mypaint

mypaint
warna warni cerita hidup
Daripada Allah kita datang dan kepada Allah jua kita akan dikembalikan

Friday, 28 February 2014

Offer Insurans punya cerita

Alhamdulillah..masih bernyawa hingga ke hari ni dan semalam, Allah beri satu lagi pengalaman hidup..
meniti usia 26 tahun ni, aku memang masih kurang ilmu tang insurans walaupun pernah search kat tenet. Dan masa renew akaun agrobank, staf kat bank tu ada bagitau pasala insurans agrokasih.. aku faham dan aku setuju je la..

Dan semalam, ada phone call, no pejabat, aku terus angkat..sebab kot aku dapat panggilan temuduga ke yg pnting2 lain..

Dan lepas tu, orang tu kenalkan diri dia dan entah la knp aku bagi dia cakap panjang lebar, pasal insurans..aku macam tak percaya, yang aku ni pun sangatlah lurus aku cakap, ni betul ada kjasama dengan cimb ke? dia kata memang ye.mula2 tu dia kata, perbualan dirakam. Aku memang pernah dapat call dari entah mana2 syarikat yg kata perbualan dirakam tapi bukan pasal insurans, pasal en. PT. Pas tu dia ada kata la nnti dok akan hantar bla bla bla..

Awat aku setuju???

Bila aku pk balik, aku tak minat sangat dengan plan dia. Plan perlindungan untuk kanser..bukanlah nak kata aku ni akan sihat terus. diharapnya macam tu la. tapi aku tak minat plan dia.. yang aku kata ya tu kenapa? huhuhu..

Dan lagi, kalau memang betul syarikat ni kjsama dengan cimb, aku tak kisah la sangat walaupun kisah jugak sebab gaji aku bukan banyak pun, nak potong insurans la, pt lagi.. nak saving lagi, nak bayar makanan Myvi tu lagi..macam2 nak guna..patutnya mungkin aku boleh hold dulu tuk ambik insurans..tapi dah terjawab ye..
bila search kat tenet rupanya memang ada kes penipuan caller dri org2 macam ni...so, aku makin tambah risau...

Then, teringat sorang kawan sekolah rendah aku yang kerje kat cimb.. (hikmahnya bila Allah temukan aku dengan dia di cimb..tak ku duga, tak kusangka...Allah yang maha berkuasa, cantik sahaja aturanNya). Dan aku tanya dia, then, dia kata memang sun life ni kjasama dengan cimb, so that, insya-allah, memang betul la apa yang en syukri (caller) tu cakap. 

Aku dah lega dah sikit kat situ, tapi isnin ni aku kena jugak ke CIMB pasal kes lain tapi dah alang2 jadi kes macam ni, aku rasa aku kena tanya la jugak org tu pasal sun life ni..ha, yang kes lain ni, adik aku punya hal, tapi sebab aku jugak la.. nak cepat punya pasal dah jadi lambat..konon, aku suh dia ke bank, keluarkan duit aku dri ATM, aku bagi no pin kat dia, aku ke library nak pulang dan pinjam buku... then tengah belek-belek buku, ada sorang budak ni tegur aku. 'N, no pin salah. Dah lebih 3 kali.' 

Tak ke dah makin melambatkan keje yang aku nak cepat????
then, pegi bank, beratur, dah nak pukul 4. Pukul 4, bank tutup pintu untuk masuk, tinggal la kekitaorang yang masih belum siap urusan. Sampai kat depan,a ku cakap pasal no pin tersalah, dia suh pegi kat meja belah sana...tengok, ramai orang,,, jadinya, kitaorang keluar je la dari bank tu...

Kesimpulannya, hari isnin kena la pegi CIMB untuk 2 urusan...

Dan untuk pengalaman aku tadi, lepas ni, kalau ada caller pasal insurans, cakap je tak beminat. Ape pun dia cakap, cakap je tak berminat, tak berminat, tak berminat, saya dah ada insurans (walopon tak de), saya tak minat. Kalau dia kata insurans kami lain, perlindungan gini gini gini.. cakap jugak, saya minta maaf, saya tak boleh, tak minat, tak nak...

Aku rasa sekalipun insurans tu sah, lebih baik kita berjumpa face to face kat opis yang sah tu la jugak.. 

Hem, setiap hari belajar daripada kehidupan... dan jangan lupa ucap syukur pada Allah atas segala nikmatNYA... moga Allah berkati kehidupan kita di dunia dan akhirat, moga Allah panggil kita dalam keadaan yang paling Allah redha..amiiinnnn...

Thursday, 27 February 2014

tazkirah pagi jumaat

Segala puji bagi Allah atas segala kurniaanNYA kepada kita. 
Alhamdulillah, Allah beri pinjam nikmat lagi untuk kita . Nikmat nyawa, sihat dan yang penting islam dan iman dalam diri kita seterusnya diterjemahkan dalam kehidupan seharian kita dan penterjemahan itulah yang sukar untuk kita laksana. Mengucap Alhamdulillah mungkin kelihatan mudah dan bagaimana kita serap kalimah itu ke dalam jiwa kita. Insya-allah, sama-sama kita perbaiki diri..

Dua tiga hari lepas, agaknya terlebih makan, tengah malam, perut terasa sakit. Setelah beberapa minit, perut masih sakit, dan masa tu.... Allah, pinjamkan aku lagi nikmat sihat...
Sungguh, bila sakit, badan akan sangat lemah, langsung tidak berdaya.. patutlah pun kalau orang sakit tu tak de semangat nak buat apa-apa dan ada yang hilang motivasi pun nak buat apa-apa sebab dah sakit.. masa tu aku rasa macam tu. Rasa macam tak nak buat apa-apa, rasa macam lost sebab sakit.
Alhamdulillah, dengan sakit tu, Allah beri peringatan untuk beringat menjaga pemakanan.

Berusaha menjaga pemakanan dan kesihatan dan selebihnya, bila Allah tetap nak beri ujian dengan kesihatan yang kurang baik, tetaplah bersyukur kerana dengan itu mungkin kita ada lebih banyak masa untuk beribadat kepada Allah. Dari zikir, mengaji quran, mendengar ceramah dan mungkin kemudian, kita boleh sampaikan sesuatu kepada orang lain sama ada melalui lisan atau mungkin melalui jari-jari yang menaip di keyboard atau lebih canggih, touch je kat skrin..

Melihat segala sesuatu dengan pandangan mata iman. Moga kita dapat melakukannya begitu.. insya-allah..

Bila Al-Quran Berbicara


Alhamdulillah..
hem, saya nak cakap apa lagi...

