Bismillahirohmanirrohim..
22 safar 1435 (Sabtu).. 25 tahun lepas..22 Safar 1409 aku dilahirkan. Dans etelah 25 tahun, begitu banyak dosa yang dilakukan... sedar tak sedar, begitu banyak dosa berbanding amalan kebaikan.
Dan hari ini juga seakan aku lebih tenang tuk hadapi kesukaran ini. Aku berusaha untuk tenangm tetapi ternyata ia sangat sukar. Segala kerisaua, kebimbangan. Tetapi, kenapa aku lupa pada Allah Yang Mnjaga. I.allah, jika diizinkan Allah, dia sebagai pembimbingku, dia lah. Jika tidak, apa boleh aku buat. Memaksa dia untuk berkahwin dengan aku walau hakikatnya, dia tak sayangkan aku? Apa yang aku dapat kalau hanya menyakiti jiwa. Jika berjodoh, Allah pasti bantu. Aku serahkan pada Allah. Sungguh, ia sangat rahsia Allah..
Aku cuba untuk sentiasa fikir positif walaupun ia susah, tetapi itulah yg perlu juga dipaksa dan dilakukan. Yakin dengan Allah, dengan pertolongan Allah, kasih sayang Allah, perlindungan daripada Allah, keampunan dan rahmat dari allah..
Insyaa allah, aku akan terus berdoa ntuk aku, dan dia juga.
Keluarga pastinya satu keutamaan. Syukur sebab allah temukan kami. Moga Allahs atukan kami dengan hbungan yang sah dan moga Allah berikan kebaikan kepada kami di mana pun kebaikan itu berada..aamiin..
Untuk kehidupan kerja aku, aku akan cuba untuk dapatkan apa yang aku azamkan.. aku perlu, aku wajib lakukan perubahan.
-Untuk hafiz, dalam apa pun yg saya lakukan, sy teringatkan awak. Awak mungkin tak tahu segala apa yang saya rasakan. Kita sama-sama berdoa kepada Allah. Moga Allah lindungi, pelihara, dan ampuni segala dosa.. Moga Allah permudahkan segala urusan kita...
No comments:
Post a Comment