mypaint

mypaint
warna warni cerita hidup
Daripada Allah kita datang dan kepada Allah jua kita akan dikembalikan

Thursday, 3 January 2013

Azam berazam...

Assalamualaikum.. hari ni aku nak kongsi azam aku tuk 2013 ni.. Harap-harapnya azam kali ni subur berbanding azam tahun lepas yang hampir subur, tapi  macam layu sikit..
 
Azam aku ni tak ikut urutan, tapi aku harap aku dapat capai..aamiin ya robb..
 
Antara azam aku >>>
 
aku nak beli netbook. Aku dah ada survey keinginan aku, Netbook ke laptop? sebab aku suka dengar lagu cd, tapi tak pe lah. Tang lagu tu aku boleh simpan dalam thumbdrive je. Cucuk je la kat netbook aku nanti. Plak laptop berat. Aku  nak yang ringan sebab aku nak bawak sana-sini senang.Aku abaikan keinginan aku nak tengok cerita kat laptop sebab aku ada matlamat miliki netbook sebab aku  nak menaip. Aku jugak mengenepikan keselesaan aku menaip kat keyboard yang besar sebab aku pernah guna netbook kawan aku. Aku selesa je pun taip guna keyboard kecik. Mengada-ngada je labih aku ni. Pulak, harga netbook yg boleh kurunding dengan diriku sendiri..
 
Aku jugak berazam untuk kembali memandu dengan lebih baik. Tahu sahaja aku exciden itu. Dan aku sangat tak boleh nak drive semula sebab bila aku berlatih drive kat laman rumah, aku dah kurang peka. Mata, tangan dan kaki. Aku  jadi putus asa tahun lepas sebab macam malas, tapi bila tengok mak abah susah dngan aku, aku tekad. aku kena jugak..
 
Lagi, aku nak jadi penulis. Keh keh keh. Aku  nak buat cerita. Aku nak hantar dan pastikan karyaku terbit..aamiin...
 
Herm, lagi aku nak kahwin. Hekhekhek.. moga-moga allah mudahkan urusan dan murahkan rezeki dan lindungi kami semua..aamiin.. moga allah satukan hubungan kami dengan ikatan  yang sah  dan dikurniakan anak2 yang soleh solehah dan sihat..aamiin..(Doakan sy ek, doakan kita)
..
 
Herm, tang ibadah ni patutnya tiap hari kena lebih baik... ha, cam ne... solat tak nak tinggal, solat di awal waktu,..solat berjemaah, solat2 sunat, bangun malam tuk tahajjud, puasa2 sunat, sedekah... ha, boleh dapat? pelan2 kayuh, tapi buat okeh!!!  ^_^
 

No comments:

Post a Comment