Masa kat sekolah tadi, kitaorang isi borang yang ustaz minta. Borang tu borang maklumat peribadi kitaorang yang ustaz akan simpan dalam fail dia untuk rujukan dia. 

Nama
Tarikh lahir
Alamat
No Kad Pengenalan
Kelulusan
Pengalaman mengajar 
dan sebagainya lagi yang perlu..

Dan dah tentunya untuk pengalaman mengajar aku tak tulis pun.. Kelulusan pun aku tulis hingga STAM je.. Kalau aku tulis aku ada degree mesti makin banyak soalan diaorang tanya. Dan dari awal lagi pun, aku tak bagitahu yang aku ada degree. Degree tu sangatlah bermakna untuk aku.. pengalaman dan ilmu sepanjang tiga tahun di bumi UUM, ditambah pengalaman praktikal di MPK.. semuanya tu bermakna. Bertambah makna dengan kehadiran sahabat yang sentiasa ingatkan aku. Ukhwah yang terjalin masih kekal dan semoga terus diredhai Allah...Ada banyak perkara yang tak terjangka pastinya... 

Aku yakin kalau orang lain pun ada pengalaman2 tu.. jadinya, hidup aku sama jugak macam 
orang lain. Cuma, Allah beri sesuatu tu mungkin berbeza tapi apa yang Allah nak sampaikan sama..

Sama macam yang ada dalam Quran...

Mungkin kita rasa benda tu tak best tuk kita tapi Allah lagi tahu kalau apa yang Allah beri tu, yang tu lah yang terbaik..
Allah beri sesuatu tu sesuai dengan kekuatan kita...
Allah bagi banyak nikmat tapi hanya sikit je yang bersyukur..

Ni memang random sahaja dan sangat ringkas jadinya, silalah ambik quran tafsir. ambik masa kita sekejap dalam masa 24 jam x 60 minit =1440 minit..ambik la 5 minit pun dah ok. Ada lebih lagi 1435 minit lagi dalam satu hari..ambik 5 minit, selak random sambil yakin dalam hati, minta pada Allah, nak Allah bagi petunjuk, yakin dengan Allah, insya-allah, Allah tunjuk pada kita ayatNYA.. yang dekat dengan kita..yang kita akan rasa betapa Allah sangat dekat dengan kita insya-allah...

So, apa kaitan borang peribadi dengan ini..entah le ada kaitan ke tidak.. yang aku pasti, dari tahun 2012 ajar budak besar baca quran, aku rasa tahun ni kena ada kelainan sikit. Sebelum ni bukan tak terfikir nak buat kelainan tapi bila dah suasana memang begitu dari awal, so, aku sebagai insan baru masuk kat situ akan rasa macam-macam bila nak start something new (konon-kononnya)..

Insya-allah, akan dimulakan minggu depan..

>jom baca quran..
 

Tuesday, 25 February 2014

antara minit dalam hidupku

alhamdulillah..
ok.. sebelum berpanjang2..ini adalah luahan rasa aku..
alhamdulillah..
entahlah, wlpun macam2 rasa tapi rupanya, hanya Alhamdulillah.. sebab, allah bagi nikmat yg aku tak terjangka.. allah sahaja yang tahu macam mana hati kita rasa bila saat ujian tu Allah beri. Memang orang muslim, allah akan uji. Ujian yang macam2 bentuk. 

Sekarang..aku rasa... aku rasa Allah mudahkan segalanya.. hati aku tak membenarkan apa aku cakap tadi..sebab tadi aku bercakap dengan dia yang jauh..ada perkara yang aku ucapkan mungkin menyebabkan dia terasa..aku tak nak cakap apa yang aku dah cakap tu tapi aku nak dia tahu betapa sedihnya aku... tapi sebenarnya, Allah nak suruh aku istighfar dan bersyukur..itu yang lebih penting.. selebihnya adalah urusan Allah bagaimana Allah akan mengadili setiap manusia.. Allah yang lebih tahu, Allah yang adil.maha segalanya..

Untuk dia..yang aku rasa, insya-allah, dengan izin Allah, dia akan baca post ni. Aku minta maaf..

Syukur juga, tadi, tiada ungkapan yang boleh buat jiwa terawang2...Semoga Allah lindungi kami semua..lindungi kita dan mempermudahkan segala urusan kita...

Wednesday, 19 February 2014

Denyut Nadi Pejuang

 “Allah!”

Asma’ tersedar. Bangun dari pembaringan, masih terduduk di atas katil. Peluh merenik di dahi.

“Kenapa Achik?” Soal Along serba putih dalam pakaian telekung, sedang bersedia untuk Tahajjud. Dating dengan Pencipta. Rutin malamnya. Asma’ memandang kakaknya, Syuhada’ Dahinya berkerut. 

“Kenapa Achik?” Syuhada’ menghampiri dalam telekung putihnya. Melabuhkan duduk di tepi katil adiknya. Nafas Asma’ masih kelihatan deras tercungap. Syuhada’ beristighfar dan kemudian berselawat. Bibir Asma’ kelihatan turut sama bergerak.

“Pergi basuh muka. Wudhu’ sekali. Allah ajak Achik jumpa DIA agaknya.” Kata Syuhada’ lembut sambil memegang bahu adiknya.

***

Di meja makan, seperti biasa Walid menadah tangan, diikuti jemaah masjid kecil itu. Memohon keberkatan dalam setiap rezeki yang Allah berikan. Ummi yang sentiasa prihatin menyedari perubahan si puterinya itu.

“Achik, makan dulu yer.” Lembut bicara Ummi. Asma’ memandang Ummi. Ummi angguk senyum memberi isyarat. Asma’ angguk kemudian. Walid hanya tersenyum. Tenang dan syukur melihat prihatin dan kasih seorang isteri dan ibu itu. Angah dan Uda enak menyuap mee goreng sebagai sarapan pagi hari sabtu.

 ***

Mentari belum cukup terik. Selesai mengemas di dalam rumah, halaman rumah menjadi sasaran. Ummi melihat tanaman di pasunya. Cuma ada serumpun serai, beberapa batang pokok kunyit, dua pasu daun cekur, dua pohon lengkuas, ada  4 batang pokok bunga kantan. Itu pokok-pokok yang asas dalam masakan Ummi. Walid pula sedang membaca di ruang luar tepi rumah itu. Bersama Asma’ dengan sebuah buku di tangannya. Ada meja dan kerusi kayu dan boleh nampak Ummi dari situ. Syuhada’ melayan kerenah kucingnya. Angah ada di dalam rumah bersama Uda. Entah apa projek dua orang mujahid itu.

