahabat yang masih single.. allah beri naluri kuat pada seorang isteri. dan begitu juga kuatnya dugaan..
kepada pembaca, mungkin sahaja ada yang rasa geli geleman sikit baca entri ini..tetapi, inilah dia, saya tika ini..
alhamdulillah, syukur pada illahi..saat sah akad nikah, hilang segala resah selama ini. berkenalan sekejap, mengambil keputusan untuk bernikah tetapi kemudian teruji bertahun dan oktober 2014, kami sah sebagai suami isteri. bila sahaja ada dugaan selepas berkahwin, hati rapuh kembali teringat, jika aku belum kahwin saat ini dan melihat sahabat sebayaku sudah berkeluarga, pasti aku terasa. pasti ibu dan ayah mungkin juga menunggu bila masanya aku akan bernikah..makanya, para isteri, bersyukurlah saat kamu telah menjadi isteri.
Dan untuk abang, my luvly husband, ayang bersyukur sangat sebenarnya walaupun ayang sangat membebel dengan macam-macam.
Kepada para suami. hargailah isteri anda. jika sahaja isteri anda bekerja dan mampu uruskan rumahtangga dengan baik. Dengan anak-anak juga. Hargailah isteri anda itu dan jangan sekali untuk menggatal dengan yang lain tanpa izin isteri kerana yang lain itu belum tentu sebaik isteri anda yang baik itu.
Saat isteri mengandungkan. Dari seawal itu, penat dan lelahnya. Emosinya.. Allah sahaja yang tahu. Walaupun ingin kukongsikan di sini betapa emosi itu bagaimana, tak kan mungkin suami dapat lalui emosi itu. Emosi itu, terkadang si isteri pun tidak mahu tetapi bukan dia inginkan emosi itu sedangkan dia sendiri sedang berperang. menjadi manusia lain di saat kehamilan. Pada alahan, pada mengidamnya Layanlah dengan sabarnya seorang suami.
Dan lebih lagi saat melahirkan..sungguh, sakit itu hanya Allah yang tahu. untuk aku, aku sendiri merasakan mungkin ini saat kematianku, mungkin begini sakitnya mati.. aku meminta pada tuhan untuk pengsankan aku pada saat kesakitan itu tetapi tidak.allah memberi aku merasai sakit itu untuk tahu bagaimana sakitnya emak melahirkan aku, untuk bersyukur. pada kesakitan itu, allah masih beri aku kekuatan. pada kesakitan itu lahirnya anugerah indah.pada kesakitan itu adanya bahagia.. dan untuk para suami, walaupun begitu, jagalah kebajikan isteri anda pada waktu berpantangnya dia. dia sangat perlukan anda di sisinya.
Suamiku bertanya" betul ke ayat ni.. "isteri tak kisah suami susah, asalkan suami ada disisinya." terus aku jawab ."betul. kalau duit berjuta pun tapi suami ada yang lain, tak de makna.. " dan kemudian, mungkin sampai satu tahap... isteri tak kesah, suami banyak duit, ada yang lain,asal bagi cukup makan pakai segala.. asal bagi duit lebih tiap bulan.. tika itu, sayangnya mungkin sudah tiada...
dan untuk abang, saat melahirkan fayyadh, abang tiada di sisi ayang kerana kerja tetapi mungkin itu yang menguatkan ayang jugak. mungkin kalau abang ada, ayang jadi manja. dan setelah melahirkan fayyadh, cinta kita teruji. sangat. dan ayang sangat rasa sedih, kecewa, sukar. ayang faham di mana silapnya, dan ayang cuba untuk memahamkan abang. mungkin, abang jugak perlukan masa untuk diri abang faham semuanya...
alhamdulillah, perlahan-lahan semuanya beransur baik. ayang doakan abang dan abang pun doakan ayang jugak.
