Bismillahirrohmannirrohim
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.
Daripada Allah kita datang dan kepada Allah juga kita akan kembali. Bila? Tak de orang tahu bila tetapi mati itu pasti. Selagi masih hidup, teruskan berbakti seakannya hidup 1000 tahun dan bila beribadah, sungguh-sungguh buat ibadah seakannya kita mati esok.
Dan bercakap tentang ini, malam ini, masa ni, rasa rindu pada arwah kakek.. Rindunye pada kakek.. Kakek punya ramai cucu, jadinya, masing-masing akan berebut nak bermanja dengan kakek. Siap tunggu turn nak dapatkan dukung belakang kakek. Masa hari raya, masing-masing dah datang bilik kakek, minta duit raya. Duit raya syiling yang kakek akan cekup je dari tin yang dibuat isi syiling. Berapa jumlahnya, lepas tu kira sendiri. Siapa yang dapat sikit, siapa yang dapat banyak tu nasib badan. Yang syahdu bila teringat kakek ialah, setiap kali balik kampung, dan bila nak balik semula ke rumah, kakek akan usap kepala cucu-cucu dia dan akan cakap "baik, baik baik..." Dan kakek akan tadah tangan bila kami dah gerak pergi. Syahdu sangat. Dengan wajah tua kakek...rinduuuuuuuu.....
Moga Allah tempatkan kakekku dikalangan orang-orang beriman, orang-orang soleh, dan moga kakek tenang dan bahagia di sisi Allah...
Masa kakek dah meninggal, rumah kakek dah makin uzur, dan banyak cadangan daripada adik-beradik mak tentang rumah tu dan akhirnya rumah tu dirobohkan. Sebabnya, dah tak de orang duduk rumah tu yang dah uzur. Kalau tak de orang duduk, mungkin 'budak-budak tak senonoh' akan jadikan tempat tu 'sarang' diaorang. Nak baiki pun makan kos. Akhirnya, rumah tu dirobohkan dan ada sikit kayu-kayu yang agak elok ayah sedara ambik untuk guna semula buat rumah di tanah yang lain. Rumah yang lebih kecil yang lebih dekat dengan rumah ayah sedara di kampung yang sama..
Sebenarnya, mula-mula tu susah nak terima yang rumah kakek dah roboh. Sedih. Rumah tu banyak kenangan dengan kakek, dengan sepupu-sepupu masa kecik.
Aku ingat lagi, masa rumah tu dah sangat uzur, dan kakek dah tak larat nak mengemas, nak bersihkan kawasan rumah dan setiap kali kitaorang balik kampung, siapa yang sampai awal, mesti kena bersihkan rumah. Sapu tahi cicak, dengan tikus yang siap beranak pinak, tahi ayam di tangga-tangga, tahi burung. Allahu robbi... Kakek memang tak larat nak naik ke bahagian atas. Bilik kakek pun di bawah sahaja. Jadinya, kami akan bersihkan dulu. Mop dan segala sampai licin. Sampai boleh buat baring tanpa ragu. Pulak, kalau kena aku yang cuci memang bergelen-gelen air.huhu.. Dan memang masa tu malas jugak nak balik awal sebab kena kemas rumah. Orang lain yang balik lambat dah boleh tidur je. Bengang. Memang sangat. Jauh tu Pahang Johor. Lepas tu nak kena mengemas. Memang sangat merungut. Mungkin kemudian masa dan usaha mak memberi motivasi buat kami jadi lali. Bersedia mental dan fizikal bila balik kampung awal.
Sekarang rumah tu dah kena roboh dan dah dibina satu rumah kecil untuk adik-beradik mak duduk tiap kali balik kampung untuk berkumpul. Rumah tu pun masih di atas tanah ayah sedara. Kitaorang gelar rumah pondok sebab memang kecik je. Tapi lengkap untuk keperluan 3,4 hari di sana.
rumah pondok-> tmpat kami berkumpul ukhwah berkeluarga ^_^ |
Kakek dah tak de tetapi Allah hadirkan kemudian Atuk. Sebelum tu Allah temukan aku dengan Ambok yang buatkan aku sangat teringat pada kakek bila ambok baca doa'. Masa majlis perpisahan bakti siswa di Pontian, Ambok, ayah angkatku, diminta baca doa. Dan masa ambok baca doa, air mata mengalir laju. Sehingga saat akhir penyerahan semula anak dan keluarga angkat, air mata masih mengalir. Hinggakan jurukamera dari Jabatan Penerangan Johor mungkin sempat tangkap gambar muka aku yang dah sememeh. Aku tak peduli dah kamera tu. Sedih, sayu nak berpisah dengan ambok dan keluarga.
Masih ingin berjumpa ambok. Moga ada kesempatan untuk kami..
Masih ingin berjumpa ambok. Moga ada kesempatan untuk kami..
Bila dah lama tak dapat contact Ambok, Allah jumpakan dengan atuk. Atuk... Moga Allah lindungi atuk dan wan, dan panjangkan umur atuk dan wan untuk jumpa lagi cucu dia ni..insya-allah..Amin aminn ya robbal alamin..Moga atuk dan wan sihat dan sihat dan sihat. Moga Allah rahmati atuk dan wan..
Bestnya kan mengingati zaman lampau yang penuh dengan kenangan manis...wowww...cunlah blog Ana..chatbox tu tak reti nak letak la...ehehe...blog akak dah mabuk ngan widget...macam kedai serbaneka dah jadinya...:)
ReplyDeletechatbox tu sy google..hehe..kat edit html tu..blog akak lagi cun..ada gerak-gerak..hehe
Delete