Tiba-tiba telefon bimbit Walid yang berada di atas meja berhadapan Walid berbunyi. Walid segera mengangkat. Asma’ dapat dengar jelas tatkala salam diberi. Ada pertanyaan khabar juga. Asma’ tidak berniat mahu memasang telinga, tetapi Asma’ yang sedang membaca itu begitu dekat dengan Walidnya,

“Bila ustaz?” Soal Walid.

Diam.

“Insya-allah, saya datang. Harap-harap ada rezeki nak ke sana. Bantu saudara kat sana.” Kata Walid kemudian.

“Insya-allah. Terima kasih ustaz. Assalamualaikum.” Dan telefon bimbit diletakkan kembali di atas meja. 

Asma’ pandang ayahnya.

“Em, maaf walid. Achik terdengar apa walid cakap tadi.”

“Tak pe. Bukan apa-apa.”

“Tapi, pasal saudara tadi…”

“Owh. Majikan walid nak ada kan mesyuarat. Insya-allah ada orang boleh dihantar ke Palestin.”

“Palestin? Walid nak pergi?”

“Insya-allah.”

“Tapi kan bahaya.”

Walid tersenyum.

“Apa yang bahaya?” Walid memandang puterinya, kuntuman mawar itu semakin mekar cantik. Semoga dapat dipagari tanpa ada yang memetik rakus.

“Ye lah. Kan ada perang-perangla. Nanti kalau.” Ayat Asma’ terhenti di situ. Walid memandang tersenyum. Ada kerisauan di hati si anak itu. Anak yang perlu diberikan pencerahan disebalik kabur emosi. Ummi berjalan menghampiri kekasih hatinya.

“Achik takut walid ditembak?” Soal Walid.

Asma’ jadi terkejut. Bukan Angah tak beritahu bagaimana keadaan Palestin, bukan Along tak cerita bagaimana sukarnya bantuan disalurkan untuk saudara di sana. Tapi…malam tadi…

“Walid..Achik..”

 Walid menunggu bicara seterusnya.

“Achik..Achik..”

“Yer... Walid ada kat sini.”

Asma’ memandang wajah ayahnya. Ada resah dengan kerutan di dahinya.Asma’ mengumpulkan kekuatan. Tangannya makin erat pegang buku di tangan.

“Achik..” Walid masih menunggu setia.

“Achik...Achik mimpi Achik kena tawan.” Walid tersenyum kecil. Walid, sentiasa saja dengan senyumnya. Tegas dalam syariat tetapi sangat lembut dalam mendidik.

“Herm, Achik buat apa?” 

“Achik tengah bersedia nak serang penjahat tu dengan ada sorang lagi mujahidah, tapi lepas tu ada lagi sorang berpakaian macam mujahidah. Achik ajak dia sembunyi dengan Achik. Sebab kami satu pasukan. Bila dia datang dekat rupanya, dia orang jahat, Dia terus tawan kami.” 

Laju Asma’ bercerita dan air mata Asma’ menitik tiba-tiba. 

“Achik, Achik tak dapat buat apa-apa. Sebab salah Achik panggil orang tu, kami ditawan. Kesian mujahidah yang sorang lagi.” Dalam esakan Asma’ menceritakan. Syuhada’ yang terdengar esakan adiknya berhenti melayani kucing-kucingnya. Ummi mula duduk di sebelah si puteri. Memeluk menenangkan. 

“Subhanallah.” 

Asma’ memandang walid tidak mengerti. 

“Mungkin, ada perjuangan yang perlu dilaksanakan.”

Asma’ diam masih cuba berfikir mengertikan kata Walid. “Mungkin mimpi itu mainan tidur, tapi barangkali mimpi juga boleh jadi satu petunjuk untuk kita.” Walid mula memberi panduan.

“Kalau Achik nak anggap ia sebagai mainan tidur terpulang. Tetapi, kalau Achik nak anggap ia satu petunjuk pun terpulang pada Achik. Sebab yang tahu apa Achik rasa, dan apa Achik buat, hanya Allah.”

“Maksud Walid?”

“Kita ada adab sebelum tidur, dan adab-adab itu sedikit sebanyak membantu kita untuk mengelakkan daripada tidur dan mimpi yang diganggu syaitan.”

“Walid, Achik selalu ambik wudhu’ sebelum solat. Kadang-kadang dia baca buku dulu...”

Syuhada’ memandang adiknya.

“Ops, agaknya, Achik ada baca buku perang tak sebelum tidur?” Soal Syuhada’ kemudian.

“Achik pinjam buku Palestin akak tu.”

“Ha, macam mana tu walid? Mungkin sebab Achik baca buku tu, dia mimpi macam tu.” Syuhada’  menyoal.

“Herm, macam walid kata tadi. Tak salah Achik nak ambil mimpi tu sebagai petunjuk kerana walaupun mimpi tu mimpi yang tak baik, bila ditawan tapi dari satu sudut, ia satu petunjuk kepada kita supaya tak leka.”

“Maksud Walid?”

“Hari ni, ada tak dakyah kristian sampai pada kita?” Soal Walid.

“Erm, pada mata kasar tak nampak walid tapi kalau dilihat betul, ada.” Jawab Syuhada’ yang lebih dewasa.

“Melalui apa?” Soal Walid lagi.

“Media yang banyak tunjukkan hiburan, fesyen, makanan, sukan. Secara halus, dakyah mereka sampai pada setiap orang, em, majoriti orang. Em, juga fahaman-fahaman barat yang menyalahi sunnah.” Syuhada’ menjawab yakin.

“Betul, mereka sangat pandai dan faham. Jika islam ini diganggu secara terang-terangan, umatnya akan bersatu. Bayangkan, umat islam dari seluruh dunia datang bergabung, mereka akan kalah. Tetapi, perlahan-lahan, mereka menjauhkan al-qur’an dari umat islam, mereka menidakkan hukum islam dan akhirnya, umat islam hilang kekuatan dalaman yang menyebabkan kekuatan luaran juga terkesan. Kita jadi lemah.” Panjang lebar Walid memberi penerangan. Memandang ketiga insan amanahnya itu.

“Kekadang kita akan terkeliru dengan perjuangan kita. Kita akan buntu, terhenti, tetapi dengan Allah, insya-allah, Allah akan beri petunjuk.” Kata Ummi pula. Walid tersenyum memandang ummi.

“Ini bukan tentang mimpi lagi tapi peringatan untuk kita sebagai umat islam hari ini. Generasi hari ni dah sangat sakit dengan segala gejala sosial. Macam mana pula Achik, Along nak tengok generasi akan datang?”

Syuhada’ diam. Dalam hati mengakui. Tugas berat dibahu.

“Oh, ada usrah, tak panggil kitaorang.” Uda muncul bersama Angah dengan sesuatu di tangannya. Laptop.

