Oktober 2010
3 Okt: aku dengan gembiranya mendapat ijazah..
4 Okt: Sedang berkira-kira bila nk balik rumah, sbb mak abah dah balik dulu naik kete. Aku naik bas sendiri..sebab ingat nak stay dulu dengan kawan-kawan..
5 Okt: Aku buat keputusan untuk balik jugak coz, 5 okt is my bufday.konon-konon nak sambut dengan family, padahal tak de nye sambut-sambut beday ni...
6 Okt: Diberitahu keadaan Paman Moh kritikal.. masing-masing tetap terus berdoa, solat hajat terus dan terus...
12.00 am (Malam 7 Okt, Khamis malam jumaat) : Sedang aku baring nak tido, sambil-sambil doa, macam mak abah dah sibuk-sibuk.. Aku tak pk apa-apa, doa kan je untuk paman moh...
12 a.m lebih: Kitaorang gerak balik sengkang, bukit gambir, Johor.
Sayu, sedih dan segala..
Arwah Paman Moh dah meninggalkan kami semua. Sangat sedih, tiada siapa dapat bayangkan...
Siapa Arwah Paman Moh???
Untuk aku, dia ayah sedara. Paman tu bahasa jawa. Terjemahan bahasa melayu ialah ayah sedara.. Ayah sedara yang sangat baik. Dia ibarat ayah kedua bagi anak-anak sedara yang lain. Tempat kami mengadu, bermanja dan segala. Mintak tunjuk ajar, nasihat dan semangat di saat kami ketidaktahuan, atau tersepit atau terbeban dengan segala.. sungguh, dia sangat rapat dengan anak-anak sedara...
Mak aku as his sister.. sangat rasa khilangan..sampai hari ni, kalau bukak cerita pasal arwah, mak rasa sedih. adik beradik lain yg juga kaka abangnya pun sangat sedih. Arwah paman moh anak bongsu... aku ingat lagi macam mana sedihnya bik naf (my mak sedara).. korang tahu tak, bila kita tahan sangat satu kesedihan, kita akan terlepas satu suara hiba yang agak kuat bila ada orang datang tenangkan kita.
Aku pernah masa aku terlibat dengan exciden, aku ok, tapi dak tu teruk. aku sedih, aku macam trauma, aku pk macam2, aku pendam, aku diam. Makcik-mkcik, sepupu cakap tepi-tepi, tenangkan aku, tapi aku macam.. em, entah la. tertiba, sepupu aku cakap something, padahal makcik ngan sepupu aku dah cakap pun pasal tu.. suh balik, rehat.. mak aku tak marahkan aku, cuma mak tengah belum boleh cakap dengan aku sbb sangat risau..masa tu terus, air mata aku menitik...
Yang tu lah yang berlaku kat bik naf. Bik naf dah nangis, tapi terus tahan air mata dan suara sambil baca yassin. Aku duk sebelah dia. Aku faham la perasaan dia, Bik naf macam mak aku dan masa tu pulak, Tiqa (sepupu aku yang merupakan anak bik naf) tak de kat sisi dia. Aku yang kebetulan duk sebelah bik naf, aku usap belakang dia terus, bik naf menangis yang agak kuat.. aku perasan ramai yang pandang.. bik naf tak meraung, cuma suara tangis terlepas kerana ditahan..
Jenazah sampai dalam pukul 4-5 pagi. Hada, (sepupu aku, anak pada arwah) turun dengan tenang dari van jenazah. Bik Lina (Isteri Arwah) juga tenang. Paling aku kagum, anak-anak semua sangat tenang.. cuma anak sulong yang lelaki, bila nmpak dia lap-lap jari ayah dia, untuk bagi lembut, aku dan kami semua.. ya allah sangat meruntun. Layanan seorang anak pada ayahnya...Tak boleh aku bayangkan kalau aku kat tempat dia.. Anak-anak sangat baik.. arwah paman didik anak-anak dia hormat orang lain. Arwah sndiri dihormati di kampung dan kat mana-mana pun, jadi tak hairan bila keesokan harinya, rumah sangat penuh. Guru, orang kampung jauh dan dekat.. Rumah penuh. Aku duk kat luar.
Di kubur, aku nampak sepupu aku yg pempuan. Yang memang aku rapat dari kecik. Aku terus peluk dia.. air mata memang dah nitis dah. nasi baik, sepupu ni tolong cover.. aku pun satu, tak kan nak nngis kat situ...
Masa tu mungkin sbb sangat sedih. Sbb tu gak pempuan tak boleh g kubur. Aku pernah ikut kursus pengurusan jenazah, ustaz tu tak tau la ek nak kata straight ke tak, tapi ustaz tu kata, pmpuan memang tak leh g kubur..Bila aku teringat kejadian aku terus termenangis bila peluk sepupu aku tu, aku macam akui gak lah.. tapi yang ni kena cari ilmu lagi.. kena rujuk ustaz lagi.
Al-Fatihah untuk Arwah paman moh dan semoga arwah paman moh ditempatkan bersama kekasih Allah, Nabi Muhammad s.a.w juga bersama para sahabat.. solihin, mukminin..aamiin ya robbal alamin
No comments:
Post a Comment