terkadang, ada suami yang teruja dengan kehadiran si kecil tetapi suami tidak mengetahui, tidak mahir, dan ada rasa takut untuk uruskan si anak kecil. Suami saya begitu. Sungguh, banyak urusan si kecil ini saya uruskan. bukan dia tidak mahu, tetapi dia tidak tahu dan saya pula dah terbiasa lakukan sendiri. Mungkin, dengan pengalaman di taska dan mungkin saya memang suka lakukannya. Tetapi, bila suami kata "abang tak tahu." maksudnya, saya faham. maka, saya cuba ajar dia. Dan, saya, isterinya. mengajar suami bukan mudah. Egonya seorang lelaki. suami sangat menerima apa yang saya ajar tetapi kena betul kaedahnya dan saya sebagai isteri,wanita, ibu.. saya ada emosi kurang sabar, melihat si kecil menangis bila tersilap pegang...sungguh, sabar itu bukan mudah dan bukan tak boleh. syaitan sentiasa mengoda saya. sentiasa.setiap masa. Saya rasakan saat marah saya datang, saat bisikan muncul. kekadang saya boleh ingat DIA, istighfar, tetapi terkadang, saya bagaikan izinkan bisikan itu masuk. Suami penyabar, walaupun terkadang dia tewas. Saya perlu lebih sabar, dan terkadang saya tewas, pada masanya tertentu, saya ingatkan suami, doakan umahtangga kita, dan saya yakin suami mendoakan..
saat sahaja ada kesedihan, ingatlah orang disekeliling kita, sahabat dan keluarga. Pasti mereka mendoakan kita dan jangan abaikan doa-doa senyap itu. pasti ada doa itu. yakin.
doa seorang isteri, ikhlas, benar. Allah pastitolong, cepat atau lambat. yakin..
dan untuk abang,
terima kasih tau, sabar dengan ayang. mungkin family dan kawan ayang ingat ayang ni sabar orangnya tpi abang lebih tahu.. abah dan mak pun sebenarnya risau kalau abang tak boleh bersabar dengan kerenah ayang. terima kasih mendidik ayang menjadi isteri lebih baik...and you know, how much my mistake to you.. but then, ayang cuba baiki diri ayang dan ayang nampak abang pun baiki diri abang dan ayang tahu, abang perlukan masa... ayang pun sama..kita sama-sama usahakan yang terbaik untuk rumahtangga kita
kepada para suami kepada para isteri di luar sana, ambil la masa, muhasabah diri anda..
sejauh mana anda harai, sayangi dan fahami isteri anda..
jika ragu dan tidak pasti, bawa isteri anda sahaja. (anak-anak minta tolong pengasuh jaga..bayarlah lebih sikit, atau mungkin parents..tapi jangan mendesak.)..bawa isteri anda. minta dia luahkan segala..isteri anda mungkin akan kata.."ok la bang, tak de apa.." "eh, abang mana ada silap.." no.. si isteri akan memang cakap macam tu sebab bila suami ok, isteri mudah lupa segala sakit, sukar, susah yang lepas, tetapi anda sebagai suami yang prihatin, penyayang pasi tidak mahu isteri anda memendamkan segalanya..minta dia luahkan dengan baik..persiapkan diri untuk dengar dan respons dengan positif..niat kan kerana Allah untuk rumahtangga itu terus dalam ketenangan, rahmat dan kasih sayang allah..ke syurga.. memudahkan mendidik generasi mencintai illahi dan rasulullah..
minta isteri luahkan..bincang dengan baik dan rancang masa depan bersama..hargailah isteri anda.. isteri ni mudah sahaja..jika suami baik, maka isteri pun, insya-allah akan jadi baik.. jika suami mendidik dengan hikmah (jangan terlalu memanjakan tetapi mendidik penuh sayang), isteri akan mudah ikut...
rasanya, cukup dulu sampai sini...mungkin lain kali jika ada yang terlintas, akan ku tulis lagi..