“Yang hangpa duk sibuk duk kat dalam tu buat apa?” Jawab Syuhada’ selamba.

“Kitaorang bukan duduk saja la.” Balas Uda sudah pun duduk di kerusi kayu yang masih kosong. Syuhada’ tersenyum walaupun telah tahu tak kan mungkin ia cuma duduk saja.

“Cuba Walid tengok kalau ada kekurangan, kitaorang boleh baiki.”  Kata Angah sambil membuka laptop hadiah daripada walid bila itu Angah dipilih sebagai Ketua Pilihan ketika kem Generasi Akhlak Alqur’an setahun yang lepas. Butang on ditekan.

Rentak perjuangan itu kedengaran. Along sengaja menaikkan volum bagi wujud semangat. Paparan skrin menunjukkan satu pasukan sedang bergelut menewaskan pasukan yang lagi satu. Asma’ melihat tekun. Dia boleh mengerti antara dua itu, pasukan mujahid itu sepertinya dalam mimpinya malam tadi. Suara takbir bersilih ganti. Pasukan berkuda, memanah dan pasukan pedang cukup tangkas menewaskan musuh. Dengan bendera kalimah La ila Ha illallah yang berkibar. Sedang padang itu semarak dengan api perjuangan tiba-tiba, paparan skrin bertukar rentak. Gambar lelaki dan perempuan berdua-duaan, dengan lagak mesra, pastinya belum ada ikatan yang sah. Gambar anak-anak muda melepak, menghisap dadah, berhibur di dalam kelab kelihatan. Tidak lama kemudian, ada gambar bayi dalam tong sampah. Gambar-gambar bayi yang menyayat hati terkulai layu. Tidak lagi kelihatan seperti asalnya kejadian tika dilahirkan.

“Allah.” Ummi menutup mulutnya. Serentak mereka memandang Ummi. Perasaan seorang ibu itu terlalu halus.

Paparan skrin kemudian beralih lagi pada petikan kata-kata semangat perjuangan daripada ulama’ dan para panglima muslim.

“Subhanaallah. Mantap.” Kata walid sebaik video itu tamat.

“Ada yang perlu dibaiki tak walid?” Angah memandang walid penuh mengharap pandangan dan nasihat.

“Alhamdulillah. Angah buat yang terbaik. Cuma, kalau Angah sempat, ada masa, boleh Angah buat video lain lagi. Untuk back up dan penambahan pengisian.”

“Insya-allah boleh.” Angah tersenyum. Tugas itu kelihatan mudah tetapi bukan boleh dibuat seremehnya. Ia perlu diniatkan dengan ikhlas untuk redha Allah semata. Yang memberi hidayah itu Allah. Tugas mereka adalah menyampaikan.

“Em, Angah boleh buat video untuk beritahu apa peranan kita. Khasnya pemuda. Sebab audiens ni nanti mahasiswa?” Soal Walid. Menunjuk ajar.

“Em, Walid, macam mana kalau Angah cuba terapkan semangat Khalid al-Walid, Muhammad Fateh, Salehuddin Ayub dan yang lain-lain dalam kehidupan sebagai pemuda, mahasiswa?”

“Bagus.”

“Jangan lupa Angah, khususkan satu bahagian dalam video Angah untuk perjuangan wanita. Angah tahu kan, sekarang wanita mahu berjuang mendapat keadilan, hak sama rata la. Kadang-kadang ada cara yang tak betul dan memalukan. Malah ada yang pertikaikan hukum Allah. Angah sediakan bahagian perjuangan wanita berlandaskan syara’ serta macam mana serikandi islam dulu berjuang, Saidatina Khadijah, Sumaiyah, Fatimah dan yang lain.”

“Subhanallah. Alhamdulillah.” Ucap Angah penuh syukur. Riak kegembiraan terpamer.

“Em, tapi sempat ke walid nak tayangkan semua?” Walid memandang mujahid itu.

“Sebelum tanya itu, tanya diri kita, sempat tak aku nak buat semua ni?”

Angah tersengih.

“Terima kasih Walid. Bukan apa, Angah risau tak sempat. Tahu aje lah, Masa yang dibagi tak banyak.”

“Insya-allah, kalau tak sempat pun, masih boleh ditinggalkan warisan ilmu ni.”

“Macam Rasulullah S.A.W. Baginda tak jumpa kita tapi baginda tinggalkan kita dua perkara yang kalau kita ikut, kita tak kan sesat.”

“Al-qur’an dan sunnah.” Achik menjawab penerangan Ummi.

“Bijak serikandi ni.” Ummi mengusap kepala Asma’.

“Achik dah dapat apa yang Achik nak buat tentang mimpi Achik tadi?” Soal Ummi kemudian. Tidak mahu membiarkan bakal mujahadah itu terkontang-kanting sendirian. Asma’ memandang ummi, beralih pula kepada walid. Angah dan Uda yang tidak tahu pangkal cerita hanya mendengar dan Syuhada’ setia menunggu jawapan.

“Mungkin sebab Achik baca buku tu sebelum tidur, Achik termimpi, tapi Achik rasa lepas apa yang walid cakap, mungkin ni satu teguran untuk Achik.” Bicara Asma’ nampak matang dari usianya yang menginjak 13 tahun.

“Teguran apa?” Ummi menyoal bagi si kecil itu yakin.

“Mungkin ada silap Achik buat yang Achik tak perasan, Mungkin Achik leka sangat hingga Achik tak perasan perkara tu salah walau luarannya nampak baik.”

Ummi memandang Asma’. 

“Macam tu kot Ummi.” Kata Asma’ memandang Ummi

Ummi tersenyum kemudian.

“Tak apa. Manusia memang akan terus buat salah. Tetapi jangan biasakan membuat salah, sebaliknya berusaha untuk tidak melakukan kesalahan. Bila ada kesalahan, kita sedar dan kita kembali kepada Allah.”

“Yup, kepada qur’an dan sunnah.” Celah Uda mantap dan yakin.

“Alhamdulillah. Setiap kita perlu berjuang. Mungkin perjuangan tidak besar, tapi mulakan dengan perjuangan yang kecil. Mulakan dengan diri sendiri, dan diiringi dengan yang lain. Perjuangan itu luas, dan kita boleh berjuang dengan pelbagai cara yang kita mampu. Tenaga, masa, harta dan jiwa. Gunakan keempatnya itu ikut kemampuan. Insya-allah, allah akan bantu kita.”

“Amiin.”Serentak mereka menjawab. Walid melihat jam di tangan. 10.15.

“Masih sempat dhuha ni.”

