mypaint

mypaint
warna warni cerita hidup
Daripada Allah kita datang dan kepada Allah jua kita akan dikembalikan

Tuesday, 1 January 2013

jom, sayang Muhammad s.a.w

Allahu robbi air mata serasa ingin mengalir lagi.. Allahu robbi.. Berselawatlah wahai sahabat.. tak mampu ku katakan betapa agungnya Allah, sungguh, jutaan kalimah pun tak mampu menunjukkan betapa Allah itu agung... tetapi sungguh Allah sangat agung... Allah utuskan Muhammad s.a.w untuk kita sebagai manusia dan lebih khusus lagi untuk umat islam.
 
Berselawa mampu menghilangkan segala rasa dua, sedih dan melapangkan dada...Amalkan  lah mulai sekarang. Perbanyakkan selawat, pasti Rasulullah S.A.W juga menjawab salammu..
 
Bayangkan, dah 1400 tahun lebih Rasulullah S.AW tinggalkan kita, tetapi jika kita masih mampu untuk mengamalkan segala sunnah dan menyayangi Nabi, sungguh, kalian la yang dikata nabi dalam sabdanya bahawa kalian lah yang nabi rindui..
 
***********************
 
 
Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan 'ikhwan' baginda: "Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.

"Malaikat," jawab sahabat.

"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah.

Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, "Para nabi."

"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."

"Mungkin kami," celah seorang sahabat.

"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.

"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.

"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.
"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu.

Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.
 
***********************

No comments:

Post a Comment