“Ya Allah, terlupa pulak.” Ummi bangun.

“Uda dah tadi dengan Angah.” Uda tersengih.

“Iyer, kitaorang pulak.” Syuhada’ menepuk bahu adiknya. Walid bangun dan melangkah masuk, diikuti Ummi, Syuhada’ dan Asma’.

“Angah, nanti Achik nak tengok lagi video tu ye?” Sempat Asma’ meminta.

“Yer, Insya-allah serikandi mujahadah.” Asma’ tersengih mendengar doa’ abangnya.

Tuesday, 18 February 2014

Kembali memandu

Alhamdulillah..
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Never stop to zikir. Kalau boleh, cuba didik hati untuk lihat apa pun, kita sebut nama Allah, Subhanallah, masya allah, alhamdulillah. dan insya-allah, secara tak langsung, secara tak sedar kita akan sebut semua tu dan kita tak tersangka..

Alhamdulillah, baru beberapa minggu kembali drive setelah agak trauma dengan apa yg telah berlaku, alhamdulillah, aku semakin berhati-hati dan semakin belajar melihat mana silap aku hari ni? apa salah aku hari ni? apa yang aku kena improve? apa yang aku kena betulkan?

Tahu saja, atas jalan raya, macam-macam kerenah pemandu. Keadaan trafik pun kadang-kadang ada masanya sangat sibuk, dan adakalanya sangat tenang. Makanya, aku kena sentiasa ingatkan diri. Dan aku manusia yang sama macam orang lain, jadinya, kadang-kadang ada masa terlupa, tapi, kemudian, Allah ingatkan dengan banyak cara dan cara yang masih Allah pinjamkan kepada aku ialah......
emakku.. she is very the very very very very..tak cukup nak tulis, tapi emak la yang sangat rajin menasihat dan ingatkan aku.. 

Lagi sekali, aku sama macam anak perempuan orang lain yang mak dia sering nasihatkan atau dalam kata lain, kita katakan, membebel.. hahaha...itu la dia. Bebelan emak tu dah buat aku jadi lali, aku terima je walau memang rasa nak muntah dah telan..hakhak.. seyesly..mak memang nasihat aku tak jemu, macam apa..hinggalah segala nasihat mak dah tertanam..cuma kalau terlupa sekejap, kena usik sikit je aku ingat balik. Betapa la powernye nasihat emak..dan dah tentu, abah pun memang suka kalau cerita cara-cara nak memandu dengan berhemah ni. walaupun abah bukan guru memandu..hakhak..

Ape-pun, bila aku semak-semak semula, bila aku harapkan Allah bagi jawapn pada aku atas segala yang berlaku, Allah memang beri jawapan tu..

"Apakah kamu mengira kami akan membiarkan kamu berkata "Kami telah beriman." Sedangkan kamu belum diuji?...." -Surah Al-ankabut;2-3

Dan lagi, tentang syukur. Allah beri ujian untuk lihat tahap kesabaran dan tahap kesyukuran kita. Bukan Allah yang nak tengok, tapi kita sendiri. Allah dah tahu awal-awal lagi tahap kesabaran kita, sebab tu Allah bagi ujian tu pada kita, tapi Allah nak bagitahu kita tahap sabar dan syukur kita tu di tahap mana dan di mana kita perlu perbaiki tahap tu..

Aku tak dapat semua ni sendiri. Aku dapat semua ni daripada apa yang Allah beri pinjamkan kepada aku. Moga ia bermanfaat..


Saturday, 15 February 2014

Cerpen: Foto Jiwa



Dingin embun pagi masih terasa. Aliza menikmati keindahan matahari yang masih malu menampakkan sinar wajahnya, dari ruang beranda rumah wan. Kicau burung pagi menerbitkan senyum manis di bibirnya. Dalam kepala memang dah tak de langsung pasal kerja yang menimbun. Memang awal-awal dah dia pesan pada diri sendiri, “Aku tak nak ingat satu apa pun pasal kerja ni. Aku tahu, balik ni, nak rehat. 3 haribulan aku balik.” Begitu kata dia pada Ruzi, rakan sekerjanya. Ruzi sambut dengan gelak siap dengan mencebik lagi.
Ye je la Aliza tu. Aku tengok sikit. Tiap kali cuti cakap macam tu tapi belum pun sampai kampung dah call ke office. Macam-macam dia tanya. Kali ni Aliza macam tekad sebab dia memang bengang dengan bos nya yang selalu sangat cari salah dia. Sampai ada yang kata dia kena buli.
“Kurrrrr..kurrrrr.” Suara wan gema dari belakang kedengaran. Wajah bos yang tiba-tiba hampir nak menampakkan muka tu berkecai. Aliza sengih. Menang.
Aliza terus berdiri di beranda itu. Memandang suasana pagi kampung yang damai dan tenang. Udara pagi yang bersih di kampung itu sangat digemarinya.
“Apa yang cucu atuk menungkan tu?” Suara atuk mematikan segala rasa. Aliza berpaling. Atuk dengan langkah perlahan kemudian duduk di kerusi rotan yang tersedia di beranda itu. “Tak ada la tuk. Tengok kampung ni. Cantik kan?”
“Memanglah cantik. Atuk dah tak pelik dah.”
Aliza tersenyum. “Ye lah, atuk dah hari hari tengok. Iza ni...”
“Ha, tahu pun. Kenapa susah sangat nak balik?”
Aliza tersenyum tawar. Duduk di kerusi rotan sebelah atuk kesayangannya. “Banyak kerja tuk.”
Atuk memandang Aliza. “Yelah, sampai tak sempat jumpa atuk dengan wan.”
Aliza memandang rajuk atuk itu. Di peluk leher tua itu. “Ni kan Iza dah cuti panjang, dapat la jumpa atuk.”
“Entah-entah, nanti ada pak we pulak telefon suruh balik.”
“Ish, atuk ni, mana ada pakwe pakwe la..”
“Tak kan takda.”
“Atuk ni.” Atuk ketawa. Memang Aliza tak pernah cerita apa-apa pasal sesiapa sahaja yang istimewa. Yang Aliza cerita cuma tentang kerja dia. Itu pun sikit sahaja.
“Iza nak pergi kat wan la.”
Aliza masuk ke dalam rumah sekejap dan kemudian muncul dengan bertudung. Aliza melangkah turun dari rumah. Selipar jepun merah jambu itu disarungnya dan menghampiri wan yang sedang membelai-belai pokok-pokok tanamannya.
“Wan, kita pergi kutip pucuk paku nak?” Aliza mengusik-ngusik pokok lada yang tertanam segar di belakang rumah itu.
“Tak nak la wan. Semalam hujan. Basah paya tu.”
“Lah, dah nama paya. Basah lah. Wan takut pacat kan?” Aliza mengusik. Wan diam sambil meneruskan kerjanya. Pantang sebut makhluk itu, wan dah rasa geli geleman.
“Oklah, kalau wan tak nak, Iza pergi beli sayur nanti. Nak sayur apa tengahari ni?” Soal Aliza.
Wan memandang. “Wan teringin nak makan bayam.”
“Lagi?”
“Ikan ada lagi. Kalau Iza nak makan ayam, mintak atuk tangkap je ayam kampung ni.”
Aliza tersengih. “Ok. Beres.”
*****
Sarapan mee kuning basah pagi itu memang menaikkan selera Aliza. Dan kuantiti yang diambil Aliza masa bersarapan dengan atuk dan wan tadi memang boleh buat Ruzi yang jaga badan itu menggeleng gerun. Siap menunaikan Dhuha, Aliza menyarung tudung dan melangkah keluar dari biliknya. Menyalami tangan atuk dan wan sebelum melangkah keluar. Ambil berkat
“Atuk, kat mana kunci kereta?” Sengaja cuti kali ini dia menikmati perjalanan menaiki bas. Mengimbau memori zaman belajar dulu.
 “Ambik dekat atas almari tv tu.” Dan Aliza terus mengikut arahan tersebut. Tangan keduanya disalam. Dan tidak lama, kancil putih itu meluncur keluar.
*****
Aliza memandang deretan ikan yang tersedia untuk dijual. Ikan tersebut masih segar. Aliza tersenyum sendiri. Tidak lama kemudian, dia ke bahagian sayur-sayuran. Beberapa penjual menjual sayuran yang hampir sama. Tidak tahu mahu memilih yang mana satu dan akhirnya dia berhenti di satu kedai.
“Bayam berapa?” Soal Aliza memandang jurujual itu. Terhenti segala rentak tiba-tiba.
“Umar?” Cepat nama itu ditutur walau tidak pasti. Tapi sebab topi yang dipakai tu. Bukan semua orang kenal topi yang ada tulisan huruf UMAR secara bersambung dan terbalik itu.
“Ye,Umar la ni.”
“Umar?”
“Ye saya.” Umar mengoyak sengih melihat Aliza yang masih tidak percaya.
“Saya kena ambik autograf ni.”
“Haish, saya jual sayur je.”
“Awak salah la. Penjual sayur dalam kurungan. Ambik ilham kat pasar ke?” Umar tergelak lagi, Menggeleng.
“Balik kampung. Saja tolong ayah sedara. Kejap, awak kenal saya, tapi saya tak tau nama awak.”
“Ye lah kan, saya tak glemer macam awak.” Senang sahaja Aliza boleh mesra dengan Umar ni sebab dah kenal Umar melalui internet. Kenal di alam maya kerana minat dengan karya Umar.
“Tengok tu. Saya nak tau nama awak, bukan glemer ke tak?”
Aliza tersengih. 
“Aliza.”
Umar seakan berfikir seketika. “Aliz liz liz alis mataku?”
Spontan Aliza tergelak.
“Kenapa awak ingat?”
Umar pula tergelak. Mana tahu kalau dia nak teringat bila salah seorang pengunjung blog nya saja mengusik dia dengan Aliz liz liz alis mataku. Tambahan gambar yang dia update hari itu adalah berkaitan dengan mata. Mata manusia yang menunjukkan pelbagai riak.
“Awak nak beli sayur saya ke tak ni?”
“Eh, nak la. Mengamuk wan saya  nanti.”
“Wan?”
“Atuk nenek saya la.”
“Eh, ambik dua ikat tau.”
“Amboi banyaknya.” Aliza hanya tergelak.
“Esok datanglah lagi. Saya ada kat sini sampai tengahri.”
“Banyak cekadak awak nak datang hari-hari. Belanja air minum kancil atuk saya.”
“Em, kalau saya datang umah atuk awak?”
“Hish, nak buat apa?”
“Cari ilham. Mana tau dapat idea.”
“Herm, awak kena bersilat dengan atuk saya dulu.”
No hal.”
Aliza keluarkan duit kertas warna hijau.
“Saya ambil nombor Aliza. Esok saya call kalau saya jadi datang.”
“Hem, sekejap.”  Umar hulur bayam yang sudah dibungkus dalam plastik. Aliza ambil.
Dan kemudian Umar menekan nombor yang disebut Aliza.
“Ok, terima kasih ye.”
“Sama-sama, Hati-hati drive.”
Aliza angguk berlalu. Ni la lelaki. Rajin no nak wish take care, sweet sweet la ape la. Yang kau pun satu wahai wanita, cepat sangat hati nak terusik.
******
Aliza meletakkan bungkusan di atas meja. “Okey, wan, mulakan operasi.” Wan yang sedang membasuh beras memandang cucunya.
“Operasi apanya.”
“Ni.”
“Banyaknya.”
“Tak la. Sikit je. Buat hari esok sekali. Lagipun, dah rindu air tangan wan.” Aliza menyengih. Wan geleng kepala. Apa la sangat kalau masak bayang goreng dengan ayam kampung masak lemak cili api. Aliza terus naik ke ruang tau. Meletakkan kunci kereta ke tempat asal.
“Kancil putih selamat berehat wahai datuk tertampan.” Aliza memberi laporan.
“Kenapa dengan cucu atuk ni. Jumpa pakwe ke kat pasar tadi.”
“Haish.” Spontan.
“Kenapalah kamu alah sangat dengan perkataan tu.” Aliza tersengih. Melangkah ke dapur. Atuk ikut ke dapur. Tekak rasa kering.
“Atuk, wan, hari esok mungkin ada kawan nak datang rumah.”
“Lelaki?”
“Mana atuk tahu.”
“Sekilas air di lautan, dah tahu jantan betina.”
“Ye ke wan? Ikan ada jantan betina ke?” Wan menepuk lengan Aliza. Aliza dah mengekek.
“Pukul berapa?”
“Lepas zohor dalam pukul 2.30.”
“Kawan yang mana?”
“Kawan kenal-kenal sebab dia ada buat fotografi. Em, yang tangkap-tangkap gambar tu.” 
“Macam mana pulak boleh kenal?”
“Alah, Iza suka tengok gambar yang dia tangkap. Cantik. Ada jiwa.”
“Amboi, dah andai jiwa-jiwa cucu awak ni.”
“Pandailah, dah nak kawin pun.”
“Wan ni. Ke situ pulak.”
“Datanglah, tak kan atuk nak halau.”
“Terima kasih tuk.”
“Patutlah berseri-seri je muka dari pasar.”
Aliza terkerut dahi. Ada seri ke?
******
Selesai sahaja menyiram pokok-pokok wan petang itu, Aliza kembali masuk ke dalam rumah untuk membersihkan diri. Tiba-tiba, nada ‘Kamera’ dari Wilco band memecah gendang telinganya. Dilihat nama tertera. Kemudian butang hijau ditekan. Suara salam disahut.
“Ye, ada apa?”
“Saya rasa, saya nak tangkap gambar atuk dengan wan awak.”
“Tu kira ilham ke tu?”
Umar ketawa. Aliza dengar saja tawa Umar. Apa yang dia geli hati sangat dengan perkataan tu.
“Ok. Keizinan itu penting.”
 “Yep, dah tentunya.” Umar tersengih sendiri.
“Nak tau gambaran dia boleh?”
Umar senyum.
“Macam ni, saya ingat gambar tu nanti boleh buat ala60, 70an. Klasik. Boleh jugak buat yang nampak moden sikit. Mesti atuk dengan wan awak nampak muda.  Saya dapat bayangkan romantiknya atuk dengan wan awak.”
“Patutnya kena nampak tua sebab kita ni makin tua.”  Selamba.
“Betul, tapi nilai kasih sayang tu. Ungkit zaman mula-mula bercinta. So that, ia terus mekar..”
“Ha, sudah, sudah...”
Umar gelak.
“Tapi ok kan?”
“Yup. “
“Tapi awak kena tolong saya la.”
“Tolong apa?”
“Pujuk atuk dan wan.”
I’ll try my best.”
Aliza angguk. Masing-masing diam.
“Jangan risau, saya akan bagi ganjaran.
“Tak semua benda perlukan ganjaran.”
“Yup. Tapi perlukan penghargaan.”
Aliza senyum. Faham pun.
******
Seperti dijanjikan, Umar telah terpacak di hadapan rumah tepat jam 7 pagi.
“Ni awal sangat ni.” Aliza memandang jam di dinding ruang tamu.
“Saya pekerja berdisiplin.” Lagak Azhar Sulaiman tiba-tiba. Aliza tergelak.
“Atuk ajak sarap dulu.”
“Beres. Memang saje tak sarap kat rumah.”  Jurukamera buat muka tak kisah.
*****
Umar bersedia dengan kamera digital Nikon kesayangan. Aliza hanya melihat dari jauh gaya yang bakal atuk dan wan persembahkan, sambil menunggu arahan Umar itu. Aliza sengih sendiri. Bukan senang nak pujuk atuk dengan wan cakap ‘ye’ dalam tempoh satu malam. Macam-macam atuk cakap. Atuk dah tua. Nanti orang kata buang tabiat. Kubur dah panggil, tak sedar diri. Puas Aliza susun ayat. Tapi tak jalan-jalan. Bahasa Melayu SPM kan A. Cukup ke A tu? Haish, kena pusing sikit ni. Kena tambah subjek. Bahasa Melayu + Pendidikan Islam.
“Bakti apa tuk. Tuk tak tengok ke orang sekarang, berkasih sayang masa muda je. Bila dah lama-lama, makin pudar. Dah tak da rasa. Atuk tunjuk kanlah kat diaorang yang cinta tu patutnya hingga ke hujung  nyawa. Jangan masa muda je.”
“Amboi, kamu bercakap.” Wan mencelah.
“Memang semua orang nak macam tu. Kena ada usaha semarakkan kasih sayang suami isteri sampai ke la tua. Kan atuk? Wan?” Atuk, wan diam. Ok. Kena tambah lagi sikit.
“Hah, nanti, Iza cakap kat Umar, mintak ada part tang solat, doa semua. Baru orang akan nampak, hubungan tu bukan antara duaorang je, tapi ada Allah, insya-allah diaorang akan faham tuk.”
Atuk, wan diam lagi.
“Betul tak atuk? Lagipun kita nak berkongsi perkara yang baik. Tak salah  kan atuk? Wan?”
“Kami dah tua.”
“Dari yang tua tu la kami yang muda dapat pengalaman dan ilmu yang tak dapat dalam buku.”
 “Amboi cucu sorang ni la.”
“ Boleh ye tuk? Wan? Plessssssss..”
Hah, alhasilnya, kat depan dia sekarang ni, Umar tengah kongsikan idea dia dengan atuk dan wan.
******

Di halaman rumah, atuk siap dengan baju pagoda lengan pendek dengan kain pelekat. Kopiah di kepala. Kopiah lama. Wan dengan baju kurung kedah, kain  batik dan bertudung.
Umar dah bagi panduan tadi.
“Wan, siram pokok, atuk pulak buat lap motosikal atuk. Lepas tu wan tak sedar ada atuk, wan tersiram atuk, atuk macam nak marah, tapi bila tengok muka wan macam terkejut sebab wan tersiram, atuk tak jadi nak marah. Atuk sengih je.”
Aliza spontan tergelak. “Drama sangat.”
Umar paling kepala kepada Aliza yang membantu apa-apa yang patut, sama ada dari segi bantuan fizikal dan mental.
“Awak ni. Bukan drama. Betul la.”
“Alah, wan dah pernah tersiram atuk. Mahu kena marah.” Wan cerita.
“Itu dulu, sekarang tak dah kan tuk?” Umar sengih.
“Kami nak buat macam mana ni?” Atuk kelihatan resah. Wan juga. Aliza memerhati .
“ Em, macam ni lah. Atuk dengan wan buat biasa je. Macam saya tak de.”
“Macam kamu tak da macam mana. Kamu memang ada” Spontan saja suara atuk.
Aliza  tergelak. Umar jeling Aliza. Suka hati gelakkan orang. Tak pe, yang penting projek ni kena berjaya.
“Atuk, wan jangan pedulikan saya. Atuk buat je keje atuk macam biasa. Wan pun sama.”
“Ye, wan memang nak siram pokok ni ha.”
“Wan jangan lupa buat-buat tersiram atuk tau?” Umar ingatkan siap sedia dengan kameranya
“Iyer.”
Aliza gelak. “Terbaik la wan.” Tunjuk tanda thumbs up.
Dan akhirnya, setelah berpenat umar menjelaskan dan beberapa kali jugak menangkap gaya romantik psangan itu, selesai akhirnya. Untuk hari itu.
“Berapa kali lagi ni?”
“Satu part je lagi. Em, masa pagi, petang kita dah siap. Tinggal masa untuk pergi surau, Yang tu kita buat real. Tapi ada tang salam, masa atuk baca doa, wan aminkan tu, kita buat kat rumah. Macam  jemaah dalam rumah.”
“Alah, yang tu tak yah suh berlakon. Atuk dengan wan memang selalu sembahyang jemaah kalau tak gi surau. Awak tangkap je gambar tu nanti. Mesti lagi berjiwa gambar tu”  Aliza memberi cadangan. Lama Umar diam. Mendengar kata jiwa itu membuat hati macam suka.
“Ok.”
*****
Akhirnya selesai. Umar menujukkan gambar yang telah siap dicuci itu.  Wan tersenyum. Atuk juga. “Wa, cantik, cantik. Cantik sangat.” Berkali-kali itulah yang diulang Aliza hingga Umar dah tak tau nak jawab apa. Puas dia merendah diri. Puas menujukan pujian itu untuk atuk dan wan yang memberikan kerjasama yang baik. Puas juga mengatakan kamera itu yang bagus, puas juga kata, pemandangan dan tempat tu yang cantik. Akhirnya. ALHAMDULILLAH. ALHAMDULILAH berulang kali.
*****
Hari yang ditunggu telah pun tiba. Pengacara majlis telah pun umumkan pemenang untuk peserta pertandingan fotografi bertemakan The Love of Family. Dan selesai sahaja majlis, terus sahaja dia membuat panggilan penting.
“Alhamdulillah, saya tempat kedua.”
“Alhamdulillah.”
“Awak kat mana?”
“Kerja la.”
“Tak balik kampung.”
“Tak de plan lagi. Kenapa?”
“Saya nak balik kampung ni. Jumpa atuk. Nak bagi hadiah ni pada atuk dengan wan.”
“Hah?”
“Jangan nak terkejut sangat lah. Saya dah niatkan dah. Saya balik kampung esok. Kalau awak jadi balik kampung bagi tau la.”
“Hem.. ye lah.”
“Oklah. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.”
*****
Dua tiket itu dihulurkan kepada atuk. Atuk masih terdiam. Aliza masih rasa mamai. Sampai rumah atuk pukul 2.30 pagi. Ikutkan, dia memang tak berani nak memandu sendiri malam-malam hari. Dah niat nak beli tiket bas je. Tetapi kemudian, rakan serumah yang satu negeri tu boleh temankan. Jadinya, bertabah la dia menunggu rakannya itu habis kerja pukul 10 malam. Dan jam 10.20 malam baru bertolak dari rumah.
“Tapi, itu kan hadiah kamu.”
“Tapi, saya nak bagi atuk dengan wan.”
“Mak ayah kamu kan ada?”
“Saya dah cakap, hadiah tu memang saya bagi pada atuk, wan. Mak ayah saya dah tahu dah. Sebelum ni pun dah pernah bagi hadiah yang menang pada mak ayah saya.”
Aliza menguap. Dalam pada itu memang dia ingat Umar banyak kali menang pertandingan fotografi.
“Terimala je lah atuk, wan.”
“Kami dah tua.”
“La, apa salahnya. Bukan lama pun, 2 hari 1 malam je.”
“Ha’ah tuk. Tak lama. Bukan luar negara pun. Tang Sabah tu je.”
“Iza boleh jagakan rumah.”
“Ha’ah, saya kan ada.”
Semua memandang Umar.
“Apa hal pula nak ada? Aliza cepat bersuara. Umar memandang atuk. Wan seakan mengerti sendiri.
*****
Gambar atuk dan wan dipandang lama. Tersenyum sendiri. Teringat Pak Su dan Mak Su yang nak join sekali percutian ke Sabah. Lagipun, anak-anak Pak Su, Mak Su ada di IPT dan ada yang di asrama. Jadinya, tiada halangan untuk Pak Su dan Mak Su bercuti. Sambil tolong tengokkan atuk dan wan.
“Bila gambar je yang berbicara.” Suara Umar tiba-tiba memecah sepi.
“Yup.”
“Ada ambik rahsia keharmonian rumahtangga dari wan?”
“Orang taulah.”
“Apa orang-orang?”
“Maaf,maaf.”
Umar tersenyum melihat Aliza buat isyarat tangan.
“Salam betul-betul.”
Aliza mencebik.
“Ok, cakap kat atuk dengan wan, yang cucu sorang ni nak lawan cakap suami.”
“Tak aci sangat. Apa kes nak ngadu kat atuk dengan wan.”
“Saya cucu kesayangan.”
“Perasan.”
“Ok. Fine. Nak buat macam mana. Nasib orang tak disayangi.”
Aliza tergelak melihat riak Umar merajuk.
“Abang, nampak sangat lakonannya.”
Umar tergelak. “Ye ke?”
“Ye la. Hem, bila kem abang?”
“Sehari lepas atuk, wan balik dari Sabah.”
Maksudnya 2 hari lagi.
“Berapa hari ye?”
“Tiga.”
“Ooo..ok.”
Umar tiba-tiba memegang tangan isterinya dan meletakkan di dadanya.
Please miss me.” Muka seakan merayu.
Aliza tergelak.
Pleaseeee pleaseeee.”
I will and always.”
Dia senyum.
“Ikut abang nak?”
Mata Aliza membulat. Umar tersenyum makin lebar.
Kita kena teruskan melangkah, walaupun berliter air mata berjujuran, walaupun jalan kat depan, nampak macam dah mati. Tapi selagi masih hidup dengan nyawa pinjaman Allah ni , kita kena teruskan. Kita masih ada Allah untuk berdoa'. Masih wajib berharap, wajib berdoa pada Allah Yang Agung.
Kadang-kadang rasa dah tak boleh tapi paksa jugak diri dan Allah beri keajaiban tu bila kita teruskan melangkah dengan yakin pada Allah. Hidup ni tak lama. Dalam satu hari tu jugak tak lama. Bangun pagi, dah sibuk-sibuk dengan segala macam yang perlu kita uruskan. Yang bujang mungkinlah melepak atas katil entah pukul berapa baru bangun. Kalau yang dah kahwin, dengan cara yang dah kawin. Siapkan anak-anak, suami isteri sama sibuk. Kalau yang ada pembantu dengan cara pembantunya...
Sekejap je 1 hari tu. Dan tahu-tahu, kita semakin berumur.. makin tua, anak makin dewasa.. tak perlu fikir kita akan tua, tapi ingat yang ajal kita semakin dekat dan bukan makin jauh... maka hargailah setiap satu hari..
Bagaimana menghargai itu:
Maafkan kesilapan orang lain pada kita
Mintak maaf pada orang lain.
Sayang pada yang berada di muka bumi
Menjadi hamba Allah dengan menunaikan kewajipan kepada Allah
Lakukan sesuatu yang boleh memberikan kebaikan pada manusia lain...
Mulakanlah untuk menghargai usiamu...